Hari ni mama telefon dengan nada yang agak sedih. Ingatkan kenapa..rupa-rupanya mama kena marah ngan doctor sebab kononya tak jaga makan. Mama gi follow up check up kat hospital Muar sebab ada masalah jantung [injap bocor sedikit]. Dalam masa yang sama.....doctor tengok jugak result darah. Kolesterol >5 , gula 7.4 . Mama tak der kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ..alhamdulillah. tapi result darah semuanya border line. Kalau sebelum ni..kolesterol mama adalah 10.
Disebabkan mama makan quaker oats..ada lah banyak penurunan tapi doctor still tak puas hari. Dia marah-marah ibu saya ..
' awak ni tak jaga mulut..semua nak makan.Gula semua jangan makan..sebab itu nasik , roti semua sudah ada gula'.
Mama bertanya 'sikit pun tak boleh ker doctor?' .
'awak tak faham...jangan makan. Itu roti canai..minyak-minyak semua jangan makan. Nanti dah kena buah pinggan baru tau'. balas doctor dengan nada marah-marah dan kasar.
Saya rasa doctor tu stress. Ibu saya kesal dengan sikap doctor yang tak hormat orang tua..marah-marah seolah ibu saya tak buat apa-apa usaha.
'tak per la ma...mama makan ajer apa yang mama nak makan tapi kurangkan jumlahnya. Air manis..kalau boleh elak..mama elak..tapi kalau mama rasa nak minum..cukuplah sekali waktu pagi. Mama tak der kencing manis..cuma nak kena jaga-jaga'..kata saya cuba memujuk ibu saya.
'Quaker oats mama teruskan makan...hujung minggu mungkin mama kena brisk walk semula keliling taman lepas subuh macam dulu-dulu', sambung saya.
Sebagai manusia...mestilah kita ada perasaan bila dimarah orang..lagi-lagi bab makanan. Pastu suruh buang semua..jangan makan..At least, doctor nasihatlah..'kurangkan'. Or tengoklah result darah mak saya yang dulu-dulu. Seriously...saya rasa doctor tu stress..mungkin kena marah ngan specialist?
Saya pun..bila nak nasihat pesakit saya..saya akan lihat dulu umurnya. Bukan senang nak suruh orang tua yang dah biasa minum teh tarik dan roti canai seumur hidupnya , tiba-tiba disuruh untuk buang tabiat itu. Saya akan lihat juga umur pesakit saya..jika pesakit saya berumur 50 keatas terutamanya 65 ke atas..saya tak akan stresskan pesakit saya jangan makan itu dan ini.
Pada saya..ketika umur diambang usia emas...quality of life itu yang lebih penting. Biarlah ketika usia emas ini..mereka enjoy makan. Saya tidak akan kata 'jangan' tetapi kurangkan atau kadangkala saya guna istilah ' jamahlah sikit makcik goreng pisang tu...tapi jangan makan lebih dari satu keping'. Apalah daya saya nak hadkan semua makanan..terutama bagi yang menghidap sakit buah pinggang. Saya boleh bagi list semua makanan yang dilarang tapi keberkesanannya???. Hanya sesetengah kes sahaja saya betul-betul strict..bergantung condition patient saya.
Lihat sendiri diri kita yang sihat ..masih muda..mampukah kita menahan godaan nafsu makan??
Mungkin saya dietitian yang terlalu fleksible ? I am not simply throw my diet advice.. Saya kena jaga perasaan pesakit saya dan keluarganya. How? Bila dah bekerja..then you know how to tackle your patient. Always feel sad when I need to advice patient not to take this..and this.
Food is all about. Food means friendship. Food tight your family bonding. Food is love. Food is everything.
Thats why..I love food. I like to cook and serve food to my guest as best as possible. Its my pleasure.
dan sebab itu..saya tak lah kurus lidi...sebab saya suka makan.
Apa pun..progress minggu ni, 1st week diet...I lost 1 kg. Now berat saya 59 kg.
Need xtra workout to burn my hidden fat.
kalau orang macam saya..boleh lah doctor cakap ' jangan tak jaga mulut eh..asyik makan sajer' , sebab saya baru berumur awal 30an.
Saya akan teruskan jaga mulut saya untuk berdiet..insyaAllah jika terdaya.hu hu..
Rindu zaman slim kat KTDI. Thanks Fairus upload gambo ni..
Setiap tahun biasanya azam baru seorang wanita adalah nak turunkan berat badan. Bagi lelaki pula lazimnyer nak lagik steady duit pocket..lagik stabil ekonomi.
Saya pun setiap tahun memanglah berazam nak turunkan berat badan. Hari tu lepas pantang , dijaga oleh ibu saya..berat badan saya turun sangat konsisten. I am really proud..boleh turun berat dari 72kg to 59kg. Kadang macam tak percaya pun yer...but it is fact.Yerlah makan pun rebus-rebus. Sarapan hari-hari cuma makan nestum dan oats.
Tapi start hari raya aidilfitri ritu..saya banyak break the rules to loose weight. Saya pun macam tak kisah sangat..until satu hari kawan saya upload gambar beramai-ramai, where saya nampak tersangatlah gomok! Barulah saya terhegeh-hegeh..nak diet semula.
* Memang berdezuppp..bila tengok pic ni. Eh gomoknyer saya..hu hu*
Azam baru sayakah nak turun berat ni? Oh..tidaklah azam sangat [Faktor kegagalan 1] - tidak bersungguh-sungguh!, tapi saya mesti kena turunkan berat badan sebab tuntutan kerjaya. Takkan saya nak bagi kaunseling kat pakcik gemuk tapi saya pun turut gemuk? Mestilah pesakit saya ketawakan saya berdekah-dekah.
Well..lets check apa sebenarnya yang buat saya gagal nak maintain berat badan?
Perkara pertama yang biasanya seorang dietitian akan tanya kepada pesakit , ialah pasal makanan.
'Boleh tak Pn.S [ saya lah tu..] beritahu saya apa yang Pn.S makan semalam.?'
Cuba tengok apa yang saya makan semalam....
Sarapan pagi:
Tea susu [ faktor kegagalan ke2] - 2 cawan [faktor kegagalan ke3].
Lamb ribs lebihan hari sebelumnya [faktor kegagalan ke4] - 3 keping
Mee goreng [faktor kegagalan ke5]
Buah anggur
Air kosong
Minum pagi / kudapan;
saya tak ambik apa-apa sebab saya ngantuk..bermalasan di depan komputer [faktor kegagalan ke6]
Makan tengah hari;
Skip lunch sebab tak der selera. [faktor kegagalan 7]
Tapi seingat saya , saya ada makan coklat dalam 2-3 ketul. Thorton. [faktor kegagalan 8]
Minum petang;
Saya berkunjung ke rumah taulan.
Saya minum tea o , biskut dan tea susu [ yang ni saya tak masuk dalam faktor kegagalan kerana ia adalah bukan rutin + saya tak boleh nak elak]
Makan malam;
Nasi putih
sambal tempoyak
Ulam carrot mentah
Mackerel masak lemak cili api bersama ngan kuahnyer saya siram kat nasi [faktor kegagalan 9]
Tea o panas [faktor kegagalan 10 ].
See... dari segi makanan sahaja..saya dah banyak break the rules! Berapa banyak makanan yang saya makan tak healthy sebenarnya untuk proses penurunan berat badan. Itu belum dietitian tanya Pn.S ..diet history untuk 3 hari. PENgSAN!
Baiklah..soalan seterusnya dari dietitian ,
'dalam minggu lepas..berapa kali Pn.S exercise ?'
Jawapan Pn.S dengan muka selamba - NONE . TIADA EXERCISE! [faktor kegagalan 11]
Maka..dietitian tak perlulah nak tanya soalan yang lebih lanjut. Lazimnyer dietitian akan betulkan dulu faktor kegagalan di atas tu..hu hu. Try as maximum as possible to change patient behaviour. Dietitian tersebut sangat yakin, sekiranya Pn.S dapat mengubah jenis makanan yang dimakan tu..insyaAllah..berat badan boleh turun. Nak lagik cepat sikit turun , Pn. S kena buat exercise. At least 500g akan hilang on the first week.
Pn. S..apa yang Pn S dah ubah pada hari ni?
sarapan pagi;
1. Quaker oats - 1 bowl [ faktor kejayaan 1]
2. Tea tarik - [silalah cuba avoid this]
3.Anggur hijau [faktor kejayaan 2]
4.Ikan mackerel without the gravy makan ngan oats. [ thats good..sebab ikan itu konsep rebus n fish fat is less than poultry and meat- faktor kejayaan 3]
Minum pagi;
none
Lunch:
Mee goreng - 1 senduk [ again mee goreng? jangan ada rasa sayang lebihan semalam..biarlah suami yang makan mee goreng itu...tapi saya dah termakan sebab tak tahan tengok lada jeruk..wa ka ka..]
Air kosong -[ faktor kejayaan 4]
Setakat blog ini ditulis itu ajer lah yang saya makan. Ingat petang ni beraerobic...tengok video herbalife dance . try to make it 30 mins. Ohh..tapi jangan tersalah angggap..saya tak ambik Herbalife untuk turunkan berat badan. Cuma nak beraerobic ikut video herbalife.
Oh yer..sebelum suami ke school..dia tolong jadik assistant dietitian..watch out my weight.
so berat saya hari ni ialah ; 60 kg .. [ tak valid sangat sebab timbang kul 12pm].
Pn. S....semoga pn S terus berusaha dan berjaya. Malulah Pn.S kalau naik kerja nanti badan gomok. Nak gi klinik pun malas tau..sebab malu nak jumpa patient. Kalau gi ICU tak per skit..sebab tak kaunseling patient dan patient pun kebanyakkannyer sedated. Tapi takkan Pn S asyik nak jaga ICU jerk? Fikirkanlah Pn S...
Berapa kilo lagik pn S nak turun?
target 1 : 56 kg [ to achieve normal BMI]
target 2 : 50 kg [ to achive ideal weight]
Saya tak nak lah letak target tinggi nak 45kg masa zaman final year student dietetic. Saya cuma nak berat saya normal , dapat maintain 51-53kg semasa zaman kerja sebelum datang UK pun oklah.Lepas lahirkan Ayuni..nak dapat target ke2 , 50kg pun tak tercapai-capai.
Boleh ker nak turun 10 kg pn S dalam masa 10 bulan?
kalau konsisten...sebenarnya boleh. Dalam seminggu , jika amalkan diet dan senaman yang betul..kita boleh turun 500g-1 kg.
Cuma biasanya....kebanyakkan patient saya gagal ....dan saya juga gagal..kerana faktor kegagalan utama adalah NAFSU MAKAN yang susah dicontrol. Oh hipotalamus ku....moga perubahan diet ku juga akan dapat suppressed hormon lapar dan increase the metabolisme.Hobi saya pulak suka mencuba makanan baru....mmmmm
Pn S........berusahalah sebelum anda ditertawakan patient anda!

Sekarang ini musim demam..termasuklah saya , Ayuni dan Ayna demam..jap ok jap tak ok. Selesema..batuk..sakit tekak. Hari tu dah baik , 2 hari lepas datang balik. Esok nak gi GP. Check.
Bukanlah meminta demam [ mana ada orang suka sakit kan?] , tapi bila demam macam ni sekurang-kurangnya membawa fikiran melayang lebih mengingati Yang Esa. Setelah hu ha hu ha ..bergembira...kenalah ada waktu surutnya.
Alhamdulillah demam bertambah baik. Tadi dapatkan khidmat urut dari Kak Nim , yang memang pakar urut. Bagus jugak Sheffield ada orang pandai mengurut..dapatlah luruskan urat-urat yang dah kejang. Kalau kat Malaysia..mudah saja dapat tukang urut.
Bila demam..mood pun swing.......piung....
Ayuni tak der selera makan. Saya cuba masak apa yang terdaya..namun dia tak makan. Malah tak mau jamah pun! Hanya minum air. Laksam itu terbiar begitu ..sayalah yang makan. Sedih tau...kalau saya masak...anak saya tak mo makan [ha..mulalah tu mummy ayuni nak beremosi time time demam ni..]
Pagi tadi..nak habiskan seketul fish finger pun susah. Saya pun pot pet pot pet lah dengan Ayuni pasal bab makanan.Pasal orang susah yang tak der makanan, pasal makanan yang tak dihabiskan akan mengundang dosa, syurga neraka semua saya cakap ngan Ayuni. Geram punyer pasal. Akhir sekali baru saya tanya,' Ayuni nak makan apa?'. 'Mee hoon sup' , jawab nya ringkas.
Terkocoh kacah nak ke school sebab mummy asyik pot pet pot pet, hari ni saya terlupa cium Ayuni. Perkara wajib yang saya dan Ayuni buat setiap pagi..cium dahi & bersalaman. Hari ni jugak..saya terlupa bagi Ayuni makan minyak ikan. Biasanya saya akan suap sesudu cod liver oil untuk Ayuni.
Aduhai..bila Ayuni dah gi school..barulah terasa miss. Fikiran pun jadik celaru..nak panggil Ayna terpanggil Ayuni. En. Abang saya pun pelik..naper panggil Ayuni?[sedangkan Ayuni tak der..]. Hmm....saya senyum sendirian.Pernah sekali saya rindu sangat dengan Ayuni , saya minta En abang saya hantar saya ke school Ayuni pada waktu tengah hari dan ambil dia untuk home dinner walaupun sebenarnya dia dah memang bawak bekal..
Berbalik semula cerita makanan....,
Balik sekolah..terus saya masakkan Sup Ayam untuk di makan bersama mee hoon. Tak lama pun nak masak sup. Tak sempat nak sediakan sebelum Ayuni balik school sebab ada tetamu di rumah. Masak sajer sup..Ayuni makan begitu berselera. Tak tau lah naper..saya jadik gumbira yang teramat sangat. Suka tengok Ayuni makan. Lepas makan..dia minum susu dan terus tidur.Alhamdulillah.
Terfikir..apalah saya ni..pasal makanan pun nak beremosi ngan anak. Sabar lah sikit .
Esok Ayuni nak bawa bekal sosej. Tapi stok sosej dalam peti ais dah habis. Saya pujuk Ayuni..esok tengah hari saya akan hantar sosej tu. [hish..kedai kat sini , kul 10 pg baru bukak jadik tak dapatlah nak sediakan awal pagi....].
Ibu..anak..makanan..pengikat kasih sayang. Syukur masih ada rezeki makanan buat kami.
Ya Allah , peliharalah dan lindungilah anak kami. Kembalikanlah kesihatan anak kami seperti sediakala. Semoga kami semua dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini. Moga kesakitan ini dapat menghapus dosa-dosa kami. Amin.


I luv you..Ayuni n Ayna.
Ta ta..
Salam semua...malam ni baru ada 'terajin' skit nak update blog. Maklumlah masih lagik mood cuti new year..mood boxing day...esok pun cuti lagi. Bank Holiday.
Bila bershopping masa boxing day memang teringat-ingatlah shopping kat Turkey apatah lagi berkenaan Quilt dan handbag. Saya masih mencarik quilt..namun agak payah jugak nak jumpa yang murah kat UK. Dapatlah 3 helai quilt masa boxing day ni. En abang saya siap cakap, 'rasa nak kirim jer orang tolong belikan quilt kat Turkey..sebab kat sana murah dan kualiti lagi baik' . Kebetulan kami dah pakai quilt yang dibeli..so bolehlah membezakan quality nyer .
Istanbul memang syurga beli belah. Hari ke-4 kami tidak menggunakan tour guide. Kami redah sendiri dengan menggunakan peta. Selepas berjalan-jalan..petang itu kami mula survey barang-barang di Grand Bazaar.
Sehari sebelum pulang ,hari Jumaat ..kami pun mulalah agenda shopping menyopping sebelum pulang ke Uk pada hari Sabtu. Cuaca hujan lebat..agak sukar jua untuk berjalan. Jadik kami berjalan perlahan-lahan. En abang saya paling belakang.
Setibanya di satu kedai di Serkechi, kami beli magnet dan bookmark murah-murah. Dah siap beli , saya pun bagi hint kat en abang untuk bayar. Ha ha ..masa nak bayar tu ..muka confident sangat dia hulur 100 lira kat penjual. Tiba-tiba..penjual tu kata duit tu tak laku!
Tak laku? kenapa?
Sebab...duit tu dah lama tak digunakan. Duit tu digunakan 20 tahun yang lalu.
Astaghfirullah....
'mana abang dapat duit ni?' , tanya saya.
'tadi..tukar kat orang tepi jalan tu' ..balasnyer sambil muka berkerut risau.
'Ya Allah...apsal tukar kat orang tepi jalan?'..saya macam nak marah lah jugak...patutlah dia tertinggal kat belakang. Menyinggah tukar duit rupanya.hu hu.
Nasib baik cuma gbp40...hish..secermat en abang saya..terkena dan terpedaya jua dengan money changer tak berlesen gara-gara ditawarkan harga jualan yang lebih.
Saya siap lah perli...
'orang tamak..selalu rugi'
Namun untuk sejukkan kembali hati nya..saya kata,
'tak perlah simpan jer duit tu..buat kenang-kenangan'.
Kali terakhir saya lihat duit itu adalah di kedai jual magnet dan sehingga sekarang, saya tak jenguk-jenguk pun duit tu lagik. Masih ada dalam simpanan en abang saya.
Lepas beli magnet..ke spice bazaar semula dan juga grand bazaar untuk misi beli lampu turkey.

Kami yang asalnyer tak mau beli..akhirnya..ooopssss..terbeli 4 set. Lampu hiasan turkey ini memang mengasyikkan. Dari satu kedai ke kedai yang lain..mensurvey harga. Yang tak bestnyer..semua kedai 'main harga'. Mereka akan letak harga tinggi..kemudian berlakulah adegan tawar-menawar. Janganlah sesekali cakap kita ni dari UK..mmm makanya susahlah nak dapat murah. Cakap jer kita dari Malaysia ( memang pun kan?) , InsyaAllah dapat harga lagi murah. Bayangkan lampu yang sama...dijual kepada orang Malaysia dengan harga 200 lira , tetapi akan mencecah sehinga 800-1000 lira untuk orang English , US , UK dan sekutunya. Katanya...sebab orang English banyak duit. Info ni kami dapat masa bersembang dengan beberapa peniaga..
Cuma..bila balik rumah, saya belek semula lampu yang saya beli. Ada 2 jenis rupanya. Kami beli yang murah dan sedikit mahal. Yang sedikit mahal tu..memang manik nyer lebih elok..lebih shining..dan kalau perhatikan..gam nyer kaler putih. [Gam untuk lekatkan manik]. Tak taulah andaian saya ni betul atau tidak.
Tapi..bila dah gantung..gam putih ker..gam clear ker.. 2-2 tak nampak perbezaan , molek jer bila dah pasang ngan bulb .Oh yer lagik satu...jenis kaca pun berjenis-jenis. Yang mahal skit kami dapat kaca nipis. Yang murah kami dapat kaca tebal. Tak tau lah kaca mana yang elok...2-2 kaca pun..kalo jatuh akan berderai.
*kiri dan kanan, lampu yang gunakan gam kaler 'clear' . Yang tengah tu..nampak tak putih? tu gam kaler putih. Yang tengah harga mahal cikit..*
Dalam banyak banyak yang dishopping..satu yang saya tak sangka terjumpa di Istanbul adalah quilt cover/ throw yang cantik cantik. Harga memang murah berbanding UK dan Malaysia. Quilt ini boleh didapati di Mahmud Pasha, bersebelahan Grand bazaar. Banyak kedai yang jual quilt ini. Cantek..berkualiti. Tak tahu nak cakap apa...memang sangat suka..kepuasan maksimum sebab dah lama carik quilt super king size kaler cream..tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya , saya ketemu di sini. Sengaja saya pilih handmade quilt made in Turkey buat kenang-kenangan. Ada juga yang made in China. Alhamdulillah ,dah pakai pun quilt tu..memang best.
*Poyo kan? Ni pun mau tunjuk share ker? Quilt cream yang berjaya di beli di Istanbul. Super duper king size. Sampah bawah katil pun tak nampak..sebab dah tertutup ngan quilt*
Sebelum terlupa...pastikan anda beli senaskhah al-quran tulisan tangan di Istanbul. Harga murah..tulisan terang..mudah untuk dibaca.Moga-moga...azam tahun baru ni dapatlah pertingkatkan bacaan Al-quran . Sering lalai dan alpa. Harap ada yang mengingatkan..agar Al-Quran tidak disimpan sahaja.

6 hari di Istanbul dirasakan sekejap. Eh..dah nak balik? rasa memang nak datang lagik tapi ntah bila. Banyak lagik negara yang saya 'wish' belum jejak. Jadik rasanya..mungkin later-later lah jika ingin melawat semula Istanbul. Hari terakhir kami di Istanbul..snow turun agak lebat. Ekstrem sungguhlah cuaca kat turkey. Alhamdulillah...4 hari pertama..cuaca sangat cantek. Kami pun enjoy nak jenjalan......
Oklah..itu sajer nak share. If ada sesiapa nak ke Istanbul..rasa nak kirim Turkish Delight. Itu pun jika ada yang sudi tolong belikan. Dengar-dengar..ramai juga orang Sheffield plan nak ke Istanbul.
Selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun baru 2011 membawa keberkatan kepada kita semua.Hadiah tahun baru untuk Ayuni dan Ayna..Quilt. Quilt lagik! Jemu I mendengarnya.
Apapun saya happy..dapat harga yang murah di babies'R'us. Beli betul-betul pada 1.1.11.
*Ni Quilt terbaru Ayna punya. Ayuni nyer dah pasang kat katil...dia pun tengah tidur..tak kosa saya nak ambik gambo*ta ta..
Sejuk sejuk begini..malas sungguh nak update blog. Tengok blog orang pun sunyi sepi jer...
Hacumm! hacummm! dalam hacumm hacumm ni, saya akan usahakan mencatat pengembaraan saya ke Istanbul.
Jika Tanjung Piai, Pontian dikenali sebagai penghujung Asia Tenggara,
Gibraltar , Spain dikenali sebagai End of Europe ,
Istanbul pula dikenali sebagai sempadan Benua Eropah dan Benua Asia.
Hari ke-3 , kami meneruskan perjalanan bersama tour guide ke belah Asia. Untuk ke Istanbul belah benua Asia..kami menaiki minibus merentasi selat Bosphorus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel kami.
Merentas jambatan nak ke benua Asia..macam jambatan penang..Keadaan jalanraya Turkey tak ubah macam Kuala Lumpur...jem , simpang siur..sesuka hati nak memotong , masuk line selamba jer. Jauh benar bezanya dengan UK.Namun pagi itu..jalan kelihatan tenang.
Kami ke Makam Nabi yusha' yang merupakan makam nabi terpanjang , bukit Camlica..bukit tertinggi di Istanbul dan juga Masjid Eyup.
Di bukit camlica...sebelah sini Asia..sebelah sana seberang selat bosphorus..belah Eropah.
Makam nabi Yusha' yang panjang sepanjang pagar hijau tu...Di Masjid eyup...terdapat makam sahabat nabi , pemegang panji-panji iaitu Eyub El-Ensari. Sungguh! Sungguh sayu apabila berada di masjid ini.
Pasti ada yang teringat cerita ini...
Eyup adalah sahabat nabi yang bertanya kepada nabi dalam perjalanan dari mekah ke madinah, 'dimanakah kita akan berhenti?
Nabi muhamad jawab.
'di mana unta ku berhenti..disitulah kita berhenti'.
Makam ini dijumpai di sini..melalui mimpi seoarang alim ulama'. dimana mimpinya...tempat sejadah yg dibentangkan olehnyer untuk solat..disitulah kubur eyup el-ensari. Kemudian, kawasan itu digali..dan terdapat bukti makam ini adalah makam eyup.
Saya rasa ..Masjid eyup wajib dilawati bagi yang bercuti ke Istanbul. Ramai sangat orang bersolat di masjid ini. Saya juga berkesempatan melihat tapak kaki nabi Muhamad. InsyaAllah..itu adalah benar tapak kaki junjungan kita kerana tapak kaki..mudah didapati..banyak footprint. Tapi kalau tangan..mmm..macam susah jugak nak percaya kesahihannya.[video di bawah...]
kami di hadapan Masjid Eyup.
Memandangkan kami menggunakan khidmat Minibus...kami memerlukan Driver Turkey. Selain menanggung duit makan tour guide..kami juga perlu menanggung makan Driver. Tak susah pun mereka makan..simple. Di makam nabi Yusha...telah kami berikan lempeng turkey . Tetapi mungkin portionnya tak cukup bagi orang Turkey...maka apabila tiba di Masjid eyup..driver dah mula bagi hint 'lapar' , bila nak 'lunch'?
Setelah semua ahli rombongan solat Asar , cecepatlah driver ni nak makan. Dia pun tunjukkanlah kami satu restoran ni..berdepan dengan Masjid eyup. Kami yang no idea pun..ikut jer la....
Alhamdulillah..makanan sedap. Cuma harganya agak mahal..berbanding makanan biasa yang kami beli sebelum ini. Contohnya..sup ikan yang kami makan sebelum ni berharga 3.50 lira..tetapi di restoran ini 6 lira. Dalam hati saya [ bukan nak menuduh] ....sesajer jer pakcik driver bawak kami ke restoran ni. Mungkin dia ingat kami pelancong banyak duit...;) .Duit cash kami masa tu pun...alahai cukup-cukup makan..tak sempat nak draw.
eh..pakcik janganlah tenung macam tu....Kali ini kami bayar ikut family untuk makanan yang diorder ...bagi memudahkan. Sebelum ini , kami bayar pergroup..lepas tu kira kemudian antara kami . Ntah macam mana , setelah setiap family bayar...shot 10 lira. Maksudnya tak teli kiraan perfamily berbanding pergroup. Tapi saya yakin..memang semua dah bayar. Tup tup..ada seorang hamba Allah turkey ni..tolong bayarkan yang shot 10 lira tu. Mungkin dia kesian tengok kami kalut kalut....
Alkisah...setelah Faiz berborak ucap terima kasih dengan budiman Turkey tersebut , dia memberitahu , di Turkey ..jarang bayaran dilakukan berasingan . Itu yang mungkin cashier serabut. Oooooooo..barulah kami tau. Kalo nak bayar asing-asing..sila dok asing-asing. Tapi kami dalam kumpulan..biasanya mmg dok dekat-dekat rapat-rapatkan meja....ingat macam Malaysia..ha ha..'lain tempat lainlah adat dan budaya nyer.'Begitulah pengalaman kami pada hari ke-3.Tips hari ke-31. Gunakan peluang yang ada untuk melawat Istanbul sebelah ASIA, tetapi perlu sewa kenderaan ..teksi, minibus..atau sewa kereta. Tiada public transport, bas / tram untuk ke Makam nabi yusha dan Bukit Camlica.
3. Walaupun orang Turkey agak kasar , namun dari segi masa mereka ni Tepat. Jadi kita kena siap sedia ikut masa. Pukul 9 bertolak..pasti minibus akan sampai. Pukul 5.30 kena pulang minibus.....pukul 5 dah kena siap sedia balik dari sessi lawatan. Pukul 12-1 waktu lunch..janganlah kita skip..he he.
Ok..ada masa saya sambung lagi...*Saya selitkan video semasa ziarah makam eyup el-ensari ini....sila abaikan info saya..ntah mcmana saya kata ni makam sultan fateh. Salah tu...dalam video ni, makam tersebut adalah makan Eyub ..dan dalam tu jugak terdapat ramai orang menghadap dinding..itu adalah melihat tapak kaki nabi muhamad.
Alhamdulillah..cuaca hari kedua [Isnin] sangat baik. Cerah dan tidak sejuk. Untuk hari kedua..kami mula menggunakan khidmat tour guide, Faiz , yang diperkenalkan oleh abang Fuad. Faiz sangat arif tentang Istanbul...jadi ziarah kami ke Blue Mosque , Hagia Sophia, Topkapi Palace dan menaiki ferry di Selat Bosphorus amat bermakna! Tidaklah hanya melihat bangunan dan pemandangan sahaja tetapi info yang sangat baik dari Faiz membuatkan ziarah Istanbul cukup bermakna.
Saya tidak akan menerangkan setiap keistimewaan attraction di sini..kerana anda semua boleh google untuk mengetahui sejarah setiap tempat itu.


Kami hanya berjalan kaki dari hotel untuk ke tempat-tempat yang disebutkan di atas. Semuanya walking distance dan dekat-dekat. Sepanjang perjalanan banyak orang-orang berjual dan mereka akan mendekati kita , seboleh upaya memaksa kita membeli. Jadi pandai-pandailah mengelak diri jika tidak mahu beli atau dalam erti kata lain..jangan layan. Once bila dah menyahut sapaan si penjual...akan jadik meleret panjang mereka menawarkan barang jualan.Tetapi jika anda benar-benar nak membeli...silalah beli. Nasib baik..harga lebih murah dari Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
Poskad merupakan antara koleksi kami bila berjalan . Poskad ni boleh beli..kami beli 12 keping card 1 lira=50 pence. Murahkan?
Makcik ni jual makanan burung..dia akan hulur sajer kepada budak kecik. Nanti mak pak yang kena bayar..adoyai..1 bekas-1 lira.
Sebelum maghrib , kami berpeluang menaiki ferry untuk menikmati pemandangan Selat Bosphorus. Pada pendapat saya ...jika anda telah menaiki ferry dari airport ke Eminonu , tak yah naik ferry ni pun tak per. Sebab pemandangan lebih kurang sama . Cuma ..bosphorus cruise..masa nya lebih panjang ..dan disebabkan tour guide kami ada...jadik banyak bangunan menarik disepanjang selat Bosphorus dapat diterangkan kepada kami.

Harga ferry dari Kardikoy ke Eminonu ialah 1.75 lira..manakala cruise untuk pusing pusing selat Bosphorus ialah 10 lira seorang. Banyakkan beza?
Setelah puas menikmati pemandangan selat bosphorus...kami dibawa pula ke Spice Bazaar. Spice Bazaar wajib pergi bagi setiap pelancong kerana didalamnya banyak terdapat jualan rempah dan turkish delight. Bila dah pergi spice bazaar..bolehlah terus beli at least 1/2 kilo turkish delight sebab khuatir hari seterusnya tidak sempat nak ke spice bazaar. Banyak kedai di spice bazaar..hanya pilih sahaja. Ada kedai yang boleh beli sikit-sikit..tapi ada juga kedai yang kena beli 1/2 kilo- 1 kg terus.

Bagi yang suka memasak..rempah BBQ daging di spice bazaar wajib dibeli. Memang sedap. Rempah Ayam tak berapa sedap. Bagusnya di spice bazaar..kita boleh merasa setiap yang dijual sebelum membeli.

Setelah puas bershopping Turkish delight dan rempah , beli pula pasu turkey untuk buat kenangan. Pada malam itu..kami dinner di restoran yang menghidangkan sup ikan yang lazat. Tak ingat pula nama restoran itu..tour guide kami yang bawa. lazimnya..roti di restoran adalah complimentary...habis boleh mintak tambah..jadik makan sup dengan roti pun dah kenyang..;)

Dan lebih kurang pukul 10.00 malam..kami bergerak menuju pulang ke hotel dan check in di hotel kedua iaitu Emirhann Inn. Kami hanya duduk di Hotel Anatolia sehari sahaja. Harga perday lebih kurang sama sahaja iaitu 40euro. Cuma nya berpindah ke emirhann inn kerana harga untuk seminggu lebih murah.
Ha...di hotel inilah kami terkena lagi. Memandangkan group kami agak besar jumlahnya ..semasa check in , pihak pengurusan hotel tidak benarkan kami check in di hotel melainkan membayar tambahan harga setiap anak , dengan alasan..satu apartment hanya dibenarkan 2 kanak-kanak sahaja.
Untuk family saya, tiada masalah..kerana book 'double room' dan dibenarkan masuk bersama 2 anak tetapi rakan kami yang lain tidak lepas.Kak siti tidak boleh check in di double room kerana ada 3 anak dan 2 orang anak mereka berumur 5 tahun ke atas. Saya geram...kerana tiada kompromi dan pihak hotel seolah-olah mahu mengambil kesempatan dan keuntungan lebih ke atas kami , dengan membuat bayaran tambahan untuk kanak-kanak. hari pula sudah larut malam.
Setelah puas nego...akhirnya pihak pengurusan menawarkan apartment 3 bilik untuk kami share. Kerana kepenatan dan tiada pilihan lain...alhamdulillah..saya dan kak siti dapat jua check in hotel , share apartment 3 bilik. Wirda dan kak seri rahayu juga settle...[pihak pengurusan pun dah terlupa berkenaan jumlah& umur kanak-kanak , aiman berumur 12 tahun , dan pada saya adalah tidak bebaloi untuk wirda membuat bayaran tambahan untuk qistina,5 tahun ]. Kami tidak boleh cancel..kerana telah book menggunakan booking.com selama seminggu. Jika kami book sehari sahaja..sudah pasti saya akan cancel dan kembali semula ke Anatolia Hotel , accept kanak-kanak sehingga 12 tahun , breakfast disediakan lagi.
Dapatlah kami tidur malam itu dalam keadaan keletihan [ letih nak settlekan masalah dengan pengurusan Emirhann Inn].
Tips hari kedua;
1.Pastikan pakai kasut yang sesuai dengan keadaan jalan Istanbul yang berbatu. [kasut saya tak sesuai..sakit jugak tapak kaki ni].Fikirkan juga stroller anak, jika perlu bawa. Jika tidak...bolehlah digendong baby sahaja.tapi jika anak sudah besar dan berat..kenalah fikir pulak..takkan nak dokong. Pengsan mak ayah. Only you know which is better for your kids.
2.Lagi info berkenaan hotel;
Saya syorkan guna booking.com kerana jika tak boleh fly, boleh cancel [free cancellation] 2 hari sebelum check in. Cuma masalah booking.com ni, jika dah book seminggu, duit akan burn seminggu..bukan sehari sahaja, jika ada masalah contohnyer nak cancel pada hari check in.
Plan..sama ada anda nak masak / tidak. Jika betul-betul perlu memasak dan membasuh baju...bolehlah pilih apartment. If not...cari hotel murah..duit perbezaan antara hotel murah dan apartment boleh buat duit makan.Bagi yang nak masak..jangan bimbang..bahan mentah mudah didapati. Yang tak masak macam saya..pun senang gak..take away banyak dan roti murah-murah.
Pastikan check polisi hotel betul-betul especially yang ada anak 6/7 tahun ke atas. Mana tau jadik macam kami..mintak dijauhkan dari anda semua.
3. Jaga anak..kerana orang Turkey sangat suka dengan budak kecil. Tahu-tahu sahaja anak kita dah didokong oleh orang turkey..tahu tahu sahaja..anak kita dah dibagi jajan oleh orang turkey. Insyaallah semuanya selamat..tetapi sekadar berhati-hati.4.Elok juga guna tour guide yang pandai berbahasa Turkey ,lebih -lebih lagi jika ada anak kecil. Mempercepatkan perjalanan dan info lebih clear. Tapi rasanya cukup 2-3 hari sahaja tour guide. hari lain cariklah pengalaman sendiri redah Istanbul. Seronok redah sendiri...macam treasure hunt!
InsyaAllah , kepada yang sudi nantikan sambungan cerita hari ke-3. Kami terkena lagik oleh orang Turkey..hu hu.
to be continue..
Salam semua...insyaAllah kali ini saya akan cuba share sedetail yang mungkin berkenaan percutian kami ke Istanbul , mana-mana yang tidak terdapat di dalam google website.
Istanbul adalah tempat yang sangat-sangat best untuk diziarah. Kami book tiket 3 minggu sebelum bertolak pada 5 dec kerana visa baru sahaja siap.Ingat dah tak dapat join Wirda dan Kak seri rahayu ke Turkey..rupa-rupanya masih ada rezeki buat kami. Tiket masih murah.
Setelah berpuluh kali google..ticket termurah yang boleh didapati dari UK ialah dengan menaiki easyjet dari Luton Airport. GBP80 perperson, return. Masa saya book bulan 11 , ticket untuk ke Turkey pada bulan 3-4,2011 masih murah. So..bagi sesiapa yang ada plan nak pergi ..bolehlah google easyjet.
Kami bertolak dari Sheffield lewat petang Sabtu, dalam pukul 5 ptg. kami terpaksa bertolak awal..memandangkan snow yang tebal di Sheffield. manalah tau..ada aral di tengah jalan akibat snow chaos, dapatlah kami tiba di airport sebelum waktu check in. Itu pun , kami gamble ke airport kerana tidak pasti flight kami dapat terbang atau tidak. Alhamdulillah...london kelihatan seperti tiada snow..dan dapat lah kami terbang mengikut jadual.
kami sampai airport agak awal..jadik sementara menunggu waktu check -in , kami lepak-lepak tidur di kaki lima.ha ha..macam pengemis pulak rasanya.

Setibanya di Istanbul..cuaca agak mendung , namun suhu adalah 23 degree. best best.


Keluar sahaja dari airport ,prebet sapu 'ulat van' telah menunggu kami. Memandangkan rakan kami , Wirda agak kurang sihat , kami bercadang untuk menaiki van . "ulat van' , meletakkan harga 70euro untuk sebuah minibus ke hotel, kami cuba membuat penawaran tetapi tidak berjaya.En abang saya seperti biasa telah bertanya kepada beberapa orang untuk quotation tapi malangnya...itulah satu-satunya 'ulat van' yang berada di situ. Mungkin kerana kami 'tawar-menawar'..akhirnya 'ulat van' seakan merajuk dengan kami.
'Merajuk'?..yer..'Merajuk'..membuat muka sombong dan tidak mengendahkan kami. Wah..sudah terkena nampaknya kami dengan orang Turkey . Untuk menaiki teksi adalah tidak berbaloi..iaitu 45euro perteksi. Kami perlu 4 buah teksi.

Akhirnya...kami akur menggunakan public transport bas dan ferry untuk ke hotel. Semasa beratur nak menaiki ..'ulat van' datang kepada kami (hampeh!)....saya dan suami memandang rakan yang lain..namun kesemuanya berkeras hati tak mau layan'ulat van' yang sombong itu. Maka naiklah kami bas dan ferry beramai-ramai.
Bas E10 memang telah siap sedia tunggu dihadapan airport. Alhamdulillah , Bas dan ferry selesa. Malah harga adalah murah dan yang lebih penting dapat pengalaman. Tambang bas adalah 3.30 lira dan tambang ferry adalah 1.75 lira.Namun , hati kasihan juga dengan family Wirda dan Alim..kerana mereka nampak letih dan tidak sihat.
Bas E10 adalah bas yang akan membawa pnumpang dari airport Sabiha Gochen ke Kardikoy [pusat perhubungan awam]. Setibanya di kardikoy..saya terus bertanya kepada orang...Eminonu. Mereka terus menunjukkan arah perhentian Ferry. Dekat sahaja dengan bas stand.

Pertama kali menaiki fery..hati agak terkejut ..kerana fery nya adalah sangat selesa dan luas. Bukan seperti fery langkawi. Fery yang kami naiki mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam untuk sampai ke Eminonu. Di atas ferry...kami menikmati pemandangan Istanbul yang sangat indah sambil menikmati tea turkey dan panini turkey yang sedap dan murah [ perut memang tengah lapar...semuanya sedap belaka].


r


Setibanya di Eminonu...saya seakan kehilangan arah sebentar. Mana mahu dicari stesen tram? orang turkey tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadik saya menggunakan body langguage dan keyword'sultanahmet'. Ada orang turkey yang ingin membantu kami..malang nya satu perkataan pun kami tidak faham.

Dari eminonu untuk ke stesen tram ..perlu melalui terowong bawah tanah ....agak sukar juga untuk mencari..kerana hari sudah malam. Alhamdulillah..sampai juga kami di stesen Tram.
Kami terkena lagi! kerana tiada syiling..kami tidak boleh membeli tiket tram di machine ticket. Salah seorang 'ulat tram' pula menghampiri kami. Dia menawarkan tiket 2 lira supaya kami boleh melepasi gate tram. Kerana kepenatan dan tiada syiling..kami terima tawaran itu. Terdesak. Harga sebenar tiket tram ialah 1.75 lira.

Huh....mak datukk...bila tram sampai..padatnyer tram!kami menaiki tram ke Zetinburnu dan berhenti di sultanahmet. Kerana terlalu padat...3 orang terpisah dari kami...iaitu kak siti,Azwal dan anak mereka Fadlin. Anak kak siti , fikri dan fatihah..telah berada di dalam tram bersama kami. Sempat saya dengar kak siti menjerit ' tolong jaga anak yer...!'. aduhai..tapi saya yakin , kak siti dan Azwal akan sampai jua di stesen sultanhamet.

Setibanya di stesen sultanhamet..mana pula kami nak ke hotel Anatolia. tanya orang semua tidak tahu kerana di Sultanahmet terdapat beratus-ratus hotel. En. abang saya ada print hotel detail tapi saya tertinggal di rumah ..;(. Sekali lagi..saya menggunakan keyword..iaitu 'AYASOFYA'.Alhamdulillah..ada yang menunjukkan jalan. Namun hotel tidak juga ditemui.
Akhirnya , En abang saya dan Azwal menawarkan diri untuk cari sementara kami tunggu di satu sudut. 1/2 jam berlalu...en abang dan azwal tidakjuga muncul. Akhirnya , kami berpecah...kak siti , kak sri rahayu dan wirda mencari hotel hala laluan kanan , dan alim serta abg anuar mencari hotel lalu lauan kiri . Saya dan anak-anak masih menunggu di sudut itu.

Alim..telah mendapat pentunjuk hotel. Alim orang yang pertama jumpa hotel . Kedudukan hotel terletak di ceruk jalan. Sukar untuk ditemui. Alhamdulillah...service hotel sangat bagus. Apabila kami sampai..mereka terus tolong angkat bag..bawa masuk ke bilik. Segala bayaran semua tidak diminta. Syukur.......hotel yang murah tetapi sangat selesa, bersih. 40Euro semalam. 1 single bed, 1 king size bed,ada kitchen sumer..complete microwave. cuma tiada mesin basuh.



Namun..saya masih gelisah kerana En abang dan azwal belum lagi muncul dihotel. 1 jam telah berlalu.Saya mula memikirkan embassy ..kalau-kalau en abang saya tidak muncul. Akhirnya...setelah dekat 1 jam setengah kami check in, barulah en abang saya muncul dengan wajah yang amat letih! Letih kerana sesat barat.
Inilah akibat dek kerana tidak tahu berbahasa Turkey . Mereka cuba menunjukkan jalan kepada en abang dan Azwal..namun hotel tidak juga ditemui.
Bukti kesungguhan..ada insan tolong print google map untuk ke hotel..namun mereka masih sesat. 2 helai kertas itu adalah map.
Tips hari pertama
1. Dari airport, boleh menaiki public transport. Pemandangan yang cantek dan tiket yang murah.
Sabiha gokchen- Kardikoy - Bas E10 - 3.30 lira
Kardikoy-Eminonu - Ferry - 1.75 lira
Eminonu - Sultanahmet - Tram 1.75 lira [jika siang hari, boleh jalan kaki sahaja tapi pastikan bawa peta/ google map].
atau
naik prebet sapu, van / minibus - 70 lira.
2. Hotel.
sebolehnyer cuba cari hotel yang sangat dekat dengan tram atau perhentian ferry Eminonu. Walaupun dalam google map kata short distance jalan kaki, tetapi kerana mukabumi Istanbul yang berbukit dan jalan berbatu yang tidak rata..jalan kaki 10-15 minit adalah memenatkan bagi yang baru tiba!
3. Berhati-hati dengan orang Turkey. Mereka mudah mengambil kesempatan terhadap pelancong. Hu hu...hari ke 2,3 juga kami terkena.
Nantikan cerita saya seterusnya..harap tidak malas untuk mencoret..