Wednesday 27 January 2010

Catatan Andalusia- day 1

26 january 2010

Alhamdulllillah..percutian kali ini untuk ke Spain berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah...percutian idaman saya menjadi kenyataan walaupun satu ketika dulu En Abang seperti tidak berminat untuk ke Sepanyol-Spain-Espana. Saya jer yang berangan-angan lebih.


Destinasi kami adalah ke Selatan Spain iaitu Andalusia yang terbahagi kepada 8 daerah iaitu Malaga, Granada, Cordoba, Cadizze, Seville,Jain dan Almeria. Jadik kepada adik-adik saya yang kirim salam kat Ronaldo..mintak mahaplah sebab madrid tak termasuk dalam destinasi pelancongan kami. Hatta..Barcelona juga kami tak pergi. Jauh tu..its about 1000km dari Malaga.



map photo from: www.travel2andalusia.com/Maps/Maps.html

Kami bertolak dari Sheffield dalam pukul 1.50 am menuju ke ASDA Manchester untuk bertemu dengan Zahril dan Azmi. Dari situ, kami menuju ke tempat parking kereta ( Long stay ), APH dan terus ke Manchester Airport dengan menaiki shuttle bus. Kami menaiki Fly Monarch , pukul 7.45 pagi menuju ke Malaga dan mengambil masa lebih kurang 2 jam penerbangan dari Manchester.



*Ayuni dan kawan-kawannya , dalam shuttle bas menuju ke Manchester Airport, 4.30 pagi.


Sejurus tiba di Malaga....kami terus menunggu En Khairul , agent yang bertanggungjawab untuk membawa dan menguruskan kami di Spain. Hampir 1/2 jam kami tunggu..akhirnya En khairul muncul dan terus membawa en abang , zahril dan azmi untuk mengambil kereta sewa. Cuaca di Malaga sangat sedap..10'c, masih winter tetapi tidak sesejuk UK.

* kereta sewa hijau dipandu oleh Azmi dan Van Mercedes biru dipandu oleh En Khairul


*Pemandangan Malaga - my first view of Laut Mediterranean

Jam hampir menunjukkan pukul 2.00 . Perut mula berkeroncong . Destinasi pertama kami adalah pekan pesisir pantai , Costa Del Sol untuk menjamu selera. Sepanjang perjalanan , saya sungguh teruja dan terasyik melihat pepohon lemon dan limau yang sangat banyak sama ada di kawasan perumahan mahupun di tepi-tepi jalan. Oh..teringat-teringat..pokok limau yang tengah merimbun dengan buah limau oren ( Clementies dan satsuma ..serta Lemon yang kekuningan dan besar-besar! )
Memang inilah Mediterranian yang kaya dengan buah-buahan citrus. ( yup..kami pergi ke Spain tepat pada masanya- musim winter adalah waktu buah-buahan citrus berbuah - one my important things yg sy perlu tahu masa belajar dulu- Food , Season & Famine )





* pohon lemon dan limau yang sedang lebat berbuah. walau di Malaysia banyak pokok limau..tak sama 'feeling' tengok pokok buah kat negara orang. Besar dan subur belaka!-gambar diambik dari dlm van yang bergerak..he he.

Kembali kepada perut yang keroncong , sungguh..saya terlupa nama restoran Italy yang kami kunjungi..( tak tengok pun sbb perut dah lapar sangat) .Namun saya tidak lupa keenakkan seafood sphagetti yang kami nikmati. En Abang memilih nasi Risotto untuk hidangan tengah harinya dan saya and the gang , Kak ija dan Ani memilih sefood sphagetti. ( tak ingat jugak namanya apa...hu hu).


* Marbeles....seafood sphagetti.Sepinggan Sphagetti ni berharga 10 euro.


* Pemandangan di luar restoran. Pelabuhan Costa Del Sol ,Malaga.

Burppp...Sesudah kenyang..apalagi, kami terus ke Villa Alissa tempat kami bersemayam selama 6 hari.

* our room - En suite

* Villa Alissa kepunyaan perseorangan berbangsa Argentina dan pasangannya orang Sepanyol. Kolam renang itu hanya dapat ditenung sajer sbb sejuk nak mandi manda.


* View ruang tamu dari corridor tingkat atas. Ada macam akademi fantasia tak?
Villa ini sangat selesa , ada 4 buah bilik tidur dan 3 bilik air. Cuma yang tak berapa best ialah bab tangga dan korridor . Amat bahaya untuk kanak-kanak ,kerana dekorasi tangganya moden dan kanak-kanak boleh mencelah masuk kekisi tangga dan terjun ke ruang tamu. Lupalak saya nak ambik gambo tangga dan koridor moden itew! Jadik..kami telah susun beg -beg kami sepanjang korridor bagi mengelakkan anak-anak kami tergelincir lalu terjun ke ruang tamu..hu hu.
Malam itu kami dihidangkan dengan ikan siakap kukus dan udang bakar bersama-sama vegetable. Lepas berehat..kami pun zzzzzzzzzz untuk sambung semula perjalanan keesokkannya.

Friday 22 January 2010

Open your eyes...

Rentetan catatan saya sebelum ini berkenaan Nabi Musa yang bermohon untuk lihat Allah secara zahir tetapi tidak dimakbulkan oleh Allah...cukuplah sekadar melihat bukit yang hancur. Itu tandanya Allah ada. Cerita itu seperti ada kaitan dengan video klip Mahir Zain ini....cerita Abu Bakr yg bermohon supaya ditunjukkan 'sesuatu'....

For those who need the signs,
Open your eyes..
Look around you..
Look at the sun,water , star ,
This are the sign the people of knowledge

Itu sudah cukup menunjukkan Allah itu wujud.

Ohh..sungguh tersentuh video klip ini....
Terima kasih Dr Azwan yang share kisah ini di blognya
http://drazwan.blogspot.com/2010/01/menitis-air-mata-video-klip-maher-zain.html

Wednesday 13 January 2010

Story basi,last weeks, semalam

Alhamdulillah telah sebulan saya berada di sini setelah pulang sebentar ke Malaysia untuk menyambut Aidiladha .


Kepulangan saya ke UK di sambut dengan cuaca sejuk (yg bg sy adalah ekstrem..sbb kat Msia panas). Sepanjang perjalanan dari Stansted ke Sheffield ( bermalam di travelodge -sehari) , saya mengalami muntah-muntah yang teruk. Ketika ini dirasakan , saya diuji - fizikal dan mental. Penat balik dari Malaysia + morning sickness + tak larat nak kemas rumah, saya hanya melepek di atas katil bersama duvet.


Dan kerana itu , blog ini sepi dari cerita cerita emosional saya..( bnyk sy luahkan di blog..kerana suka meluah dengan pen dari meluah kepada orang tetapi tidak membantu saya..).



Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan saya dalam melayari kandungan kedua ini. Bila kita sakit, kita selalu ingat Allah. Kenapa manusia begitu? lalai...


Perlahan-lahan diri kembali pulih. Alhamdulillah. Allah beri saya peluang untuk sihat semula walaupun masih terdapat lagik morning sickness skit skit. Bila dah sihat skit ..mulalah kaki gatal. Dapatlah saya menikmati boxing day..syukur. Cuma tak boleh lama-lama jalan sbb tak larat...hu hu. Sib baik anak angkat saya tidur umah saya dan ikut kami berboxing..so Ayuni ada orang layan. kurang skit penat saya.


* boxing day di outlet East midlands-26 dec 2009 - credit to Nana

Oh ya..Terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya masa kat UKM dulu , Dr Ruzita yg sudi tidur umah saya semasa krismas dan kawan-kawan suami saya dari glassgow yg tido umah saya pada 28 dec 2009. Sekurang-kurangnya ceria skit umah saya waktu waktu winter ni. Maaf atas segala kekurangan dan jangan serik datang umah kami lagi.


Sekian laporan cerita yang dah basi....;)

**************************************

Minggu lepas..kawan-kawan suami datang ke rumah saya. Seorang daripadanya membawa isteri. Sementara menunggu suami dan rakan-rakan menghabiskan kerja , kami berborak . Banyak yang kami bualkan sementelah , kawan saya itu baru pertama kali bertandang ke rumah saya.

Tetapi ada satu perkara yang membuat saya terpukul. Tidak perlu saya ceritakan intipati ceritanya tetapi cukuplah , kata-kata nya membuat saya insaf dan berfikir. simple but make sense. " Dalam dunia ini tidak semua kita akan dapat. Kami sudah redha dan pasrah dengan ketentuan Allah" . Saya tidak tahu kenapa saya begitu terkesan & berterima kasih kepadanya dengan luahan kata-kata itu. Dia jugalah antara yang terawal mengucapkan tahniah apabila mengetahui saya pregnant dengan penuh tulus ikhlas.Bukanlah saya mengharap ucapan tahniah kerana kami sendiri pun merahsiakan berita baik selama 3 bulan dari pengetahuan umum tetapi ketulusan & keikhlasan itu yang membuat hati saya tenang menerima ucapannya.

Emosi kah saya? Mudah tersentuh.Mungkin kerana jiwa saya telah lama tidak disimbahi pengisian rohani ( dek kerana bercuti-cuti Malaysia..- tiada usrah yang saya hadiri di Malaysia). Dan kerana itu , saya gagahi menghadiri usrah yang dikendalikan oleh kawan sebaya saya , juga isteri pensyarah UTEM . Dan kebanyakkan ahli usrah saya juga adalah isteri-isteri pensyarah UTEM yang setia menanti suami yang ntah bila akan habis Phd.

Usrah ini diadakan sekali dalam setiap minggu . Pengisiannya sudah tentu ada bacaan Al-quran dan tafsir. Kemudian kupasan hadis atau apa-apa kupasan ilmiah islam. Selepas itu akan diadakan pembentangan dari ahli mengikut giliran . Pada ketika ini , penbentangan yang dilakukan adalah sirah nabi . Saya ter miss beberapa sirah kerana bercuti ke Malaysia ( terasa rugi sangat..!).

Sungguh saya berasa malu kerana banyak sirah-sirah Nabi yang saya lupa. Janganlah ditanya apa-apa kepada saya , saya hanya mampu menjawab sepatah tetapi tidak boleh mengaitkan atau menyambung cerita -cerita yang dibentangkan.


****************************************

Semalam...Usrah diadakan di rumah Kak Aida . Seperti biasa , saya pasti akan minta izin dari suami sebelum ke usrah..yer lah mana tau tiba-tiba suami tak bagi pergi , saya tak blh pergi. Alhamdulillah ..setakat ini tiada halangan dari suami cuma semalam suami berkata;


" eh..hari ahad ada usrah , hari ini (selasa) ada lagik?"

" Oh..hari Ahad usrah persatuan , hari ini usrah Balfour(kawasan kami diami)".

"Kalau naik kereta ..tak payah pergi. bahaya. Kalau nak pergi, jalan kaki"-kata suami saya.

"Ok..memang nak jalan kaki sbb jalan licin.." balas saya.


Maka dapatlah saya meredah salji pergi usrah seperti biasa. Mengah jugak turun naik bukit...sbb umah kak aida agak jauh skit dari umah saya. Tapi nak jugak pergi..tak taulah apa tarikan nyer.

Kali ini , kak aida membentangkan sirah Nabi Musa . Saya ingin kongsikan sirah ini bersama semua di blog ini tetapi sebelum itu , cuba anda jawab soalan ini ;


1. Dari keturunan apakah Nabi Musa?
2. Apa beza Bani Israel dan Israel Yahudi yang sekarang?
3. Apakah kaitan Palestin dan Mesir dengan kisah Nabi Musa?
4. Ingatkah anda tentang cerita Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya supaya terlepas dari siksaan bunuh Firaun?
5. Kenapa Firaun nak bunuh bayi lelaki yang baru dilahirkan?
6. Apakah kaitan nabi Musa , Nabi Harun dan Firaun?
7. Apakah kaitan nabi Musa dan Nabi khidir? Apakah kelebihan Nabi Khidir?
8. Kaitan Sapi betina dan nabi Musa ketika ingin menyeberangi sungai? Kaitannya dengan agama hindu sekarang...?
9.Ingatkah anda cerita Nabi Musa mengikut Nabi Khidir menaiki sampan?
10. Ini soalan yang paling senang ..Apakah mukjizat nabi musa?


Soalan yang 10- biarlah saya jawab dengan harapan tidak luput dari ingatan .


Terdapat banyak mukzijat nabi Musa antaranya ialah kitab taurat.Dimana yer kitab taurat tu sekarang?


Nabi musa juga boleh berbicara dengan Allah secara direct tanpa ada perantara seperti malaikat dan wahyu. Kerana itu , nabi Musa pernah berkata secara direct kepada Allah supaya dia dapat melihat rupa Allah secara zahir . Ketika itu nabi Musa sedang bertafakur di Bukit Sinnai. Allah berkata kepada nabi musa" Engkau tidak boleh melihat rupaku ..jika engkau ingin melihatku cuba pandang ke arah bukit itu". Sejurus Nabi Musa memandang ke arah bukit , bukit itu terus meletup , hancur , lebur. Nabi Musa menggigil ketakutan dan tidaklah Nabi Musa dapat melihat rupa Allah. Cukuplah petanda itu menunjukkan Allah itu ada. Wujud.



Dan mukjizat yang paling popular (pada saya..) ialah tongkat nabi musa yang boleh bertukar menjadi Ular dan memakan kesemua ular ahli sihir Firaun.


InsyaAllah jika diizinkan , saya akan cuba ceritakan semula ( 10 soalan di atas ) , yang telah diceritakan oleh kak aida dengan penuh ekspresi dan mudah difahami. Saya suka sgt cerita Nabi musa dan firaun , mungkin kerana sepupu saya baru sahaja pulang dari Mesir ( Egypt) dan banyak gambar yang diambil berkaitan dengan cerita nabi musa ini.



* Ayu , sepupu suami saya yang belajar kat Sheff jugak. Ni adalah patung Firaun Ramses II.

* Pyramid Giza dan Patung Sphinx.


* Sungai Nil .Lokasi ini salah satu lokasi Sg. Nil yang mana terdapat banyak harta karun tinggalan Firaun. Firaun tenggelam di laut Merah semasa kejar nabi Musa.


Seperti biasa setelah selesai usrah , ada sessi makan-makan untuk rapatkan ukhwah.

Kak aida menghidangkan kami Laksa penang yang pedas tetapi lazat. ( saya mmg kuat pedas sekarang ini..cili api dan lada jeruk sentiasa ada di meja makan...hai baby apa lah dalam perut mummy ni..girl or boy..).Laksa pedas itu telah saya tambah sebanyak 3 kali.

Ntah tidak semena, semasa makan, saya bertanya kepada seorang rakan usrah;

" Jadik tak pergi Umrah spring ni?"
"Oh..tak jadik. Fadzlin kata kalo kita pergi umrah elok disegerakan pergi haji pula".Jawabnya
".....tapi sekarang ni kalo nak pegi haji..tunggu turn lama...yang berdaftar sekarang pun akan dapat pada tahun 2027". balas saya.
" Kalau dah cukup duit dalam tabung haji ..boleh pergi cepat.." jawabnya semula.

Kata-kata nya yang terakhir membuat saya berfikir,
Bagaimana kalau dah cukup duit ..tetapi Allah belum izinkan untuk pergi ke tanah haram.Saya percaya ramai yang telah mampu dari segi kewangan tetapi masih belum diberi peluang oleh Allah untuk melihat Baitullah . Kenapa? Mengapa?Mengapa?

Usrah sering membuat saya berfikir dan terfikir. Usrah juga membuat saya malu dengan diri sendiri yang terlalu banyak perkara yang tidak tahu , dan yang paling parah , pernah tahu tetapi terlupa kerana tidak diamalkan.


Syukur saya ke bumi UK ..sekurang-kurangnya saya bertemu semula dengan Usrah . Kali terakhir saya berusrah ialah di sekolah menengah . Di matriks ada usrah tapi macam tak konsisten. Di university..saya khayal dengan dunia saya . Setelah bekerja & kahwin ..saya sibuk dengan urusan dunia, anak dan suami .


Terima kasih rakan-rakan usrah saya. Saya harap ..bila kita pulang ke Malaysia , khususnya Melaka..dapatlah usrah ini diteruskan . Setidak-tidak nya saya berazam....tak perlu saya asyik nak shopping jer waktu rehat hari jumaat. Kalo dapat berkumpul berusrah kan best. Rumah kita pun insyaAllah dekat-dekat..;)


Ini adalah entry pertama 2010 dan entry pertama untuk Usrah saya.

ha..minggu depan saya kena bentang kisah Nabi Sulaiman. Takut.Gentar. boleh ker?


dan tak sabar juga nak tunggu usrah persatuan sambungan kupasan Khazaf dan Lian ( sumpah suami isteri ) dan sleep over party kat umah dr Murni( qiamullail tp guna nama moden ..hi hi ).


* mak usrah dan anak-anak- Usrah kat umah saya - 2 weeks after sy balik dari Malaysia.


*Terima kasih kerana meredah salji datang berusrah kat umah saya. Dari kiri, Kak aida, kak Niza, yati-naqibah,Ume , Saya. Tidak hadir - Zura(menunggu hari nak bersalin..mudah-mudahan selamat) , Kak Zu ( tak sihat )dan Ida ( tgh kerja waktu ini..). -credit to Ayuni.


Jumpa lagi..


ta ta