Wednesday 21 July 2010

My Medicine

Kalo nak cepat sembuh..kenalah ikut arahan tuan doktor, misi , ibu dan makan ubat...


Ni antara ubatan yang saya ambik sepanjang tempoh berpantang..


Clexane - Self injection..saya tak berani cucuk sendiri, maka en abang yang tolong cucuk kan kat perut saya. Ni untuk pastikan darah saya tak beku. Suntikan perlu dibuat selama seminggu selepas operation. Kat Malaysia dulu tak der ambik suntikan ini.


Tak sakit..tapi berbisa..(adush..alhamdulillah dah lepas azab suntikan ini ). Saya tak dapat bayangkan bagaimana pesakit diabetis terpaksa suntik insulin sepanjang hayat mereka. Insaf!



Paracetamol & Diclofenac -Lepas op..terus kena makan pain killer ni. Oklah ..bagi tahan sakit yang berdenyut dalam perut tu. Balik rumah bekalan sebeban ubat dibaginya.

Ferrous Sulphate - Iron supplement .Seperti biasa untuk tambah darah.Alhamdulillah saya tak der anaemia..tapi ambik supplement ni untuk prevention. Hospital dah bagi..saya telan jer. Sedap manis macam gula.



Peppermint- Bila operation..perut memang banyak angin sebab banyak rongga udara. Secara sendiri perut akan berbunyi seperti orang lapar. So..midwife kat hospital bagi saya minum air peppermint. Nampak jernih macam air kosong tapi bila minum memang terasa pudina. Lepas minum...terus saja saya menuju ke toilet. Berkesan lah pulak....Day 2 dah bowel open..so Doctor happy. Saya lagik happy......


Walaupun saya lahir era 70-an , tapi saya agak macam orang lama. Mungkin terpengaruh dengan amalan pantang larang ibu saya. Tapi kalo bagi kebaikan untuk kesihatan..why not? Saya dah amalkan ini sejak masa lahirkan Ayuni dulu...


Air gamat Asli - Saya rasa keberkesanannya lebih baik dari jelly gamat. Saya minum satu sudu besar setiap hari. Abaikan bau seperti longkang yang sangat busuk. Masa telan tu ..ingat jer lah ..aku nak cepat luka baik. Alhamdulillah berjaya minum berbotol time ayuni dulu. hope kali ni pun berjaya istiqamah minum. So far tak tinggal ayaq gamat ni.


Jelly gamat - Saya ambik jugak. Satu sudu besar setiap hari. Biasanya saya ambik belah pagi . Jelly ni adik beli kat langkawi. Sedap rasanya sebab dah dicampur madu. Ayuni pun tumpang sekaki minum jelly gamat.


Pati Ikan Haruan - Kerana en abang saya turutkan. Dulu kat Malaysia ayah mintak kawan carik ikan haruan kat sawah buat lauk saya. Jadik pati ikan haruan tak makan sanagt dulu. Kali ini..terpaksalah saya telan pati ikan haruan ini setiap hari sebotol. Gulp. Jenama MOSLATI ni lebih sedap rasanya dari Polleney.


Phytonatal - Ni jamu dari Nona Roguy. Saya baru makan sebijik sehari. tapi nampaknya Ayna tak sesuai..merengek waktu malam. mungkin kepanasan . Maka saya stop dulu jamu ni. Nanti sambung balik makan jamu.


Manjakani- Yang bulat bulat tu bijik manjakani. Saya belum start makan. Bijinya ditumbuk dan rebus. Kemudian airnya diminum.Khasiat? boleh lah google...


Alkisah dalam set bersalin Nona Roguy tak der pilis. Jadik setiap hari saya akan lumur minyak herbanika ni kat suluruh badan termasuk kepala dan muka sebagai pengganti pilis. Memang best. Sedap jer rasa. Nyaman.Muka pon tak comot.
(ni tengah tunggu pilis dari Dr.Rozi...dia ada lebihan pilis..bolehlah saya pakai..tq!)



Ni set bersalin kali ini. Dulu masa Ayuni saya order dari mak bidan. Kali ini beli yang ready made . Mahal jugak harganya RM360. Dalam tu ada macam-macam termasuk herba pencuci.

Ayuni tak suka bau herba ni. So saya letak kat bilik air......

Last but not least..saya kira ini pun ubat saya. Stokin khas T.E.D anti-embolism. Saya perlu pakai stokin ni selama 6 minggu. Selesa stokin ni....boleh dibasuh. Hospital bagi saya 2 pasang stokin ni.


Eh ada lagik..ubat istimewa dari ibu, sambal halia...


Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih. Cuma luka dalam ada terasa lagi. Kalo makan limau..alamak..kenyit mata lah jawabnya saya menahan hirisan ngilu. So kali ini ..saya kurangkan pengambilan limau. Mungkin saya dah berumur..jadik healing proses tu lambat sedikit berbanding time ayuni dulu.Mmm 6 years back..hari-hari saya makan sunkist untuk dapatkan vitamin C yang maksimum. Kali ini..saya terpaksa doublekan portion sayur sawi saya untuk bekalan vitamin C.


Hari ini ,22 July 2010, hari kedua belas berpantang.

Hari ini..22 July..besday ibu saya. Seronok rasanya bila ibu berada di sisi....dan ibu adalah 'my medicine', terapi terbaik untuk saya.Terima kasih mama....happy birthday yang ke-55 tahun and luv u so much!

Tq mama dan adik saya,Ojisan yang terbang kesini jaga kami anak-beranak. Jasamu tidak ternilai. *gambar dalam flight 17 July*


Moga jumpa lagik....

Thursday 15 July 2010

AYNA FARZANA

Alhamdulillah..saya telah selamat melahirkan baby girl pada 10/7/10 (27 Rejab 1431- sempena peristiwa Isra' Mikraj) ,jam 10.15 pagi secara c-sec di Jessop Wings Hospital, Sheffield, UK.



Sekarang ni saya masih dalam mood berpantang..maka aktiviti berFB dan berBlog harus diminimumkan seminimum yang mungkin.

Bila dah sihat skit..nanti saya update first experience saya menikmati sakit bersalin & saat manis melahirkan baby.






Selamat Datang NUR AYNA FARZANA.(Cahaya mataku yang bijaksana). Some says Ayna means beautiful eyes. Semoga menjadi anak yang bijak dan solehah.......amin.




Thursday 8 July 2010

Sabarlah sayang...

Hari ini , Khamis 8/7/2010...sepatutnya tarikh due saya.

Ayuni bangun pagi terus tengok perut saya.

'Mummy...naper baby tak keluar lagi?'
'Agaknyer baby sedap kot duduk dalam perut mummy...'
'Kalau baby tak keluar..kita nak buat macam mana?'
'Kita doa jer kat Allah..tak kan nak suruh doktor belah perut mummy hari ni'.
'Mummy..i dun want to take my bath! Baby tak keluar lagi'. Ayuni mula merajuk.

Setiap hari Ayuni mengira...siap ada kalendarnya sendiri.

Pagi ini Ayuni upset..tak mahu mandi....saya pujuk-pujuk..akhirnya mandi jua tapi berlengah-lengah.
Ayuni tak mahu sarapan..tak mahu minum...
Akhirnya...Ayuni lewat ke sekolah.

Sabarlah sayang...insyAllah akan tiba masanya. Kita doa sahaja yang terbaik dari Allah.

***************************************************************
Semalam walk in jumpa midwife. Alhamdulillah semuanya ok. Baby pun aktif.Midwife cuma nasihatkan saya agar call hospital bila sakit dah 15-10 minit. Jangan tunggu sampai 5 minit sebab saya ada history of c-s.

If saya tak bersalin lagi ....next week 14 July , saya kena pergi hospital jumpa tuan doktor.

*********************************************************************
Ingin juga saya kongsi bersama bakal-bakal ibu berkenaan air selusuh. Mungkin ada yang ingin menbuat sendiri air selusuh bagi mempermudah proses bersalin. Kawan saya , Ruhil ada share tips ngan saya . Dan saya jua nak share cara membuat air selusuh ini yang saya petik dari blog ini;

http://ceritaabi.blogspot.com/2008/06/air-selusuh.html

Kita hanya berusaha...tetapi ingat hanya Allah jua yang menentukannya.
Dan salah satu tatacara usaha bermohon kepada Allah dalam membuat air selusuh dan meredakan sakit adalah membaca selawat Syifa....




Any komen about air selusuh? I got mine..alhamdulillah. Moga urusan dipermudahkan.

Monday 5 July 2010

Early ...very early

Hari Sabtu 3 July ,2 hari lepas, kami pergi Family Day Sheffield 2010. Walaupun pada mulanya memang marah ngan AJK sebab nama en abang saya dicalonkan semula untuk AJK baru 2010/2011 , tapi hati saya tiada niat untuk memboikot acara atau program persatuan. Tidak pernah! ( I think most people yang kenal I..agree with this).


Kami telah siap-siap dari awal keperluan yang patut untuk family day ( semangat nih..dah ready sebelum 26 June- tarikh sepatutnyer family day dibuat.).En abang seperti biasa menyediakan pakaian baru untuk saya dan Ayuni (poyo!), scooter Ayuni yang memang kami dah ada beli kat carboot last year, Layang-layang beli dari Mizi dan baju princess untuk pakaian beragam yang memang dah ada dalam almari. Keperluan lain..kami dah letak tepi siap-siap.....kerusi, beg makanan etc.


Dalam hati saya berdoa moga-moga saya diberi kesempatan untuk menghadiri family day tahun ni. Pastu tak tau naper..berkobar-kobar nak makan BBQ...especially BBQ sosej (ngidam lagik?).

Tapi 2 hari sebelum family day ( khamis, 1 July) , saya mula rasa contraction..& sakit pinggang. Masa tengah solat isyak..terasa ada discharge keluar. Huh..sudah..! Leaking kah saya macam Ayuni dulu? Kuar discharge sikit-sikit. (Dulu kat Hospital Muar bolehlah saya terus jumpa doctor mintak checkkan.. & bila diperiksa..air ketuban saya memang dah kurang ..this is one of the reason jugak Ayuni on emergency c-s selain dari breech).


Saya berdoa banyak-banyak dan monitor baby movement. Alhamdulillah aktif.


Masa family day , Sabtu...saya yang sememangnya semangat ( sokmo!) , memang enjoy habis-habisan di padang. Saya tidak main apa-apa acara..tetapi asyiklah jalan ke sana sini..snap gambo orang dan seharusnyer menyokong Ayuni dan En Abang dalam semua acara. Time bersukaria..memanglah tidak terasa sakit..malah tak teringat pun nak kira baby movement.Sebelum acara habis..saya sempat mengutip sampah keliling playground ngan kanak-kanak. Saya+En Abang + Ayuni begitu enjoy..!





Masa jalan naik bukit padang Ponderosa menuju kereta mahu pulang ke rumah (3.30pm)....tetiba terasa bende kuar. Cepat-cepat saya alaskan seat kereta takut-takut water dah pecah. Ohh..tidak jugak. Leaking seperti sebelumyer. Dalam kereta hanya tuhan yang tahu...dup dap dup dap..cepatlah sampai rumah.

Sampai sajer rumah...terus saya berendam dalam bath tub ( warm bath) untuk melegakan sakit pinggang yang amat sangat! En Abang pun panik...apsal saya lama sangat dalam bilik air. Sesudah mandi berendam bagai ( tips from magazine / midwife) , saya solat dan terus rehat. Sakit pinggang memang berterusan...mungkin juga akibat kepenatan berfamily day . Sempat juga saya membelek nota dari midwife....Ya saya rasa saya sudah masuk early labour stage, kerana sakitnya adalah berlainan dari sakit penat.
* the notes really help!


Allah menguji kesabaran saya...time time sakit pulak Ayuni nak mengaji. Terus Ayuni letak rehal dan Iqra' di atas perut saya. Apalagik..tanpa sedar saya telah memarahi Ayuni!!!! Bukan bertujuan nak marah..tapi uncontrol. 'Termarah'. Ayuni menangis teresak-esak...dan akhirnya tertidur tanpa mengaji. Saya jadik sedih dan sayu........

Hari Ahad pagi..sesudah subuh, saya tidak tidur. Teringat pesan rakan-rakan dan ibu..saya gagahi jua membaca Yasin pagi- pagi itu. Saya juga keep counting baby movement. Sakit masih terasa tetapi tiada discharge / leaking. Baby dah mula aktif tak macam hari sebelumnya.

Pukul 6.30 pagi..Ayuni bangun. Ketika itu saya tertidur...tapi saya dengar Ayuni minta untuk mengaji. 'Daddy..can you teach me Iqra'. Ok...daddy mula mengajar Ayuni mengaji. Setelah 3 helai...Ayuni minta saya ajarkan. Saya bangun perlahan-lahan..mengajar Ayuni mengaji. Teringat saya 'berhutang' dengannya malam tadi untuk mengajar dia mengaji. Tak sampai separuh mukasurat...saya terasa sakit yang amat sangat dibahagian bawah (underneath) sehingga saya terbaring semula di katil dan menangis!

Menangis teresak-esak. Ya..inilah nikmat 'sakit istimewa' seorang wanita yang saya pinta dari Allah. Yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Memang sakit.....!!!

Sudah sampai kah masanya? Hati saya berkata tidak. Saya tunggu sehingga tenang ....tetapi sakit itu seperti tiada surutnya. Tapi agak hairan juga..sebab sakit saya seperti tiada contraction. Tiada rasa seperti nak membuang air besar. Hanya sakit pinggang dan underneath (pressure) yang teramat sangat.


Saya menelefon triage Jessop Wing Hospital. Setelah menjawab beberapa pertanyaan..midwife menasihatkan saya untuk monitor sendiri dirumah sehingga sakit datang setiap 5 minit. ( very useful question pada saya ialah: how much the water / discharge - 1 teaspoon or 1 tablespoon or more than 1 pad?). Setakat ini..mine is 1 teaspoon dan ada 1 episode of 1 tablespoon.


Lebih kurang pukul 10 pagi..sakit saya mula surut. Mula tenang......
Petang itu...suami mengajak saya duduk bersantai di yard umah kami....sambil menikmati milo panas. release..relax....

Dan saya perasan ..sakit saya sekarang ini adalah lebih kurang setiap 5-6 jam...lasting for 15 minutes...especially 12 tgh hari dan 12 malam.

Ketika blog ini ditulis..saya dalam keadaan tenang..sedar...walaupun perut agak terasa tegang dan pinggang terasa berat,sakit. Dalam keadaan tenang ini , ingin sekali saya mencatatkan pengalaman saya ini walaupun ianya adalah kelahiran kedua,InsyaAllah.

Dalam keadaan begini....pastikan semuanya sudah ready....

Maternity Care Record - sangat penting! Sentiasa di sisi dalam beg.


Pastikan beg sumer orang dah ready!Beg Cinderella Ayuni ( sleepover iether kat umah Kak Ella / Ume / Ayu masa kami ke hospital) , Beg baby ( warna tiada kaitan dengan jantina...beli sajer mana yang berminat) , Beg cream mummy.

Extra pillow ( bawak bantal Noddy Ayuni....sebab nanti kalau rindu ..saya akan cium bantal ini & Ayuni juga bawa lagi satu bantal Noddy ke rumah kawannya masa sleepover nanti..- daddy noted!) , dan selipar jepun untuk kegunaan di wad..(saya tak pasti sesuai ke tidak..tapi saya suka pakai selipar jepun..).

Umbilical Cord Consent - Dah ready sign siap-siap supaya tidak terlupa. Kalau terlupa..nanti uri itu akan dibuang .

Refreshment -Milo 3 in 1 , Biskut Julie kegemaran saya , ikan bilis goreng , kurma, kismis dan air zam-zam (pemberian kak Yaz)


Buku Doa hadiah dari ibu dan 1 piece of magazine. Sempat atau tidak saya baca ( lagi pun masa tu mesti gabra dan panic..) , saya letak juga di dalam beg.


Ada apa-apa lagi yang tertinggal tak???? .Oh ya..Madu dan kamera...

Madu yang dah ada ready dalam beg mummy....

Abang.....Anon sangat terharu dengan final touch ini pada tengah hari semalam. Mungkin untuk menghilangkan panicnya...En Abang saya telah menggantung frame , kemas bilik baby untuk kesekian kalinya , check barang-barang keperluan saya, ayuni dan baby. Your support really make me feel 'indahnya dunia ini'. I love you...abang ( n Ayuni too..)

InsyaAllah..jika diizinkan..saya akan cuba update status saya di blog atau FB....sekurang-kurangnya rakan-rakan saya diluar sana..dapat mendoakan saya. Saya mohon ampun maaf zahir batin....halalkan makan minum...dunia dan akhirat.

P/s: jika saya dapat menulis blog sepanjang ini...bilakah agaknya masanya akan tiba? sehari? ..2 hari lagi? EDD saya adalah pada hari Khamis ini. 3 days to go. Lama jugak sakit nak bersalin ni ya...walaupun dah sakit..tapi bukan terus baby kuar...detik demi detik..menunggu dengan penuh sabar.


5 July 2010 , 1.00 pm

Friday 2 July 2010

Aku Mahu Setabah Dirimu...

Dan akhirnya air mata ini tumpah.....jatuh berguguran ke bumi.
Mana mungkin dapat menahan perasaan apabila membaca coretan ibu bersulamkan lagu 'kasih ibu hingga ke syurga'.

Aku mahu setabah dirimu!

Sabarlah wahai insan.......buat rakan-rakan dan orang-orang yang kukenali....yang pernah bertentang mata..bercerita....gelak tawa sama....dan mereka ini sungguh istimewa dipilih Allah sebagai hamba yang sangat tabah dan sentiasa bersyukur.

Tabah melalui liku-liku hidup...
Besar dugaan kami..besar lagi dugaan mereka..

Ya Allah..ku pohon padamu...berilah mereka jalan yang terbaik di sisi mu.
Ya Allah..ku pohon agar mereka ini terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meniti arus kehidupan di bumimu ini.
Amin.

Izinkan aku membuka lembaran blog list..insan -insan yang kukenali......Aku mahu setabah dirimu !