Lagik..saya nak sambung cerita jalan-jalan sementara mood ada. Cerita Spain lum habis lagik, ada satu tempat penting yang belum saya catatkan iaitu Cardoba. Tapi tak per..saya nak skip cerita Spain nak continue cerita gi jalan masa cuti sekolah 2-3 minggu lepas.
Kami tak der plan gi memana masa cuti sekolah aritu. Jadik, kami ambik peluang ikut rombongan sekolah melayu sheffield ( SMS) ke Cadbury World , Birmingham. Dah lama nak gi situ tapi tak sampai sampai....Kami gi naik bas. Ada 2 bas rombongan semuanyer. Ini kali ke-3 kami ikut rombongan SMS dan rasanya inilah tempat paling best yg kami join.
Best? ya..sebab
1. gi reramai naik bas
2.Dah lama plan nak gi tapi tak sampai
3. Not disappointed - banyak aktiviti menarik untuk ayuni
4.Tambang murah n dapat diskaun tiket ..he he
5.Coklat free heh..
6.Makan sedap n kenyang
Ok..jom dengar panglipurlara nak cerita,
Mula-mula, kenaberatur..la. Ingat boleh terus masuk..rupanya ada MASA masuk lak kat tiket tu.tiket dah beli online oleh organizer. Dalam Cadbury world tu..ada 14 tempat yang kena lawati termasuklah factory dia.
Post1: Aztec Jungle
* kat sini nak kenalkan asal usul coklat, iaitu dari koko. Tapi koko batu jer pun yg ditunjuk. Pokok koko pun tak der..mmmm.Kat Malaysia , belakang umah wak man , banyak pokok koko. Nanti lah ayuni, mummy tunjuk.
Post 2 : journey to Europe - kat sini tengok teater 3D ( memang menarik..bertambah menarik if hayati betul-betul sejarah coklat masuk ke UK ) . Ada 4 teater sumernyer. Ni salah satu daripadanya....
Post 3:Bull street ( tempat mula-mula Cadbury bertapak kat Birmingham...bull street ) . Kat sini macam tempat menunggu sebelum ke tempat seterusnya.
* Ayuni ngan coklat free...
Post 4 : tempat seterusnya ialah Cadbory story..macam tengok wayang. Kat sini banyak ditunjukkan sejarah coklat dari first product sampailah yang terkini
Post 4 : tempat seterusnya ialah Cadbory story..macam tengok wayang. Kat sini banyak ditunjukkan sejarah coklat dari first product sampailah yang terkini
Post 5: Wayang lagik! tapi kali ini lain..sbb wayangnyer adalah berbentuk ilmiah tentang bagaimana coklat dibuat. Siap ada sound effect , kerusi gerak-gerak bila wayang tu tunjuk proses menampi , lighting merah kononnya tgh bakar coklat. So budak suka sbb ada feel.
* baik-baik..kerusi tu bergegar. Saper ada sakit jantung ..hati hati yer. terkejut!Post 6 &7: apa lagik..dah terangka pasal pembuatan ..sampailah masa nak tengok kilang . Bukan dapat tengok sumer kilang pun ..part packaging jer . Tapi ayuni suka sbb dia dah paham kot...n new experience tengok camner coklat tu dibalut. Ooopss..kat kilang tak leh ambik gambo.
Post 8. Ha..rasa yang nilah paling best . Ride Cadabra! Naik kereta bean gi masuk wonderland ( saper pernah gi disneyland..mcam masuk its a small world- yang banyak patung-patung kecik gerak tu ). Ayuni suka sangat .
*WOW!............ayuni n kawan-kawannyer...tak tau nak tgk mana..sumer gerak..sumer best!
Post 9 : sementara tunggu gambo siap...kami gi tengok demonstrasi buat coklat . Kat sini ..bolehlah budak -budak ..pegang coklat , tengok camner coklat tu beku , yang menarik..ukirlah nama anda kat batu ( feel n try).
Post 10: tempat nak iklan kan product . tak der apa sangat.Boring jer..
Post 11. Purple planet. Ni lagi satu yang menarik . Ada macam-macam game n aktiviti .
2 comments:
Bestnye tgok gambar kat atas tu...
Thanks. untuk kanak-kanak mmg best lah. hapy besday..!
Post a Comment