Wednesday 27 January 2010

Catatan Andalusia- day 1

26 january 2010

Alhamdulllillah..percutian kali ini untuk ke Spain berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah...percutian idaman saya menjadi kenyataan walaupun satu ketika dulu En Abang seperti tidak berminat untuk ke Sepanyol-Spain-Espana. Saya jer yang berangan-angan lebih.


Destinasi kami adalah ke Selatan Spain iaitu Andalusia yang terbahagi kepada 8 daerah iaitu Malaga, Granada, Cordoba, Cadizze, Seville,Jain dan Almeria. Jadik kepada adik-adik saya yang kirim salam kat Ronaldo..mintak mahaplah sebab madrid tak termasuk dalam destinasi pelancongan kami. Hatta..Barcelona juga kami tak pergi. Jauh tu..its about 1000km dari Malaga.



map photo from: www.travel2andalusia.com/Maps/Maps.html

Kami bertolak dari Sheffield dalam pukul 1.50 am menuju ke ASDA Manchester untuk bertemu dengan Zahril dan Azmi. Dari situ, kami menuju ke tempat parking kereta ( Long stay ), APH dan terus ke Manchester Airport dengan menaiki shuttle bus. Kami menaiki Fly Monarch , pukul 7.45 pagi menuju ke Malaga dan mengambil masa lebih kurang 2 jam penerbangan dari Manchester.



*Ayuni dan kawan-kawannya , dalam shuttle bas menuju ke Manchester Airport, 4.30 pagi.


Sejurus tiba di Malaga....kami terus menunggu En Khairul , agent yang bertanggungjawab untuk membawa dan menguruskan kami di Spain. Hampir 1/2 jam kami tunggu..akhirnya En khairul muncul dan terus membawa en abang , zahril dan azmi untuk mengambil kereta sewa. Cuaca di Malaga sangat sedap..10'c, masih winter tetapi tidak sesejuk UK.

* kereta sewa hijau dipandu oleh Azmi dan Van Mercedes biru dipandu oleh En Khairul


*Pemandangan Malaga - my first view of Laut Mediterranean

Jam hampir menunjukkan pukul 2.00 . Perut mula berkeroncong . Destinasi pertama kami adalah pekan pesisir pantai , Costa Del Sol untuk menjamu selera. Sepanjang perjalanan , saya sungguh teruja dan terasyik melihat pepohon lemon dan limau yang sangat banyak sama ada di kawasan perumahan mahupun di tepi-tepi jalan. Oh..teringat-teringat..pokok limau yang tengah merimbun dengan buah limau oren ( Clementies dan satsuma ..serta Lemon yang kekuningan dan besar-besar! )
Memang inilah Mediterranian yang kaya dengan buah-buahan citrus. ( yup..kami pergi ke Spain tepat pada masanya- musim winter adalah waktu buah-buahan citrus berbuah - one my important things yg sy perlu tahu masa belajar dulu- Food , Season & Famine )





* pohon lemon dan limau yang sedang lebat berbuah. walau di Malaysia banyak pokok limau..tak sama 'feeling' tengok pokok buah kat negara orang. Besar dan subur belaka!-gambar diambik dari dlm van yang bergerak..he he.

Kembali kepada perut yang keroncong , sungguh..saya terlupa nama restoran Italy yang kami kunjungi..( tak tengok pun sbb perut dah lapar sangat) .Namun saya tidak lupa keenakkan seafood sphagetti yang kami nikmati. En Abang memilih nasi Risotto untuk hidangan tengah harinya dan saya and the gang , Kak ija dan Ani memilih sefood sphagetti. ( tak ingat jugak namanya apa...hu hu).


* Marbeles....seafood sphagetti.Sepinggan Sphagetti ni berharga 10 euro.


* Pemandangan di luar restoran. Pelabuhan Costa Del Sol ,Malaga.

Burppp...Sesudah kenyang..apalagi, kami terus ke Villa Alissa tempat kami bersemayam selama 6 hari.

* our room - En suite

* Villa Alissa kepunyaan perseorangan berbangsa Argentina dan pasangannya orang Sepanyol. Kolam renang itu hanya dapat ditenung sajer sbb sejuk nak mandi manda.


* View ruang tamu dari corridor tingkat atas. Ada macam akademi fantasia tak?
Villa ini sangat selesa , ada 4 buah bilik tidur dan 3 bilik air. Cuma yang tak berapa best ialah bab tangga dan korridor . Amat bahaya untuk kanak-kanak ,kerana dekorasi tangganya moden dan kanak-kanak boleh mencelah masuk kekisi tangga dan terjun ke ruang tamu. Lupalak saya nak ambik gambo tangga dan koridor moden itew! Jadik..kami telah susun beg -beg kami sepanjang korridor bagi mengelakkan anak-anak kami tergelincir lalu terjun ke ruang tamu..hu hu.
Malam itu kami dihidangkan dengan ikan siakap kukus dan udang bakar bersama-sama vegetable. Lepas berehat..kami pun zzzzzzzzzz untuk sambung semula perjalanan keesokkannya.

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

anonnnnnnnnnnnnnnnnn bestnye jenjalan macam tu.......x dpt pegi...dpt tgk gamba pun jd la.....load la gamba bebanyak lagi...

eim said...

salam kenal,

nak tnya macamner nak contact en khairul agent yg uruskan perjalanan awak ni ye...

plz email imtinanzk@gmail.com