Sunday 31 October 2010

Get Well Soon

30/10/2010

*dihadapan Royal hallamshire hospital -Autumn

Semalam....kami melawat Yati yang baru saja menjalani operation [yang saya kira , major operation].Dari perbualan dengan Yati, dari fahaman saya, vertical abdominal incision telah dilakukan [mohon maaf sekiranya term salah...saya bukan doktor]. Ia bukan laparoscopy seperti yang di'plan'untuk saya dahulu.

Yati dah lama mengalami masalah sakit perut yang amat sangat..seperti berangin dan juga kadangkala seperti senggugut. Semasa hari raya aidilfitri..kerap juga dengar rintihan Yati , mengatakan sakit perut dan sakit pinggang. Kami ingat..ia sekadar sakit perut biasa.

*Dihadapan Wad Gynaecology

Allah sangat sayang kan Yati . Yati seorang yang tabah..seorang yang sangat sabar. Seorang yang persistent mengadakan usrah dan tidak lokek ilmu. Sudah lama kami tiada usrah ..kerana Yati, naqibah kami sakit.

Dahulu..saya juga mengalami masalah PCOS [polycystic Ovarian Syndrome] dan juga polyp di pangkal rahim.Alhamdulilah PCOS saya berjaya dirawat dengan mengambil pil hormon dan polyp pula telah dibuang 7 tahun yang lalu. Sedikit sebanyak..pengalaman Yati ini..mengingatkan memori lama saya di Hospital Muar.

Diagnosis Yati walau ada sedikit persamaan dengan saya tapi ada sedikit berbeza..Namun saya tahu yati seorang yang cekal..yang redha...Insyaallah , hari Isnin ni Yati akan lebih maklum dengan diagnosis penyakitnya. Buat ketika ini ..semua spesimen hasil operation masih berada di makmal untuk biopsy. Diharapkan semua baik-baik belaka dan tiada yang membimbangkan .

Semasa melawatnya di Wad G2 , Room 2 , RSH....Yati sedang tidur..Mungkin derapan kaki kami menyedarkan Yati dari lenanya. Yati memandang kami lalu tersenyum. Walau masih lemah ,yati melayan kami seperti biasa..dan masih mampu membuat 'lawak' dan kami turut ketawa ceria. Itulah Yati...melupakan sakit buat seketika.


*yati, saya dan ayuni. Semoga Yati tabah menghadapi dugaan perantauan.

Saya berdoa...agar yati cepat sembuh seperti sediakala. Jangan buat kerja berat-berat ya!Banyakkan berehat yati......

*Yati bersembang dengan kak Zu sambil menikmati roti cicah sup sayur'classic vege soup'.

Kami sayang yati......Semoga Allah permudahkan urusan Yati, diberi kesihatan yang baik dan suaminya,Lokman yang sedang pulun dengan 'writing'.InsyaAllah ....dapat balik Melaka cepat, bertugas semula di Utem.



“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]
*dipetik dari saifulislam.com


Mudah-mudahan...dihujung sana ada sinar yang lebih baik untuk Yati..hikmah disebalik kesakitan ini. Allah itu maha penyayang.

*Yati dan permata hatinya,Jannah[ syurga] , 3 minggu sebelum operation.

Get well soon yati......amin.


Tuesday 26 October 2010

26 Oct & 26 Dec

Semalam..bila saya dapat tahu Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami lagi, terus saya teringat kata-kata kak Yaz..' akak rasa macam ada nak jadik sesuatu lah..tikus rumah akak muncul lain macam. Dah lama tak ada Cik ti '

Kak Yaz bukanlah tukang tilik tetapi dari pengalamannya dan pengalaman orang lain ..lazimnya binatang akan dapat petanda dulu apabila sesuatu akan berlaku.

Walaupun tikus UK jauh dari kepulauan Sumatera..tapi perbualan saya dengan kak yaz , semasa dalam perjalanan 'fruit picking' masih terngiang-ngiang .

Bulan Februari yang lalu..Chile dilanda gempa bumi. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan gempabumi di Chile. Namun, amaran Tsunami telah diberikan..lanjutan daripada gempabumi chile ini.

Apabila kawan saya memaklumkan menerusi FB [ kawan Sheffield yang bercuti di Malaysia] , tentang Tsunami...saya jadik berderau!!!! Berderau!!

Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami pada ketinggian 3 metre , pada 26 October 2010 [semalam] . Kedudukan sumatera adalah hampir dengan Semenanjung, begitu hampir dengan Singapura dan Johor. Pada 26 December 2004 , Acheh yang berada di utara Sumatera dilanda teruk tsunami. Kali ini , bahagian barat Sumatera, Selat Mentawai pula menjadi sasaran Tsunami. Tidak dapat bayangkan apabila kawasan Padang menjadi 'padang jarak ..padang terkukur'. Walaupun tsunami ini dikatakan kecil..namun ia masih tetap bencana yang dahsyat.



photo from:http://www.embassyofindonesia.org/tourism/images/sumatra_map.gif

Apalah daya saya...hanya mampu berdoa, Ya Allah ..ampunkan dosa-dosa kami.

Terus saya menefon adik saya , Udin yang belajar di Johor Bahru ..
'Din , jangan pergi selat tebrau..jangan pergi Desaru..jangan pergi tepi pantai. Pesan sekali dekat kawan-kawan'.

Ketika saya menelefon Udin , dia sedang berada di Stesen Bas Muar ..baru sahaja habis menduduki interview Kementerian Kesihatan di Melaka , mahu pulang ke Politeknik,Johor Bahru. [Melaka,Muar,Johor Bahru-pasti akan rasa gegaran jika tsunami besar melanda Sumatera]. Semasa saya memberitahu Udin, dia belum tahu berkenaan tsunami ini. Mungkin tak sempat nak tengok berita ...dan sibuk menguruskan interviewnya.

Belum pun tsunami reda..diberitakan Gunung Merapi, Yogyakarta akan meletus pada bila-bila masa. Menunggu masa.


Gunung Merapi,Yogyakarta ketika tenang namun aktif
Gunung Merapi, Yogyakarta ketika meletus...

photo from:http://java.uluwatu.org/html/volcano/gunung-merapi/14.shtml

map from:http://www.nationsonline.org/maps/indonesia_map.jpg

Gunung Merapi terletak di Yogyakarta, di kepulauan Jawa. Jika meletus gunung ini..maka berdebu-debulah kawasan lingkaran selat jawa ini.Berdebu-debulah ibukota Indonesia , Jakarta. Sedikit sebanyak, Malaysia [Johor & Sarawak] akan terkena tempias debu gunung Merapi ini.

Apabila gempa datang..kita akan sering ingat akan kelalaian kita. Lalai sebagai hambanya.Kita akan bermuhasabah.

Tetapi..apabila bumi redha...kita alpa , janji-janji kita sebagai hambaNYA. Kita alpa menunaikan perintahNYA. Kita alpa denga dunia.

saya berderau pagi ini.....

Inilah imbasan Tsunami pada 26 Dec, 2004. [ 26 dec- boxing day].
Takut melihat ombak yang memukul pantai...
Moga kita takut dengan azab allah.



Wednesday 20 October 2010

20.10.2010



Kononnyer 20.10.2010 nak mengabadikan gambar kenangan..
Pergi ke Hazel Park dengan harapan daun kekuningan...
Rupanya..masih kehijauan...
Pokok dan bumi kesejukkan...

Tahun ini..seperti daun lambat kuning..
Tau-tau jer nanti dah luruh , pokok tinggal ranting...
Tapi cuaca dah sejuk berdenting...
Kalau dahulu global warming...
Kini pula global cooling....?

Hujan batu dah turun....dowh..
Di Scotland pula katanya dah turun snow..

> Memori 20.10.2010 <


Puteri-puteri saya ketika 20.10.2010



Kepada yang menyambut hari lahir pada 20.10 tersangatlah beruntung.
20.10.2010 Hepy besday Bibik sari..(makcik saya..).


Tata

Monday 18 October 2010

Sinonim

Sekarang ini musim autumn. Tahun ini saya rasakan autumn datang lebih cepat dari tahun lepas. Officially tarikh autumn di UK ialah 23 September.

Bila dah lebih 3 tahun dok kat sini , saya dapati Autumn begitu sinonim dengan;

1.Kaler kuning oren,



2.Dedaun kering,







3.Musim petik epal,



Pada tahun ini , kami berpeluang memetik epal di Goacher Farm , Nottingham bersama rakan-rakan Sheffield yang lain. Memang best..petik epal dan terus makan. rangup dan manis.

4.Pumpkin halloween,

Di goacher farm juga ada tanam labu besar (pumpkin halloween). Tapi kami tak boleh petik..tengok jer kegeraman kebesaran saiz labu tu.

Oren=Labu=Halloween=Autumn

Sebagai umat Islam..saya kena terangkan pada Ayuni kita tak boleh sambut Halloween, kerana ia adalah perayaan agama Kristian bagi memperingati paderi dan saint yang akan hidup bahagia di syurga.

Menikmati keindahan labu halloween dan kemeriahan halloween pada saya tidak salah...cuma untuk 'terjebak' bersama-sama..adalah tidak wajar (pada saya tidak boleh sama sekali). Halloween akan dirayakan pada 31 october, bermula petang , sebelum 1 November ( All Saint day). Perayaan ini adalah bagi memperingati mereka yang telah mati dan Roman Catholic Church akan mengadakan sembahyang semasa hari 'All Saint Day '.

Pada abad ke-19 , orang kristian mempercayai bahawa pada 31 October ,ghost, witch dan fairy akan berkeliaran pada malam itu. Sebab itu halloween dikaitkan dengan pakaian hantu....(budak-budak paling suka jadik hantu...)

*Photo from keyt.com

Budak-budak berpakaian hantu ini ..kemudiannya akan mengetuk pintu rumah orang meminta gula-gula.(salah satu acara orang disini meraikannya). Jika tuan rumah tidak membuka pintu...segelintir darinya akan membaling telur ke pintu rumah. Mujur kami tidak pernah kena. tapi tahun ini tak tahu lah pula.

Nampak seperti keseronokan tetapi sebaliknya ia adalah perayaan agama.


5. Bone fire,
Lanjutan daripada halloween , akan diadakan pula bone fire. Kesemua tradisi ini ayuni tahu dan memang diperkenalkan di sekolah.


*photo from google image

Sejarah bonefire bermula apabila Queen Elizabeth 1 yang memerintah England membuat undang-undang yang bercanggah dengan Roman Katholik. Ahli Katholik , Guy Fawkes merasakan ratu Elizabeth ini bersikap tidak adil terhadap roman katholik. Mereka menuntut agar King James 1 mengubah dasar / undang-undang itu namun tidak dipedulikan .(saya tidak pasti dasar apa..)

Oleh itu, Guy Fawkes ini telah merancang untuk membakar Parliment London dengan tujuan untuk membunuh King James 1. Guy Fawkes telah meletak ledakan di bawah bangunan parlimen tetapi tindakan nya dapat dikesan dan berjaya dipatahkan. Guy Fawkes kemudian dibawa ke tower of London untuk disoal siasat dan akhirnya dia mengaku rancangannya untuk membakar parliment dan membunuh King James 1.

*Ayah,mama,fik,ema dan syafi...London 13 April 2008..berlatarbelakangkan House of Parliament dan River Thames.

*Fahmi dan Thoriq berlatarbelakangkan Tower of London.2010.

Sebagai meraikan King James 1 yang terselamat , pada setiap 5 November akan diadakan bonefire night. Rhyme ini ditujukan kepada Guy fawkes dan juga sejarah bagi rakyat England.

"Remember, remember,
the fifth of November,
Gunpowder, treason and plot.
We see no reason why
Gunpowder treason
Should ever be forgot!"



6.Bermula musim sejuk,

Bila masuk autumn..cuaca pun mula sejuk. Baju tebal dan duvet mula jadik peneman setia.

7. Flu,


Ayuni dah demam..Ayna pula dah kena selesema dan batuk. Bunyi macam orang semput pun yer. Alhamdulillah..Ayna dah kembali sihat.

8.Singa laut menjelma,

photo copy from:raywilsonphotography@googlemail.com

Mari tengok grey seal kat pantai...terdampar..female seal bunting...beranak...berkumpul...di pantai Donna Nook

photo copy from:raywilsonphotography@googlemail.com

InsyaAllah Autumn tahun ini akan cuba menyaksikan aksi singa laut di pantai. Tahun lepas dah book sewa boat nak tengok Seal kat Essex dengan family wirda dan kak ella tapi tak der rezeki apabila boat yang dibook rosak.

Kebetulan minggu depan cuti sekolah, harapnya dapatlah tengok seal.(moga seal dah naik ke pantai..). Dan di pantai Donna Nook , tak perlu sewa boat.

Kami tidak jadi bercuti ke Lake district. Dalam bayangan saya...tentu cantik lake district ketika autumn tetapi memandangkan cuaca yang sejuk , khuatir banjir dan ada baby kecil...en abang mencadangkan agar percutian itu dibatalkan. Tambahan pula harga hotel di Lake district sudah melambung-lambung tingginya dan full house.(faktor utama tak jadik ke Lake District..)


Apalagi yer yang menarik musim Autumn ini yang saya boleh kongsikan bersama Ayuni ketika cuti sekolah minggu hadapan?

Thursday 14 October 2010

Tiga Puluh Satu & 3

Hari ini 14 October 2010. Dua hari lepas 12 October 2010 , hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-31 . Dah naik lagi satu angka umur saya...bila dinilai balik ..banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Cuma, bila sudah masuk alam pertengahan , saya merasakan hidup lebih relax , dalam ertikata lain lebih stabil berbanding umur- 20 an.

Yer lah..ketika umur 20-an banyak perkara yang perlu disettlekan....belajar, bekerja, berkahwin,beripar duai, mengandung anak sulung, bermulanya hutang piutang bank nak beli rumah, beli kereta...., membuat tabungan masa hadapan, semuanya berlaku ketika lingkungan umur itu. Nak sambung belajar pun ketika umur 28 tahun. Alhamdulillah ..dapat naik gred kerja ketika umur 29. Pendek cerita...kehidupan berdikari di atas kaki sendiri banyak bermula seawal usia 20-an.

*2006...Ayuni dan En abang, jamuan jabatan sajian dan dietetik,HPSF di Hotel Classic,Muar.
*2007, Sekeping kenangan semasa saya bekerja, dari Staff saya sebelum terbang ke UK
*September 2007 ,mendaftar di sini sebagai seorang pelajar....kebetulan department saya di bawah Medical School.


*2008, tanggungjawab saya seorang pelajar & isteri & ibu & anak & kakak - Hamba Allah

2009- January, Graduation MMedSci Human Nutrition, University Of Sheffield.

Di mana saya kini ketika umur menjangkau 31? Masih di sini...jauh dari tanah air tercinta. Masih setia dan sabar menunggu suami menghabiskan pelajaran. Alhamdulillah....tika umur ini , masih diberi peluang melahirkan anak kedua , setelah lama menunggu , tidak pernah putus asa.

2010- Rezeki yang ditunggu-tunggu, Ayna.

Apalagi yang saya mahu?Ucapkanlah kalimah syukur alhamdulillah......dikelilingi anak & suami tercinta, keluarga yang sentiasa mengambil berat dan rakan-rakan yang baik hati sudah cukup bahagia.Namun...jauh di sudut hati, saya sentiasa berdoa agar kaki ini dapat berpijak ke Makkah , teringin sekali bersolat di Masjidil haram...melihat sendiri keagungan kaabah. Saya harap saya masih ada waktu untuk menunaikan rukun islam yang kelima ini. Dahulu selalu berangan,jika boleh mahu ke sana sebelum umur saya 40. Bila? saya tidak tahu..hanya pada Allah saya bermohon. Itu harapan saya .

*impian setiap umat Islam

Umur 31....simboliknya angka 3 , maka pada tahun ini , suami saya telah memberi saya peluang untuk melistkan hadiah yang diidamkan , sebanyak 3 benda. Saya sendiri tidak pasti..hadiah apakah yang perlu saya pinta..kerana merasakan apa yang ada sudah cukup untuk diri saya.

"Mummy, you must list 3 things", gesa Ayuni. Peluang pertama berlaku ketika saya terlelap selepas maghrib, 2 hari sebelum birthday saya .Mana boleh nak fikir nak hadiah apa ketika mamai. Jadi saya jawab..coklat.

Kemudian..keesokkan hari nya..saya protes, tidak aci..bertanya kepada saya untuk membuat pilihan hadiah ketika saya tidur. Alhamdulillah dapat rezeki peluang kedua. Memandangkan handphone saya telah rosak..(ringing tone tidak berbunyi), maka pilihan hadiah pertama saya adalah handphone. Tak kira apa jenis..kerana saya bukan minah gadget..agak kurang mahir dengan teknologi terkini. Saya hanya perlukan basic handphone. Pilihan hadiah kedua..saya hentam sajer cakap Potmeirion dan ketiga , laptop.

Pada pagi Selasa, 12-10-2010, mestilah saya tertunggu -tunggu hadiah..sebab telah diberi peluang membuat pilihan. Tak berapa surprise sebab saya tahu memang akan dapat hadiah...cuma nak tengok samada permintaan saya ditunaikan atau en abang beli hadiah lain.Tidak seperti tahun lepas , hadiah kelahiran yang penuh surprise , yang tidak pernah saya terfikir dan akan dikenang sehingga bila-bila (tiket penerbangan bercuti ke Malaysia untuk bertemu ibubapa saya).

Ha ha..saya dah jadik macam budak kecik , menunggu hadiah pulak....dan pagi itu , sebelum ayuni ke sekolah , sebuah kotak kecil yang berbungkus dengan selimut Ayna telah diberikan kepada saya...(selimut dijadikan balut hadiah...hmmmm)



Alhamdulillah...tapi..alamak? Ni dah xtra dari pilihan pertama.





Terima kasih banyak banyak kepada en abang yang masih sudi memberi saya hadiah. Pada saya hadiah ni '3 in one' sebabnya......PDA ini memang berfungsi sebagai smartphone , dan juga berfungsi exactly macam laptop....ada microsoft office-boleh buat kerja , wi-fi - boleh browse intenet , multifunction. Dan date telah diset untuk ke sale potmeirion pada 13 NOV. Kiranya..ketiga-tiga permintaan saya telah ditunaikan.;)

Jangan tanya saya bezanya HP PDA ni dengan Blackberry dan i-phone sebab saya memang tidak pernah melihat atau menelek keduanya. Yang ini pun..saya tengah godek-godek...sbb banyak lagik yang tidak tahu.....(orang lain dah maju ke depan..saya masih terkial-kial...)
. Technology always run faster...and saya always tertinggal.

*Model HP 2008....pun saya terkial-kial...if BB or Iphone lagikler terkial-kial. Apapun bende baru ...kena explore, baru boleh jatuh cinta.

Ok..kepada yang minat dengan POTMEIRION , baik saya sebarkan berita ini (walaupun saya bukanlah fanatik sangat dengan jenama ini). Tapi sebab en abang dah kenyit mata suruh tambah collection yang sedia, saya pun call Potmeirion tanya tarikh sebenar Big sale yang bawah khemah tu...( customer service tu kata Marquee Sale ). Dapat lah saya menjimatkan budget yang en abang telah sediakan. Saya tahu berkenaan sale bawah khemah ni dari Kak Jan Saiful yang telah pulang ke Malaysia bulan lepas.
*2009- First time saya ke Potmeirion...ketika itu saya dapat beli cup n saucer dengan harga GBP1..strawberry summer range.

Ya Puan-puan dan Tuan-tuan , Potmeirion Marquee Sale akan bermula pada 13 NOV selama 9 hari di Stoke-On-trent, potmeirion factory shop, london road, ST4 7QQ. Bolehlah ke website potmeirion n call semula untuk kepastian. Mana tau saya silap dengar...


Petang 12-10-2010 , sempat saya menikmati keindahan autumn bersama anak-anak dan rakan-rakan darnall







Dan malam itu, penutup 12-10-2010 , kami makan malam celebrate besday saya di Restoran Chaman , Sheffield. Sebab lapar sangat..lupa nak ambil gambar makanan yang sangat lazat...grill lamb chop, chic tikka, sheikh kebab,prawn king beryani,peshwari nan dan manggo lassi yang ummpph! Tq so much en abang.

*Kau Kunci cintaku..... ceria sokmo yer........

*saya 31 tahun

Didoakan..semoga kasih ini berpanjangan... Mencintaimu seumur hidupku..selamanya hingga ke syurga. Amin.Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir terutama ibu saya, suami ,ayuni ,adik-adik saya dan rakan-rakan.

*31 .....3+1 = 4..kini kami berempat
*kenangan open house aidilfitri kami pada 2 oct 2010


Tata...

Sunday 10 October 2010

Pemangkin

Blog yang dah lama terabai.....
Menunggu mood malas kembali rajin...

Pemangkin nak memulakan blog kembali.....upload video petik epal ni dulu.





kalau boleh..nak pemangkin yang lebih best..iaitu hadiah besday yang diidamkan. Tapi no clue dapat hadiah apa. Coklat pun coklat lah...

Bukankah coklat pemangkin yang baik terutama bagi mereka yang stress...yang tengah ulangkaji pelajaran...yang suka tengok tv...