Wednesday 23 September 2015

Sales Director Mary Kay di Melaka

Salam semua...ya ampun blog saya dah bersawang-sawang but dont worry i am still doing my part time job as Mary Kay beauty consultant.

Tahun 2015 adalah tahun yang amat cemerlang ( amboi..cemerlang lah sangat kan..) dalam pencapaian saya dalam kerjaya Mary Kay Beauty Consultant.

alhamdulillah berkat kesabaran dan juga konsisten sharing mary kay to all women out there, menjadi Sales Director Mary Kay adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas , alhamdulillah alhamdulillah, kini saya adalah salah seorang Sales Director( SD)Mary Kay di Melaka. Pasaran Mary kay Melaka masih agak baru dan masih terbentang luas peluang peluang yang ada. Nak berjual x perlu jauh-jauh, populasi sekitar Melaka sudah cukup untuk menjana pendapatan yang best.

Sebelum menjadi SD , apa yang saya buat hanyalah PERGI ke setiap kurus/ training yang dijalankan oleh company. Dari situ saya mula belajar tentang business...tentang kecantikan..penjagaan wajah. terus terang saya seronok bila dapat buat kelas penjagaan wajah atau dapat share Mk one to one consultation kepada customer. Modul training yang telah ditetapkan oleh company membuatkan setiap BC ( beauty consultant) mendapat input yang sama. Best sgt best...bagi sesiapa yang baru menyertai Mary Kay..jangan lupa ke kelas ESRS, kelas asas bagi Bc baru, dan seterusnya ke training training lain.

3 bulan saya tempuhi DIQ ( director in qualification) sebelum disahkan menjadi SD. Mary kay tidak akan membenarkan kita as beauty consultant terkapai kapai. Nak jadi SD pun..company akan guide kita . Interview saya sebelum melangkah ke alam Sales Director betul betul membuka minda saya tetang strategi dan juga peluang bisness yang ada. Yes..interview saya selama 3 jam berbaloi bila saya diterima utk menjalani DIQ.

Alhamdulillah alhamdulillah...DIQ yang dirancang selama 4 bulan...berkahir dengan mudah selama 3 bulan. saya start DIQ pada Januari 2015 dan complete pada Mac 2015. semasa tempoh DIQ , saya berkesempatan menunaikan umrah pada februari yang lalu. Di depan kaabah saya berdoa ' ya Allah jika benar langkahku ini dalam Mary Kay..permudahkanlah..permudahkanlah '. Amin. Dan saya begitu telus bgtahu suami, mak dan ayah saya...saya akan buat dan teruskan aktiviti saya dalam Mary Kay. saya minta mereka juga doakan saya....alhamdulillah juga..duit belanja saya di saudi saya gunakan sepenuhnya duit hasil titik peluh saya dalam Mary Kay. thank you Allah.


Bersama mama da ayah....tq for your support walaupun mula mula mama agak bimbang bila saya menceburkan diri dalam mary kay...takut balik malam malam katanya tapi tidak sebenarnya. Mary Kay mengajar saya bagaimana membahgaikan masa dan saya sgt ikut philosphy mary kay utk mengutamakan 1) Tuhan 2) family dan 3) Career.

Balik dari umrah, saya teruskan DIQ saya....saya ikut sahaja tips yang diberikan oleh Mary Kay, Share..share..dan share! alhamdulillah pada bulan April 2015, saya debut as New Sales Director MK.

30 Mei, Majlis Debut saya as New Sales Director telah diadakan di hotel seri malaysia, ayer keroh.
terrima kasih kepada semua senior Sd yang hadir dan juga tetamu yang sudi meluangkan masa mengikuti kelas penjagaan wajah ( skincare class) sebelum acara bermula.

syuhada...BC saya yang menyediakan video utk majlis ini


Suami suami SD ....thanks for all the support


the gift

Tiada kata yang dapat saya ungkapkan....Alhamdulillah , terima kasih Allah..dengan izinNYA saya meneruskan langkah saya sebagai Sales Director . Bertambah manis apabila majlis ini saya sambut sekali dengan Anniversary Perkahwinan yang ke 13.


Tq Crowd!

Anniversary kami yang ke 13..alhamdulilah

Barisan Sales Director yang hadir..love you all!
My Senior Sales Director, My classmate Siti Nora..tq kerana perkenalkan MK kepada saya...

Red Jackets and Beauty consultant

To all especially di Melaka...yang ingin mencuba dan rasai kelainan hebatnya product Mary Kay...bolehlah hubungi saya 017-6267065 utk FREE consultation dan skincare session. Try nd feel it! pasti jatuh cinta...misi saya nak cantikan orang Melaka dengan Mary kay! 

saya tahu ada orang Melaka yang berminat nak jadi beauty consultant macam kami disamping menjana pendapatan sampingan dengan modal yang rendah. Jangan malu malu future Beauty Consultant Mary Kay Melaka...saya akan tunjukkan satu persatu tapi yang paling penting anda mesti suka bidang kecantikan dan juga mesti ada yang hati ikhlas luhur untuk membantu wanita lain...membantu x semestinya berbisness....guide wanita mendapatkan kulit yang sihat juga adalah bantuan ikhlas yang saya rasa sungguh seronok nak share. Hubungi saya untuk temujanji istimewa....( Free gift awaiting you..:)

Ayuh Mary Kay Melaka....jom jom kita gegarkan Melaka dengan wanita wanita anggun lagi sopan santun ( yup...di mary kay kami diajar memakai skirt labuh supaya lebih kelihatan feminin...dan semestinya nampak lebih sopan..ooo i like! )

Semoga kita bertemu lagi

Suria,
Independant Sales Director
Mary Kay, Melaka
0176267065.