Wednesday 29 July 2009

Suri rumah

Dah hampir setahun rupanya sy menjadik surirumah sepenuh masa ..tanpa ada pekerjaan tetap di sini. (syukur..diberi peluang ini).

Yer...peluang yang sangat ditunggu oleh en abang . He wish that I could be a fulltime housewife since we're married 7 years ago. But I'll be back to work once we go back to Malaysia soon . Kementerian kesihatan dah tunggu saya. Lif kat putrajaya tu pun dah naik lapuk..saya tak lapor diri lagi. ;)

Some says good to be full housewife and some not .
Some says..we need to have our own money , not rely on our husband.
Some says....oh ..tidak! dah belajor tinggi -tinggi , pastu nak suruh jadik surirumah?
Some says.....apa salah nyer jadik housewife?

For me....anything will be ok.

But before I can say ok and ready for that , saya haruslah menyediakan payung sebelum hujan especially my saving. Terima kasih en abang kerana mendengar rayuanku untuk bekerja sebelum ini. It will not be longer sampai pencen ( but tak taulah kot terkerja sampai pencen..).

Bukan mudah menjadik surirumah rupanya . Especially nak berhadapan dengan suasana boring di rumah , dok sorang-sorang tak buat apa. At last..end up with rumah pon tak nak kemas dah...sbb dah boring. Boleh ker boring kemas rumah? yes...adakalanya. sbb dah hari-hari buat rutin tu.

Frankly ....saya rasa jadual lebih teratur semasa saya belajar n bekerja. Walaupun terkocoh nak ke kelas , siapkan assignment , ambik anak dari caretaker , jumpa patient..tapi pandai jer saya urus masa saya mana nak kemas umah , nak cuci toilet , nak lipat baju , nak masak , nak gardening ..etc..etc..etc.

Bila saya jadik surirumah..kemalasan itu ..datang menjelma. saya tak pinta ..tapi ia datang sendirik ( buleh ker..?).

Dan lagi satu isu seorang suri rumah ....ialah duit.

Seorang kawan saya, yang sememangnyer fulltime housewife, pernah berkata;

"Macam mana nak beli..tut..kalo bos tak bagi duit".

Mmm....jauh saya memikirkan itu .

Tetapi seorang rakan saya yang lain pula berkata

"alhamdulillah....suami bagi kad atm untuk berbelanja.."

Apa yang saya nampak..isunya di sini ialah isu duit.

Isteri bekerja kerana perlukan duit untuk macam-macam.Biasalah kan...bukan setakat perkara asas yang nak dibelinyer...malah bermacam-macam!

Untuk itu..en abang , terima kasih kerana sentiasa bersedia mendengar ngomelan saya soalan-soalan ini ( perhaps....to those husband yang nak isterinya jadik housewife).

1. Bila nak gi beli baju , kasut..etc etc..?

2.Bila nak gi jalan ke sana ke sinun?

3.Oh..hari ini nak ke city. Jangan lupa tinggalkan duit.

4.Boleh minta duit...saya nak bagi ibu bapa saya , oh..pakcik saya nak buat kenduri kawen ..so nak beli itu ini...

5.Oh...kawan saya dapat baby baru..Ehem..paham paham jer la....kalo tak leh nak gi supermaket tak per..saya order online gift.

6.Alamak...baju anak dah tak muat. So we need some shopping...

7.Abang..esok nak gi facial. Oh abang..dah panggil mak milah untuk urut saya?

Kalau isteri bekerja...mungkin tak perlu tunggu suami nak beli itu dan ini kerana mempunyai duit kocek sendiri.

ok....ntah apa yang saya mengarut. Mungkin saya nak mewakili kelab surirumah menyuarakan pendapat. ( saya teringat ..kat kawan saya yang sememangnya suri rumah sepenuh masa, yang sentiasa sabar dan redha dengan apa yang ada....).

Syukur saya diberi peluang untuk menikmati suasana seorang surirumah yang punya banyak masa dengan anak. I bet , I can't do this while i am working. Saya boleh layan ayuni sepuas-puasnya......dan saya mempunyai banyak masa terluang ( yang seharusnya saya isi dengan amal ibadah kepada Allah..).

mm..oklah nak chow..nak siap sedia ke city ngan ayuni naik bas. We need more shopping to release our tense. Nak ubat kebuhsanan di rumah .(hish..duniawi)
Esok petang ada usrah..so ada lah aktiviti nak buat kat umah ni..;).(hope this will be ukhrawi).

Its very hard to balance dunia and akhirat.

And its very hard for me to choose surirumah or working mother.
(walaupun mulanya kata ok kan....but my mum hope I work until pencen , my husband wish I work until middle of 40's as he really want me to be a housewife and ayuni said: mummy jangan kerjaaaaaaaaaa!)

Any opinion? hu hu....

tata.

Thursday 16 July 2009

Cancer survival

Saya tak dapat nak lelapkan mata.
Merayau-rayau ke blog orang....blog siapa?
blog hasma Manchester , blog isteri kepada kawan suami saya.

Saya merayau lagik...ke salah satu blog list Hasma..
Tup..tersentak.
Alunan yassin menusuk jiwa.
Apatah lagi di malam-malam begini.

Baca dan terus baca....oohhh..kisah si Ibu yang menderita Breast Cancer dan diikuti lung cancer. Saya menjadi sayu. Baca dan baca sambil diiringi alunan surah Yassin. Sengaja ibu ini memilih surah Yassin , diikuti surah Ar-rahman ....telahan saya , bagi mendekatkan dirinya dan pembaca kepada yang Esa.

Betapa cekalnyer hati ibu ini menerima satu-persatu ujian Allah. Sedih hati saya.

Her quote :
"My Condition: A bit sad and trying to be as normal and cheerful as possible. As long as my kids happy. For both of you my little ones, ummi wants to stay strong as always."

Sabarlah rahayu dengan dugaan ini. Saya doakan kesihatan anda dari kejauhan ini... terima kasih kerana sudi berkongsi cerita;
http://rahayu-roslan.blogspot.com/

Mungkin..blog ini jua yang akan menceritakan kembali kisah hidupnya kepada anak-anaknya yang tersayang apabila mereka sudah dewasa kelak. Teruslah berdoa agar...dikurniakan kembali kehidupan yang sihat. Tiada peliknyer..jika pesakit kanser boleh sembuh seperti sedia kala. itu semua kuasa Allah. may Allah bless you.

*************************************
Kepala mula teringat semua cancer patient yang telah saya temui semasa bekerja dahulu.

Lesu, terbaring , tidak bermaya . Malah terus terang saya katakan....nutrition supplement yang saya berikan seolah tidak memberi apa-apa kesan apabila sudah tiba end stage of cancer.(of course nutrition will help in early stage of Ca). Saya cuba memberi yang terbaik daripada kiraan calorie , protein , cho ,..etc. Tetapi ini semua teori belaka. Kadang saya fikir..tiada maknanya saya calculate all this things but my patient can't achieve it!

Yang penting..mereka ini perlukan support , teruskan menyisip minuman selagi termampu .Yup..quality of life.

Saya teringat patient saya , saya hulurkan straw kepadanya , hanya untuk memujuk dirinya minum sedikit minuman .Saya cuba melawatinya setiap hari di Wad 11 tetapi saya tidak mampu menghulur straw kepadanya setiap 3 jam kerana saya juga ada patient lain yang perlukan khidmat saya ( ketika itu saya juga menjaga wad kanak-kanak).Tidak lama saya berbakti pada patient saya....selang beberapa hari patient saya itu sudah tiada.....yang ada hanya lambakan nutrition supplement yang saya order tetapi tidak mampu diminum oleh patient saya kerana terlalu lemah.

Ajal dan maut itu semuanya di tangan Allah. Bukan saya ingin menakutkan setiap pesakit kanser itu akan mati..tetapi saya ingin mengingatkan diri saya bahawa setiap yang Hidup itu akan mati termasuklah saya.


wallahualam.

Tuesday 14 July 2009

Pakistan oh pakistan

******Pakistan 1*******


picture from; realestate.aol.com/Waldorf-MD-new-homes

Adakah anda berminat dengan rumah di atas? kira-kiranya..itulah rumah idaman aku.
Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Aku tidak pasti ,adakah mampu miliki rumah seperti itu atau tidak. (berangan ajer...)


Tetapi..itulah hakikat landlord aku. Lebih kurang begitulah bentuk dan seni bina rumah landlordku yang terletak di Pickard Crescent ( look..sampai aku ingat nama tmpt kediaman landlordku kerana terlalu terpegun dan terkejut dengan rumahnya ). Cantik,moden, bersih, tersusun ..sekaligus mengubah persepsiku terhadap kaum Pakistan. Aku tak berani nak ambik gambo umahnya..kot ada kamera ..kang tak pasal aku kena tangkap.


Rumah seperti di atas mungkin biasa anda lihat , aku lihat atau sesiapa lihat . Tetapi , apa yang nak aku ceritakan disini ialah bagaimana seorang pendatang ( Pakistan ), yang mengembara ke UK ini , mampu membanting tulang , memerah keringat ..mencari rezeki dan harta tanpa pendidikan yang tinggi. Paling bangga ..mungkin pendapatannya lebih dari orang tempatan sendiri. Itulah landlordku.


Aku ..pernah berborak dengan landlordku , A.khyer namanya, dia datang kesini semasa usia 18 tahun..dan terus bekerja. Sepanjang pengetahuanku, landlordku bukanlah orang yang memegang ijazah atau doctorate tetapi hanya orang biasa yang mengusahakan restaurant di Chesterfield. Rumah sewanya juga tidaklah banyak seperti landlordku sblm ini . A.khyer hanya mempunyai 3 biji rumah sewa yang dimaintan dengan baik.


Kagum dengannya, dalam usia yang muda (pertengahan 30-an) , sudah mampu memiliki harta yang lazimnya di Malaysia hanya dato' , tan sri atau hartawan yang mampu miliki. Bila melihat kesungguhan landlord mencari rezeki , teringat kaum Cina di Malaysia. Kaum Cina asalnya adalah pendatang yang berdagang di tanah melayu. Mereka bekerja keras untuk bersaing dengan kaum pribumi malah kini , mereka telah memonopoli ekonomi di negara kita.


Pada hemat ku , itulah senario yang sedang terjadi di bumi UK ini . Kaum Pakistan mula memonopoli ekonomi di UK ini. Lihat sajer..betapa banyaknya kedai-kedai runcit yang diusahakan oleh kaum Pakistan . Lihat sajer...berapa banyak trader yang terdiri daripada kaum Pakistan . Malah , aku sendiri membeli barangan harian di kedai Pakistan( of course nak carik ayam yang halal ..kena dtg sini ), dan pinggan mangkuk Corelle pun hanya boleh diperolehi oleh gudang yang dimiliki Pakistan .


Hebat bukan mereka ini ? Aku kagum.........dan sedikit menyuntik semangat dalam diri ini agar terus berusaha .


Seringkali , landlordku datang kerumah mengutip sewa membawa kereta ini,


Picture from ; http://www.interweb.in/car-accessories/24629-bmw-5-series-car.html


Kadangkala membawa ini Honda CRV kaler hitam ( ni kereta idaman ku..he he ).

baru-baru ini , bersama anaknya ..mereka datang menaiki kereta sport.

Buat apa aku canang siapa landlorku? bukan canangan ...kalo aku canang pun..orang tidak kenal. Dia bukan celebriti , bukan menteri tetapi hanya pendatang yang berjaya.


******Pakistan 2********


Last week , kami ke Rotherham atas sesuatu urusan . Melencong sahaja ke kawasan perumahan itu , sudah dapat ku agak bagaimana rupa bentuk rumahnya. Ya..se akan rumah landlordku . Tetapi kali ini , design officenyer ( yg lazim mmg ada di setiap rumah kat Uk ini..except rumah orang Melayu..) lebih modern , menyerlah. Ku kerling-kerling kerusi rotan moden dan sofa kulit merah menyala tetapi amat kontemporari. Office yang selesa untuk berurusan . Mereka hanya bekerja dari rumah tetapi amat professional.


Itulah Alson ( nama omputihnyer..)..another Pakistan yang berjaya..yang memang aku kenal dan lihat dengan mata kepalaku sendiri .


Syabas....mereka adalah muslim. Hamba Allah yang bertebaran mencari rezeki. Mudah-mudahan rezeki yang mereka perolehi adalah rezeki yang halal.

nantilah..kalo ada masa..aku google asal usul kenapa Pakistan datang ke UK ni sehingga populasi mereka tinggi kat sini . Kerajaan british pun dah tak boleh nak halau diorang sbb banyak tax dan incomec kerajaan adalah dari mereka juga. Bagusnya..bila komunity muslim dah kuat, masjid juga biak bercambah di bumi UK ini. Di University sendiri pun , banyak surau disediakan...

tata

Wednesday 8 July 2009

Lambaian Wales

Setelah selesai family day ..barulah aku boleh ajak en abang berbincang semula untuk pergi vacation merelakskan diri. Teringat kawan-kawan Balfour mengajak ke perkhemahan musim panas di Wales. aku pun tak pernah sampai lagi ke wales..so inilah peluang yang ada untuk ke sana . Alhamdulillah ..En abang setuju + tambahan satu malam untuk aku menunaikan hasrat nak lihat keindahan Snowdonia ( thanks en abang yang mengconsider ajakan ku ini ke snowdon).



*all photos of Snowdonia from google image*

Salah satu sebab nak ajak en abang ke Snowdon ialah nak naik keretapi berasap tu sambil mengelilingi gunung tertinggi di UK..ha ha .jakun nya.

Jom kawan-kawan..kita gi Wales .Kami dah daftar perkhemahan ni . InsyaAllah tak der aral melintang ..kami sampai ke sana jua . mungkin agak lewat sedikit sbb en abang kerja ptg jumaat itu. Bagi yang berminat , penyertaan masih dibuka . Jom..ramai-ramai kita gi ..boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Ni link dia...terbuka untuk semua malaysian yang tinggal kat UK

http://perkemasmsm.wordpress.com/

Nampak cantek tempat ini ...apatah lagi en abang suka memancing . Hujung minggu ni pon en abang akan ke Wales(tapi aku tak ikut..) bersama kawan-kawannya untuk ekspidisi memancing.

Few gambo yang membuat kan hati nak ke Pembrokshire..



*all photos from google image*

Dan untuk kaki pancing..insyaAllah Pembrokshire adalah salah satu destinasinya...


*All photos from google image*


Ok..semoga urusan dipermudahkan oleh Allah.

tata

p/s :Ehemm..En abang , tiket balik Malaysia belum beli lagik...silalah beli yer..;)
Good Luck to En abang yang tengah tungkus lumus nak siapkan report.

Tuesday 7 July 2009

Mantan Penghulu

*kredit photo to nasree kak aryati*


Alhamdulillah.....family day PMPMS08/09 telah dapat dijalankan dengan meriah dan keadaan cuaca yang amat baik . thanks to Allah.

Alhamdulillah...lega rasa nya apabila sekarang , En abang dah lepas jawatan penghulu persatuan . Bukan apa..rasa bnyk sgt komitmen yang perlu ditanggung dan ada yang tak tertanggung. Apatah lagi, banyak perkara baru yang diutarakan semasa pemerintahannya maka timbul isu-isu hangat , ada yang suka dan ada yang tak suka . Semua ini perlu diterima dengan hati penuh terbuka . Bukan sajer-sajer AJK nak buat sesuatu perubahan , semuanya ini adalah untuk kepentingan bersama.

Roll back ..apa lah yang terjadik semasa En abang jadik penghulu yer..;)

1.Isu iftar - Kalo dulu-dulu , lps bukak puasa , minum skit lps tu solat maghrib , baru bukak puasa . Masa En abang jadik penghulu , sedikit perubahan dilakukan . Bukak puasa....terus makan kemudian baru solat . Solat dan zikir sementara tunggu isya'. Ini dilakukan bagi nak attract ahli PMPMS ..stay sehingga terawih. Alhamdulillah...taktik ini menjadi. bilangan yang hadir terawih bertambah berbanding tahun sebelumnya. Isu ini mendapat banyak kritikan!!

2.Isu aktiviti kanak-kanak - kalo dulu-dulu , anak-anak dibiarkan di dalam dwan PMC semasa ibu bapa solat terawih. akibatnya ...dewan jadik bising. AJK 08/09 ....buat satu polisi , semasa ibu bapa sembahyang , anak-anak tidak boleh naik ke dewan solat dan dikehendaki duduk di bawah sambil beraktiviti. Biro agama sediakan aktiviti macam tayangan video , bercerita dan tak lupa jua umpan kanak-kanak ini dengan aiskrim dan jajan . Aku sgt lega apabila seorang membisikkan kepada saya'Alhamdulillah..tahun ini solat terawih tenang skit rasanya'. Ingat lagi wajah org yang berkata kepada ku itu..;) . Mungkin ada ibu bapa tak suka dengan cara ini ...tetapi kami tetap teruskan. Yang penting , matlamat untuk menarik org ramai bersolat terawih berhasil.

3.Isu yuran - Yuran dinaikan dari GBP15 ke GBP 24 sefamily setahun ( gbp2/month). ramai yang bising . ramai yang melenting . Hanya segelintir yang sokong. Aku , personally juga menyokong kerana banyak uwang yang diperlukan untuk buat aktiviti. Sewa PMC , beli alat-alat , beli makanan...dll. Teringat masa mula-mula sampai UK , belanja kat ASDA , GBP 20 dah cukup untuk penuh satu trolley. Sekarang? ......setiap kali belanja terpaksa keluar GBP80-100. Kadang lebih(ikut ..apa yang dibeli). aku mmg terasa kenaikan harga barang . Tambang bas juga naik . So..logiklah yuran naik... ( ada juga yang kata ..mana ada bayar yuran sbmlm ni. Helloooo...siapa kata tak der yuran ? mungkin anda terlepas pandang bayar yuran GBP15 dan duit hari keluarga GBp5 untuk tahun lepas. Pedas kan bunyi nyer..!).

4.Isu Musibah - hish..kenapa banyak sangat ujian yang menimpa masa En abang jadik penghulu ni? Aku hanya yakin, itu semua ujian Allah . Allah tidak akan bagi ujian melainkan kepada orang yang bersabar. Bukankah ujian itu tandanya Allah sayang? Pekak kan telinga ..apa orang kata tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya . Setiap yang mati dan sakit itu semua ujian Allah kepada hambanya. Ini semua diluar kuasa kita, yang hanya manusia biasa.


Salam takziah untuk ibubapa arwah adik Abdullah Fahmi . Redhalah dengan ujian yang Allah bagi. Anda bertuah kerana bayi itu bayi suci yang sedang menunggumu di pintu syurga.Amin.


Dan paling meruntun hati saya apabila adik Farhan masuk ICU kerana pendarahan di kepala. Kemudian seorang demi seorang keluar masuk hospital menerima ujian dariNYA.Hikmahnya..di sini , kita dapat kenal siapa kawan siapa lawan . Siapa yang ringan tulang membantu rakan-rakan yang ditimpa kesusahan . ada juga yang tidak ambil peduli . Hikmahnya lagi; ikatan silaturrahim ...semakin erat .

5.Isu PMPMSnet - dulu -dulu kami ada SMnet yang kemudiannya dicemari dgn kata-kata / wadah yang tidak bagus. Wadah yang boleh menimbulkan keretakan silaturahim . Kata sepakat AJK diambil untuk membentuk PMPMSnet . Bukan tak boleh nak handle SMNet ..tapi kalo org lama banyak masuk campur( yang kebanyakkannya dah ada kat msia) + password pon tak bagi , macam mana AJK penerangan nak control YG ni . Oleh ..itu , PMPMSnet diwujudkan , walaupun saya sendiri sudah sayang dengan SMnet . apa nak buat....

6.Isu Gigs- Sedang AJK menganjurkan ceramah Agama , ada pulak badan bebas yang menganjurkan Gigs . Acara ini banyak mendapat bantahan dari ahli PMPMS khasnya , masyarakat sheff amnya. Pening En abang ngan biro agama nak settlekan isu ni .Alhamdulilah , hasil pakatan bersama penganjur Gigs , Dr Kudo , satu petisyen telah diwujudkan . Alhamdulillah juga Dr . Kudo willing datang umah kami berbincang dgn En abang, Sdr Uzir dan Safuan .Katanya...sblm-sblm ini tak pernah ada perbincangan 2 hala . yang mereka dapat adalah hentaman sahaja tetapi tiada jalan penyelesaian . Kami hanya buat yang termampu ..sekurang-kurangnya ada perbincangan . Adakah itu juga ....AJK masih bersalah???????

7. Laporan Kewangan - alhamdulillah ..laporan kewangan dapat dikemaskini dan dipersembah kepada ahli masa pertegahan tahun . So..taulah kan duit tu ke mana? Mula-mula agak sukar juga sebab tak banyak data yang diperolehi dari tahun sebelumnya . Kewangan juga telah digenerate oleh en abang dengan kerjasama MPworld rice - jual beras untuk persatuan . Kalo harap yuran ..mmg lah tak cukup duit . Semuanya nampaka mudah..saya sendiri tak mampu nak lakukan paper work ini hanya semata-mata nak selesaikan masalah kewangan . Terima kasih en abang saya..( walaupun cita-cita dia nak buat mesyuarat agung tak dapat dilaksanakan..).

8. Pelajar baru - kebetulan ramai juga warga baru yang datang ke Sheff tahun lepas . kelam kibut jugak . Ada dalam 15 family . terima kasih kepada en abang yang bertungkus lumus kemas kini data sehingga ..orang senang nak tgk status kedatangan pelajar baru yang sering di shoot ke PMPMSnet. Saya akui ..banyak perkara saya kena belajar dari En abang segi kerja merekod data dan buat segala jadual bagi menyenangkan kerja. Nampak macam senang tetapi ini semua kena ada komitmen . Tugas lab lagik nak kena buat. kadang-kadang saya respect dengan suami saya wpun ada jugak bender yang nak kena ketuk , baru berjalan.


Suami saya ni jenis cool. Tidak cepat melatah. Oleh kerana sifatnya yang sgt cool, dia terlalu berhati-hati dalam menyelesaikan setiap perkara. Jadik..mungkin ada org yang tak sabar dengannya dalam erti kata lain, bilalah penghulu nak buat keputusan ni? namun, lazimnya setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan yang matang dan logik serta ada kesan jangkamasa panjang . AJK yang memahaminya..sudah tentu faham dengan perangai suami saya ini.Itulah serba sedikit perangai Mantan Penghulu ni.....cool tapi dalam kepala banyak pikir. he he.

Saya kadang naik berang dengannya sebab lambat buat keputusan . Saya jenis yang tak sabar dan malas nak pikir panjang . Bayangkan...untuk carik rumah yang kami duduki sekarang , suami saya telah survey sebanyak 33 bijik umah . Saya dan ayuni yang jadik mangsa kerana terpaksa ikut survey rumah. Begitulah juga nak beli ayam atau hadiah/piala untuk sukan PMPMS.....sama juga caranya men'survey'. Padahal nak beli ayam , kambing jer kan..?


Blog ini blog saya. Suka hati saya nak tulis atau luahkan apa-apa. Biar jadik orang yang berani ..jangan jadik orang yang pengecut. Bunyinyer seperti kasar ..tetapi itulah saya , yang nampak lembut tetapi amat tegas.

Sepanjang menjadik teman setia kepada suami as Penghulu , banyak juga kenangan manis yang terpahat di sanubari.....

Kami sangat gembira rakan-rakan sering berkunjung ke rumah kami . Saya harap biarlah benar pepatah ini 'tetamu yang datang akan membawa rezeki ke dalam rumah '. Many thanks atas kunjungan semua . Semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan .(bak kata Kak Yaz..banyak nyer cawan su gantung-gantung ni...mesti org selalu datang). Saya mengiakan sajer kata-kata kak yaz.

Gembira ..raya tahun lepas , first time kanak-kanak dapat ole-ole raya semasa majlis hari raya . En abang juga bagi ucapan sambil berselang dengan alunan takbir raya yang menusuk hati. Saya bangga dengan En abang saya .

Suka...sebab tahun ni , family day di adakan di Netherthorpe. Kawasan yang cantek dan access yang senang . tiada alasan transportation bagi mereka yang tak der kereta . alhamdulillah ..ramai yang hadir sehingga luar jangkaan AJK dan paling best ..En abang cadangkan sediakan Grand Prize , disamping semua orang juga dapat cabutan hadiah bertuah .


Suka..suka ..suka ..idea aku diterima oleh en abang ..untuk bagi anak-anak goodie box.


*kredit photo nassree kak aryati*

Rasanya ini lah tulisan yang panjang dalam blog ni. Ini bukan masuk bakul angkat sendirik. ini luahan saya dan persepsi saya terhadap suami saya yang begitu sabar melayan karenah warga Sheff yang cerdik pandai.

Saya ingin mengambil kesempatan nak ucapkan terima kasih atas sokongan rakan-rakan dan juga mohon ampun dan maaf selama suami saya jadik penghulu. For sure , pasti ada hati yang terhiris , terguris , tak puas hati atau ada kerja yang kami tak mampu buat . Kami ini manusia yang lemah , yang penuh dengan kesilapan . Kita hanya merancang ..Allah jua yang menentukan .

ni video dari Azman/ Kak Dayang. Saya selitkan disini sebagai kenang-kenangan.Thank abag azman dan kak dayang.
http://www.dailymotion.com/video/x9s4ti_pmpms-family-day_people

Wallahualam.

Thursday 2 July 2009

Tukang kira countdown

Family day dah dekat . Untuk kali terakhirnya sebelum en.abang lepaskan jawatan sebagai penghulu (lega...!) , aku bantu lah mana yang patut . Jadiknyer tugas aku setiap hari adalah mengupdate info family day aka tukang kira countdown.

Setiap hari update countdown bermula hari jumaat yang lepas dalam YG persatuan melayu sheffield. Tetapi hari ini ..hati tiba-tiba sayu ..apabila en abang menujukan lagu ini untuk semua masyarakat melayu sheffield bersempena peralihan kuasa jawatankuasa . Selamat berpisah 08/09. Aku selitkan lagu ini dalam countdown .

ni aku copy n paste dari email yang aku shoot dalam YG. Cuma tak derlah background kaler-kaler ngan gadget smiley tu. tak reti nak copy yang tu camner..he he.
Info-info yang lain ..sila rujuk YG PMPMS.(bagi mereka yang tinggal kat Sheff nie...).


****************************************************************************
Family Day Countdown

Lagi 1 HARi........



Alhamdulillah ....pencalonan AJK yang baru telah ditutup dan SPR sedang sibuk mencetak kertas undian . Senarai penuh pencalonan akan diumumkan oleh SPR kita Tan Sri Najib.
Kempen boleh diteruskan...

Kita dah tahu tempat family day kita kat ponderosa , Netherthorpe.
Padang tu luas...so..untuk pastikan semua ahli dapat sampai ke family day, Acara kita akan diadakan berdekatan dengan playground. Tujulah ke arah playground yer bila dah sampai ke ponderosa.(kat belah dalam sikit..bukan tepi jalan raya ..S3 7PP ).

Program charity juga akan diadakan. Bagi mereka yang ada baju / kasut / pakaian yang masih elok tetapi tidak digunakan lagi ..bolehlah bawa ke family day dalam plastic bag . Sdr UZIR akan uruskan collection pakaian ini untuk charity.

Emm ..apa lagik yer..

Oh yer..untuk early bird, hanya mereka yang hadir lengkap dengan seluruh ahli keluarga yang akan diberikan hadiah. Kalo bapa jer yang dtg dulu ...ibu/isteri dan anak datang kemudian..tak aci namanya tu. (unless..ada hal lain..si bapa/ibu bekerja ker..)

Pada akhir program family day akan diadakan lagu perpisahan. Marilah kita nyanyikan bersama-sama , harap boleh print lagu ini ( attachment) dan bawa ke family day....(sila terus scroll sampai bawah....ada pesanan khas tok penghulu)


GELANG SIPAKU GELANG

Gelang sipaku gelang
Gelang si rama rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Gelang sipaku gelang
Gelang si teman lama
Buang buanglah walang
Marilah kita bekerjasama

Gelang sipaku gelang
Gelang si kumbang jati
Pulang marilah pulang
Ibu di rumah ternanti nanti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita mencuci kain
Kalau ada umur yang panjang
We will meet you again


Tukang kira countdown ada sehari jer lagik nak pegang jawatan tak rasmi ini.

Partner tukang kira countdown , tok penghulu pon ada hanya masa beberapa jam jer lagi untuk lunaskan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan.

Untuk itu, terimalah lagu ini dari TOK PENGHULU khas untuk semua;
( I received this message from tok penghulu istimewa dipersembahkan untuk taulan yang dikasihi ....)

http://www.youtube.com/watch?v=lOaTAV2_ibM


Berpisah sebagai AJK PMPMS...
Mengharungi setiap detik dengan penuh sabar..,
Melayani setiap karenah..
Yang manis itu kusimpan kusimpul rapi..
Yang pahit itu ku jadikan pedoman..
Ku jatuh ..ku bangun..ku bangkit..demi amanah ini,
Syukur...sisa-sisa kekuatan ini masih ada...
Untuk berbakti kepada taulan yang tersayang....
Ya Allah..terima kasih atas segalanya.


From;
Tukang kira Countdown
& Tok Penghulu & AJK PMPMS 08/09
Kenangku di dalam doa mu

Wednesday 1 July 2009

Tolong tolong

tolong , tolong..

tensen lah pulak..tetiba tak boleh nak add gadget ( tak der kat layout tuh!). Ntah mana perginyer......hu hu.

Dahlah tu blog list pun hilang...so sukar skit nak tgk update kengkawan.

ada saper -saper boleh tolong? adush........! susah sunnguh buta it ni . tak pandai nak edit html. kalo tak..mesti masalah ni dah solve.

tulun tulun...