Tuesday 14 July 2009

Pakistan oh pakistan

******Pakistan 1*******


picture from; realestate.aol.com/Waldorf-MD-new-homes

Adakah anda berminat dengan rumah di atas? kira-kiranya..itulah rumah idaman aku.
Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Aku tidak pasti ,adakah mampu miliki rumah seperti itu atau tidak. (berangan ajer...)


Tetapi..itulah hakikat landlord aku. Lebih kurang begitulah bentuk dan seni bina rumah landlordku yang terletak di Pickard Crescent ( look..sampai aku ingat nama tmpt kediaman landlordku kerana terlalu terpegun dan terkejut dengan rumahnya ). Cantik,moden, bersih, tersusun ..sekaligus mengubah persepsiku terhadap kaum Pakistan. Aku tak berani nak ambik gambo umahnya..kot ada kamera ..kang tak pasal aku kena tangkap.


Rumah seperti di atas mungkin biasa anda lihat , aku lihat atau sesiapa lihat . Tetapi , apa yang nak aku ceritakan disini ialah bagaimana seorang pendatang ( Pakistan ), yang mengembara ke UK ini , mampu membanting tulang , memerah keringat ..mencari rezeki dan harta tanpa pendidikan yang tinggi. Paling bangga ..mungkin pendapatannya lebih dari orang tempatan sendiri. Itulah landlordku.


Aku ..pernah berborak dengan landlordku , A.khyer namanya, dia datang kesini semasa usia 18 tahun..dan terus bekerja. Sepanjang pengetahuanku, landlordku bukanlah orang yang memegang ijazah atau doctorate tetapi hanya orang biasa yang mengusahakan restaurant di Chesterfield. Rumah sewanya juga tidaklah banyak seperti landlordku sblm ini . A.khyer hanya mempunyai 3 biji rumah sewa yang dimaintan dengan baik.


Kagum dengannya, dalam usia yang muda (pertengahan 30-an) , sudah mampu memiliki harta yang lazimnya di Malaysia hanya dato' , tan sri atau hartawan yang mampu miliki. Bila melihat kesungguhan landlord mencari rezeki , teringat kaum Cina di Malaysia. Kaum Cina asalnya adalah pendatang yang berdagang di tanah melayu. Mereka bekerja keras untuk bersaing dengan kaum pribumi malah kini , mereka telah memonopoli ekonomi di negara kita.


Pada hemat ku , itulah senario yang sedang terjadi di bumi UK ini . Kaum Pakistan mula memonopoli ekonomi di UK ini. Lihat sajer..betapa banyaknya kedai-kedai runcit yang diusahakan oleh kaum Pakistan . Lihat sajer...berapa banyak trader yang terdiri daripada kaum Pakistan . Malah , aku sendiri membeli barangan harian di kedai Pakistan( of course nak carik ayam yang halal ..kena dtg sini ), dan pinggan mangkuk Corelle pun hanya boleh diperolehi oleh gudang yang dimiliki Pakistan .


Hebat bukan mereka ini ? Aku kagum.........dan sedikit menyuntik semangat dalam diri ini agar terus berusaha .


Seringkali , landlordku datang kerumah mengutip sewa membawa kereta ini,


Picture from ; http://www.interweb.in/car-accessories/24629-bmw-5-series-car.html


Kadangkala membawa ini Honda CRV kaler hitam ( ni kereta idaman ku..he he ).

baru-baru ini , bersama anaknya ..mereka datang menaiki kereta sport.

Buat apa aku canang siapa landlorku? bukan canangan ...kalo aku canang pun..orang tidak kenal. Dia bukan celebriti , bukan menteri tetapi hanya pendatang yang berjaya.


******Pakistan 2********


Last week , kami ke Rotherham atas sesuatu urusan . Melencong sahaja ke kawasan perumahan itu , sudah dapat ku agak bagaimana rupa bentuk rumahnya. Ya..se akan rumah landlordku . Tetapi kali ini , design officenyer ( yg lazim mmg ada di setiap rumah kat Uk ini..except rumah orang Melayu..) lebih modern , menyerlah. Ku kerling-kerling kerusi rotan moden dan sofa kulit merah menyala tetapi amat kontemporari. Office yang selesa untuk berurusan . Mereka hanya bekerja dari rumah tetapi amat professional.


Itulah Alson ( nama omputihnyer..)..another Pakistan yang berjaya..yang memang aku kenal dan lihat dengan mata kepalaku sendiri .


Syabas....mereka adalah muslim. Hamba Allah yang bertebaran mencari rezeki. Mudah-mudahan rezeki yang mereka perolehi adalah rezeki yang halal.

nantilah..kalo ada masa..aku google asal usul kenapa Pakistan datang ke UK ni sehingga populasi mereka tinggi kat sini . Kerajaan british pun dah tak boleh nak halau diorang sbb banyak tax dan incomec kerajaan adalah dari mereka juga. Bagusnya..bila komunity muslim dah kuat, masjid juga biak bercambah di bumi UK ini. Di University sendiri pun , banyak surau disediakan...

tata

No comments: