Friday 26 June 2009

Busy ?

Busy atau buat-buat busy?
Ha ha , aku tak sabar nak tunggu Family Day postgrad Sheffield 4 July ni.
Tak sabar ..nak lepaskan jawatan En Abang ku sayang sebagai penghulu aka president persatuan.
Tak sabar nak lepas jawatan kononya 'aku' first lady PMPMS sbb isteri kepada penghulu. Boleh ker title ni dibuang?

huh..bnyk cabaran dan rintangan .
Cepatlah family day . Cepat.cepat. cepat.

Tak sabar jugak nak tunggu hari Isnin ni...tunggu delivery barang-barang untuk kanak-kanak masa family day nanti. Apa tu? Rahsia. Idea aku yang mengarut-ngarut. Maaf Zahrah kerana idea aku yang ntah apa-apa.

Tak sabar jugak nak tunggu esok beli hadiah grand prize untuk cabutan bertuah ngan Zahrah. Memang grand tahun ni punyer hadiah (bijak idea zahrah). Aku pon nak jugak hadiah grand tu sebab memang kegemaran orang ramai..! Apa tu ? Rahsia.

Bila dah lepas jawatan .....dapatlah kami kebebasan minda , fizikal dan tanggungjawab AJK.

Dapatlah gi jenjalan ngan hati yang senang lenang .

Kalo tak..sat lagi ..tipon en abang berbunyi .
'Macam mana ni...diorang nak cam ni , nak cam gitu..'keluh AJK.

Sat lagi ..MSD tipon .
'Ini ada pesanan dari Embassy ..bla bla..bla...'.terganggu konsentrasi hubby yang tgh buat lab report.

Sat lagi .. abang ajak balik sbb ada program ....

Sat lagi meeting....huh

Sat lagi ....kena kemas rumah sbb nak wat meeting ( erk? bukan kemas rumah mmg rutin harian ker? so apa nak keluhkan..)

Sat lagi kena ikut en abang ..pergi PMC book dewan untuk bla bla bla..

Sat lagi ikut en abang beli barang...

Sat lagik ..pening lak ngan komplen itu dan ini.

sat lagik ring..ring ..'Hello...sekian, sekian ....masuk wad bla bla bla..'.
Ya Allah , tabahkan hati dan bantu lah hambamu.

Ni jap lagi en abang balik kerja pastu terus ke latihan bowling .
Sbb esok ada pertandingan bowling lelaki sebagai penutup acara sukan sebelum family day.



* ni adalah acara sukan terawal bagi helwa PMPMS . Acara badminton . Baru nak upload gambo.

Yang kat bawah ni Yati . Partner Aku . ( Yati ..nanti kita join kelab badminton kat UTEM , Melaka). Oh..Yati ni pun AJK pmpms tahun ni. Mesti yati pon tak sabar nak lepas jawatan . Peningkan Yati?hu hu


Lagi ni ...kat bawah ni Kak Sri Rahayu....merangkap pengurus sukan helwa .


Ini lah antara AJK yang menjadik pendokong PMPMS08/09. Banyak lagi gambo AJK..nanti nak kena korek kat desktop nih.

Apa pun..Selamat berfamily Day ..
Apa pun...tugasan sebagai hamba Allah di muka bumi ini belum selesai.

Tata.

p/s: jangan mengeluh ..tak baik. Buat jer sekali terdaya...smile! (tp inilah first time entry aku sebagai isteri penghulu. Kena tempiasnyer tau!).

Tuesday 23 June 2009

Maafkan saya...

Adakah perkataan 'AKu' perlu ditukar kepada'Saya'?

Saya mmg dikenali sebagai budak skema masa sekolah dulu. (kawan sy yang cakap).
Hatta di university. Mmg saya bahasakan diri as 'Saya'.

Tapi bila dah besar..dah tua sikit ( belum tua banyak)...saya rasa , kadangkala ada kawan yang perlu saya bahasakan diri aku dan kau.

Perlukah saya menulis entry ini? Apa-apa ntah saya ni.

Fikiran penat, jiwa kacau.

Maafkan saya.

btw..kawan-kawan..jom kita puasa rejab esok.

tata.

Monday 22 June 2009

House Of Smocked Dress

2-3 hari ini agak busy . Mempromosi first online businessku.
Jual apa? jual baju budak-budak .

Aku sangat suka dengan design smocked dress . First dapat hadiah smocked dress dari sahabat baik aku , Asharina ( makcik yang beli..thanks). A very lovely pink smocked dress . Baju tu aku simpan sampai sekarang . Sebab sayang .

After that ..ada beli lagi satu smocked dress untuk ayuni from mothercare mid valley.(if tak silap). Harga memang boleh tahan. Sanggup habis ratusan kerana suka punyer pasal. suka.suka.suka. Memang suka.

So ..why not aku start jual smocked dress kan? Smocked dress ni biasanya handmade sbb nak pleated tu mmg kena guna tenaga manusia .

Bukan aku tak nak cuba buat sendiri.....tapi alat pleated smocked dress tu ajer dah berharga gbp99 pound (used condition kat ebay ).

Majalah untuk smocked dress design yang paling glamer di dunia (pada aku setelah habis buat survey) ialah dari Australia ..

Magazine ni namanya :Australian Smoking and Embroidery.
Harga majalahnyer sajer sudah mencecah puluhan USD. Tak caya? Klik sini
http://www.countrybumpkin.com.au/

Tapi mmg berbaloilah kot kalo membelinyer . Sebab nak dapat skill buat smocked dress bukan calang-calang orang boleh buat.

Lagi satu..smocked dress ni biasanya dibuat dari cotton yang bermutu tinggi . Sudah tentulah harganya pon mengikut harga material. Bolehler check harga Japanese / English Cotton.

So untuk itu kawan-kawan ..atas dasar minat dan suka ....marilah tengok , order dan beli smocked dress dari aku. Pasti berbaloi...
http://houseofsmockeddress.blogspot.com/

Tempahan untuk hari raya amat dialu-alukan tak kiralah di mana jua anda berada UK / Malaysia @ round the world.

Wednesday 17 June 2009

Siaran tertunda Haggerston Castle


(entry ini telah di draft pada bulan jun..tapi terperap..;)

Memandangkan banyak gambar diupdate di facebook, blog ini seperti agak dipinggirkan. Apatah lagi blog ini masih setahun jagung setelah berpindah dari Fotopages.

Ini cerita dah basi . Tapi ..sampai sekarang teringat-ingat keseronokan dok kat caravan di Haggerston Castle , Northumbeland (Sempadan england-Scotland) pada 15 Mei Aritu. Sayang sekali mama ngan ayah tak dapat ikut sbb dah terbang pulang ke Malaysia pagi itu juga.
Kami gi ke sana bersama family Tamreen. Semua diuruskan oleh tamreen termasuk lah jugak kupon the sun bagi membolehkan kami dapat harga GBP10 pp for 3 days.
*inilah caravan kami*- caravan Tamreen jauh kat kawasan lain...
Kami tidak pernah tido caravan . inilah first time kami menikmati suasana perkampungan caravan. Paling best masa hari pertama kami tidur..hujan lebat . berbunyi-bunyi rintikan hujan kat atap zink. wooooooo....best ..terus teringat kampung kat Malaysia. Kalo hujan lebat...satu rumah dgr bunyi hujan timpa atap zink. Nak berborak pon tak dengar ...so apalagik kalo hujan tarik selimut tidur.oohhh..rindunyer Malaysia.

Best tempat ni sebab banyak bender boleh buat (untuk aku dan ayuni but not for En abang ..). Naik kuda , naik boat , naik basikal roda 4, main-main bumper car dan mcm mcm lagik lah. Thanks to Tamreen di atas jemputan percutian yang menarik ini.






Dan lagik...few pemandangan kat Five Star Haven Holiday ,









Macam nak bercaravan lagik lah....tapi kat mana yer..? any suggestion?
Tata.....





Friday 12 June 2009

Sudah Jatuh ditimpa tangga

Seperti sedia maklum , hubby telah menjalani minor operation kat saluran urether yang tersumbat . hubby masuk wad 4 jun , discharge 5 june. Alhamdulillah , operation berjaya walaupon sblm ni prof Chapel kata success rate 50-50.


*nilah tangga umah sewa kami kat sini..tinggi dan curam*


Nak jadik cerita , bila hubby dah balik umah ari jumaat.....aku pon temankan hubby naik tangga nak naik bilik kat atas . ntah camner masa naik tangga...tetiba badan aku jadik kejang. dari bahagian kepala sampai kat dada . mmg kejang betul . sakit yang amat macam urat kena pintal . kepala dah tak boleh pusing kiri. sembahyang pon bagi salam sblh kanan jer....

Aduh..esoknya , sabtu ada lawan bowling . carik pengganti tak jumpa ..so terpaksalah jugak main bowling guna tangan kanan .Balik dari bowling tak rasa apa . yang sebelah kiri mmg sakitlah . Malam tu mintak tolong Ayu urutkan badan yang sakit tu.

Pergh..hari ahad , tak tau nak cakap apa dah . Memang sakit macam nak mati . memang sakit . dah dok teringat yang bukan-bukan , stroke ker ..bipalsy ker.memang biasa kena kebas-kebas tapi tak pernah kena sakit macam ni.

kul 12 tgh..Kak Yaz dan kawan-kawan datang nak ziarah hubby ..tup tup tengok..aku yang mengerang kesakitan . Terus diorang bawak aku gi klinik kat city .

Masa kat klinik ..nak lintas jalan pon kak yaz pimpin sbb kepala tak leh pusing kiri . leher sakit sgt macam nak tercabut. bahu sumer sakit. Doctor check cakap ..aku kena muscle strain. ubatnya? kena rehat 2-3 minggu .
What? its not only 1 or 2 day? tanya aku pada doktor.
No, no, no, its take time. you need some rest.kata doktor.

haiyaa..! (aku dah mula risau..rehat lama..huh).

you cant drive. sbb ubat diazepam ngan naproxen untuk sakit urat dan sendi mmg tahap gaban mengantuk , so bahaya drive.lagik satu kepala tak boleh pusing kiru..camner nak drive.Balik umah terus makan ubat dan rehat .

akibatnya?
daddy + mummy ayuni sakit = ayuni tak der saper nak hantar ke sekolah .
terpaksalah mintak org lain yang hantar .

daddy mmg rehat kat bilik atas ..tak turun bawah pun sbb jalan susah ( daddy ada 2 tube after operation ).

*maaf kepada tetamu yang terpaksa naik bilik ziarah daddy. daddy berstoking ngan berkain pelikat sbb mmg tak boleh nak pakai suar.mcam dalam pantang.selamat ada wifi pengubat boring & boleh buat lab report*

aku pun kena rehat . tak leh buat kerja berat. kena minimize kerja ringan.
akibatnya : aku tak gi interview kerja kat university . mmg bukan rezeki aku.

*inilah kerusi rehat yang mak long ayu pinjamkan.mummy rehat kat sini. tu kad oren ayuni buat masa kat school. ayuni sedih. dia tulis Mummy I lef yew (maksudnyer;mummy i love you) I love u too ayuni.*

alhamdulillah ...tanpa disangka rakan-rakan buat jadual masak untuk keluarga kami . emm ..terasa macam org dalam pantang lak ada org hantarkan makanan . but it really help ..sbb aku, mama dah pesan jgn buat kerja...( mama takut jadik macam dulu ..kaki aku kebas tak leh angkat after lscs nak lahirkan ayuni ). dan kami mmg tak boleh drive nak kuar umah gi ASDA beli lauk . thanks kepada rakan-rakan sheff. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. (alhamdulillah juga rumah kami dekat ngan kedai..so kalo dah sihat skit..bolehlah jalan kaki exercise ke kedai..).

Allah itu maha kaya . Allah itu nak beri ujian kepada kami supaya jangan leka.

sedang rehat kat umah ...ring ring tipon berbunyi . rupanya kereta kami (kawan pinjam ) , rosak kat depan children hospital. Lagi kami patah kaki . kereta yang baru beli dalam 3 bulan lak rosak . yer lah keta second hand ..biasalah conditionnya. agaknya tuannya sakit..kereta pon nak sakit jugak. kereta pertama kami yang kaler hijau tu pon masih tersadai tak tau nak buat apa.

itulah namanya sudah jatuh ditimpa tangga . tapi kami redha atas semua ujian ini .

Alhamdulillah...dah seminggu rehat ni , dah improve . dah boleh jalan laju skit ( tangan dah gatal nak vacum umah , kemas etc ..tp ingat pesan mama , jgn buat kerja..so umah tu aku biorkan dulu.)

*bunga lily ni kirim kat kawan suruh beli konon nak bagi hubby ceria, rupa-rupanya..bunga ni jugak yg buat aku ceria time sakit ni*



*kalo dah boleh snap gambo ni maknanya dah baiklah kan?gatai tangan*

Esok hubby masuk hospital balik after one week op untuk bukak one of the tube. so maknanya dah better skitlah . gerak ngan satu tube lebih mudah.

doakanlah kami .........meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi Sheffield. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.

p/s : aku juga doa supaya kalo boleh tak nak dah operate atau epidural . dah 2 kali nih epidural(cucuk bius kat tulang belakang tu...) within 2 years. rasa tahap kesihatan mmg menurun lepas tu ..selalu kebas, sakit pinggang..hai..macam org tua.

tata.

Wednesday 3 June 2009

3 & 1


Hari ni ...3 jun 2009.
Hari ini birthday suami tersayang.
Hari ini ayuni wish happy besday kat daddy.
Hari ini hari yang ceria.

2 hari lepas ....1 jun 2009.
2 hari lepas...anniversary kami yang ke-7
2 hari lepas....terasa cepat masa berlalu

Rasanya
baru sahaja terima card dari daddy.
baru sahaja kami kahwin.
baru sahaja melahirkan ayuni.

Mengimbas..detik lalu. memang kelakar.
Tak tau lah camner daddy boleh terpikat kat mummy.
Sekilas pandang lak tu. ternampak mummy kat lif hospital putrajaya.
ingat lagi..masa tu pakai baju kurung hitam bunga kuning.
mmg kelakar.

Kita berbeza...
Jarak umur bukan penghalang,
kota dan desa bukan alasan,
batu dan kayu bukan pemisah,
adat budaya, minang dan jawa,

itulah jodoh.
doa kami Allah perkenan.
restu ibu bapa kami membawa bahagia hingga kini.

alhamdulillah..kami mensyukuri Nikmatnya.
anugerah yang tidak ternilai, Nur Ayuni Farzana.

happy anniversary & happy birthday to Daddy.