Friday 12 June 2009

Sudah Jatuh ditimpa tangga

Seperti sedia maklum , hubby telah menjalani minor operation kat saluran urether yang tersumbat . hubby masuk wad 4 jun , discharge 5 june. Alhamdulillah , operation berjaya walaupon sblm ni prof Chapel kata success rate 50-50.


*nilah tangga umah sewa kami kat sini..tinggi dan curam*


Nak jadik cerita , bila hubby dah balik umah ari jumaat.....aku pon temankan hubby naik tangga nak naik bilik kat atas . ntah camner masa naik tangga...tetiba badan aku jadik kejang. dari bahagian kepala sampai kat dada . mmg kejang betul . sakit yang amat macam urat kena pintal . kepala dah tak boleh pusing kiri. sembahyang pon bagi salam sblh kanan jer....

Aduh..esoknya , sabtu ada lawan bowling . carik pengganti tak jumpa ..so terpaksalah jugak main bowling guna tangan kanan .Balik dari bowling tak rasa apa . yang sebelah kiri mmg sakitlah . Malam tu mintak tolong Ayu urutkan badan yang sakit tu.

Pergh..hari ahad , tak tau nak cakap apa dah . Memang sakit macam nak mati . memang sakit . dah dok teringat yang bukan-bukan , stroke ker ..bipalsy ker.memang biasa kena kebas-kebas tapi tak pernah kena sakit macam ni.

kul 12 tgh..Kak Yaz dan kawan-kawan datang nak ziarah hubby ..tup tup tengok..aku yang mengerang kesakitan . Terus diorang bawak aku gi klinik kat city .

Masa kat klinik ..nak lintas jalan pon kak yaz pimpin sbb kepala tak leh pusing kiri . leher sakit sgt macam nak tercabut. bahu sumer sakit. Doctor check cakap ..aku kena muscle strain. ubatnya? kena rehat 2-3 minggu .
What? its not only 1 or 2 day? tanya aku pada doktor.
No, no, no, its take time. you need some rest.kata doktor.

haiyaa..! (aku dah mula risau..rehat lama..huh).

you cant drive. sbb ubat diazepam ngan naproxen untuk sakit urat dan sendi mmg tahap gaban mengantuk , so bahaya drive.lagik satu kepala tak boleh pusing kiru..camner nak drive.Balik umah terus makan ubat dan rehat .

akibatnya?
daddy + mummy ayuni sakit = ayuni tak der saper nak hantar ke sekolah .
terpaksalah mintak org lain yang hantar .

daddy mmg rehat kat bilik atas ..tak turun bawah pun sbb jalan susah ( daddy ada 2 tube after operation ).

*maaf kepada tetamu yang terpaksa naik bilik ziarah daddy. daddy berstoking ngan berkain pelikat sbb mmg tak boleh nak pakai suar.mcam dalam pantang.selamat ada wifi pengubat boring & boleh buat lab report*

aku pun kena rehat . tak leh buat kerja berat. kena minimize kerja ringan.
akibatnya : aku tak gi interview kerja kat university . mmg bukan rezeki aku.

*inilah kerusi rehat yang mak long ayu pinjamkan.mummy rehat kat sini. tu kad oren ayuni buat masa kat school. ayuni sedih. dia tulis Mummy I lef yew (maksudnyer;mummy i love you) I love u too ayuni.*

alhamdulillah ...tanpa disangka rakan-rakan buat jadual masak untuk keluarga kami . emm ..terasa macam org dalam pantang lak ada org hantarkan makanan . but it really help ..sbb aku, mama dah pesan jgn buat kerja...( mama takut jadik macam dulu ..kaki aku kebas tak leh angkat after lscs nak lahirkan ayuni ). dan kami mmg tak boleh drive nak kuar umah gi ASDA beli lauk . thanks kepada rakan-rakan sheff. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. (alhamdulillah juga rumah kami dekat ngan kedai..so kalo dah sihat skit..bolehlah jalan kaki exercise ke kedai..).

Allah itu maha kaya . Allah itu nak beri ujian kepada kami supaya jangan leka.

sedang rehat kat umah ...ring ring tipon berbunyi . rupanya kereta kami (kawan pinjam ) , rosak kat depan children hospital. Lagi kami patah kaki . kereta yang baru beli dalam 3 bulan lak rosak . yer lah keta second hand ..biasalah conditionnya. agaknya tuannya sakit..kereta pon nak sakit jugak. kereta pertama kami yang kaler hijau tu pon masih tersadai tak tau nak buat apa.

itulah namanya sudah jatuh ditimpa tangga . tapi kami redha atas semua ujian ini .

Alhamdulillah...dah seminggu rehat ni , dah improve . dah boleh jalan laju skit ( tangan dah gatal nak vacum umah , kemas etc ..tp ingat pesan mama , jgn buat kerja..so umah tu aku biorkan dulu.)

*bunga lily ni kirim kat kawan suruh beli konon nak bagi hubby ceria, rupa-rupanya..bunga ni jugak yg buat aku ceria time sakit ni*



*kalo dah boleh snap gambo ni maknanya dah baiklah kan?gatai tangan*

Esok hubby masuk hospital balik after one week op untuk bukak one of the tube. so maknanya dah better skitlah . gerak ngan satu tube lebih mudah.

doakanlah kami .........meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi Sheffield. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.

p/s : aku juga doa supaya kalo boleh tak nak dah operate atau epidural . dah 2 kali nih epidural(cucuk bius kat tulang belakang tu...) within 2 years. rasa tahap kesihatan mmg menurun lepas tu ..selalu kebas, sakit pinggang..hai..macam org tua.

tata.

7 comments:

Hacked by w3d0z said...

siannye akak, sori tak sempat taya kaba..baru abes exam..huhu..hope akak sekeluarga baikla lepas nii..

take care~~

hasma said...

laa kesiannyaa mama papa ayuni...
get well soon ok....

anon suria said...

ely: thanks elly. sblm balik msia ..datanglah umah kami.

hasma: su dah ok. tapi continue makan ubat.nanti bagi no contact number kak dayang yer? ingat bila dah free...macam nak berurut lah.

umieaisyah said...

salam..sedih n sayu dengo citer anon ni..
semoga tabah hadapi ujian ni..betui ckp anon tu..ni sumer ujian so dad kita x leka..aisyah pon skrang dah sakit lutut..mcm org tua...rasa dah ke'tua'annya....my niece aritu pon kena muscle strain gak..sbb stress sgt..tp dia tu sbb frust bercinta..anon x kan? he..he..
ok..get well soon..

shasha leeds uk said...

moga Allah mudahkan....
Allah uji org yg mampu tanggung...so sbr laa...ada hikmah tu...Allah loves u & family....

take good care ok...

kak zu & tarik & family dtg my hs last week...

zahrah said...

salam..

semoga Allah permudahkan urusan...

WaNNi said...

alahai kesiannya. harapnya sabar dgn dugaan2 di rantau org ni. betul la kata org belajar ni umpama berjuang, banyak cabarannya. semoga kalian cepat sembuh