Monday 5 December 2011

'kasut'

Hari minggu..hari Sabtu yang lepas..saya dan Ayuni menonton Cerekarama bertajuk 'Kasut' lakonan mantap Fauziah Nawawi. Cerita ini sangat-sangat memberi pengajaran erti hidup susah...sehinggakan nak beli kasut sekolah pun tak mampu. Kesempitan hidup yang teramat lagi terjerat dek kerana terpaksa membayar hutang 'lintah darat' kampung. Nak tau cerita..gilah tengok kat Malaymoviefull.blogspot.com. Sangat sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.

Cerita sedih ini beberapa kali juga mengundang airmata saya gugur membasahi pipi. Fikiran melayang teringatkan mama saya sewaktu zaman sekolahnya - Tidak Mampu beli kasut sekolah. Keluarga mama bukan orang senang...arwah atok bekerja kampung..tanam nenas..ambil upah tanam pokok kelapa sawit. Upah sepokok adalah 20 sen. Ketika itu zaman 60-70 an.

Bila lihat cerita 'kasut'...'si kakak' terpaksa tampal kasut sekolah dengan getah selipar jepun...begitu jualah mama saya, yang terpaksa tampal kasut dengan getah untuk menutup kasut yang berlubang.

'mama kau dulu....pergi sekolah pakai kasut bertampal...'...kata Cik Ni, adik mama,pada kami dengan nada sedih. Dulu-dulu kasut sekolah diperbuat dari getah..bukan kain canvas macam sekarang.

Dengan kasut bertampal getah, mama gagahi berjalan kaki ke sekolah. Tidak ingat sama ada mama ada basikal atau tidak. Rasanya tiada. Agak jauh jugak sekolah rendah bukit kapar dengan rumah atok.

Habis darjah 6,mama mahu meneruskan persekolahan menengah, nenek pun berkata pada mama' perempuan belajar tinggi-tinggi pun akhirnya masuk ke dapur jugak'. Saya rasa nenek berkata begitu kerana mengenangkan kesusahan hidup...banyak kos yang terpaksa dibayar jika mama masuk sekolah menengah. Mak long, kakak mama terpaksa melepaskan tawaran ke Sekolah Tun Fatimah kerana arwah atok sangat tidak mampu untuk menanggung pembelajaran mak long. Duit tambang bas pun sangat susah nak kumpul.

Akhirnya ,arwah atok berjumpa guru besar untuk bertanya pendapat. Saya ingat sangat cerita ini..mama cerita pada kami bagaimana mama boleh terus bersekolah. Nasihat guru besar telah membuka pintu rezeki buat mama , sudah tentu dengan doa dan keizinan Allah jua.

Alhamdulillah mama diberi peluang untuk terus bersekolah hingga ke sekolah menegah dan seterusnya berjaya memasuki UKM. Mama wanita melayu pertama yang memasuki universiti di kampung Bukit Kapar ketika itu.

Selain arwah atok, adik mama Cik Ri yang menanggung keluarga dan mama belajar.Ketika itu, Cik Ri bekerja sebagai tukang sapu sampah di Majlis Perbandaran Klang. Sekarang Cik Ri menjadi pemandu peribadi seorang bekas menteri besar disamping berniaga makanan di warung di Bukit Rajah Klang.

Kehidupan sangat susah keluarga mama betul-betul memberikan keinsafan kepada saya. Walau susah...berusaha juga untuk ke sekolah. Walau susah..mama akan pastikan pakaian sekolahnya bersih. Walau susah...arwah atok sentiasa membantu orang kampung selagi terdaya. Semuanya ini membuat jati diri mama begitu kuat.

...............................................................................................................................................

Kerana saya sudah biasa dengan kehidupan susah keluarga mama dan ayah....Alhamdulilah saya tidak kekok untuk bergaul dengan keluarga suami saya yang saya kategorikan susah pada masa kini. Setiap hujung tahun..anak-anak saudara di Rembau akan dapat bantuan kasut sekolah. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat jua mengurangkan beban ibu bapa mereka- kakak, abang dan adik ipar saya. Setiap kali ke kampung...pasti ada sahaja yang membuatkan hati ini ' tidak sampai hati'. Mana mungkin boleh memandang kesusahan didepan mata!

Sudah lama saya tidak membelikan kasut raya buat anak saudara di Rembau..Faizul,Farid,Fatehah,Raudah dan lain-lain...........Teringat betapa gembira mereka bila kami bawa ke kedai pekan Rembau untuk beli kasut.

Sudah lama saya tidak ke pasar Rembau untuk membeli ketam,udang,sotong untuk dimasak dan makan bersama-sama di rumah pusaka............

Sudah lama saya tidak membawa KFC....satey...yogurt..jus buah-buahan ke kampung.

InsyaAllah...makcik dan pakcik akan balik Malaysia tak lama lagi...dan makcik berazam nak bawak anak-anak saudara makcik makan di Pizza hut. Sungguh! terngiang-ngiang kata Farid ' makcik..kita tak pernah makan Pizza hut'.Mmmmmmmm...

......................................................................................................................................................

Semalam saya sambung packing barang . Saya terjumpa 2 pasang kasut Clarks saiz 12 1/2. Kasut Ayuni yang saya sendiri lupa bila saya beli. Sepasang berwarna hitam dan sepasang berwarna merah.

'Alamak Ayuni....mummy lupa ada kasut ni. Nasib baik boleh pakai. Nanti pakai. Kalau tak nak...mummy bagi orang'.

Betapalah saya membazir. Selalu berlebihan bila membeli pakaian anak-anak.

Tapi sempat jua suami saya mencelah ' nanti boxing day..cari lagi kasut untuk raya'.

Saya balas 'tak payahlah...hari tu dah beli sorang sepasang kasut raya Timberland untuk Ayuni dan Ayna'

Bagi suami...dia tidak mahu anak-anak berasa tidak selesa...tidak mahu anak berasa susah seperti mana dia susah dulu-dulu.
Bagi saya.....kadangkala kesusahan itu membuatkan diri kita lebih insaf kerana kita selalu alpa.

Terus saya berkata kepada Ayuni...'ingat tak cerita 'Kasut' tu....nak dapat kasut sekolah pun sangat susah...'

Ada orang nak beli kasut di kedai apek pun susah...ada pula yang mampu beli berjenama...siap memilih lagi.

Kita? bagaimana? Sesekali kena tunduk ke bawah memandang rumput di bumi.