Wednesday 27 May 2009

Malam ini

Jam menunjukkan pukul 1.29am. Ulang..1.29 pagi. Dah masuk subuh dah. inilah antara pengalaman bila dok negara 4 musim . maghrib kul 9.30 , isyak 12 lebih , sejam lepas tu dah subuh. Aku masih kat pc ni. baru jer habis layan tetamu yang balik kul 12.15.


tetiba ..hati jadi rindu. rindu sangat-sangat. rindu kuala lumpur. lol.

bertambah syahdu..bila bukak blog orang..ada lak lagu sentimental..huh..melayang, melayang pikiran.


Ayuni ngan Cik abang dah nyenyak tido. lena dibuai mimpi.

ntah kenapa ..malam ni banyak pulak bende yang menerawang.


yang sebenarnya..aku rindu Kuala Lumpur.


Friday 22 May 2009

Baca buku

ok..stop jap cerita jalan-jalan. kalo nak masuk sumer dalam blog memang bersusun .
but this time nak share experience...camner nak ajar anak membaca.
bukan senang tau....dan perlu ngan kesabaran.


pernah tanya kat mak , umur berapa aku boleh membaca . mak kata '7'. huh..ya ker? lambatnyer aku boleh membaca. Pastu tanya lagi kat kawan..umur berapa anak boleh baca...jawabnya masa tadika 5-6 tahun. Cerita punya cerita ..tetiba tersebut pulak nama Nazif , my cousin. Umur berapa boleh baca? Ibunyer jawab....4 tahun. hah? aku terus gelabah sebab masa umur 4 tahun ayuni tak pandai baca lagi.


Tapi kenapa nak suruh anak pandai baca buku awal?emm..tak yah jawab. semua orang pun tau jawapannya.


"A**.,...macamana A** ajar L**a membaca? .
Since L**a is one of top student in one of the best school in Sheffield. Proud kan ..malay student selalu jadik top student kat sekolah.L**a adalah satu-satunya budak melayu di sekolah tersebut..makanya mestilah orang putih terasa tercabar sebab orang Asia lebih pandai dari anak mereka.


Mudah sahaja jawapan A**. Setiap kali ke Meadowhall(pusat beli belah yang terkenal like KLCC), A** akan belikan buku baru untuk L**a di WHsmith. Sebab dekat carboot hanya banyak story book tapi tak banyak exercise book. Ya betullll...!aku mengakuinya.


Esoknya aku terus ke WHSmith untuk belikan exercise phonics book untuk Ayuni.

The result? Wonderfull..ayuni boleh buat dengan jayanya and its really help ayuni membaca.(walaupon tak habis buat ....sbb dah tau agaknya ).But dalam buku tu dia ajar how to bunyikan the sound of the letter.siap ada action lagik..!so ..mak budak lah yang turut belajar sama..hi hi

( tapi ini bukan first step...).

So here is the method how I teach Ayuni to read,

1. Ikut saja semua arahan cikgu sekolah. diorang akan bagi guideline. Sekolah Phillimore ler..rasa sekolah lain sama jugak kot.


2.Sistem phonic bermula dengan sebutan S.A.T.I.P.N...latih ayuni setiap hari the sound of each letter.S=Sssssssss dan kita pun buatlah gaya snake. A=aaaaaaaa and etc.


3.Bila dah boleh buat sound letter .....latih anak hafal keyword macam the,he,is,on,in,at,and etc. Cikgu sekolah akan bagi senarai keyword yang perlu dihafal. so make sure anak boleh hafal. Keyword ni..aku sentiasa bawak dalam handbag.


4. Baca buku sebelum tido. Bed time story . ni kadang-kadang aku naik hangin jugak sebab ayuni biasanya nak baca buku up to 4 book. penat ...tapi ikutkan jer la. the tips. ambik buku cerita yang senang. I push ayuni to spell and read ikut kaedah phonic.


5.Biasakan anak dengan buku sejak dari dalam perut. Now..tugas kita nak make sure anak terus suka ngan buku. how? for me, beli buku dan pinjam buku dari library.Sediakan kertas banyak-banyak untuk ayuni conteng.


6. Kat sekolah...cikgu akan bagitau book of the week. Aku akan usahakan carik buku yang sama ngan yang diajar kat sekolah supaya ayuni lagi cepat paham . tapi tak semua dapat.The best book is 'the hungry caterpillar'. Mmg sesuai untuk kanak-kanak yang baru mula nak baca.


**glamer tau buku ni...Siap ada pinggan mangkuk potmeirion corak ni lagik!

7.Walaupun masih merangkak membaca...try jugak suruh ayuni baca magazine ( tajuk yang besar-besar..).Mmm..mmg berkesan kaedah phonic. Ada bunyi perkataan walaupun kadang sebutan cam tak betul skit.


8. Yang paling penting...ibu sendiri kena biasakan diri dgn kaedah phonic. bila dah ok phonic...start lak ngan phonim.


Alhamdulillah...within 3 month..ayuni dah start boleh baca buku merangkak. now dah 5 month kat reception , ayuni dah boleh baca buku cerita sendiri without my assistance. (of course bukan perkataan yang susah-susah..).


I am proud with ayuni..sekurang-kurangnya she is better than me!!!( 7 tahun baru boleh baca..).


I know ayuni potential . I need to polish sebelum ianya malap. Masih ingat dalam ingatan ..sblm datang Uk, ayuni sempat ambik satu exam kat tadika Yayasan Pelajaran Johor. That time umur ayuni baru jer 3 tahun. the youngest in the school. But really surprise sbb Ayuni perform very well..dapat no 2 dalam kelas.( really ok for me sbb nak kena lawan ngan budak 4 dan 5 tahun). Ayuni cuma kurang 2 markah sbb exam JAWI, ayuni dapat 98.


Please dont blame us..masukkan anak cepat-cepat tadika. (masa tu umur ayuni 2 tahun 8 bulan ).Kami hanya hantar ke nursery jagaan but cikgu ayuni nampak ayuni yang sungguh-sungguh nak join tadika. So..diorang mintak permisson untuk masukkan ayuni dalam group tadika. Kami kata ok..but dont stress kan anak saya.


tapi bila pikir-pikir balik....macam ok jer tindakan cikgu tu. And i can say..bakat ayuni digilap di tadika hikmah , yayasan pelajaran johor. Akibatnya? ayuni tak suka tengok TV..hu hu sbb lebih suka pn,kertas dan buku.

Dont underestimate your child. Cubalah...insyaAllah..ada hasilnya.


I love Ayuni..........so much. Nanti mummy carik buku lagik kat carboot. Now dah tau buku mcm mana yang sesuai untuk Ayuni. kalo tak sblm ni beli buku..ikut selera mak ayuni. ha ha...

Tata

Tuesday 19 May 2009

Chatsworth Castle, Nottinghamshire 9 may 2009




Kali ini..kami ikut trip sekolah melayu sheffield ke chatsworth castle.( seminggu sekali gi sekolah melayu pon..ada aktiviti. he he. ). ambil kesempatan bawa mama ngan ayah sekali. kami pergi naik bas.
Castle ni masih didiami oleh Duke of Devonshire. Mmg cantek..dan yang paling best boleh ambik gambo dalam castle. Perjalanan melalui Peak Distric mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Sheffield.






Lepas pusing-pusing castle dan taman, ayuni n the geng ada pertandingan mewarna. Tak sangka ayuni dapat tempat ketiga.




Good girl Ayuni..Well done!
tata...


















Tuesday 12 May 2009

Keukenhof, Holland


Sejak dari kecil..memang bercita-cita nak ke Holland. alhamdulillah cita-cita itu dimakbulkan Allah. Ayah dan mama sampai sini hari Jumaat,1 Mei dan kami terus ke holland keesokkan harinya, 2 may .

Last year , time mama ngan ayah dtg, musim bunga agak tak menjadik. tak dapat tengok bunga best-best. So..kali ini , sengaja memilih Holland untuk destinasi pertama mereka.Percutian kali ini , saja kami decide untuk menaiki pengangkutan awam . Dari Sheffield kami ke New Castle dengan menaiki train .Kami hampir tertinggal keretapi dek kerana tak de railcard( silap aku tak order awal-awal..).

Kemudian dari New Castle Royal Quay ,kami menaiki cruise ( princess of Norway ) ke Ijmuiden , Amsterdam. Pengalaman yang sangat menarik . Inilah kali pertama kami menaiki cruise tambahan pula ...cruise ini sgt selesa dan besar. ( 11 tingkat dan mempunyai 1800 bilik kabin ).



Setiba di pelabuhan ijmuiden , bas telah menunggu kami untuk ke taman bunga terbesar di dunia , keukenhof. Memang cantekkk..........





ok..jumpa lagik.