Monday, 5 December 2011
'kasut'
Cerita sedih ini beberapa kali juga mengundang airmata saya gugur membasahi pipi. Fikiran melayang teringatkan mama saya sewaktu zaman sekolahnya - Tidak Mampu beli kasut sekolah. Keluarga mama bukan orang senang...arwah atok bekerja kampung..tanam nenas..ambil upah tanam pokok kelapa sawit. Upah sepokok adalah 20 sen. Ketika itu zaman 60-70 an.
Bila lihat cerita 'kasut'...'si kakak' terpaksa tampal kasut sekolah dengan getah selipar jepun...begitu jualah mama saya, yang terpaksa tampal kasut dengan getah untuk menutup kasut yang berlubang.
'mama kau dulu....pergi sekolah pakai kasut bertampal...'...kata Cik Ni, adik mama,pada kami dengan nada sedih. Dulu-dulu kasut sekolah diperbuat dari getah..bukan kain canvas macam sekarang.
Dengan kasut bertampal getah, mama gagahi berjalan kaki ke sekolah. Tidak ingat sama ada mama ada basikal atau tidak. Rasanya tiada. Agak jauh jugak sekolah rendah bukit kapar dengan rumah atok.
Habis darjah 6,mama mahu meneruskan persekolahan menengah, nenek pun berkata pada mama' perempuan belajar tinggi-tinggi pun akhirnya masuk ke dapur jugak'. Saya rasa nenek berkata begitu kerana mengenangkan kesusahan hidup...banyak kos yang terpaksa dibayar jika mama masuk sekolah menengah. Mak long, kakak mama terpaksa melepaskan tawaran ke Sekolah Tun Fatimah kerana arwah atok sangat tidak mampu untuk menanggung pembelajaran mak long. Duit tambang bas pun sangat susah nak kumpul.
Akhirnya ,arwah atok berjumpa guru besar untuk bertanya pendapat. Saya ingat sangat cerita ini..mama cerita pada kami bagaimana mama boleh terus bersekolah. Nasihat guru besar telah membuka pintu rezeki buat mama , sudah tentu dengan doa dan keizinan Allah jua.
Alhamdulillah mama diberi peluang untuk terus bersekolah hingga ke sekolah menegah dan seterusnya berjaya memasuki UKM. Mama wanita melayu pertama yang memasuki universiti di kampung Bukit Kapar ketika itu.
Selain arwah atok, adik mama Cik Ri yang menanggung keluarga dan mama belajar.Ketika itu, Cik Ri bekerja sebagai tukang sapu sampah di Majlis Perbandaran Klang. Sekarang Cik Ri menjadi pemandu peribadi seorang bekas menteri besar disamping berniaga makanan di warung di Bukit Rajah Klang.
Kehidupan sangat susah keluarga mama betul-betul memberikan keinsafan kepada saya. Walau susah...berusaha juga untuk ke sekolah. Walau susah..mama akan pastikan pakaian sekolahnya bersih. Walau susah...arwah atok sentiasa membantu orang kampung selagi terdaya. Semuanya ini membuat jati diri mama begitu kuat.
...............................................................................................................................................
Kerana saya sudah biasa dengan kehidupan susah keluarga mama dan ayah....Alhamdulilah saya tidak kekok untuk bergaul dengan keluarga suami saya yang saya kategorikan susah pada masa kini. Setiap hujung tahun..anak-anak saudara di Rembau akan dapat bantuan kasut sekolah. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat jua mengurangkan beban ibu bapa mereka- kakak, abang dan adik ipar saya. Setiap kali ke kampung...pasti ada sahaja yang membuatkan hati ini ' tidak sampai hati'. Mana mungkin boleh memandang kesusahan didepan mata!
Sudah lama saya tidak membelikan kasut raya buat anak saudara di Rembau..Faizul,Farid,Fatehah,Raudah dan lain-lain...........Teringat betapa gembira mereka bila kami bawa ke kedai pekan Rembau untuk beli kasut.
Sudah lama saya tidak ke pasar Rembau untuk membeli ketam,udang,sotong untuk dimasak dan makan bersama-sama di rumah pusaka............
Sudah lama saya tidak membawa KFC....satey...yogurt..jus buah-buahan ke kampung.
InsyaAllah...makcik dan pakcik akan balik Malaysia tak lama lagi...dan makcik berazam nak bawak anak-anak saudara makcik makan di Pizza hut. Sungguh! terngiang-ngiang kata Farid ' makcik..kita tak pernah makan Pizza hut'.Mmmmmmmm...
......................................................................................................................................................
Semalam saya sambung packing barang . Saya terjumpa 2 pasang kasut Clarks saiz 12 1/2. Kasut Ayuni yang saya sendiri lupa bila saya beli. Sepasang berwarna hitam dan sepasang berwarna merah.
'Alamak Ayuni....mummy lupa ada kasut ni. Nasib baik boleh pakai. Nanti pakai. Kalau tak nak...mummy bagi orang'.
Betapalah saya membazir. Selalu berlebihan bila membeli pakaian anak-anak.
Tapi sempat jua suami saya mencelah ' nanti boxing day..cari lagi kasut untuk raya'.
Saya balas 'tak payahlah...hari tu dah beli sorang sepasang kasut raya Timberland untuk Ayuni dan Ayna'
Bagi suami...dia tidak mahu anak-anak berasa tidak selesa...tidak mahu anak berasa susah seperti mana dia susah dulu-dulu.
Bagi saya.....kadangkala kesusahan itu membuatkan diri kita lebih insaf kerana kita selalu alpa.
Terus saya berkata kepada Ayuni...'ingat tak cerita 'Kasut' tu....nak dapat kasut sekolah pun sangat susah...'
Ada orang nak beli kasut di kedai apek pun susah...ada pula yang mampu beli berjenama...siap memilih lagi.
Kita? bagaimana? Sesekali kena tunduk ke bawah memandang rumput di bumi.
Friday, 4 November 2011
Chapter 6 , dia dan phd
'Nak guna tak kertas-kertas ni?'
'Aaaaaaaa..boleh jugak. Boleh guna untuk sumbat sumbat kotak untuk packing'.
Saya pun ambil kertas-kertas tersebut. Mmm...rasa sedih pun yer nak guna kertas ni untuk memacking. Tapi dalam masa yang sama en abang tak mahu lagi kertas kertas tersebut. Bukan apa..takut confuse..bercampur dengan kerja-kerja yang lain. Itulah kertas kertas yang mengandungi draft thesisnya...
Sudah agak lama jugak..saya memerhatikan en abang saya buat kerja. Dan agak lama jugak saya lihat..setiap hari dia mengedit chapter 6.
Lalu saya tanya;
'Thesis abang ni berapa chapter?'
'6-7 chapter'.
Mmm..dalam hati saya macam seakan agak lega seolah -olah thesis dah nak ke penghujungnya.
Tapi tidak...ia hanyalah draft thesis. Chapter 6 tidak bermakna PHD nya sudah sampai ke penghujung jalan. Masih banyak lagi sebenarnya yang terpaksa dia harungi termasuklah satu eksperimen yang masih berjalan.
Masih ada eksperimen?
Ya . Out of control. Teringat kata-kata seorang teman saya..PHD ini banyak bergantung kepada rezeki. 90% adalah LUCK..! betul..saya mengakui...walau telah berusaha..buat yang terbaik namun terlalu banyak faktor yang menyebabkan PHD ini terpaksa melebihi tempoh yang sepatutnya.
Saya tahu cara kerja suami saya....saya sendiri tidak serajin suami saya dalam bab-bab pelajaran. Malah Dissertation master saya pun banyak yang suami saya tegur dan guide....kadang-kadang marah juga pada saya kerana saya ada sedikit sifat 'M' . Kadang timbul rasa kasihan..malam bersengkang mata, balik kerja..terus jer on laptop buat kerja..paling x sampai hati kat tempat kerja cleaner waktu petang pun ...dia akan mengarang thesisnya. Nanti balik dari kerja..apa yang tertulis kat kertas akan dicopy ke laptop. Hujung minggu.lepas kerja cleaner pagi terus ke lab...sambung buat kerja sebelum melayan anak isteri keluar. Hu..betapalah...
Satu yang saya dapat katakan..PHD sangat berbeza dengan Master.
Master tidak banyak berbeza dengan Degree .
Kepandaian...bijak...mungkin bonus untuk mereka yang menyambung PHD tetapi ia bukanlah kayu pengukur kejayaan. Berpengalaman dalam sesuatu bidang? Pensyarah yang selalu buat research? lulusan luar negara? Itu adalah pakej yang sitimewa namun tidak semestinya pakej itu akan memberikan laluan yang mudah. Its a LUCK! LUCK!LUCK!
Jika tidak kerana research methodology dan equipment..faktor lain seperti human factor pula yang menjadi penyebab. Yup...beruntung orang yang habis PHD dengan bantuan SV yang sama-sama tolong buat writing..tetapi ada juga SV yang mempunyai masalah dengan pelajar. Ini lah jugak dikatakan LUCK. Bersyukur en abang tidak mempunyai masalah dengan SV setakat ini...namun masih belum habis?
Itulah saya katakan tadi..LUCK.
Jangan bandingkan dengan orang lain [ walau kadangkala saya bandingkan juga] , dalam banyak-banyak jurusan...saya dapati jurusan Engineering lah yang paling banyak dugaan dalam membuat PHD. Bukan saya nak kata en abang saya seorang engineer tetapi ini adalah pemerhatian saya di sini...di university of Sheffield.
Rata-rata rakan -rakan yang pulang..yang masih terdapat lagi sisa perjuangan adalah rakan-rakan dalam jurusan engineering. Saya dapati jugak bidang architecture juga adalah bidang yang agak sukar. Ini pada saya...pada pendapat saya.
Walaupun bidang perubatan adalah bidang yang sukar semasa degreee..[nak ambik medic pun susahkan? ]..namun alhamdulillah..rakan-rakan saya yang menyambung PHD atau specialist dalam perubatan nampaknya ramai yang berjaya . Faktor kepandaian mereka juga turut mendorong tapi yang saya nampak perbezaan adalah dari segi research ,experiment , analisis data yang dibuat dalam bidang perubatan adalah sangat berlainan dengan engineering...(kalau saya discuss ngan suami saya pasal research..umpama cakap ayam dengan itik). Lagi satu bidang perubatan allied health banyak menggunakan questionaire untuk pengumpulan data berbanding engineering yang banyak bergantung kepada eksperimen.
Saya belum melalui PHD..tetapi pengalaman sikit saya semasa membuat master research allied health ...dan cerita-cerita rakan-rakan yang membuat PHD perubatan / allied health membantu saya dalam membuat penilaian yang amat CETEK ini.
Orang akan berkata pada saya ' PHD ni lain Su....hanya orang yang dah melalui akan tahu ' [ saya tahulah saya belum buat PHD..]...tetapi tak salahkan saya nak bagi pendapat?
Saya percaya setiap bidang dan jurusan ada liku-liku nya tersendiri. Saya tidak menafikan kerana saya sendiri adalah dalam bidang yang berbeza dengan suami saya.
Saya amat berdoa...semoga PHD suami saya ini akan sampai ke penhujungnya. Biar lambat asal selamat. Tidak mengapa...bila atau kapan akan habis PHD nya..yang penting semangat untuk terus menyambung research dan thesisnya tidak luntur walaupun nanti kami sudah pulang ke tanah air.
Bagi mereka yang belum habis perjuangan..tidak perlu malu jika belum selesai.[ Eh jang...ekau tak habis belajar lagik jang..jang oh jang]. Tidak habis bukan bermakna tidak bijak. Orang yang dah habis PHD pula bukanlah bermakna mereka sangat hebat [mereka memang hebat!] tetapi rezeki mereka yang sangat baik. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki dan luck yang baik untuk mereka..... tetapi jangan lupa bukan mudah mereka nak menggengam PHD....kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak BERUSAHA+TAWAKAL.
Sama-samalah kita berdoa untuk semua.....
Chapter 6..chapter 6....ayuh teruskan beri semangat kepada en abang. InsyaAllah kejayaan menanti dihujung sana. AMINNNNNNNNNNNN.
Ya Allah..permudahkanlah urusan suamiku.
Sebagai seorang isteri..kerisauan tetap melanda.
Monday, 24 October 2011
Ingatan buat mummy
Sekrang ni cuti sekolah..cuti autumn tapi kami tak ke mana-mana. Duduk sajer dirumah..buatlah apa-apa yang patut. Walaupun sekolah cuti tapi madrasah ayuni tetap berjalan seperti biasa.
Alhamdulillah dah sebulan lebih Ayuni ke madrasah. rasa syukur yang tidak terhingga..Ayuni dah semakin lancar membaca Qaedah [ muqaddam] dan sudah lancar membaca bacaan dalam solat. Solat pun dah mula menjadi rutin harian nya. Syukur. Bila melihat Ayuni berlari-lari anak ke madrasah terasa sayu sungguh hati saya.....gembira dan terharu. Dapat juga peluang mengaji di bumi orang putih ni. sekurang-kurangya balik malaysia nanti tidaklah ketinggalan jauh. Tapi apa yang lebih penting adalah pengisian rohani itu sendiri.
Tadi nak ambik gambar ayna yang tengah bermain dengan Ayuni. Tiba-tiba Ayuni lari..tak mahu gambar diambil. Cepat-cepat dia lari ambil tudung. Saya kata..tak per lah...ok jer tak pakai tudung. Ayuni berkeras tidak mahu. Dia mahu bertudung.
saya pun tanya..' Why you want to wear scarf?'
ayuni jawab:' I just want to'
saya tanya lagi agak keras;'WHY? '
ayuni balas: ' Imam told us to wear hijab'.
Walaupun bukan itu jawapan yang saya mahu....tapi sekurang-kurangnya peringatan Imam Madrasah itu 'terkesan' jua di hati nya.
Tersentak dengan kata-kata Ayuni satu ketika ' But why sometimes..when I want to wear tudung..you not allow me?'..membuatkan saya terfikir dan insaf.
Saya terpaksa akur dengan kehendak Ayuni...walaupun saya sendiri sebenarnya masih mahu dia bergaya dalam keadaan free hair selagi dia belum baligh.Kerana saya tak mahu bila besar nanti Ayuni komplen tak mahu pakai tudung sebab belum puas free hair. Tetapi dalam Islam...adakah perkara yang baik malah wajib perlu ditangguhkan walaupun usia masih setahun jagung?
Bukan senang untuk membesar dan mendidik anak apatah lagi di negara asing ini yang rata-rata bukan beragam Islam. Saya patut bersyukur diberi peluang menghantar anak ke madrasah yang mendorong Ayuni berubah secara positif in islamic way. Tanpa paksaan saya..semuanya kerelaan Ayuni.
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59)
Semoga Ayuni menjadi anak yang solehah penyejuk hati mummy dan daddy. Saya harap Ayuni akan sentiasa ditetapkan iman, dipelihara oleh Allah dan kekal bertudung hingga akhir hayat. Amin.
Inilah secebis ingatan buat mummy yang alpa....
Wednesday, 3 August 2011
Nikmat
Saya cuma bagitau Ayuni....dia dah 7 tahun..maka kena puasa. Hari pertama dia agak merengek menghitung waktu berbuka...kami kata..cuba tahan. 'Kalau kakak try puasa..nanti kakak dapat nikmat berbuka'. Nikmat? mestilah dia tak tahu apa maksud nikmat....tapi saya kata..tunggu waktu berbuka nanti.
Ayuni menanti dan terus menanti..sehinggalah waktu azan. Alhamdulillah...ayuni sangat gembira dan agak gelojoh juga makan..nak itu dan ini. Sebelum waktu berbuka..semua makanan yang nak dimakan..diletakkan diatas meja. Crisp..Ferrero Rocher..Air kotak...macam-macam. Hari pertama..saya hidangkan cendol..ayuni request. Saya buat Karipap...en abang request. Nasik putih bersama kari ayam dan sup ayam. Saya celur Mee hoon untuk Ayuni.
Habis jer makan mee hoon sup 2 kali tambah..ayuni dah kenyang. dah makan buah...air...dia dah tak larat pun nak makan crisp...he he.
Bila ayuni kata..'full' and tak larat..masa tulah saya kata itulah Nikmat orang berbuka. Walaupun puasa panjang...makan sikit tapi dah kenyang. Orang yang tak berpuasa..makan banyak kali tapi belum tentu kenyang. Itulah nikmat dan hikmah orang berpuasa.
Nampaknya Ayuni semakin matured dan faham. keesokkannya...ayuni meneruskan puasanya. alhamdulillah..
Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmatmu ini...diberi peluang untuk melatih dan membimbing anak ku , moga menjadi hambaMu yang solehah...menunaikan ibadah buat Mu...kau lindungilah anakku dari kejahatan manusia dan syaitan. kau berilah kekuatan iman buat anakku ini..bagi meneruskan puasa ramadhan ini. Aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadik yang lebih baik dari masa lampau.
Amin.
-----------------------------------------------------------------------------------
Puasa tahun ini juga saya terasa kelainan 'nikmat'. Mungkin kerana tahun lepas saya tak dapat berpuasa ..jadi x dapat nak merasakan 'nikmat' puasa. Biasanya bila dah hilang nikmat dan tak dapat kecapi sesuatu....barulah kita akan menghargainya. Syukur saya masih dipertemukan ramadhan kali ini. Semoga saya akan dapat gapai nikmat ramadhan...
Semoga ramadahan kali ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita dari yang sebelumnya.
Tata.
Thursday, 28 July 2011
Selamat berpuasa
tapi saya harap..Ramadhan kali ini akan buat saya jadik insan yang lebih bersemangat nak buat kerja...yang bersyukur...yang redha..yang tak lupa akan suruhan NYA.
Mohon maaf atas segala salah silap. Salam Ramadhan untuk semua.
Selamat berpuasa !
Tuesday, 12 July 2011
Besday Bash
Alhamdulillah...besday bash Ayna n Ayuni dah selamat selesai pada Ahad 10 July 2011 . Actually Ahad tu memang genap usia Ayna setahun. Ayuni pulak kiranya dah belated besday 7 tahun. Besday Ayuni celebrate sendiri kat Italy bulan 4 haritu. Dah 2 tahun kami x buat besday party untuk Ayuni...so tahun ni decide nak buat jugak..since insyAllah ni kira last sambut besday kat UK [ harap-harap next year dah balik Malaysia].
Beberapa hari sebelum majlis..adalah buat beberapa persiapan. D.I.Y lah kengkononnya...Ntah mana datang semangat nak buat mende mende ni pun tak tahulah. Semuanya apa yang terlintas dalam kepala. Do it ..selagi boleh.
Bila ada anak kecik..tak boleh nak prepare macam-macam. So menu kali ni..nasi beryani , mee hoon singapore dan yorkshire puding. Yang lain ..yang simple simple..buah..keropok..agar-agar santan..dan fries. Itupun keropok ,agar-agar santan & mini burger msia, saya minta jiran yang tolong buatkan . So..kerja saya jadik ringan skit..hanya menyediakan main menu dan lauk pauk. Suami saya pulak handle bahagian BBQ ayam.
Buat BBQ untuk tarik orang dok kat luar..so dalam rumah x lah crowded sangat. Alhamdulillah cuaca pun cerah....[gambo dari undergrad]Kek pun kali ni tak buat...kami order sajer dari Waitrose. Tak pening kepala. Ayuni pilih nak yang mana..order online n pick up sendiri hari Ahad pagi tu sebelum majlis. Gelas kaca pun kami pinjam Waitrose nyer [ sesiapa yang ada order cake / entertainment Waitrose..mmg dapat pinjam gelas Free].
Ayuni nak cupcake..so ni kira first time saya order cupcake. Besday cake saya nak barbie doll..tapi Ayuni tak nak. Dia pilih Fairy cake sbb ada 2 fairy kat situ...kengkonon tu Ayuni n Ayna. Simple besday cake.
Terima kasih kepada semua orang Sheffield yang hadir. Sangat -sangat terharu denga kehadiran tetamu yang ramai dan memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah ukhwahfillah yang masih bertaut.
Saya budget makanan untuk 60 orang tapi nampaknyer x cukup. Mohon maaf jika ada yang menunggu lauk atau nasik beryani. Cuma agak lega ada menu lain..but still rasa x sedaplah kan if ada tetamu yang menunggu untuk ayam masak serai walaupun lauk lain still ada. Out of control.Mohon maaf atas segala kekurangan.
Kenalah masak lauk tambahan..sib baik ada undergrad tolong. Dalam 20 min..baru top up ayam masak serai yg baru...sib baik kuah ayam buat banyak. So tambah ayam jer.Sementara tunggu ayam..saya keluarkan serunding daging. Paceri nenas dan salad mmg ada lagik.At this critical time..otak mmg kena laju bertindak nak wat per..n camner. [ time ni lah terasa guna skill masa kerja dulu-dulu...;p]
The undergrad really helpful walaupun ramai diantaranya baru first time dtg umah saya. Mereka ni kawan-kawan anak -anak angkat saya...kenal diorang pun masa saya tolong Sofi dan Ila angkat barang dari hostel Opal ke rumah sewa.Adalah lebih kurang 10-15 orang undegrad datang. Saya mmg tak open jemputan untuk undegrad..closed invitation [ Please ...jangan kata saya pergunakan undergrad...diorang sendiri willing nak tolong...bersungguh-sungguh diorang nak tolong..nak asah skill cleaner katanya..sbb depa kerja cleaner time cuti summer ni..].
Gambar memang saya x sempat nak ambik. Kamera ada jer kat tepi tuh. Saya memang dah assigned Envie Studio,Apai dan Dee, jiran kami untuk ambik gambar kami semasa majlis. Sib baik jugak ada budak undergrad tolong ambik gambar...so adalah beberapa koleksi untuk simpanan kami.
Besday Girl Nur Ayna Farzana
Belated Besday Girl Nur Ayuni Farzana Wednesday, 25 May 2011
Cant wait...hati berbunga-bunga
Tetamu istimewa ..yang tersangat istimewa..tentulah mama dan ayah. Teringat blog seorang kawan...kita dituntut untuk meraikan tetamu..hidangkan makanan yang istimewa pada hari pertama. Mmm..tengah berfikir-fikir apakah menu yang saya akan masak untuk mama ayah tercinta. Kalo boleh tak nak menu yang sama seperti tahun-tahun sebelum masa mama ayah sampai. Idea dah ada....insyaAllah jika diizin akan saya masak...adun..kukus...buat sebaiknyer..insyaAllah.
Bila hati girang....mudah sajer urusan rumah dilakukan. Menyambut mama ayah umpama menyambut raja dan permaisuri.Perlu dilayan sebaiknya. Lazimnyer saya akan bersihkan rumah sebaiknyer setiap penjuru.Saya akan pastikan mama ayah saya selesa disegenap ruang rumah saya termasuklah garden!
Pastinyer saya akan usahakan sediakan tempat tidur yang selesa. Cadar seboleh mungkin saya beli yang baru dan basuh sebersihnya. Bila mama ayah tidur..akan terbau-bau wangian cadar. Kali ini..saya hamparkan duvet cream..berbunga lilac yang sangat lembut pemberian seorang rakan. Kemudian , saya bentangkan quilt cover baru berwarna biru muda cream supaya tampak lagi kemas. En Abang saya nampaknyer dah sediakan Quick Cup Tefal di atas meja dalam bilik tidur...agar mudah mama dan ayah nak buat air. Tidak perlu turun tangga untuk ke dapur. [ oh ya..meja belum beralas..perlu dialas...take note please..].
Esok...saya dan en abang akan keluar berbelanja. Beli apa- apa yang patut supaya tidak kelam kabut hari Jumaat. Mama ayah akan sampai pada hari Sabtu tengah hari melalui Manchester Airport..so pagi Sabtu tu kena pastikan everything is ready! Mungkin sedikit penat berkemas itu dan ini.....tapi kepenatan itu tidak terasa sama sekali bila lihat mama dan ayah saya happy. Itulah saya...kelaziman yang dilakukan bila mama, ayah adik beradik nak datang.
[Sayangnyer..kedua arwah mertua saya tidak sempat nak bertandang ke rumah kami. Syukur saya diberi kesempatan untuk jaga arwah ibu mertua saya dan bermalam dihospital seorang diri...berganti dengan ipar duai. Setialah ketiadaan ibu mertua. rumah itu seakan sunyi. Setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung untuk menjenguk arwah ayah mertua. Ayah mertua tidak boleh berjalan-stroke..jadik tidak dapat datang rumah kami. Setiap kali raya..saya akan pastikan en abang saya akan tukar tikar getah seluruh rumah kayu itu. Saya tempah langsir baru untuk rumah itu. Saya minta en abang saya belikan set sofa rotan yang baru buat mereka.Belilah makanan ,apa yang mereka inginkan. Teringat arwah ayah mertua teringin makan epal hijau...Buatlah apa sahaja... janji..mereka gembira. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa terkilan di atas pemergian mereka..kerana telah saya usahakan buat yang terbaik walaupun hanya sedetik cuma. Jika rindu kami akan kunjungi pusara mereka.Al-Fatihah.]
InsyaAllah hari Ahad ini...kami dah start berjalan membawa mama ayah melancong melihat keindahan alam dan tempat orang. Tempat yang diidam oleh mama dan negara yang teringin dikunjungi oleh ayah. Hotel , ticket , van ..alhamdulillah semua dah book. Itinerary telah saya sediakan sebaik yang mungkin. Semalam..sampai lagik satu pamphlet yang dibeli di ebay beserta dengan map untuk rujukan ayah. Saya tahu apa yang ayah saya suka....;p. Semuanya perlu disatukan pada malam ini dalam fail.
Semua orang akan buat yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Selagi ada peluang..marilah kita usahakan yang terbaik buat mereka. Mama dan ayah dah banyak berkorban untuk saya masa saya kecil-kecil. Hanya ini yang mampu saya balas untuk mama ayah ,selagi hayat dikandung badan...meraikan mereka beserta doa yang tidak putus , walaupun saya tahu..apa yang saya buat ini tidak akan sama dengan pengorbanan mereka.
Mama ayah...I cant wait. Semoga percutian family kami ini dipermudahkan. Amin.
Monday, 31 January 2011
Kebimbangan
Apalah yang saya bimbangkan sangat?
Sebenarnya...tetiba saya fikir pasal passport saya. Janganlah hilang hendaknya. Passport saya sedang digunakan untuk buat lesen hong kong..;). Ha ha..saya baru nak buat lesen memandu UK via lesen hong kong. Dari dulu en abang suruh masuk kelas L..saya asyik tangguh. Last-last...pregnant..langsung tak ambik L UK. Ni kebetulan ada kawan kat Sheffield turut sama nak buat lesen hong kong dan harga pun agak murah..jadik saya pun tumpanglah sekaki buat sekali. InsyaAllah minggu depan atau lagi 2 minggu..siaplah lesen hong kong saya. Yang penting saya nak passport saya semula...sebab nak itot en abang gi Italy..ada conference.
Bimbang juga memikirkan permohonan AP di MITI. harap-harap AP kawan saya tu diluluskan tanpa sebarang masalah. Lepas dah lulus AP...baru saya nak ship kereta parents saya. Kesian Ayah...skarang ni pakai kereta WIRA saya nak kesana kemari. Kereta ayah yang dulu dah tak der...kereta ayah accident..adik langgar anjing. Alhamdulillah adik saya selamat..tapi kereta ayah tak dapat diselamatkan.
*Sejak datang UK, adik saya Aril jaga kereta saya. Sebaik sajer Aril beli kereta putih tu...kereta ayah accident. So kereta wira WJV 2167 tu adik pass kat ayah untuk ayah pakai. Rindu pulak ngan kereta saya...mmg tak jual sbb sayang , sentimental value.Selain itu...hati jadi cuak memikirkan pHd suami saya. Eh..en abang yang belajar saya yang gelabah? Yer lah..sehingga saat ini..masih ada experiment..simulation yang suami saya kena buat. Hari tu bila suami saya kata..' ha..siap ni..siaplah chapter 1' , saya jadik agak lega. writing dah start. Tapi bila ada lagi experiment..mmm..saya jadik cuaklah. Bila agaknyer the real writing phase akan bermula? Saya doakan yang terbaik untuk en abang saya. 2-3 hari ni nampaknyer dia semakin sibuk..stay up sendirian menyelesaikan kerja-kerjanya. Hujung minggu pun tidak ke mana sebab nak bagi ruang kat En abang siapkan kerja.
Rasa kesian pun ada..apa tak nyer..habis 'menyapu' di tempat kerja part time..suami akan duduk buat writing. tulis apa-apa yang terfikir....balik rumah..baru type dalam laptop. Setiap detik adalah emas buatnyer.
Si isteri pulak..tak insaf. Asyik nak berjalan.....hu hu. Tapi en abang kata ok..so ok lah kan. Cuma dia lah kena buat double kerja untuk cover masa yang ditinggalkan semasa bercuti. time holiday..manalah sempat nak buat writing..wpun saya tahu biasanya bila bercuti..laptop kerja memang en abang akan bawa bersama.
Saya doa sesangat..urusan -urusan kami dipermudahkan......Amin.
Ibu saya kata..eloklah ada perasaan bimbang dari tak bimbang langsung. Ada benar kata ibu saya...
Thursday, 27 January 2011
Progress Ayuni

Alhamdulillah..Selasa yang lalu saya dapat hadir ke parents evening berjumpa dengan cikgu kelas Ayuni, Mrs Taylor untuk mebincangkan progress Ayuni dalam class.
Seperti biasa....saya tidak akan lupa bertanya berkenaan dengan self confidence Ayuni. Masih di tahap lama kah? malu-malu....sangat pendiam di dalam kelas. Kali ini..cikgu sangat gembira sebab Ayuni dah mula volunteer jawab soalan , Ayuni dah speak lauder..Ayuni dah mula menunjukkan sharing and caring ajar kawan-kawan. Sesuatu yang sungguh positif.
Dulu Ayuni tak suka P.E [jasmani] sebab budak lelaki lasak...now Ayuni dah mula enjoy dengan PE. Mungkin keyakinan diri Ayuni dah mula tinggi..so she can mixed around with the boys. The teacher said that Ayuni really happy during PE and she got talent to be a Gimnast!
hmm ..lega.
Saya masih ingat....the first word yang cikgu Ayuni lontarkan semasa mula berbincang adalah ' She's so brilliant in maths and Ayuni is Exceptional, dun worry about Ayuni , shes in the 'top table'. Sesuatu yang sangat menyenangkan hati saya.
Alhamdulillah...Ayuni menunjukkan progress yang sangat baik dalam math. Cikgu sangat puas hati dengan pencapaian mathematic Ayuni which the teacher said ayuni's math is advance.
Teringat bila Ayuni selalu komplen pada saya sebab dia tidak dibenarkan lagi untuk angkat tangan oleh cikgunyer kerana cikgu ingin memberi peluang kepada pelajar lain untuk jawab soalan matematik. Saya akui...kecenderungan Ayuni dalam matematik banyak dipengaruhi oleh En.Abang saya yang rajin mengajar Ayuni 'math skill'....kerap berlatih kiraan 'congak'.
Saya tidak pandai nak ajar Ayuni menggunakan kaedah arithmetic..so the best yang kami boleh buat adalah mengadakan kuiz dan Ayuni jawab menggunakan kaedah cikgunya. Saya tidak tunjuk kaedah'purba' zaman sekolah rendah saya menyelesaikan masalah matematik kerana tidak mahu Ayuni confuse.
En . Abang saya rajin mengajar Ayuni bermain rubic cube. Ayuni boleh menyelesaikan rubic cube dengan pantas. Saya pun terkial-kial. Seorang guru matematik ada beritahu saya..cara untuk mengaktifkan brain adalah dengan cara bermain rubic cube. Saya sengaja bertanya kepada cikgu Ayuni kaitan rubic cube dan math...dan cikgu Ayuni kata...'not really'. So..itu mungkin teori sajerlah.
Selain matematik..biasanya..kanak-kanak di UK akan dinilai melalui pembacaan . Setiap kanak-kanak akan di rate melalui Reading level and band. Alhamdulillah..Ayuni sekarang berada di level 21 ,band10 which is above the national level for her age. So..cikgu tak risau sangat.' Her reading is so fantastic and she can sound every words correctly'. The only minor problem that I found is....Ayuni face difficulties with inferens.

Inferens means to make conclusion about the story . Biasanya Ayuni akan diam sahaja bila ditanya soalan inferens. Direct question Ayuni boleh jawab dengan mudah tapi bila cikgu belitkan skit soalan tu..Ayuni dah terdiam. Cikgu kata..dia berfikir tapi tak mau cakap apa yang difikirkan.
Cikgu agak tekankan inferens ..kerana hujung term ini Ayuni akan menduduki ujian SAT dimana ..dalam soalan SAT terdapat soaalan-soalan inferens yang perlu dijawab.
'how I can help Ayuni?' tanya saya.
Mrs taylor berjanji akan bagi modul kepada saya untuk ajar Ayuni berkenaan inferens.
Semasa Ayuni di Year 1 , tanpa pengetahuan kami, Ayuni telah dipilh untuk menduduki satu ujian [Advance level] untuk menilai kebolehan Ayuni. Saya hanya tahu berkenaan test ini ketika mengambil laporan akhir tahun .Cikgu kata Ayuni did very well. Saya pun tak nak push Ayuni dengan exam..ujian...Ayuni terpilih untuk ujian itu pun saya rasa dah cukup bagus [only few pupils was selected]. Teringat Mrs Wharton kata..'I wish I could have all people like Ayuni so that I am the happier teacher in the world'.
Mmmmm..balik rumah saya mula fikir , alhamdulillah Ayuni menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Tapi bagaimana pula dengan ukhrawi. Bulan 4 ni Ayuni nak masuk 7 tahun..tapi Ayuni belum lagi mengaji Al-Quran. Masih Iqra 3 nak masuk Iqra' 4. Saya kena berusaha lebih gigih merajinkan diri untuk ajar Ayuni Iqra. Selalu take advantage..tak ajar. Ayuni cepat tangkap Iqra' dan sepatutnya saya ambil peluang itu untuk cepat-cepat habiskan Iqra'. nampak sangatlah mummy Ayuni ni tak persistent.
Dulu saya pernah berjanji dengan diri sendiri nak ajar Ayuni iqra' hari-hari..nampaknyer mummy Ayuni tak kotakan janji. Maafkan mummy Ayuni.
InsyaAllah mummy akan usaha lagi ajar Ayuni Iqra'.
Oklah..itu sahaja sekadar catatan untuk progress Ayuni...dibumi Sheffield. Saya mendoakan Ayuni terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dunia dan akhirat untuk masa hadapannya.
* Ayuni dengan salah seorang best friendnyer..Raisa , british muslim.Well done Ayuni. Keep up your good work.
Thursday, 6 January 2011
Makanan
Bukanlah meminta demam [ mana ada orang suka sakit kan?] , tapi bila demam macam ni sekurang-kurangnya membawa fikiran melayang lebih mengingati Yang Esa. Setelah hu ha hu ha ..bergembira...kenalah ada waktu surutnya.
Alhamdulillah demam bertambah baik. Tadi dapatkan khidmat urut dari Kak Nim , yang memang pakar urut. Bagus jugak Sheffield ada orang pandai mengurut..dapatlah luruskan urat-urat yang dah kejang. Kalau kat Malaysia..mudah saja dapat tukang urut.
Bila demam..mood pun swing.......piung....
Ayuni tak der selera makan. Saya cuba masak apa yang terdaya..namun dia tak makan. Malah tak mau jamah pun! Hanya minum air. Laksam itu terbiar begitu ..sayalah yang makan. Sedih tau...kalau saya masak...anak saya tak mo makan [ha..mulalah tu mummy ayuni nak beremosi time time demam ni..]
Pagi tadi..nak habiskan seketul fish finger pun susah. Saya pun pot pet pot pet lah dengan Ayuni pasal bab makanan.Pasal orang susah yang tak der makanan, pasal makanan yang tak dihabiskan akan mengundang dosa, syurga neraka semua saya cakap ngan Ayuni. Geram punyer pasal. Akhir sekali baru saya tanya,' Ayuni nak makan apa?'. 'Mee hoon sup' , jawab nya ringkas.
Terkocoh kacah nak ke school sebab mummy asyik pot pet pot pet, hari ni saya terlupa cium Ayuni. Perkara wajib yang saya dan Ayuni buat setiap pagi..cium dahi & bersalaman. Hari ni jugak..saya terlupa bagi Ayuni makan minyak ikan. Biasanya saya akan suap sesudu cod liver oil untuk Ayuni.
Aduhai..bila Ayuni dah gi school..barulah terasa miss. Fikiran pun jadik celaru..nak panggil Ayna terpanggil Ayuni. En. Abang saya pun pelik..naper panggil Ayuni?[sedangkan Ayuni tak der..]. Hmm....saya senyum sendirian.Pernah sekali saya rindu sangat dengan Ayuni , saya minta En abang saya hantar saya ke school Ayuni pada waktu tengah hari dan ambil dia untuk home dinner walaupun sebenarnya dia dah memang bawak bekal..
Berbalik semula cerita makanan....,
Balik sekolah..terus saya masakkan Sup Ayam untuk di makan bersama mee hoon. Tak lama pun nak masak sup. Tak sempat nak sediakan sebelum Ayuni balik school sebab ada tetamu di rumah. Masak sajer sup..Ayuni makan begitu berselera. Tak tau lah naper..saya jadik gumbira yang teramat sangat. Suka tengok Ayuni makan. Lepas makan..dia minum susu dan terus tidur.Alhamdulillah.
Terfikir..apalah saya ni..pasal makanan pun nak beremosi ngan anak. Sabar lah sikit .
Esok Ayuni nak bawa bekal sosej. Tapi stok sosej dalam peti ais dah habis. Saya pujuk Ayuni..esok tengah hari saya akan hantar sosej tu. [hish..kedai kat sini , kul 10 pg baru bukak jadik tak dapatlah nak sediakan awal pagi....].
Ibu..anak..makanan..pengikat kasih sayang. Syukur masih ada rezeki makanan buat kami.
Ya Allah , peliharalah dan lindungilah anak kami. Kembalikanlah kesihatan anak kami seperti sediakala. Semoga kami semua dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini. Moga kesakitan ini dapat menghapus dosa-dosa kami. Amin.
I luv you..Ayuni n Ayna.
Ta ta..
Saturday, 20 November 2010
banyak kisah dan cerita
Banyak kisah dan cerita yang ingin dikongsi bersama...sebahagian daripadanya telah dikongsi bersama dalam facebook.
Bermula denga kisah Marquee Sale potmeirion pada 13 nov 2010 yang merupakan pengalaman pertama saya bermarquee sale di stoke on trent [dan mungkin terakhir] , yang tidak akan dalam luput dalam ingatan . Bukan kerana tidak boleh melupakan borongan pinggan mangkuk , tetapi tidak boleh lupa...adegan kena beratur panjang nak masuk bawah khemah beli pinggan mangkuk.
Memang ada org pesan kat saya..suruh beratur pagi-pagi..tapi saya tak lah terbayang mcm ni punyer teruk beratur panjang. walaupun saya hanya beratur sekejap [1/2 jam] sebelum dipanggil oleh suami yang tiba-tiba sudah berada di bawah khemah.[kisah yang saya tidak pasti bagaimana en abang saya berkompromi dengan security sambil menggendong Ayna].
Walaupun saya dapat masuk khemah agak awal, 11.30 am ..namun keciwa jua..apabila barang yang dikehendaki tiada di bawah khemah. Akhirnya..en abang mencadangkan untuk membeli sahaja di dalam kedai[factory outlet]. Kami pergi 2 factory outlet iaitu , London Road dan King Street. Alhamdulillah..di King Street banyak yang saya berkenan.
Juga ingin saya kongsikan...semasa dalam perjalanan ke Stoke , Ayuni muntah-muntah sebanyak 4 kali. kebetulan saya tidak bawa pula xtra baju Ayuni. Sepanjang perjalanan , ayuni hanya memakai t-shirt dan seluar kontot. Yang lain habis kena muntah. Mujur kami terjumpa British Heart Foundation [BHF] di pekan kecil Leek yang membolehkan saya membeli baju Ayuni dengan harga yang murah! Baju terpakai tetapi masih elok. Membeli sambil menderma kepada BHF. Life is so easy...BHF means so much to us. Banyak berjasa...terutama ketika kami travel.
*Di sini banyak kedai charity seumpama ini....2 hari selepas Potmeirion , sambutan Aidiladha diraikan pada hari Selasa 16 Nov 2010. Sehari lebih awal dari Malaysia. Sambutan yang sederhana tetapi meriah. [mungkin ini aidiladha terakhir saya di Sheffield? adakah tahun depan beraidiladha di Malaysia?ntahla..] . Saya hanya masak menu simple..Sushi lemang , Soto dan bergedil , rendang dan nasi putih serta caramel puding untuk santapan kami sekeluarga bersama anak-anak angkat seramai 8 orang dan jiran-jiran terdekat. Alhamdulillah..terasa meriah aidiladha.
*sushi lemang..rendang sumbat terus dalam lemang. senang nak makan
*Begedil..resepi ibu saya..Mmm..sedang saya elok menge'check' FB , ternampak pula status kawan di FB berkenaan kedatangan The Queen and The Duke of Edinburgh ke Sheffield University untuk merasmikan pusat neuron pada 18 Nov 2010. saya memang plan nak pergi menjenguk queen tetapi terlupa langsung. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan . Terus saya call en abang yang telah berada di lab ..untuk membawa Ayna naik bas ke Sheffield University untuk tengok queen.[poyo kan?].
Mujur..public transport mudah disini..setiap 5-10 minit pasti ada bas. Saya keluar rumah lebih kurang pukul 1.15pm . Rezeki saya masaih sempat untuk melihat Queen.
Pengalaman itu yang ingin saya timba.....cara pengurusan dan attitude orang sini , jalan raya juga tidak ditutup. Malah bas yang saya naiki masih boleh melalui laluan kawasan tempat Queen berada . Saya turun di Hicks Building , betul-betul bertentangan dengan Firth Court , di mana Queen berada. Orang ramai sudah berkumpul di hadapan Firth Court.
Saya bayangkan...jika di Malaysia..harus jalan satu bandar / banyak jalan akan ditutup jika pembesar melawat apatah lagi jika yang melawat itu Sultan / raja. Dan berduyun-duyun jugaklah motor polis dan kereta polis mengescort pembesar. Dari penglihatan mata kasar saya..saya hanya nampak 2 polis di roundabout Sheffield U , dan hanya seorang polis di setiap tempat orang berkumpul. Tidak serabut!
Mudah bukan kehidupan di sini? Siapkan diri, siapkan Ayna , capai stroller,tunggu bas , naik bas , carik position dengan mudah , tiada birokrasi...dapat berdiri di laluan kereta Queen. Ini salah satu contoh sahaja...kenangan hidup di sini.
Semalam...Autumn treat , kami pergi jua ke Pantai Donna Nook di Lincoln untuk melihat aksi Grey Seal di pantai. Late autumn adn winter adalah waktu Grey seal naik ke pantai. MashaAllah! Memang banyakkkkkkkkkkk sangat Grey Seal terdampar di pantai untuk melahirkan anak [breeding]. walaupun saya tak dapat lihat secara live proses kelahiran...namun puas hati melihat kelompok Grey seal ini. Bull[bapak] berwarna gelap dan hidung penyek sikit , Cow[ibu]berwarna coklat keperangan dan hidung mancung serta pups[baby seal] berwarna putih bersih. Pups sungguh cantek dan banyak yang baru dilahirkan di pantai tersebut.
Saya bertanya kepada en abang ; 'mengapa di sini-pantai Donna Nook sahaja ada grey seal?
en abang jawab ' Macam penyu jugak...naik pantai Terengganu sahaja'.
Oh..penyu...sekarang penyu menangis tidak lagi naik ke pantai Terengganu akibat kerakusan manusia yang sering mengganggu penyu. Rugi..rugi..saya belum dapat melihat penyu.
Dan untuk hari ini? InsyaAllah saya akan bawa Ayuni ke Disney On Ice 100 years celebration di Sheffield Arena . Dah 3 tahun dok kat sheffield..inilah kali pertama nak tengok show di Sheffield Arena. selalu termiss...must have the chance sebelum pulang ke Malaysia..Esok nanti rindu-rinduan dengan Sheffield.
tata jumpa lagi......
Tuesday, 2 November 2010
Baju
Bila masuk Autum..kisah baju akan sentiasa berlegar-legar sekeliling rumah.
Masa mula-mula datang sini..saya tak kenal bende ni....
Inilah heater untuk memanaskan ruang rumah dikala sejuk . Kat Malaysia tak perlu heater ni unless kat Gunung Kinabalu..resortnya ada heater.Cameron ada jugak kot..?
Selain memanaskan rumah...heater ni berfungsi untuk keringkan baju. Kalau tengok gambar heater kat atas tu [heater yang terpanjang kat rumah saya]..berapa helai baju lah agaknya yang boleh disidai?
Mmmm...3 helai sahaja?
Habis..kalau dah berbakul baju macam ni..[ situasi biasa di kala musim sejuk ] , berapa hari lah yang diperlukan untuk habis keringkan semua baju?
Walau pun setiap ruang rumah ada heater..tapi ia belum mampu nak cukup kuota untuk ruang menyidai.
Alternatif lain..macam biasalah..sidai baju dalam rumah. Kalo baju budak kecik ni..nipis..dalam 2 hari bolehlah kering [kadang sampai 3 hari baru kering betul] . Sidai macam ni letak kat tepi tingkap yang bercahaya dan dalam bilik yang berheater.
If not..dah tak tahan banyak sangat berlonggok...masuk jer dryer. Tapi dryer pun tak boleh hari-hari..nanti takut bil melambung tinggi . Alhamdulillah dryer rumah saya macam tak kuat sangat makan letrik. Namun..konsep berjimat cermat mesti terus dikekalkan...iaitu lepas basuh baju, jgn masuk dryer terus. Biarkan dulu dalam bakul semalaman , baru masuk dryer.
Kebetulan masa tengah mendryer baju dan menyidai baju..Wirda datang rumah. Last time wirda datang..saya tengah lipat segunung baju. Nampak sangat kehidupan di sini asyik baju..baju..baju...
Menghitung hari nak Summer. Alhamdulillah ,kebetulan Ayna lahir time summer haritu..so boleh sidai baju kat luar rumah.
*Adik lelaki saya yang tolong sidai baju si Ayna , ketika saya berpantang. TQVM.Beginilah hidup kat negara 4 musim ni. Tetiba pulak terasa nak coretkan pasal kehidupan bergelumang dengan baju-baju.
Rindu mentari terik kat Malaysia. Cepat baju kering....
Tata
Sunday, 31 October 2010
Get Well Soon
Semalam....kami melawat Yati yang baru saja menjalani operation [yang saya kira , major operation].Dari perbualan dengan Yati, dari fahaman saya, vertical abdominal incision telah dilakukan [mohon maaf sekiranya term salah...saya bukan doktor]. Ia bukan laparoscopy seperti yang di'plan'untuk saya dahulu.
Yati dah lama mengalami masalah sakit perut yang amat sangat..seperti berangin dan juga kadangkala seperti senggugut. Semasa hari raya aidilfitri..kerap juga dengar rintihan Yati , mengatakan sakit perut dan sakit pinggang. Kami ingat..ia sekadar sakit perut biasa.
Allah sangat sayang kan Yati . Yati seorang yang tabah..seorang yang sangat sabar. Seorang yang persistent mengadakan usrah dan tidak lokek ilmu. Sudah lama kami tiada usrah ..kerana Yati, naqibah kami sakit.
Dahulu..saya juga mengalami masalah PCOS [polycystic Ovarian Syndrome] dan juga polyp di pangkal rahim.Alhamdulilah PCOS saya berjaya dirawat dengan mengambil pil hormon dan polyp pula telah dibuang 7 tahun yang lalu. Sedikit sebanyak..pengalaman Yati ini..mengingatkan memori lama saya di Hospital Muar.
Diagnosis Yati walau ada sedikit persamaan dengan saya tapi ada sedikit berbeza..Namun saya tahu yati seorang yang cekal..yang redha...Insyaallah , hari Isnin ni Yati akan lebih maklum dengan diagnosis penyakitnya. Buat ketika ini ..semua spesimen hasil operation masih berada di makmal untuk biopsy. Diharapkan semua baik-baik belaka dan tiada yang membimbangkan .
Semasa melawatnya di Wad G2 , Room 2 , RSH....Yati sedang tidur..Mungkin derapan kaki kami menyedarkan Yati dari lenanya. Yati memandang kami lalu tersenyum. Walau masih lemah ,yati melayan kami seperti biasa..dan masih mampu membuat 'lawak' dan kami turut ketawa ceria. Itulah Yati...melupakan sakit buat seketika.
Saya berdoa...agar yati cepat sembuh seperti sediakala. Jangan buat kerja berat-berat ya!Banyakkan berehat yati......
Kami sayang yati......Semoga Allah permudahkan urusan Yati, diberi kesihatan yang baik dan suaminya,Lokman yang sedang pulun dengan 'writing'.InsyaAllah ....dapat balik Melaka cepat, bertugas semula di Utem.
“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]*dipetik dari saifulislam.com
Mudah-mudahan...dihujung sana ada sinar yang lebih baik untuk Yati..hikmah disebalik kesakitan ini. Allah itu maha penyayang.
Get well soon yati......amin.
Wednesday, 20 October 2010
20.10.2010
Kononnyer 20.10.2010 nak mengabadikan gambar kenangan..
Pergi ke Hazel Park dengan harapan daun kekuningan...
Rupanya..masih kehijauan...
Pokok dan bumi kesejukkan...
Tahun ini..seperti daun lambat kuning..
Tau-tau jer nanti dah luruh , pokok tinggal ranting...
Tapi cuaca dah sejuk berdenting...
Kalau dahulu global warming...
Kini pula global cooling....?
Hujan batu dah turun....dowh..
Di Scotland pula katanya dah turun snow..
> Memori 20.10.2010 <
Puteri-puteri saya ketika 20.10.2010
Kepada yang menyambut hari lahir pada 20.10 tersangatlah beruntung.
20.10.2010 Hepy besday Bibik sari..(makcik saya..).
Tata

