Tuesday 2 November 2010

Baju

Baju ..baju...baju..

Bila masuk Autum..kisah baju akan sentiasa berlegar-legar sekeliling rumah.

Masa mula-mula datang sini..saya tak kenal bende ni....

*Heater gas.

Inilah heater untuk memanaskan ruang rumah dikala sejuk . Kat Malaysia tak perlu heater ni unless kat Gunung Kinabalu..resortnya ada heater.Cameron ada jugak kot..?

Selain memanaskan rumah...heater ni berfungsi untuk keringkan baju. Kalau tengok gambar heater kat atas tu [heater yang terpanjang kat rumah saya]..berapa helai baju lah agaknya yang boleh disidai?



Mmmm...3 helai sahaja?

Habis..kalau dah berbakul baju macam ni..[ situasi biasa di kala musim sejuk ] , berapa hari lah yang diperlukan untuk habis keringkan semua baju?

*basuhan semalam...bakul pink tu baju Ayna , 2 bakul lagi baju saya,en.abang dan ayuni.Sedang tunggu turn nak masuk dryer..kecuali basuhan baju Ayna.

Walau pun setiap ruang rumah ada heater..tapi ia belum mampu nak cukup kuota untuk ruang menyidai.

Alternatif lain..macam biasalah..sidai baju dalam rumah. Kalo baju budak kecik ni..nipis..dalam 2 hari bolehlah kering [kadang sampai 3 hari baru kering betul] . Sidai macam ni letak kat tepi tingkap yang bercahaya dan dalam bilik yang berheater.

*Suka ampai kat sini..comel molek..tak besar gedabak macam Malaysia. Jimat space dan boleh dilipat.

If not..dah tak tahan banyak sangat berlonggok...masuk jer dryer. Tapi dryer pun tak boleh hari-hari..nanti takut bil melambung tinggi . Alhamdulillah dryer rumah saya macam tak kuat sangat makan letrik. Namun..konsep berjimat cermat mesti terus dikekalkan...iaitu lepas basuh baju, jgn masuk dryer terus. Biarkan dulu dalam bakul semalaman , baru masuk dryer.

Kebetulan masa tengah mendryer baju dan menyidai baju..Wirda datang rumah. Last time wirda datang..saya tengah lipat segunung baju. Nampak sangat kehidupan di sini asyik baju..baju..baju...

Menghitung hari nak Summer. Alhamdulillah ,kebetulan Ayna lahir time summer haritu..so boleh sidai baju kat luar rumah.

*Adik lelaki saya yang tolong sidai baju si Ayna , ketika saya berpantang. TQVM.

Beginilah hidup kat negara 4 musim ni. Tetiba pulak terasa nak coretkan pasal kehidupan bergelumang dengan baju-baju.

Rindu mentari terik kat Malaysia. Cepat baju kering....


Tata

4 comments:

Ummu Qais said...

Uish..namaku masuk jugak dalam citer di atas? hehe

anon suria said...

ww: masukler..sbgai bukti rumahku ini yang sentiasa baju baju baju..tak habis habis...[jgn mare..].

WaNNi said...

betul tu, salah satu nikmat malaysia ialah baju cepat je kering. wani hantar gi kedai dryer je la, seminggu sekali baru basuh baju.

anon suria said...

wani:malaysia jugak yang best bab sidai baju..kering panas. sedap jer lipat baju.