Monday 19 April 2010

10 perkara?

Alhamdulillah..dapat gak sambung tulis blog ni. Buat ketika ini...saya 'menyambung' cuti-cuti Malaysia saya disebabkan tak dapat terbang balik UK. Tak sangka sungguh...debu gunung berapi tu sungguh dahsyat. Dugaan kecil dari Allah ini....perlu kita renungkan.

So..sekarang ni bnyk masa terluang kat umah ... Maklumlah kenduri pun dah selesai. Segala yang dirancang....alhamdulillah dapat dilaksanakan.Penat kenduri hilang bila tengok ramai sanak saudara datang.
Vacation ke Cherating pun sudah.....itu pun Ayuni tak puas lagik nak mandi swimming pool. Yer lah..kat UK mana ada outdoor swimming pool yg best. Pantai pun setakat boleh ambik gambo..kalo nak berendam jangan haraplah.

Setelah 3 tahun tak dok kat malaysia..ini adalah pemerhatian saya.. 10 perkara yang terlintas...
1. Jalan raya malaysia sungguh hiruk pikuk!
2.Pemandu Malaysia takkan bagi jalan kat kereta yang nak kuar simpang atau orang nak lintas jalan.
3. Saya sangat tak suka..hampir setiap hari suratkhabar ada jer kisah dera anak , rogol , mati , bunuh diri .....budak-budak at high risk!
4.H1N1..menular dengan mendadaknyer....!
5.Cerita kat tv sangat boring kecuali cerita P.Ramlee....he he
6.Politik yang membosankan saya

7.Orang Malaysia kuat makan!Mungkin sebab saya dah lama tak berbuffet kat hotel..sekali pergi..mak datoookkkkk...asyik asyik makan..makan..makan...
8.Masih ada golongan yang susah..ramai pengemis kat pasar tani dan pasar malam...
9.Otomatik..saya jadik malas...letih...mungkin sbb cuaca panassss
10. Perkhidmatan kesihatan yang bertambah baik..(bukan nak promo eh..its true!).
-Klinik kerajaan dah bukak till 9.00 pm.
-Fast service. Walk in jer...tak yah appointment.
-Doktor yang ramai kat klinik kesihatan..about 7 rooms with 7 doctors! tak termasuk doktor kat klinik ibu mengandung.
-Dentist yang superb!

Nak jugak tambah yang ni...

Malaysia is the best for shopping lover. Kepuasan dan kenikmatan tak terhingga! Tak kiralah kat pasar malam..pasar tani ...Jusco...Alamanda...KLCC dan yang terbaru Empire....
Melepas rindu saya nak bershopping....tapi baju baby tetap kat UK yang cantek n comey.. he he.