Thursday 28 April 2011

I am back becoz.......

Salam..

I am back..restart blogging and reopen my blog to public.
After thinfking wisely..its not fair to my beloved fren 'terkena tempias'..kemarahan saya to certain people.

Thanks to all my genuine fren, my silent reader [ sanggup private email to me to re publish my blog] , my husband , my family and my follower. Mana-mana private email yg saya x sempat balas..mohon maaf bebanyak. Tq for the support.

InsyaAllah..saya akan menulis, ngeshare seperti sebelum ni....as me before..the way I write..the way I share.

Saya insan biasa..yang tak lari dari kesilapan..dan saya maafkan kamu-kamu semua yang secara tidak sengaja mengguris emosi saya. People will say..' abaikan sahaja ' ..but for me 'the words that really hurting me'....betul-betul membuat saya berderai air mata. A quick reflect, I locked all my fav album in FB. I love to share more photoes in FB becoz I know that the viewers are amongts my friend.

kekecewaan membuatkan kita lebih kuatkan? kelakar pun yer..bila fikir balik..me like kid. kebudak-budakan..padahal umuq dah 32!

Saya kuatkan hati saya..meniti hari-hari berikutnyer. Saya akan berusaha untuk menulis dengan lebih baik lagik..dengan penuh informasi..dengan harapan apa yang ditulis dapat memberi manfaat bersama. Walaupun banyak penulisan adalah berkenaan dengan diri saya....saya harap reader pandai-pandai lah cedok yang baik sahaja. Mana yang buruk..atau ertikata lain, mana life saya tak elok..tidak perlulah ikut.

InsyaAllah esok lebih bersinar dari hari-hari sebelumnyer.


Tunggu..update saya untuk catatan Italy yang seterusnya InsyaAllah.




katakanlah: :Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."
[An nass:1-6]

Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah , dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Allahumma, Engkau adalah tuhanku,tidak ada Tuhan selain engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu , dan aku berada dalam perjanjian denganMu,ikrar kepadaMu, [yang akan kulaksanakan dengan] segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMu , dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui [ dengan sebenar-benarnya] nikmatMu pada ku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.


-dah lama tak baca mathurat...ayuh sucikanlah hati, suburkanlah kembali hati-hati ini-

saya mohon maaf jika 'keteremosian' saya yang melampau..mengganggu emosi rakan-rakan.


Tuesday 12 April 2011

Catatan Italy 1


Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Ilahi ..dapat saya jejak ke negara yang terletak di kawasan Mediterranean ini..iaitu Italy.


Italy...mmg antara negara yang saya idamkan nak pergi. Tapi kebarangkalian nak dapat pergi tu cuma 40% sbb en abang saya x berapa minat nak bawa saya ke sini. Jadi saya x pernah nak ingatkan en abang saya..bila nak bawa saya ke Italy.


Satu hari..en abang saya tanya; nak gi Italy tak?'. Mestilah saya kata NAK!. Rupa-rupanya Supervisor en abang saya mencadangkan beberapa student dibawah seliaannya menghadiri conference di Rome. Inilah yang dinamakan rezki terpijak....syukur sesesangat.. Dalam hati saya..rezki extend sampai 4 tahun...dihantar ke conference.


Kenapa saya nak ke Italy? Sebab saya nak ke Venice....kota romantik yang istimewa dengan gondola dan water taxi yang menghubungkan antara satu kedai dan kedai yang lain. Saya inginkan sesuatu yang berbeza ..lain dari yang lain. Ada orang kata..europe ni sama jer..tak pergi pun x per. Cukuplah gi London. Betul..dari segi binaan bangunan ..mungkin bnyk persamaan ..tapi saya akan cuba carik kelainan itu. Disebabkan negara-negara europe hampir sama jer pemandangan dan bangunan..en abang saya pun agak tak berminat gak nak tour europe.


Bila saya datang UK..ada 4 negara yang saya teringin nak gi iaitu HOLLAND,FRANCE,SWISS, ITALY. Holland sebab nak tengok tulip di keukenhoff...france sbb nak bawak ayuni gi Disneyland,Swiss sebab nak nikmati keindahan Alps. Jadik..kenapa saya pergi melancong ke negara lain dulu yang x masuk list? Semuanya rezeki..dan ketentuan masa..atau lebih tepat Allah telah aturkan yang sebaiknyer.Alhamdulillah..another dream comes true.


Tempat pertama persinggahan kami tentulah ROME..sebab conference diadakan di sini. En abang saya memilih hotel yang agak best untuk kami menginap [ dah lama sbnarnyer x stay kat hotel best berbintang bintang , lagipun Sheff University yang tanggung ..;p..tq tq] , supaya saya dan anak-anak tidak keboringan sangat masa dia gi conference.walaupun stay kat hotel best..tapi tak bestnyer sbb tak der kettle. hu hu.


Tempat conference lebih kurang 15 minit jalan kaki dari hotel kami , Sheraton Roma. Senang en abang saya nak pergi balik hotel. Uncle Mail pun dok Sheraton ngan kami. Yang lagik 3 orang...ntah dok mana pun saya x tahu...he he. Tapi rasanya kat TERMINI.


Hari ni ..hari ke-3 , saya masih belum jelajah kota Rome. Tak jauh dari hotel kami...terletak EUR Magnalia station, naik train [tube]..10-15 minit dah sampai tempat pelancongan atau pusat utamanya iaitu TERMINI.Hari ni en abang saya kena present poster..so mungkin esok baru nak gi Colloseum. Settlekan kerja dulu baru jenjalan..he he.Kawan selab en abang saya, Uncle Mail akan present hari Khamis.Kami akan stay kat ROME hingga hari sabtu ni sebelum ke Florence,Pisa dan Venice.

*yeay..dah present poster..maknanya dah selesai tugas..;p. Esok boleh gi jenjalan

Ini first impression saya pasal ROME;

1. Kotor...mmg kotor. Sy lum pernah masuk public toilet..x tau camner. Tapi kotor ni adalah pemandangan biasa kat tepi jalan..kaki lima. Lebih kurang Msia gaklah..tapi at least KLIA tu bersih.


2.Kereta laju giler...jalan luas dan lebar..susah nak melintas sbb tak bnyk zebra crossing. Dengan sebab itu..saya tak berani nak kuar sendirian ngan anak-anak ke park masa en abang kerja.


3. Laluan pejalan kaki kat bahu jalan kecik jer ..atau hampir tiada. Pastu..tube kena turun tangga..so x sesuai bawak stroller. Sib baik saya x bawak stroller..if not mesti lagik terhegeh-hegeh nak lintas jalan dan turun tangga.


4.Jaringan pengangkutan awam sangat bagus. Jangan risau..senang jer nk ke mana-mana especially kalo nk naik train atau lbh dikenali sebagai metro subway. Ticket pun murah.


4.Rakyat Italy peramah..cuma x tau berbahasa Inggeris.


5.Bagi mereka yang sesaja nak melancong ke ROMe..the best place nak stay adalah kat TERMINI. Kat sana bnyk kedai..bnyk mknn halal..attraction pun leh jalan kaki jer..kalo tgk kat peta..;p


6.Nak selamat..bawak jer kettle ngan rice cooker. Pelik sungguh kat sini susah carik Electric kettle.


Belum ada yang menarik sangat pun nak dikongsikan..tapi masa mmg banyak terluang..so saya update jerlah blog ni. At least ada gak kan info yang dikongsi bersama ngan kengkawan .....


oh..lupa nak bgtau..[sajer nk kabo]..sbelum dtg Rome , berat badan saya dah 54.7kg. Rasa seronok sangat.Percutian kali ni saya ingat nak control jugak berat. Semalam saya gi gym kt hotel ni....yeay! setelah 4 tahun lamanya x ke gym...akhirnyer semalam dapat kuarkan peluh kt gym yg mmg open 24hrs.Moga balik Uk nanti berat saya x naik banyak....;p


Ok..sekian dulu. nanti cerita lagi..