Monday 31 August 2009

Merdeka....!!

Merdeka..! Yang ke 52.



"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"



Is that the right slogan? Apsal panjang sangat....


Tahun ni merdeka time puasa....

Oh yer..do visit my
online bizz ( Merdeka Sale..!!!!)

Kepada warga sheffield, mohon maaf sebab smocking dress yang ada kat saya dah sold out sumer. But feel free to order ( nak bagi present kat adik/sedara / kawan kat Malaysia...). Just view kat my online bizz site yer. Many thanks....



Friday 28 August 2009

Down

Hari ni saya down..down..down.

Something yang tak kena.

Itulah perempuan..suka layan perasaan.

But am really down.....

Dah..dah....tok sah pikir macam-macam, gi buat kuih..

Give me strength....bantulah hambamu.


The only thing yang sekarang buat saya ceria...I lost 2 kg..seminggu puasa ni. Dehydrated kot. Need to loose another 10 kg please..........

tata

Saturday 22 August 2009

Cerita yang terhimpun

Banyak cerita yang nak diceritakan..bertangguh-tangguh dek kerana pc yang dah 'hampir kong'. Ada sajer hal nyer..

oklah..sebab cerita dah terhimpun, maka tak bolehlah nak meleret ...so kita start alif, ba, ta...

Cerita Alif
Ha..ha ..balik dari Wales memanglah tersangat penat. Sampai umah dalam kul 11.30 malam.
Tak perasan pun apa jadik kat keliling umah. Esoknya , hari Isnin en abang tak kerja , so kami pun lepak-lepak dalam umah. Tak kuar umah pun sebab penat. Hari Selasa en abang dah start keje. So..masa dia tengah di kerja..dok jenguk pemandangan kat luar rumah....

La.......apa dah jadik ni?

Kereta Rover putih kami kena clamp!!!!! En abang tak perasan Road tax dah habis. Ntah bila kena clamp pun kami tak perasan. Keta ni mmg dah rosak...kami dah tak pakai. Ini kereta kami yang kedua sejak dok kat bumi UK ni.



Balik keja..en abang terus telefon DVLA. Ntah macam mana deal...kami tak kena saman. ( bab deal deal ni....mmg boleh bagi kat en abang..;) . Siap..en abang mintak DVLA tolong settlekan kereta kami supaya boleh terus scrap! Alhamdulillah..pun ntah bila kami tak perasan..kereta kami dah tak der kat depan umah . DVLA dah angkut untuk scrap. Tamatlah cerita Rover.

Tinggallah kini keta kami no satu yang kaler hijau, ada tersadai kat tepi umah. Dan mintak sangat-sangat kereta ketiga yang kami beli ni ...tak mendatangkan masalah sampailah kami balik Malaysia....( tak terlintas akan beli kereta no 3 secepat ini..hu hu ).



Cerita Ba
Suka sangat sebab ..kawan kami ( kawan realiti en abang & kawan maya aku) datang umah. Mereka dari Wales nak balik New Castle, singgah umah kami stay overnight one day. Aku kenal Wani secara maya dari blog Fajar (kalo tak silap..). Eb abang mmg kenal mereka berdua dari UTEM lagik. Biasa dengar nama Majid ,tapi tak sangkalah pulak...si wani ni isteri Majid. Main agak-agak jer..bila aku browse blog diorang.



*ayuni kunun nak suruh Nurin posing, dia lak yang terpejam mata..


*dinner..thanks for coming Wanie& Majid

Sebab kami pon baru balik dari Wales..so prepare pun seadanya . Sebelum mereka pulang keesokan paginyer...kami jemput kawan mereka Khairil& Ita yang join trip diorang datang umah breakfast sama.Hope you enjoyzzzzz the nasi lemak and nasi himpit with sup ekor.

Kami pun tak sempat nak bawak mereka jenjalan kat sheffield. Mereka pun..terus ke Dadibhais,Bradford untuk mencarik Corelle.Orait wanie, nanti datang lagi yer....



Cerita Ta.
Hari sabtu malam, minggu yang sama lepas kami balik wales, En abang kata ada kawan dia nak datang esok. Hah? Cuak. Sebab esoknya (Ahad)...kami ada kursus Solat anjuran persatuan kat Firth Park. Kursus dari pagi sampai petang. Kepala putar..bila nak masak ni...nanti cian orang datang umah....food tak tersedia.

He he..betul pun , petang tu dalam kul 6.30 balik dari kursus solat...terus bersilat kat dapur. Lum siap masak....ting tong...loceng dah bunyi. Wahhh..mereka dah sampai. Dengan bau- bau gorengan ayam masak merah, aku pun sambutlah kedatangan mereka...Nasha ngan Kak Zarina dari Durham. Sib baik gak..laksa dah siap masak before gi kursus.

*While waiting Auntie Su yang terhegeh-hegeh masak...lepaks kat yard.

Cadangnyer..mereka nak balik malam tu ke Durham . Puas ler aku memujuk dan usha...."meh lah tido sini, esok kita gi fruit picking''. Tima kacih kak zarina ..sudi tido satu malam kat umah kami. So..dapatlah kami borak panjang malam tu.....dan esoknya dapatlah aku sediakan Sizzling Mee untuk breakfast.


Yang penting....kami dapat gi fruit picking..yahooo! (sebelum ni puas pujuk en abang gi picking tapi tak berjaya..)

*en.abang, ayuni, aku, Kak zarina, Nasha,Izza, Iffah,Irfan..yaey...........sblm gi fruit picking

Kami ke McCallumns Farm, Bankend, Doncaster. Dalam 40 min daru umah.

Gi petik strawberry..ngan gi curik-curik ambik gambo kat pokok epal. Epal tak leh petik lagik..tapi ayuni sesuka hati petik.

*yang tengah tu gambo redcurrant.


*ladang strawberry yang macam ladang anggur..berjuntai, senang nak petik.


Cerita Sa

Ayuni dapat surat dari Sheffield Children Hospital untuk first appointment kat Audiology Centre. Heh? apsal lak ni. En abang konpem jer...tu as regular check-up. Tapi..aku tak sedap hati. Ni mesti ada sebab ni kena gi jumpa audiologist.

Betul sangkaan aku. Sesuatu yang tak terjangka! Ayuni kena buat hearing test. Kat sekolah , dia fail ujian ni. And after this test done by 2 Audiologist , which one of them is specialist , it still fail!!! Ayuni diagnosed with Mild Conductive Hearing Loss. Subhanallah..! It might be from the bundle of wax kat telinga ayuni. Memang aku perasan..apsal kat sini(UK) , telinga ayuni banyak wax. Dah bersihkan..esoknya ada lagik banyak......

Test need to be done again and again to reconfirm this condition. The next follow up will be on 20 October 2009.

Oh Ayuni. Come to Ayuni history of birth , she was a small baby with prolonged joundice.Is prolonged joundice can trigger this problem? I need to find it or may be someone can help me to answer this. Ya Allah....minta dijauhkan Ayuni dari segala penyakit. I will share this very good experience and info of conductive hearing loss..later , di satu hari yang free.

For time being , We just use olive oil to minimize the wax as suggested by the specialist. Sooooooooo......back to nature. Semulajadi. Tak yah ubat titis macam kat Malaysia. (ohh..baru teringat ..dulu pernah jumpa Pakar ENT kat Hospital Muar, sebab ear wax gak..and dapat ubat titis)



Cerita Ja ( Jim)

Apalagi....SALAM RAMADHAN!

Ramadhan kali ini , menyaksikan pertemuan dua insan yang dah 13 tahun tak jumpa.After SPM 96, masing-masing dengan haluan sendiri. Yeay..reunion kecil. Aku ngan Urwah bertemu di sini. Kat Malaysia..kami berdua tak pernah gi reunion dek kerana kesibukan masa. Alhamdulillah.dapat kami jumpa kat sini. Hasilnya? After 13 years tak jumpa

-Urwah bertambah slim melim and aku bertambah debab. Hu hu

-Urwah ..ladylike giler! Cam tak caya betul ker ni Urwah . Lembut sesangat cakap ngan anak-anak. Rugilah kawan-kawan aku masa zaman sekolah yang nak tackle Urwah tapi tak dapat ...

-Wah have 2 heroes ( Yaser and Bilal ) and aku sorang puteri (Ayuni) . Urwah..jadik besan leh?

Urwah datang sehari sebelum puasa. So..aktiviti makan-makan pun terhad. Sebelum terawih malam tu , kami gi Meadowhall naik tram . Urwah tersenyum lebar dengan hasil pancingan kasut Clarks yang sangat murah..!

* after 13 years...the slim and the bob dalam tram.

*anak dara saya yang usha Yaser..hehe.

*gambo lagik satu tu..main robot dinasour yang baru dibeli. Clap tangan or buat noisy sound, nanti dinasour tu bergerak.....huargggggghhhhhhhh ...huraghhhhhhh..aku lak yang syiok.

Sebelum Urwah balik ke London, Wah sempat pusing-pusing Sheffield City. Sempatlah jugak diorang naik wheel of Sheffield. Aku tak ikut. Plan asal diorang nak ke Castleton..tapi sebab kesuntukan masa..tak dapat gi. Tak per,next time..datang UK lagik ek..mudah-mudahan, Abe Kareem urwah dapat kerja kat Uk ni.


*gambo ayuni naik wheel of Sheffield, two weeks before Urwah datang.


Urwah dah nak balik Malaysia for good , Selasa ni. So kekawan..bolehlah serbu umah Wah yer hari raya kat Bangi. Urwah nanti , kerja kat Hospital Serdang ngan Ainy . Hope..one day kita boleh jumpa kat Alamanda. Sebelah jer tu ngan opis sementara aku kat Parcel E. And I miss my other labu frens too.



Thank Urwah for coming. InsyaAllah kita jumpa kat Malaysia.


*******************************************************

Orait. Rasanya..cukuplah tu cerita Alif,Ba,Ta,Sa,Ja....

once again, maaf diminta atas segala keterlanjuran.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

tata.


Monday 10 August 2009

Bye bye Perkemas

Okes....sambung cerita tapi malas nak tulis.....

Petang sabtu , ada pertandingan layang-layang....buat traditional layang-layang guna kertas surat kabo


Pastu kami gi pantai The Pebbles..sampai senja....

Sebab utama gi pantai sebab dah janji ngan ayuni nak buat sand castle...layan jer la..



Pastu daddy robohkan castle ayuni , so daddy kena dera buat castle semula...






remang-remang senja..tak reti nak balik khemah ,


burung pun dah terbang balik...


Malam tu sebelum zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........kami dengar dulu tazkirah dari ustaz mazrul. Sedang kepala teranguk-angguk..bbangggggggggggggg!!!! pinggan jatuh. Bangun balik kepala. Lagik sekali masa tengah khusyuk dengar tazkirah.......prangggggggggggggg!!! Cawan pulak pecah . He he azman terlanggor cawan . Sumer terus fresh dengor tazkirah.

Lebih kurang kul 11..kami pun zzzzzzzzzzzz. Kaum lelaki tak tido lagik..borak-borak.


Esok..pagi-pagi Ahad dah bangun. Gi mandi , lepak -lepak jap ........




*tu yang tengah dok tayang betis tu..Azman ( yang pecahkan cawan masa tazkirah..) Maaf kak yaz..he he.


Sebelum pulang , ada acara sukaneka........

Pastu tu tak lepaskan peluang juga..naik basikal. Pinjam basikal Azwal.
ayuni suka naik basikal ni. Apalagi daddy...jom carik kat carboot..child seater murah-murah.



Lebih kurang pukul 2.30 kami bertolak pulang . Hajat di hati nak ke Snowdonia ( utara Wales) . Tapi sampai kat tengah jalan ..ambik keputusan berenti kat Aberyswyth. Perut dah lapor ..tapi perjalanan snowdonia masih jauh lagik. So next time lah jika ada izin Allah...kami ke utara Wales pulak.
Terima kasih kepada jawatankuasa PERKEMAS , Majlis syura muslimun yang anjurkan program ini . Beriadah sambil menitip ilmu Allah. Mudah-mudahan dapatlah kami manfaat dari program yang dijalankan ini.
Bye bye.
tata.
p/s: really happy sebab dengan izin Allah..dapat jumpa Mak Chah setelah hampir 7 tahun tak jumpa. Menitis air mata bila nak berpisah ngan Mak Chah. I will visit you at Liverpool. Tunggu yer Mak Chah.


Thursday 6 August 2009

Hari yang penuh ceria


Emm...sambung cerita camping kat Wales. 1 Ogos 2009. Cuaca juga sangat baik. Thanks to Allah. Iawn 'n glws ddiwrnod ddiolch 'ch at Allah


Setengah jam lepas kami sampai dah ada sessi taklimat dari ketua program , Lukman (UTEm). Bla..bla...bla...


Acara pertama adalah acara kanak-kanak..iaitu meneroka ladang menaiki tractor. Menarik..ayuni suka sangat. Dapat tengok kuda , ladang carrott , tengok kampung dan macam macam lah yang ada kat country side. tapi sbb mak bapak tak dibenarkan naik tractor..so tak der lah gambo masa ayuni keliling ladang. Dengor jer lah ceerita ayuni.........
* baca doa dulu sebelum naik tractor


* sekali pandang macam pelarian kan? Ayuni suka sangat naik tractor ni...

Lepas budak-budak dilepaskan naik tractor..acara seaside tracking oleh bapak-bapak budak. Puas aku suruh en abang ambik gambo , siap bekalkan digital camera biasa bior senang kununyer....tapi tak der gambo pun... Apolah daddy! So tak der lah gambo daddy bertracking.

Tapi tak per...aku ambik gambo untuk tatapan bersama.

Pas bapak budak balik...kami pula ibu-ibu berseaside tracking. Best sangat-sangat. Tapi aku tersalah pakai kasut lak. Kasut sukan yang en abang belikan tu licin bebeno..so aku jalan pun macam kura-kura. Almaklumlah tract becak sebab malam sebelumnyer tu ujan lebat .


* Kasut Clarks Kaler krim yang licin..hu hu. Tengok tu..jalan becak..Maaf daddy..mummy dah basuh kasut tu...

Okes..ni antara gambo yang diambik.....Memang cantek tempat ni. Subhanallah....


* Seaside tracking oleh ibu-ibu....nun tengok tu, jenuh nak panjat bukit. Pastu gambo sblh kanan sekali tu ..nampak tak sayup-sayup...kuda bertebaran makan rumput.



Ada bukit , ada laut dan ada anak sungai.....best best...



Ada gaung.... hu hu



Pastu sampai kat puncak bukit ..ada tazkirah skit oleh Kak nor..huh insap,insap ....mensyukuri nikmat Allah dan keindahan ciptaanNYA.


* Eh..boleh lak si Jenal (Zainal actual name) , baring sambil kitorang bertazkirah..Jenal ni ler komando kitorang , ketua tracking. Siap sesat jalan lagik..nasib sampai ke pangkal jalan tempat perkhemahan kami.



Ha..sebelum sampai tempat perkhemahan , kami kena rentas padang kuning ni. Cuba teka...ladang apakah itew...?



Ya..itulah ladang Barley. Tengoklah aksiku menerjah masuk ladang barley. Jakun beb. Subhanallah.....



Banyak lagik nak cerita . Kita stop dulu . Nanti sambung aktiviti dan cerita pada waktu petang laks...best best. Romantik gitu...Gwrymiau Gyrru Ar y traeth ydy a 'n rhamantus golygfeydd


Tata...




Monday 3 August 2009

Dwi bacia chan gwrymiau. 'i 'n sylweddol 'n arddun

Alhamdulillah ..kami dah pulang bercamping di South Wales , Pembrokshire . Dwi Bacia Chan gwrymiau....

Perjalanan bermula pada ari jumaat 31 July kul 11.30 malam bersama-sama ngan Tamreen . Kami gi lambat coz en abang kena kerja petang tu. Peserta yang lain dah sampai dulu...

Huh..mmg mencabar perjalanan sebab hujan , ngantuk dan tempat yang kami gi ni jauh. Memang jauh..terasa jauhnyer..sebab tak sampai-sampai.

Kami sampai di Cardiff lebih kurang pukul 4.00 pagi. Ni baru 3/4 perjalanan.

Eh..tiba-tiba jumpa tol. Sebab dah lama tak jumpa tol ,kami tersilap masuk lorong Tag. Selamat orang putih tu tak suruh kami undur balik.... .Fatihah lagik pulak..siap cakap kat mak dia.."mama , kita dah sampai k.l ker..?" . Almaklumlah kat Malaysia ..setiap exit highway ada tol . Tak seperti di UK..semuanyer Free. Hanya ada 2 tol di Uk ini iaitu , di Cardiff dan M6 , nak masuk London.


*Cubalah baca..lain sungguh bahasa Welsh.

*En abang ngantuk...termasuk lorong Tag. Saya pun ngantuk..so gambor pun blurr mcm orang baru bangun tido..gosok mata..;)

Dari Cardiff, bandaraya Wales,perjalanan di teruskan lagi.Lebih kurang dalam 2 jam jugak nak sampai ke kawasan perkhemahan. Kami terpaksa melalui lorong-lorong kecil yang berbecak sebelum sampai di Celtic Camp Site.



Hati teruja....bila nampak pesisiran pantai yang indah. Dah lama tak tengok pantai yang cantik.. Tapi mana camp site nyer ni? Jauh betul...


Alhamdulillah..lebih kurang pukul 7.30 , kami sampai di kawasan perkhemahan . Sumer orang dah pasang khemah..hu hu. Tapi menurut sumber berita Perkemas...mereka tak dapat tidur khemah sebab ribut dan hujan melanda. Few khemah patah dilanggar ribut .( dalam hati...ada hikmah kami bertolak lewat......).

So , peserta yang datang awal ..tidur di dalam Barn yang selesa...

* Ayuni seronok dapat jumpa kawan-kawan...sumer muka baru bangun tido..

ok..nanti sambung lagik..dengan cerita yang penuh syahdu dan menarik.........

tata