Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, 24 August 2011

kau pergi jua..Al-Fatihah.


24 August 2011

Pagi tadi selepas sahur saya tidur semula. Dalam tidur saya bermimpi berjumpa baby Iman. Mungkin kerana asyik memikirkan baby Iman....ia terbawa-bawa ke alam tidur.Jelas wajah baby Iman walaupun saya sendiri belum melihat walau sekeping pun gambar baby Iman.

Ring...ring..telefon berdering. Jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Panggilan dari mak saya....message yang pendek tetapi sangat jelas.
'anon dah tau ker..?baby Aril dah tak der. Baru jer ni...mama on the way ke hospital'.

REDHA. Tidak sangka..mainan mimpi tidur saya ingin menyampaikan berita sedih buat saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Isnin...kawan baik saya dihospital Ampang sempat membelikan hadiah sepasang baju untuk baby Iman. Saya cepat-cepat menghubunginya untuk sampaikan hadiah saya itu kepada baby Iman. Saya cuba sedaya upaya saya...sekurang-kurangnya saya tidak rasa galat..walau saya jauh beribu batu..namun ingin sekali saya hadiahkan kenangan buat baby Iman.

Hari Selasa...adik kedua saya, Fik datang menziarahi baby Iman sambil membawa makanan berbuka untuk Aril. Isteri aril..sempat memberikan baju pemberian saya kepada Fik untuk dibasuh sebelum dipakaikan untuk baby Iman.

Malam itu saya call fik....Fik belum tidur kerana menuggu basuhan baju baby Iman untuk diserahkan kepada Aril keesokan paginya.

Saya sendiri tidak pasti Iman sempat atau tidak memakai baju biru pemberian saya. Tidak mengapa Iman....Allah lebih menyayangimu. InsyaAllah pakaian yang lebih indah menantimu di syurga. Walau Mak Anon tak dapat bersama-sama Iman semasa saat akhir hayatmu...percayalah Mak anon sangat-sangat sayangkan kamu dan sentiasa ikuti perkembanganmu sejak dari dalam kandungan. Sangat ..sayang! Moga sayang Mak Anon ini dapat dirasai baby Iman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukanlah kakak yang zalim. Saya cuba fikirkan bersama yang terbaik untuk Aril dan isteri. Fizikalnya...baby Iman sangat sempurna.Dari scan pertama...ada sedikit masalah di bahagian kepala. '0 % survival'..kata pakar Gynae. Gugur atau teruskan kandungan adalah suatu yang amat sukar untuk dibuat keputusan.

Saya adalah antara orang yang paling kuat mempengaruh untuk teruskan kandungan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menikmati saat indah bergelar bapa.Tiada niat lain melainkan mahu..adik ipar saya menyelami perasaan keibuan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menatap zuriat mereka. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya tidak diselubung rasa kesal bila sudah tua kelak.

Alhamdulillah...baby Iman sangat mudah dilahirkan. Tidak menyusahkan ibunya. Iman lahir secara normal. Pastinya ia sesuatu pengalaman yang cukup indah untuk seorang yang bergelar ibu. Saya sendiri belum ada rezeki untuk menikmati melahirkan bayi secara normal.

4 hari..sudah cukup meninggalkan kesan mendalam buat adik saya detik pertama seorang bapa. Syukur Aril diberi peluang mengazankan baby Iman...menggendong..membelai....memakaikan baju...menyalinkan najis...mengalunkan bacaan Al-Quran...Sesiapa sahaja pasti akan meruntun melihat pengorbanan adik saya selama 4 hari 4 malam menunggu dan menjaga baby Iman...tiada juadah istimewa untuk berbuka dan tentunya tiada tidur yang lena.

Bertemankan mesin oksigen dan jantung...beep..beep..yang semakin hari semakin kurang bacaannya. Apakah perasaan...bila mengetahui anak sulungnya itu akan pergi meninggalkannya...selamanya...hanya menunggu waktu dan tika...setiap detik adalah detik cemas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat sukar untuk diluahkan segalanya dicoretan ini. Tidak dapat saya bayang..betapa hiba dan pilu adik saya melalui ujian getir ini...baby Iman menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan ibunya, disisi adik saya lebih kurang pukul 4 ptg waktu Malaysia. Baby Iman kemudian dikafankan..disembahyangkan..dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras.

Percayalah zuriat ini adalah amanah Allah. Walau apa pun ujian yang menimpa..terimalah dengan redha. Kita tidak tahu...akan adakah lagi zuriat untuk kita? atau mungkin ini yang terakhir? Saya berdoa agar adik saya diberi kekuatan...dan moga-moga Allah berikan yang lebih baik buat dirinya.

Aril & Elly....insyaallah baby Iman tenang disana.
Bersabarlah....Redha...Allah menyayangi orang-orang yang bersifat sabar.

Untuk anak saya Ayuni dan Ayna..ingatlah...kamu berdua ada sepupu yang suci bersih ,sangat sayangkan ibubapanya...yang akan memimpin ibubapanya kepintu syurga...insyaAllah. Itulah baby Iman. Walau kita tidak pernah bersua...namun doa dari kita untuk baby Iman amat bermakna.

Bulan Ramadhan beransur pergi..Kami mohon rahmatmu Ya Allah pada 10 malam terakhir Ramadhan ini . Sudah terasa kehambaran kedatangan Syawal kali ini.Moga-moga kami diberikan kekuatan dan ketetapan iman dalam menghadapi dugaan ini.


Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah buat baby Mohd Iman b Mohd Fahril. [20/8/2011-24/8/2011]

Jua Al-fatihah buat arwah atok saya,Banaji bin Abd Majid yang menemui ilahi pada 8/8/2011 , 8 Ramadhan.

2 insan tersayang meninggalkan kami Ramadhan ini....semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mak anon,
Sheffield.

---------------------------------------------------------------------------------------

Updated, 26 August 2011..Mak Anon baru dapat tatap wajah Iman. Kak Ayuni suka tengok Iman. We love you Iman. Kasih hingga ke syurga.


*Iman dan Aril. Day 2.


* Iman akan memimpin kedua ibubapanya ke syurga InsyaAllah. Amin.

Dari Abu Musa bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila anak seorang hamba meninggal dunia maka Allah berfirman kepada para malaikat-Nya,”Apakah engkau telah menggenggam anak dari hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Ya.’ Allah berfirman,”Apa yang dikatakan hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Segala puji bagi-Mu dan dia mengucapkan istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, pen). Lalu Allah berfirman,’Bangunkan baginya sebuah rumah di surga dan namakanlah rumah itu dengan nama ‘rumah pujian’” (HR. at Tirmidzi)

TQ Elly for this precious photo.

Tuesday, 23 August 2011

Seteguk air Secebis roti....

2 Hari lepas..mama call.
' Aril buka puasa kat dalam NICU...dia minum air kosong jer...' kata mama dengan nada perlahan
'Kenapa?'
'Sebab dia cuma boleh duduk kat NICU sehingga jam 10 malam..kalo dia makan..nanti dia ambik masa dan tak dapat pangku anak dia' sambung mama.

Berderai airmata saya.....membayangkan adik saya berbuka sambil memangku anak sulungnya yang sungguh istimewa. Itulah kasih seorang ayah ...tiada batasan. Setiap detik & saat adalah emas bagi adik saya. Selagi hayat dikandung badan...baby Iman itu tidak akan ditinggalkan.

Semalam,
'Aril..macam mana baby Iman?' tanya ku
'Baby makin lemah kak...bacaan jantung drop ...paling rendah 60...'
'Aril..banyak-banyak sabar' kata ku cuba memujuk.
'Siapa salinkan pampers baby?'
'Elly salinkan. Nurse tak berani sebab nurse baru-baru. Aril pun ada salinkan. Alhamdulillah kak..2 hari ni dapat Aril jaga baby'.
'Aril kat mana ni?
'Aril kat restoran depan hospital ni...baru nak makan'. Jam pukul 10.30 malam.

Habis call dengan Aril , saya chat dengan adik yang kedua pula.

'Fik nak hantar makanan..tapi Aril tak nak. Mungkin tak lalu makan' kata Fik.
'Fik tanya aril makan apa? Aril kata dia berbuka dengan roti jer'. sambung Fik...

Aduhai....tak tertahan sebak dada saya. Bukan kerana tiada makan Aril berbuka dengan air kosong dan secebis roti. Tapi....saya tahu..itulah juadah ringkas..yang senang dimakan semasa berbuka sambil memangku baby Iman di bilik khas di NICU.

Sejak Iman lahir pada hari Sabtu 20 Ogos..Aril belum pulang ke rumah. Aril tidur didalam kereta sementara menanti waktu sahur dan menunggu keesokkan paginya untuk kembali ke NICU memeluk dan membelai baby Iman....

Alhamdulillah..ibu dan ayah saya dapat melihat dan memeluk baby Iman pada hari pertama kelahirannya. Selepas itu..tiada siapa lagi dibenarkan melawat baby Iman.

Setiap detik........setiap detik.........amat berharga buat diri Aril dan baby Iman.

Saya mengharap keajaiban Ramadhan. Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ku.

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Sabar Ril..banyakkan berdoa.

Wednesday, 25 May 2011

Cant wait...hati berbunga-bunga

Hati berbunga-bunga..berbunga riang..mak ayah nak datang lagik. Yeay! Alhamdulillah. Harap semua nyer berjalan lancar..tiada flight cancel or delay kerana ash valcano kat iceland.

*kuntuman ros yang sedang mekar di garden saya.....semekar hati saya.

Tetamu istimewa ..yang tersangat istimewa..tentulah mama dan ayah. Teringat blog seorang kawan...kita dituntut untuk meraikan tetamu..hidangkan makanan yang istimewa pada hari pertama. Mmm..tengah berfikir-fikir apakah menu yang saya akan masak untuk mama ayah tercinta. Kalo boleh tak nak menu yang sama seperti tahun-tahun sebelum masa mama ayah sampai. Idea dah ada....insyaAllah jika diizin akan saya masak...adun..kukus...buat sebaiknyer..insyaAllah.

Bila hati girang....mudah sajer urusan rumah dilakukan. Menyambut mama ayah umpama menyambut raja dan permaisuri.Perlu dilayan sebaiknya. Lazimnyer saya akan bersihkan rumah sebaiknyer setiap penjuru.Saya akan pastikan mama ayah saya selesa disegenap ruang rumah saya termasuklah garden!

Pastinyer saya akan usahakan sediakan tempat tidur yang selesa. Cadar seboleh mungkin saya beli yang baru dan basuh sebersihnya. Bila mama ayah tidur..akan terbau-bau wangian cadar. Kali ini..saya hamparkan duvet cream..berbunga lilac yang sangat lembut pemberian seorang rakan. Kemudian , saya bentangkan quilt cover baru berwarna biru muda cream supaya tampak lagi kemas. En Abang saya nampaknyer dah sediakan Quick Cup Tefal di atas meja dalam bilik tidur...agar mudah mama dan ayah nak buat air. Tidak perlu turun tangga untuk ke dapur. [ oh ya..meja belum beralas..perlu dialas...take note please..].

Esok...saya dan en abang akan keluar berbelanja. Beli apa- apa yang patut supaya tidak kelam kabut hari Jumaat. Mama ayah akan sampai pada hari Sabtu tengah hari melalui Manchester Airport..so pagi Sabtu tu kena pastikan everything is ready! Mungkin sedikit penat berkemas itu dan ini.....tapi kepenatan itu tidak terasa sama sekali bila lihat mama dan ayah saya happy. Itulah saya...kelaziman yang dilakukan bila mama, ayah adik beradik nak datang.


[Sayangnyer..kedua arwah mertua saya tidak sempat nak bertandang ke rumah kami. Syukur saya diberi kesempatan untuk jaga arwah ibu mertua saya dan bermalam dihospital seorang diri...berganti dengan ipar duai. Setialah ketiadaan ibu mertua. rumah itu seakan sunyi. Setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung untuk menjenguk arwah ayah mertua. Ayah mertua tidak boleh berjalan-stroke..jadik tidak dapat datang rumah kami. Setiap kali raya..saya akan pastikan en abang saya akan tukar tikar getah seluruh rumah kayu itu. Saya tempah langsir baru untuk rumah itu. Saya minta en abang saya belikan set sofa rotan yang baru buat mereka.Belilah makanan ,apa yang mereka inginkan. Teringat arwah ayah mertua teringin makan epal hijau...Buatlah apa sahaja... janji..mereka gembira. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa terkilan di atas pemergian mereka..kerana telah saya usahakan buat yang terbaik walaupun hanya sedetik cuma. Jika rindu kami akan kunjungi pusara mereka.Al-Fatihah.]


InsyaAllah hari Ahad ini...kami dah start berjalan membawa mama ayah melancong melihat keindahan alam dan tempat orang. Tempat yang diidam oleh mama dan negara yang teringin dikunjungi oleh ayah. Hotel , ticket , van ..alhamdulillah semua dah book. Itinerary telah saya sediakan sebaik yang mungkin. Semalam..sampai lagik satu pamphlet yang dibeli di ebay beserta dengan map untuk rujukan ayah. Saya tahu apa yang ayah saya suka....;p. Semuanya perlu disatukan pada malam ini dalam fail.

Semua orang akan buat yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Selagi ada peluang..marilah kita usahakan yang terbaik buat mereka. Mama dan ayah dah banyak berkorban untuk saya masa saya kecil-kecil. Hanya ini yang mampu saya balas untuk mama ayah ,selagi hayat dikandung badan...meraikan mereka beserta doa yang tidak putus , walaupun saya tahu..apa yang saya buat ini tidak akan sama dengan pengorbanan mereka.

Mama ayah...I cant wait. Semoga percutian family kami ini dipermudahkan. Amin.

Wednesday, 21 July 2010

My Medicine

Kalo nak cepat sembuh..kenalah ikut arahan tuan doktor, misi , ibu dan makan ubat...


Ni antara ubatan yang saya ambik sepanjang tempoh berpantang..


Clexane - Self injection..saya tak berani cucuk sendiri, maka en abang yang tolong cucuk kan kat perut saya. Ni untuk pastikan darah saya tak beku. Suntikan perlu dibuat selama seminggu selepas operation. Kat Malaysia dulu tak der ambik suntikan ini.


Tak sakit..tapi berbisa..(adush..alhamdulillah dah lepas azab suntikan ini ). Saya tak dapat bayangkan bagaimana pesakit diabetis terpaksa suntik insulin sepanjang hayat mereka. Insaf!



Paracetamol & Diclofenac -Lepas op..terus kena makan pain killer ni. Oklah ..bagi tahan sakit yang berdenyut dalam perut tu. Balik rumah bekalan sebeban ubat dibaginya.

Ferrous Sulphate - Iron supplement .Seperti biasa untuk tambah darah.Alhamdulillah saya tak der anaemia..tapi ambik supplement ni untuk prevention. Hospital dah bagi..saya telan jer. Sedap manis macam gula.



Peppermint- Bila operation..perut memang banyak angin sebab banyak rongga udara. Secara sendiri perut akan berbunyi seperti orang lapar. So..midwife kat hospital bagi saya minum air peppermint. Nampak jernih macam air kosong tapi bila minum memang terasa pudina. Lepas minum...terus saja saya menuju ke toilet. Berkesan lah pulak....Day 2 dah bowel open..so Doctor happy. Saya lagik happy......


Walaupun saya lahir era 70-an , tapi saya agak macam orang lama. Mungkin terpengaruh dengan amalan pantang larang ibu saya. Tapi kalo bagi kebaikan untuk kesihatan..why not? Saya dah amalkan ini sejak masa lahirkan Ayuni dulu...


Air gamat Asli - Saya rasa keberkesanannya lebih baik dari jelly gamat. Saya minum satu sudu besar setiap hari. Abaikan bau seperti longkang yang sangat busuk. Masa telan tu ..ingat jer lah ..aku nak cepat luka baik. Alhamdulillah berjaya minum berbotol time ayuni dulu. hope kali ni pun berjaya istiqamah minum. So far tak tinggal ayaq gamat ni.


Jelly gamat - Saya ambik jugak. Satu sudu besar setiap hari. Biasanya saya ambik belah pagi . Jelly ni adik beli kat langkawi. Sedap rasanya sebab dah dicampur madu. Ayuni pun tumpang sekaki minum jelly gamat.


Pati Ikan Haruan - Kerana en abang saya turutkan. Dulu kat Malaysia ayah mintak kawan carik ikan haruan kat sawah buat lauk saya. Jadik pati ikan haruan tak makan sanagt dulu. Kali ini..terpaksalah saya telan pati ikan haruan ini setiap hari sebotol. Gulp. Jenama MOSLATI ni lebih sedap rasanya dari Polleney.


Phytonatal - Ni jamu dari Nona Roguy. Saya baru makan sebijik sehari. tapi nampaknya Ayna tak sesuai..merengek waktu malam. mungkin kepanasan . Maka saya stop dulu jamu ni. Nanti sambung balik makan jamu.


Manjakani- Yang bulat bulat tu bijik manjakani. Saya belum start makan. Bijinya ditumbuk dan rebus. Kemudian airnya diminum.Khasiat? boleh lah google...


Alkisah dalam set bersalin Nona Roguy tak der pilis. Jadik setiap hari saya akan lumur minyak herbanika ni kat suluruh badan termasuk kepala dan muka sebagai pengganti pilis. Memang best. Sedap jer rasa. Nyaman.Muka pon tak comot.
(ni tengah tunggu pilis dari Dr.Rozi...dia ada lebihan pilis..bolehlah saya pakai..tq!)



Ni set bersalin kali ini. Dulu masa Ayuni saya order dari mak bidan. Kali ini beli yang ready made . Mahal jugak harganya RM360. Dalam tu ada macam-macam termasuk herba pencuci.

Ayuni tak suka bau herba ni. So saya letak kat bilik air......

Last but not least..saya kira ini pun ubat saya. Stokin khas T.E.D anti-embolism. Saya perlu pakai stokin ni selama 6 minggu. Selesa stokin ni....boleh dibasuh. Hospital bagi saya 2 pasang stokin ni.


Eh ada lagik..ubat istimewa dari ibu, sambal halia...


Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih. Cuma luka dalam ada terasa lagi. Kalo makan limau..alamak..kenyit mata lah jawabnya saya menahan hirisan ngilu. So kali ini ..saya kurangkan pengambilan limau. Mungkin saya dah berumur..jadik healing proses tu lambat sedikit berbanding time ayuni dulu.Mmm 6 years back..hari-hari saya makan sunkist untuk dapatkan vitamin C yang maksimum. Kali ini..saya terpaksa doublekan portion sayur sawi saya untuk bekalan vitamin C.


Hari ini ,22 July 2010, hari kedua belas berpantang.

Hari ini..22 July..besday ibu saya. Seronok rasanya bila ibu berada di sisi....dan ibu adalah 'my medicine', terapi terbaik untuk saya.Terima kasih mama....happy birthday yang ke-55 tahun and luv u so much!

Tq mama dan adik saya,Ojisan yang terbang kesini jaga kami anak-beranak. Jasamu tidak ternilai. *gambar dalam flight 17 July*


Moga jumpa lagik....

Wednesday, 23 June 2010

Pilihan itu..

Sedang saya menghadap PC , telefon berbunyi. Ibu menelefon saya.
Ingin bertanya khabar tentang check -up hari ini.. ( Alhamdulillah..everything went well...InsyaAllah normal delivery as planned unless ada problem or rapture during the labour. ).

Juga..tidak lupa seperti biasa..ibu saya bertanya pendapat.
" Udin dapat tawaran Matrikulasi...tak tau nak pergi atau tak. Ayah macam nak suruh pergi.."
" mmm.." balas saya memikir panjang.

Ketika tawaran matrikulasi diterima( Second intake) , adik saya Udin baru sajer 2 hari mendaftar di Politeknik Johor Bahru (yang bakal dinaiktaraf University) . Udin dapat tawaran Diploma kejuruteraan Elektronik(komunikasi) , satu jurusan yang saya rasa bagus dengan prospek kerjaya.

Persoalannya..adakah ingin meneruskan Diploma di Politeknik atau menerima tawaran Matrikulasi Sains ( Kuala Pilah)?

Jawapan saya ringkas;
"Mama....memanglah matrikulasi lebih bagus di mata orang lain, tapi boleh ker Udin bawak subject sains terutama Biologi dan Kimia , kemudian struggle untuk dapatkan pointer yang baik bagi membolehkan dapat kursus yang baik di University? Memang betul..bila masuk matrikulasi..insyaAllah akan terus belajar degree tapi degree apa? Yakin boleh dapat tawaran degree dalam kejuruteraan?"

Bukan saya ingin merendahkan adik saya yang bongsu..tetapi saya tahu kebolehan dan pencapaian adik saya. Udin lebih menjurus kepada matematik..sebab itu subject matematik , matematik tambahan dan fizik, Udin dapat flying colours dalam SPM yang lepas . Cuma Udin tergelincir dalam subject Kimia dan Biology yang menjadik penghalang untuk mendapat asasi university at first place.

Rupanya , ibu saya telah menelefon 2 orang adik saya yang lain. Keduanya, Fahmi dan Aril..bersetuju dan menggalakkan Udin terus menyambung diploma kejuruteraan . Alasan mereka....(pada saya..sangat kukuh....jangan 'mencatur' lagi diri di matrikulasi- Untuk mendapat result yang baik , pointer 3.5 above adalah suatu yang agak sukar). Sekarang ini....lorong hadapan seperti sudah ada sinar.....walaupun bermula dengan diploma.

Mengapa saya bercerita di blog ini? Sebenarnya..adalah suatu yang amat penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Pada saya..tempat belajar tidak begitu penting..tetapi kursus yang diambil itu adalah lebih penting. Kursus / course yang bakal menentukan 'value' seseorang..bukan tempat belajar. ( Saya tidak nafikan..kalau dapat University top ranking ...dan kursus yang baik...itu memang satu bonus ..).

Bukankah lebih baik..ada kerjaya walaupun hanya lulusan diploma? Daripada menganggur tetapi ada degree? Bunyi tulisan saya seperti angkuh..tetapi itu adalah kenyataan ! Adik bongsu saya lelaki....perlu ada kerjaya yang mantap dan saya tidak mahu adik saya 'dilelong' untuk mendapat tempat di university dek kerana pointer yang tidak cukup cemerlang.Saya tidak pernah sama sekali memandang rendah jurusan lain....tetapi anda lihat sendiri..jurusan apakah yang menjadik rebutan di pasaran?

Takut mencuba di matrikulasi? Bukan takut....bukan kami tidak mahu memberi peluang kepada adik untuk mencuba nasib di matrikulasi..tetapi kami tahu pencapaian akademik adik bongsu kami. Dan ini adalah kali pertama adik bongsu saya keluar dari sangkar - dia satu-satunyer yang tidak sekolah berasrama.Biar bertatih dari diploma..kemudian ke degree ..ada rezeki sambung master..pHd..daripada terus ambik degree tak boleh bawak..terus kena tendang university.


Bagaimana pula dengan minat dan kecenderungan? Udin sendiri tidak berapa pasti. Mungkin dia sendiri 'takut' tersalah membuat pilihan. Jadi kami rasa bertanggugjawab memandu hala tujunya. Tapi gerak hati saya dapat merasakan dia lebih suka kerja lasak...jurutera seperti 2 abangnya dan ipar-iparnya (environmental factor). Pernah juga dia berkata dia mahu jadik pilot! Petani moden pun ok pada dia.

Kami sayang adik kami. Biarlah makcik- makcik dikampung seakan menghina apabila adik saya memilih politeknik ( setakat entry ini ditulis) . "Masuk politeknik jer...?". Biarlah mereka berkata.....(dan ibu saya memendam rasa..).

Saya tidak mahu adik saya jadik seperti saya. Dek kerana nak masuk University popular (UKM ) , akhirnyer saya tergelincir untuk mendapatkan jurusan perubatan UKM. Saya kecundang dalam mengumpul pointer di matrikulasi.Sedangkan...sebelum ditawarkan matrikulasi, borang tawaran perubatan UIA didepan mata, hanya perlu diisi. (kawan-kawan sekelas saya yang ambil keputusan mengisi borang dan mengikuti jurusan perubatan UIA..semuanyer telah berjaya menjadik doktor sekarang-alhamdulillah). Saya tidak perlu kesal..tetapi perlu dijadikan pengajaran.

Adik no 4 , begitu berani membantah cakap ayah...menukar jurusan disaat akhir. Mulanya ayah marah..kesal..kerana dengan pointer 3.88 peluang emas 'dilepaskan'. Tetapi kini, ayah gembira...senang hati dengan pencapaian adik saya yang no 4 ini.

Seorang demi seorang , dari pengalaman yang cetek ,saya nampak adik saya no3 dan no4 ....yang memilih jurusan sebagai priority ( rather than tempat belajar) ..menunjukkan performance yang baik dalam kerjaya dan pelajaran mereka.Alhamdulillah.

Mungkin rezeki adik yang no 2 dipermudahkan, mendapat jurusan dan university yang diidamkan. Bonus.

Saya juga menjadikan suami saya sebagai idola...'kuat' & 'tetap' hati dalam memilih jurusan.Dia juga terpaksa menbuat 1 daripada 2 pilihan yang agak kritikal . Saya bertanya kepada suami..'kenapa Abang tolak tawaran perubatan UKM ketika itu?'. Jawabnyer senang..' Nak pergi oversea dan takut darah!'. ( takut darah = dia tahu kelemahannya).


Saya? ha ha..dapat university idaman..TETAPI tidak mendapat jurusan yang dikehendaki. Alhamdulillah..Allah masih memberi peluang yang baik kepada saya.

Mana lebih baik..pilih jurusan atau pilih tempat belajar? Tepuk dada tanya selera.

Membuat pilihan adalah sesuatu yang sukar. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk adik saya, Udin. Berdoa dan beristikharahlah kepada Allah..memohon yang terbaik. Walau apa pun..keputusan di tangan Udin,ayah dan mama. Kami hanya boleh bagi pendapat.

*Mohd.Faizuddin=Udin=Ijud=Cik Jut=Faiz , semoga Allah permudahkan urusanmu adik.

Saya juga berdoa..agar saya diberi hidayah, petunjuk , sense dalam menentukan hala tuju anak saya.

Ingin sekali saya ingatkan diri saya..kita hanya merancang....hanya Allah yang menentukan. Ketentuan rezeki itu adalah dariNYA. Semoga Allah memberi yang terbaik buat keluarga kami.


Buat rakan-rakan..saya mendoakan anda semua success dalam kerjaya dan hidup anda, tidak kiralah apa jua jurusan. Kita ini sekarang sudah lepas dari proses saringan awal....yang ada kini..hanya meneruskan apa yang kita ada dan apa yang nak dicapai ..dunia dan akhirat. Ameen.

Untuk detik dan tika ini....saya masih surirumah sepenuh masa kepada suami tercinta.2 tahun telah saya selami jurusan 'surirumah ' ini. Saya mula mencintai bidang ini sejak setahun yang lalu walaupun pada mulanya agak resah,gusar.Kini tiada lagi kegusaran itu. Noktah.

Wednesday, 10 March 2010

Paman Tip, ayah, atok

Hari ini , 10 mac 2010 .
Hari ini besday ayah yang ke 58.
Malang sekali..kad yang dikirim tidak sampai ( walaupun guna registered pos).
Pagi tadi call ayah. Mummy & Ayuni wish epy besday kat atok.

Happy birthday ayah!

*****************************************

Ayah seorang yang sangat tegas dan garang . Sangat berdisplin. Sewaktu kecil , setiap pagi hujung minggu kami wajib bangun pagi-pagi . Solat subuh , lepas tu sapu daun kering bawah pokok asam . Adik-adik lelaki saya akan bersiap sedia ikut ayah pergi ke kebun. Ayah sangat suka berkebun seperti arwah atuk, seorang penoreh getah dan pekebun yang gigih.



*Ayah (tengah )sewaktu bekerja..

Walaupun ayah berkerja sebagai penjawat awam , namun di hati ayah tetap kebun. Kebun, kebun , kebun. Itulah hobi ayah . Hasilnyer..? Bila musim buah , adik -adik saya akan jual rambutan , durian , langsat di tepi jalan Tangkak-Muar. Kadang-kadang , kami jual kepada pemborong tokey cina. Kebun ayah tidaklah besar , cukuplah untuk kami sekeluarga menikmati hasilnya. Sekarang ini, adik yang bongsu ( sementara tunggu keputusan SPM )tolong ayah petik kelapa sawit. Walaupun ayah sudah bersara..namun ayah masih ada kontrak kerja dengan kerajaan di Putrajaya. Sesibuk mana pun ayah...kebun tidak akan dilupakan. Itulah minat ayah yang kami tidak boleh ubah.

*Pokok langsat yang ayah tanam


*Ayah juga latih cucu lelaki ayah pergi kebun. Ayah dan Syafi.

Sekarang ayah ada hobi baru. Bila nak raya..ayah jual daging kat tepi jalan Muar-Parit Bunga. Ayah suka kerja-kerja macam ni. Ayah akan ajar anak-anak ayah buat kerja-kerja ni...

*Ayah dengan Aril jual daging

Ayah juga suka melancong. Sewaktu kami kecil..ayah sering bawa kami berjalan-jalan. Semasa jalan-jalan kami wajib bawa buku dan kami wajib tulis karangan berkenaan ekspidisi kami. Ayah suka geografi. Ayah akan tunjuk ajar kami tentang geografi. Ayah bawa kami masuk gua , masuk hutan , camping. Ayah akan suruh kami pegang ulat....carik daun kering...ayah akan terangkan pasal pokok-pokok. Itulah ayah.....bukan jalan-jalan kosong.


*Ayah....ke mana sahaja , kami perlu bawa buku. Cucu juga tidak terkecuali...



*Ayah,emma,Fik,Syafi,Mama,saya - London 2008


*Ayah ngan Fahmi- Medan - 2009

*Ayah,mama,ayuni,saya - Holland 2009

**************************************

Nama ayah agak pelik MOKHY. Masa sekolah rendah , ada kawan ejek nama ayah ..tapi kami tak pernah marah. Ayah pesan..jangan gaduh dengan orang . Ya..itulah ayah saya , MOKHY SAIDON . Berketurunan jawa . Arwah atok berasal dari Lampung , Indonesia . Arwah atok naik tongkang dengan mbah dari tanah seberang datang ke tanah melayu.....teroka tanah di Sengkang , Bukit Gambir , Muar.. Ayah dilahirkan di Sengkang pada 10 Mac 1952.Ayah anak ke 5 dari 7 beradik.

Masa ayah kecil..ayah selalu sakit. Ubatnyer? ayah perlu dibuang . Mbah buang ayah kat pokok pisang belakang rumah atok. Wak man dan adik beradik ayah ..selalu cerita pasal ayah kepada kami . Kemudian..ayah dikutip oleh arwah Mbah Minah . sejak dari situ..sakit ayah mula baik , ayah dijaga oleh Mbah Minah di Klang, Selangor.

Mbah dan atok rindu ayah. Lalu..setelah beberapa tahun , Wak Man pergi ke Klang , ke rumah mbah aminah untuk ambik ayah semula. Mulanya..wak man kata ..nak pinjam sahaja. Tapi ..wak man menangis apabila tengok ayah dijadikan budak pengembala kambing di rumah Mbah aminah. Ayah tidak sekolah. Wak Man bawa ayah balik ke sengkang . Ayah disorokkan di rumah arwah Mbah Poyeng kerana dikhuatiri mbah aminah akan ambil ayah semula.

Bermula episod hidup baru ayah di Sengkang . Atok menyekolahkan ayah di sengkang. Saya tidak ingat di mana ayah sekolah menengah..tapi rasanya di Sek MEn Sultan Mahmud Iskandar , Sg. Mati. Rezeki ayah...ayah ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Ekonomi di UKM yang pada ketika itu masih menumpang di UM, PJ. Ayah satu-satunyer adik beradik yg berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading . Kemudian , kami ikut ayah pergi sambung belajar di Jepun. Alhamdulillah ,berkat usaha arwah atok dan abang-abang ayah menyekolahkan ayah, ayah berjaya dalam profession ayah.
* Udin, Ayah , wak man & abang nazir ( anak wak had)

Ayah dibuang & dikutip. Sehingga ke hari ni..semua sepupu saya panggil ayah saya PAMAN TIP ( TIP=kutip ). Ini semua untuk mengingatkan sejarah ayah.....betapa specialnyer ayah.

****************************************

*daddy, fik,aril,udin,pahmi,ayah,ajmal,syafi,emma,mummy,ayuni,mama.

Ayah....kami bersyukur menjadi anak ayah. Alhamdulillah ..kini kami adik beradik telah berjaya dalam bidang masing-masing berkat doa ayah. Mungkin ada rasa sedikit kecewa di hati ayah.....tiada diantara kami yang bergelar doktor perubatan ..tetapi ayah tetap menyokong keputusan kami. Saya sendiri memilih untuk tidak mengisi tawaran perubatan di UIA. Adik yang keempat pula..bukanlah tidak layak menjadi doktor memandang keputusan yang sangat sangat cemerlang..tetapi itu bukan minat adik. Ada diantara kami ditawarkan scholarship Petronas..tetapi kami tolak secara baik dengan memberi sejuta alasan yang munasabah kepada ayah. Ayah..terima kasih kerana memahami kami. Walau tegas..ayah masih boleh berkompromi.



* Ayah dengan menantu baru, Elly- 6 Mac 2010. Ayah,Ajmal, Elly

Kami sangat terharu..ayah tidak pernah memilih menantu dan bakal besan ayah. Ayah tidak mementingkan darjat apatah lagi status, "miskin kaya, ayah tak kisah", kata ayah. Semuanya ayah redha dan terima dengan hati yang terbuka. Cuma ayah berpesan , sebelum berkahwin , persiapkanlah rumah dan kenderaan untuk keluarga. Alhamdulillah.....berkat tunjuk ajar dan nasihat ayah, adik-adik saya berjaya menyediakan keperluan asas itu untuk isteri mereka sebelum mereka berkahwin.

Memandangkan saya anak tunggal perempuan , tidaklah saya perlu menyediakan rumah . Cukuplah dengan penerimaan suami saya terhadap saya. Ayah tidak meletak harga hantaran . Ayah sangat sangat berpesan kepada saya ..jangan sesekali menetapkan jumlah hantaran daripada suami saya.Yang penting..ayah mahu suami saya jaga saya sebaiknya.Ayah mahu anak-anak ayah hidup bahagia. Redha ayah itu..bahagianya terasa hingga kini dan mudah-mudahan hingga ke syurga.Amin.

*Daddy,mummy,nenek,ayuni,atok. Daddy...satu-satunya menantu lelaki ayah. Terima kasih ayah.



*******************************************




"Atok..I cant wait to meet you this April." kata ayuni
"Okay..atok dah ambik cuti nak ambik adik kat KLIA".balas ayah.

Atok...adik minta maaf ..sebab adik tak dapat hadiah cemerlang minggu lepas di sekolah melayu . Adik cuma dapat saguhati. Adik tak faham bahasa melayu. Adik tak tahu apa itu ujian . Nanti atok ajar adik yer.....


"Adik...adik...." setiap kali pulang dari kerja..ayah akan mencari ayuni , yang dipanggilnya adik.


* Ayah suka bawa cucu naik motor kapchai...(Ayuni n Ajmal)

Ayah memang rapat dengan ayuni sementelah kami tinggal sebumbung dengan ayah sejak kawin.
Ayah dokong..ayah peluk..ayah cium...ayah dodoi Ayuni....ayah tido dengan Ayuni.


Ayah lah yang menjaga saya dan ayuni sementara daddy menghabiskan master...
Ayahlah yang teman saya dan suami sewaktu saya berjuang dibilik operation melahirkan ayuni....
Ayahlah yang berusaha carik ikan haruan semasa saya berpantang....
Ayahlah yang bersusah payah petik mata kucing untuk Ayuni...
Bila rindu..Ayah datang sini..jenguk Ayuni
Bila rindu...ayah hantar parcel untuk Ayuni
Bila rindu..ayah suruh mama telefon Ayuni
Ayah titip doa untuk kami...
Ayah..moga kami menjadi anak-anak yang beriman dan soleh...

* Ayah pujuk Ayuni....

**************************************
Tiada ungkapan terindah untuk ayah tercinta.

Ayah....the best dad ever in the world. Anon sayang ayah!
Happy birthday ayah & terima kasih atas segalanya.