Wednesday 10 March 2010

Paman Tip, ayah, atok

Hari ini , 10 mac 2010 .
Hari ini besday ayah yang ke 58.
Malang sekali..kad yang dikirim tidak sampai ( walaupun guna registered pos).
Pagi tadi call ayah. Mummy & Ayuni wish epy besday kat atok.

Happy birthday ayah!

*****************************************

Ayah seorang yang sangat tegas dan garang . Sangat berdisplin. Sewaktu kecil , setiap pagi hujung minggu kami wajib bangun pagi-pagi . Solat subuh , lepas tu sapu daun kering bawah pokok asam . Adik-adik lelaki saya akan bersiap sedia ikut ayah pergi ke kebun. Ayah sangat suka berkebun seperti arwah atuk, seorang penoreh getah dan pekebun yang gigih.



*Ayah (tengah )sewaktu bekerja..

Walaupun ayah berkerja sebagai penjawat awam , namun di hati ayah tetap kebun. Kebun, kebun , kebun. Itulah hobi ayah . Hasilnyer..? Bila musim buah , adik -adik saya akan jual rambutan , durian , langsat di tepi jalan Tangkak-Muar. Kadang-kadang , kami jual kepada pemborong tokey cina. Kebun ayah tidaklah besar , cukuplah untuk kami sekeluarga menikmati hasilnya. Sekarang ini, adik yang bongsu ( sementara tunggu keputusan SPM )tolong ayah petik kelapa sawit. Walaupun ayah sudah bersara..namun ayah masih ada kontrak kerja dengan kerajaan di Putrajaya. Sesibuk mana pun ayah...kebun tidak akan dilupakan. Itulah minat ayah yang kami tidak boleh ubah.

*Pokok langsat yang ayah tanam


*Ayah juga latih cucu lelaki ayah pergi kebun. Ayah dan Syafi.

Sekarang ayah ada hobi baru. Bila nak raya..ayah jual daging kat tepi jalan Muar-Parit Bunga. Ayah suka kerja-kerja macam ni. Ayah akan ajar anak-anak ayah buat kerja-kerja ni...

*Ayah dengan Aril jual daging

Ayah juga suka melancong. Sewaktu kami kecil..ayah sering bawa kami berjalan-jalan. Semasa jalan-jalan kami wajib bawa buku dan kami wajib tulis karangan berkenaan ekspidisi kami. Ayah suka geografi. Ayah akan tunjuk ajar kami tentang geografi. Ayah bawa kami masuk gua , masuk hutan , camping. Ayah akan suruh kami pegang ulat....carik daun kering...ayah akan terangkan pasal pokok-pokok. Itulah ayah.....bukan jalan-jalan kosong.


*Ayah....ke mana sahaja , kami perlu bawa buku. Cucu juga tidak terkecuali...



*Ayah,emma,Fik,Syafi,Mama,saya - London 2008


*Ayah ngan Fahmi- Medan - 2009

*Ayah,mama,ayuni,saya - Holland 2009

**************************************

Nama ayah agak pelik MOKHY. Masa sekolah rendah , ada kawan ejek nama ayah ..tapi kami tak pernah marah. Ayah pesan..jangan gaduh dengan orang . Ya..itulah ayah saya , MOKHY SAIDON . Berketurunan jawa . Arwah atok berasal dari Lampung , Indonesia . Arwah atok naik tongkang dengan mbah dari tanah seberang datang ke tanah melayu.....teroka tanah di Sengkang , Bukit Gambir , Muar.. Ayah dilahirkan di Sengkang pada 10 Mac 1952.Ayah anak ke 5 dari 7 beradik.

Masa ayah kecil..ayah selalu sakit. Ubatnyer? ayah perlu dibuang . Mbah buang ayah kat pokok pisang belakang rumah atok. Wak man dan adik beradik ayah ..selalu cerita pasal ayah kepada kami . Kemudian..ayah dikutip oleh arwah Mbah Minah . sejak dari situ..sakit ayah mula baik , ayah dijaga oleh Mbah Minah di Klang, Selangor.

Mbah dan atok rindu ayah. Lalu..setelah beberapa tahun , Wak Man pergi ke Klang , ke rumah mbah aminah untuk ambik ayah semula. Mulanya..wak man kata ..nak pinjam sahaja. Tapi ..wak man menangis apabila tengok ayah dijadikan budak pengembala kambing di rumah Mbah aminah. Ayah tidak sekolah. Wak Man bawa ayah balik ke sengkang . Ayah disorokkan di rumah arwah Mbah Poyeng kerana dikhuatiri mbah aminah akan ambil ayah semula.

Bermula episod hidup baru ayah di Sengkang . Atok menyekolahkan ayah di sengkang. Saya tidak ingat di mana ayah sekolah menengah..tapi rasanya di Sek MEn Sultan Mahmud Iskandar , Sg. Mati. Rezeki ayah...ayah ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Ekonomi di UKM yang pada ketika itu masih menumpang di UM, PJ. Ayah satu-satunyer adik beradik yg berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading . Kemudian , kami ikut ayah pergi sambung belajar di Jepun. Alhamdulillah ,berkat usaha arwah atok dan abang-abang ayah menyekolahkan ayah, ayah berjaya dalam profession ayah.
* Udin, Ayah , wak man & abang nazir ( anak wak had)

Ayah dibuang & dikutip. Sehingga ke hari ni..semua sepupu saya panggil ayah saya PAMAN TIP ( TIP=kutip ). Ini semua untuk mengingatkan sejarah ayah.....betapa specialnyer ayah.

****************************************

*daddy, fik,aril,udin,pahmi,ayah,ajmal,syafi,emma,mummy,ayuni,mama.

Ayah....kami bersyukur menjadi anak ayah. Alhamdulillah ..kini kami adik beradik telah berjaya dalam bidang masing-masing berkat doa ayah. Mungkin ada rasa sedikit kecewa di hati ayah.....tiada diantara kami yang bergelar doktor perubatan ..tetapi ayah tetap menyokong keputusan kami. Saya sendiri memilih untuk tidak mengisi tawaran perubatan di UIA. Adik yang keempat pula..bukanlah tidak layak menjadi doktor memandang keputusan yang sangat sangat cemerlang..tetapi itu bukan minat adik. Ada diantara kami ditawarkan scholarship Petronas..tetapi kami tolak secara baik dengan memberi sejuta alasan yang munasabah kepada ayah. Ayah..terima kasih kerana memahami kami. Walau tegas..ayah masih boleh berkompromi.



* Ayah dengan menantu baru, Elly- 6 Mac 2010. Ayah,Ajmal, Elly

Kami sangat terharu..ayah tidak pernah memilih menantu dan bakal besan ayah. Ayah tidak mementingkan darjat apatah lagi status, "miskin kaya, ayah tak kisah", kata ayah. Semuanya ayah redha dan terima dengan hati yang terbuka. Cuma ayah berpesan , sebelum berkahwin , persiapkanlah rumah dan kenderaan untuk keluarga. Alhamdulillah.....berkat tunjuk ajar dan nasihat ayah, adik-adik saya berjaya menyediakan keperluan asas itu untuk isteri mereka sebelum mereka berkahwin.

Memandangkan saya anak tunggal perempuan , tidaklah saya perlu menyediakan rumah . Cukuplah dengan penerimaan suami saya terhadap saya. Ayah tidak meletak harga hantaran . Ayah sangat sangat berpesan kepada saya ..jangan sesekali menetapkan jumlah hantaran daripada suami saya.Yang penting..ayah mahu suami saya jaga saya sebaiknya.Ayah mahu anak-anak ayah hidup bahagia. Redha ayah itu..bahagianya terasa hingga kini dan mudah-mudahan hingga ke syurga.Amin.

*Daddy,mummy,nenek,ayuni,atok. Daddy...satu-satunya menantu lelaki ayah. Terima kasih ayah.



*******************************************




"Atok..I cant wait to meet you this April." kata ayuni
"Okay..atok dah ambik cuti nak ambik adik kat KLIA".balas ayah.

Atok...adik minta maaf ..sebab adik tak dapat hadiah cemerlang minggu lepas di sekolah melayu . Adik cuma dapat saguhati. Adik tak faham bahasa melayu. Adik tak tahu apa itu ujian . Nanti atok ajar adik yer.....


"Adik...adik...." setiap kali pulang dari kerja..ayah akan mencari ayuni , yang dipanggilnya adik.


* Ayah suka bawa cucu naik motor kapchai...(Ayuni n Ajmal)

Ayah memang rapat dengan ayuni sementelah kami tinggal sebumbung dengan ayah sejak kawin.
Ayah dokong..ayah peluk..ayah cium...ayah dodoi Ayuni....ayah tido dengan Ayuni.


Ayah lah yang menjaga saya dan ayuni sementara daddy menghabiskan master...
Ayahlah yang teman saya dan suami sewaktu saya berjuang dibilik operation melahirkan ayuni....
Ayahlah yang berusaha carik ikan haruan semasa saya berpantang....
Ayahlah yang bersusah payah petik mata kucing untuk Ayuni...
Bila rindu..Ayah datang sini..jenguk Ayuni
Bila rindu...ayah hantar parcel untuk Ayuni
Bila rindu..ayah suruh mama telefon Ayuni
Ayah titip doa untuk kami...
Ayah..moga kami menjadi anak-anak yang beriman dan soleh...

* Ayah pujuk Ayuni....

**************************************
Tiada ungkapan terindah untuk ayah tercinta.

Ayah....the best dad ever in the world. Anon sayang ayah!
Happy birthday ayah & terima kasih atas segalanya.



9 comments:

shasha leeds said...

such a sweet entry dedicated to ur dad...

moga Allah pjgkan umur nya.

nnt balik msia...kalo ada time..singgah laa kajang.

Anonymous said...

happy, sebak, tersenyum bila membaca coretan ayah akak..yg akak karangkan.. :-)

anon suria said...

sha: insyaAllah. ada rezeki kita jumpa. thanks sya for the doa. moga ayah dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik.

comel: tiba-tiba rindu ayah...tu yang buat entry untuk ayah. thanks.

Zuraimah Ismail said...

so sweetttttttttttttttttttttttt
tetibe CT pun duk rindu ayah....do treasure the moment anon, nanti tiba masanya' u'll be missing him alot...just like me..:)

anon suria said...

ct: thanks. Ya..Al-fatihah untuk arwah pakcik ismail.

hanim said...

mcm sedihla plak bila baca entry makcik yang ni..huhu

anon suria said...

hanim:thanks drop blog makcik yg ntah apa-apa ni. kerja org tak der kerja..he he.nanti jemput dtg kenduri kawen kat umah mak makcik 10 april yer...

Md Shah, N.S. said...

Satu catatan yang sangat nostalgik. Saya doakan semoga keluarga Mokhy Saidon sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

Sahabat saya Mokhy ini sangat baik orangnya. Kami mengajar di sekolah yang sama dan kemudian berkhidmat di Bahagian yang sama di Kementerian Pelajaran.

anon suria said...

Uncle Md Shah: Terima kasih berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini. Ya..saya masih ingat ayah pernah sebut nama uncle ketika bercerita tentang kerja. Semoga uncle sekeluarga sihat. Salam Maal Hijrah.