Monday 5 December 2011

'kasut'

Hari minggu..hari Sabtu yang lepas..saya dan Ayuni menonton Cerekarama bertajuk 'Kasut' lakonan mantap Fauziah Nawawi. Cerita ini sangat-sangat memberi pengajaran erti hidup susah...sehinggakan nak beli kasut sekolah pun tak mampu. Kesempitan hidup yang teramat lagi terjerat dek kerana terpaksa membayar hutang 'lintah darat' kampung. Nak tau cerita..gilah tengok kat Malaymoviefull.blogspot.com. Sangat sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.

Cerita sedih ini beberapa kali juga mengundang airmata saya gugur membasahi pipi. Fikiran melayang teringatkan mama saya sewaktu zaman sekolahnya - Tidak Mampu beli kasut sekolah. Keluarga mama bukan orang senang...arwah atok bekerja kampung..tanam nenas..ambil upah tanam pokok kelapa sawit. Upah sepokok adalah 20 sen. Ketika itu zaman 60-70 an.

Bila lihat cerita 'kasut'...'si kakak' terpaksa tampal kasut sekolah dengan getah selipar jepun...begitu jualah mama saya, yang terpaksa tampal kasut dengan getah untuk menutup kasut yang berlubang.

'mama kau dulu....pergi sekolah pakai kasut bertampal...'...kata Cik Ni, adik mama,pada kami dengan nada sedih. Dulu-dulu kasut sekolah diperbuat dari getah..bukan kain canvas macam sekarang.

Dengan kasut bertampal getah, mama gagahi berjalan kaki ke sekolah. Tidak ingat sama ada mama ada basikal atau tidak. Rasanya tiada. Agak jauh jugak sekolah rendah bukit kapar dengan rumah atok.

Habis darjah 6,mama mahu meneruskan persekolahan menengah, nenek pun berkata pada mama' perempuan belajar tinggi-tinggi pun akhirnya masuk ke dapur jugak'. Saya rasa nenek berkata begitu kerana mengenangkan kesusahan hidup...banyak kos yang terpaksa dibayar jika mama masuk sekolah menengah. Mak long, kakak mama terpaksa melepaskan tawaran ke Sekolah Tun Fatimah kerana arwah atok sangat tidak mampu untuk menanggung pembelajaran mak long. Duit tambang bas pun sangat susah nak kumpul.

Akhirnya ,arwah atok berjumpa guru besar untuk bertanya pendapat. Saya ingat sangat cerita ini..mama cerita pada kami bagaimana mama boleh terus bersekolah. Nasihat guru besar telah membuka pintu rezeki buat mama , sudah tentu dengan doa dan keizinan Allah jua.

Alhamdulillah mama diberi peluang untuk terus bersekolah hingga ke sekolah menegah dan seterusnya berjaya memasuki UKM. Mama wanita melayu pertama yang memasuki universiti di kampung Bukit Kapar ketika itu.

Selain arwah atok, adik mama Cik Ri yang menanggung keluarga dan mama belajar.Ketika itu, Cik Ri bekerja sebagai tukang sapu sampah di Majlis Perbandaran Klang. Sekarang Cik Ri menjadi pemandu peribadi seorang bekas menteri besar disamping berniaga makanan di warung di Bukit Rajah Klang.

Kehidupan sangat susah keluarga mama betul-betul memberikan keinsafan kepada saya. Walau susah...berusaha juga untuk ke sekolah. Walau susah..mama akan pastikan pakaian sekolahnya bersih. Walau susah...arwah atok sentiasa membantu orang kampung selagi terdaya. Semuanya ini membuat jati diri mama begitu kuat.

...............................................................................................................................................

Kerana saya sudah biasa dengan kehidupan susah keluarga mama dan ayah....Alhamdulilah saya tidak kekok untuk bergaul dengan keluarga suami saya yang saya kategorikan susah pada masa kini. Setiap hujung tahun..anak-anak saudara di Rembau akan dapat bantuan kasut sekolah. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat jua mengurangkan beban ibu bapa mereka- kakak, abang dan adik ipar saya. Setiap kali ke kampung...pasti ada sahaja yang membuatkan hati ini ' tidak sampai hati'. Mana mungkin boleh memandang kesusahan didepan mata!

Sudah lama saya tidak membelikan kasut raya buat anak saudara di Rembau..Faizul,Farid,Fatehah,Raudah dan lain-lain...........Teringat betapa gembira mereka bila kami bawa ke kedai pekan Rembau untuk beli kasut.

Sudah lama saya tidak ke pasar Rembau untuk membeli ketam,udang,sotong untuk dimasak dan makan bersama-sama di rumah pusaka............

Sudah lama saya tidak membawa KFC....satey...yogurt..jus buah-buahan ke kampung.

InsyaAllah...makcik dan pakcik akan balik Malaysia tak lama lagi...dan makcik berazam nak bawak anak-anak saudara makcik makan di Pizza hut. Sungguh! terngiang-ngiang kata Farid ' makcik..kita tak pernah makan Pizza hut'.Mmmmmmmm...

......................................................................................................................................................

Semalam saya sambung packing barang . Saya terjumpa 2 pasang kasut Clarks saiz 12 1/2. Kasut Ayuni yang saya sendiri lupa bila saya beli. Sepasang berwarna hitam dan sepasang berwarna merah.

'Alamak Ayuni....mummy lupa ada kasut ni. Nasib baik boleh pakai. Nanti pakai. Kalau tak nak...mummy bagi orang'.

Betapalah saya membazir. Selalu berlebihan bila membeli pakaian anak-anak.

Tapi sempat jua suami saya mencelah ' nanti boxing day..cari lagi kasut untuk raya'.

Saya balas 'tak payahlah...hari tu dah beli sorang sepasang kasut raya Timberland untuk Ayuni dan Ayna'

Bagi suami...dia tidak mahu anak-anak berasa tidak selesa...tidak mahu anak berasa susah seperti mana dia susah dulu-dulu.
Bagi saya.....kadangkala kesusahan itu membuatkan diri kita lebih insaf kerana kita selalu alpa.

Terus saya berkata kepada Ayuni...'ingat tak cerita 'Kasut' tu....nak dapat kasut sekolah pun sangat susah...'

Ada orang nak beli kasut di kedai apek pun susah...ada pula yang mampu beli berjenama...siap memilih lagi.

Kita? bagaimana? Sesekali kena tunduk ke bawah memandang rumput di bumi.


Monday 14 November 2011

Penat

Sesungguhnya otak saya penat....penat.....banyak sangat yang saya fikirkan.

2-3 hari ni saya banyak menghabiskan masa saya atas katil..sambil menonton tv dan juga berfb...melayan anak-anak. Cuba merehatkan otak yang kusut. Kain baju saya biarkan tidak berlipat..semuanya di'gunung'kan dalam bilik komputer. Tiada mood.

Suami saya pun tidaklah mem'bebel' kenapa dibiarkan sahaja gunungan baju itu. Mungkin jelas nampak wajah saya risau. Penat.

Pagi ini..saya sudah set kan goal ' things to do', seperti biasa setiap hari mesti ada azam nak buat apa. Sebagai surirumah..list banyak kepada perihal kerja rumah. Hari ni kemas bilik ayuni , esok packing, lusa kemas stor, tulat kemas bilik komputer. Ruang yang saya kemas hari-hari hanyalah bilik tidur dan dapur. Bila otak penat....badan pun jadik x aktif nak buat kerja.

Hari Sabtu dan Ahad semalam..suami banyak habiskan masa di lab. Pagi tadi..mood nyer agak baik...mungkin agak berpuas hati dengan kerja lab dihujung minggu. Sambil baca buku , boleh pulak dia borak-borak.....sambil buat lawak dengan saya. Lazimnya waktu pagi...tak sempat dia nak buat lawak ngan saya sebab asyik mengadap laptop buat kerja sebelum ke school pukul 11-12 tgh.

Saya pulak masih terkulat-kulat memandang borang-borang Education Malaysia yang perlu diisi hanya semata-mata untuk mendapatkan surat Kedutaan bagi kelulusan Cuti tanpa gaji saya. Tengok borang pun saya dah rasa penat. 'things to do' kedua pagi ni ialah..saya nak hantar email penting kepada seorang rakan di Malaysia.

Disebabkan otak saya penat...2 perkara itu pun saya terhegeh-hegeh nak buat.

Akhirnya.............................kedua-dua perkara tersebut suami saya yang selesaikan. Dia yang isi borang-borang tersebut tanpa sebarang rungutan. Dan dia jugalah yang membina ayat untuk saya tulis dalam email tersebut.Saya dah curik masanya hampir 1 jam untuk selesaikan masalah saya. Betapa lah tidak efficientnya saya. Semuanya kerana penat?

Ya ampun..siapa yang sepatutnya tolong siapa ni? dalam dia sibuk hal-hal studynya..masih sudi nak tolong saya. Betapa insafnya saya....hu hu hu. Nasib baik saya dah siapkan air kopi atas meja untuknya..kalau tak lagi rasa bersalah.

Now...masa untuk selesaikan perkara ke-3 untuk hari ni. Lipat baju!!!!!

Alahai......penatnyaaaaaaaaaa. Belum tengok baju dah terasa penat.Habis pahala setiap kali mengeluh. Kena lebih banyak insaf saya ni.

Friday 4 November 2011

Chapter 6 , dia dan phd

Hari ini..sebelum en abang ke school...dia mahu membuang sesuatu...tiba-tiba menyapa saya.
'Nak guna tak kertas-kertas ni?'
'Aaaaaaaa..boleh jugak. Boleh guna untuk sumbat sumbat kotak untuk packing'.

Saya pun ambil kertas-kertas tersebut. Mmm...rasa sedih pun yer nak guna kertas ni untuk memacking. Tapi dalam masa yang sama en abang tak mahu lagi kertas kertas tersebut. Bukan apa..takut confuse..bercampur dengan kerja-kerja yang lain. Itulah kertas kertas yang mengandungi draft thesisnya...

Sudah agak lama jugak..saya memerhatikan en abang saya buat kerja. Dan agak lama jugak saya lihat..setiap hari dia mengedit chapter 6.

Lalu saya tanya;

'Thesis abang ni berapa chapter?'
'6-7 chapter'.

Mmm..dalam hati saya macam seakan agak lega seolah -olah thesis dah nak ke penghujungnya.

Tapi tidak...ia hanyalah draft thesis. Chapter 6 tidak bermakna PHD nya sudah sampai ke penghujung jalan. Masih banyak lagi sebenarnya yang terpaksa dia harungi termasuklah satu eksperimen yang masih berjalan.

Masih ada eksperimen?

Ya . Out of control. Teringat kata-kata seorang teman saya..PHD ini banyak bergantung kepada rezeki. 90% adalah LUCK..! betul..saya mengakui...walau telah berusaha..buat yang terbaik namun terlalu banyak faktor yang menyebabkan PHD ini terpaksa melebihi tempoh yang sepatutnya.

Saya tahu cara kerja suami saya....saya sendiri tidak serajin suami saya dalam bab-bab pelajaran. Malah Dissertation master saya pun banyak yang suami saya tegur dan guide....kadang-kadang marah juga pada saya kerana saya ada sedikit sifat 'M' . Kadang timbul rasa kasihan..malam bersengkang mata, balik kerja..terus jer on laptop buat kerja..paling x sampai hati kat tempat kerja cleaner waktu petang pun ...dia akan mengarang thesisnya. Nanti balik dari kerja..apa yang tertulis kat kertas akan dicopy ke laptop. Hujung minggu.lepas kerja cleaner pagi terus ke lab...sambung buat kerja sebelum melayan anak isteri keluar. Hu..betapalah...

Satu yang saya dapat katakan..PHD sangat berbeza dengan Master.
Master tidak banyak berbeza dengan Degree .

Kepandaian...bijak...mungkin bonus untuk mereka yang menyambung PHD tetapi ia bukanlah kayu pengukur kejayaan. Berpengalaman dalam sesuatu bidang? Pensyarah yang selalu buat research? lulusan luar negara? Itu adalah pakej yang sitimewa namun tidak semestinya pakej itu akan memberikan laluan yang mudah. Its a LUCK! LUCK!LUCK!

Jika tidak kerana research methodology dan equipment..faktor lain seperti human factor pula yang menjadi penyebab. Yup...beruntung orang yang habis PHD dengan bantuan SV yang sama-sama tolong buat writing..tetapi ada juga SV yang mempunyai masalah dengan pelajar. Ini lah jugak dikatakan LUCK. Bersyukur en abang tidak mempunyai masalah dengan SV setakat ini...namun masih belum habis?

Itulah saya katakan tadi..LUCK.

Jangan bandingkan dengan orang lain [ walau kadangkala saya bandingkan juga] , dalam banyak-banyak jurusan...saya dapati jurusan Engineering lah yang paling banyak dugaan dalam membuat PHD. Bukan saya nak kata en abang saya seorang engineer tetapi ini adalah pemerhatian saya di sini...di university of Sheffield.

Rata-rata rakan -rakan yang pulang..yang masih terdapat lagi sisa perjuangan adalah rakan-rakan dalam jurusan engineering. Saya dapati jugak bidang architecture juga adalah bidang yang agak sukar. Ini pada saya...pada pendapat saya.

Walaupun bidang perubatan adalah bidang yang sukar semasa degreee..[nak ambik medic pun susahkan? ]..namun alhamdulillah..rakan-rakan saya yang menyambung PHD atau specialist dalam perubatan nampaknya ramai yang berjaya . Faktor kepandaian mereka juga turut mendorong tapi yang saya nampak perbezaan adalah dari segi research ,experiment , analisis data yang dibuat dalam bidang perubatan adalah sangat berlainan dengan engineering...(kalau saya discuss ngan suami saya pasal research..umpama cakap ayam dengan itik). Lagi satu bidang perubatan allied health banyak menggunakan questionaire untuk pengumpulan data berbanding engineering yang banyak bergantung kepada eksperimen.

Saya belum melalui PHD..tetapi pengalaman sikit saya semasa membuat master research allied health ...dan cerita-cerita rakan-rakan yang membuat PHD perubatan / allied health membantu saya dalam membuat penilaian yang amat CETEK ini.

Orang akan berkata pada saya ' PHD ni lain Su....hanya orang yang dah melalui akan tahu ' [ saya tahulah saya belum buat PHD..]...tetapi tak salahkan saya nak bagi pendapat?


Saya percaya setiap bidang dan jurusan ada liku-liku nya tersendiri. Saya tidak menafikan kerana saya sendiri adalah dalam bidang yang berbeza dengan suami saya.


Saya amat berdoa...semoga PHD suami saya ini akan sampai ke penhujungnya. Biar lambat asal selamat. Tidak mengapa...bila atau kapan akan habis PHD nya..yang penting semangat untuk terus menyambung research dan thesisnya tidak luntur walaupun nanti kami sudah pulang ke tanah air.


Bagi mereka yang belum habis perjuangan..tidak perlu malu jika belum selesai.[ Eh jang...ekau tak habis belajar lagik jang..jang oh jang]. Tidak habis bukan bermakna tidak bijak. Orang yang dah habis PHD pula bukanlah bermakna mereka sangat hebat [mereka memang hebat!] tetapi rezeki mereka yang sangat baik. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki dan luck yang baik untuk mereka..... tetapi jangan lupa bukan mudah mereka nak menggengam PHD....kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak BERUSAHA+TAWAKAL.


Sama-samalah kita berdoa untuk semua.....


Chapter 6..chapter 6....ayuh teruskan beri semangat kepada en abang. InsyaAllah kejayaan menanti dihujung sana. AMINNNNNNNNNNNN.


Hanya mampu melihat. Nak tolong memang tak tahu. Kalau saya pandang ni..mesti saya teringat anatomy otak. naper ntah.


Ya Allah..permudahkanlah urusan suamiku.
Sebagai seorang isteri..kerisauan tetap melanda.

Monday 24 October 2011

Ingatan buat mummy

Salam...dah lama sungguh tak update blog. Banyak cerita nak cerita tapi tak terluah dalam coretan blog ini. Sepi....sepi...sesunyi tuannya yang keboringan. Boring. Bohsan. lantar terus menelefon kawan-kawan yg sudah pulang ke Malaysia.

Sekrang ni cuti sekolah..cuti autumn tapi kami tak ke mana-mana. Duduk sajer dirumah..buatlah apa-apa yang patut. Walaupun sekolah cuti tapi madrasah ayuni tetap berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah dah sebulan lebih Ayuni ke madrasah. rasa syukur yang tidak terhingga..Ayuni dah semakin lancar membaca Qaedah [ muqaddam] dan sudah lancar membaca bacaan dalam solat. Solat pun dah mula menjadi rutin harian nya. Syukur. Bila melihat Ayuni berlari-lari anak ke madrasah terasa sayu sungguh hati saya.....gembira dan terharu. Dapat juga peluang mengaji di bumi orang putih ni. sekurang-kurangya balik malaysia nanti tidaklah ketinggalan jauh. Tapi apa yang lebih penting adalah pengisian rohani itu sendiri.

Tadi nak ambik gambar ayna yang tengah bermain dengan Ayuni. Tiba-tiba Ayuni lari..tak mahu gambar diambil. Cepat-cepat dia lari ambil tudung. Saya kata..tak per lah...ok jer tak pakai tudung. Ayuni berkeras tidak mahu. Dia mahu bertudung.

saya pun tanya..' Why you want to wear scarf?'
ayuni jawab:' I just want to'
saya tanya lagi agak keras;'WHY? '
ayuni balas: ' Imam told us to wear hijab'.

Walaupun bukan itu jawapan yang saya mahu....tapi sekurang-kurangnya peringatan Imam Madrasah itu 'terkesan' jua di hati nya.

Tersentak dengan kata-kata Ayuni satu ketika ' But why sometimes..when I want to wear tudung..you not allow me?'..membuatkan saya terfikir dan insaf.

Saya terpaksa akur dengan kehendak Ayuni...walaupun saya sendiri sebenarnya masih mahu dia bergaya dalam keadaan free hair selagi dia belum baligh.Kerana saya tak mahu bila besar nanti Ayuni komplen tak mahu pakai tudung sebab belum puas free hair. Tetapi dalam Islam...adakah perkara yang baik malah wajib perlu ditangguhkan walaupun usia masih setahun jagung?

Bukan senang untuk membesar dan mendidik anak apatah lagi di negara asing ini yang rata-rata bukan beragam Islam. Saya patut bersyukur diberi peluang menghantar anak ke madrasah yang mendorong Ayuni berubah secara positif in islamic way. Tanpa paksaan saya..semuanya kerelaan Ayuni.


"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59)



Semoga Ayuni menjadi anak yang solehah penyejuk hati mummy dan daddy. Saya harap Ayuni akan sentiasa ditetapkan iman, dipelihara oleh Allah dan kekal bertudung hingga akhir hayat. Amin.

Inilah secebis ingatan buat mummy yang alpa....

Wednesday 24 August 2011

kau pergi jua..Al-Fatihah.


24 August 2011

Pagi tadi selepas sahur saya tidur semula. Dalam tidur saya bermimpi berjumpa baby Iman. Mungkin kerana asyik memikirkan baby Iman....ia terbawa-bawa ke alam tidur.Jelas wajah baby Iman walaupun saya sendiri belum melihat walau sekeping pun gambar baby Iman.

Ring...ring..telefon berdering. Jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Panggilan dari mak saya....message yang pendek tetapi sangat jelas.
'anon dah tau ker..?baby Aril dah tak der. Baru jer ni...mama on the way ke hospital'.

REDHA. Tidak sangka..mainan mimpi tidur saya ingin menyampaikan berita sedih buat saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Isnin...kawan baik saya dihospital Ampang sempat membelikan hadiah sepasang baju untuk baby Iman. Saya cepat-cepat menghubunginya untuk sampaikan hadiah saya itu kepada baby Iman. Saya cuba sedaya upaya saya...sekurang-kurangnya saya tidak rasa galat..walau saya jauh beribu batu..namun ingin sekali saya hadiahkan kenangan buat baby Iman.

Hari Selasa...adik kedua saya, Fik datang menziarahi baby Iman sambil membawa makanan berbuka untuk Aril. Isteri aril..sempat memberikan baju pemberian saya kepada Fik untuk dibasuh sebelum dipakaikan untuk baby Iman.

Malam itu saya call fik....Fik belum tidur kerana menuggu basuhan baju baby Iman untuk diserahkan kepada Aril keesokan paginya.

Saya sendiri tidak pasti Iman sempat atau tidak memakai baju biru pemberian saya. Tidak mengapa Iman....Allah lebih menyayangimu. InsyaAllah pakaian yang lebih indah menantimu di syurga. Walau Mak Anon tak dapat bersama-sama Iman semasa saat akhir hayatmu...percayalah Mak anon sangat-sangat sayangkan kamu dan sentiasa ikuti perkembanganmu sejak dari dalam kandungan. Sangat ..sayang! Moga sayang Mak Anon ini dapat dirasai baby Iman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukanlah kakak yang zalim. Saya cuba fikirkan bersama yang terbaik untuk Aril dan isteri. Fizikalnya...baby Iman sangat sempurna.Dari scan pertama...ada sedikit masalah di bahagian kepala. '0 % survival'..kata pakar Gynae. Gugur atau teruskan kandungan adalah suatu yang amat sukar untuk dibuat keputusan.

Saya adalah antara orang yang paling kuat mempengaruh untuk teruskan kandungan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menikmati saat indah bergelar bapa.Tiada niat lain melainkan mahu..adik ipar saya menyelami perasaan keibuan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menatap zuriat mereka. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya tidak diselubung rasa kesal bila sudah tua kelak.

Alhamdulillah...baby Iman sangat mudah dilahirkan. Tidak menyusahkan ibunya. Iman lahir secara normal. Pastinya ia sesuatu pengalaman yang cukup indah untuk seorang yang bergelar ibu. Saya sendiri belum ada rezeki untuk menikmati melahirkan bayi secara normal.

4 hari..sudah cukup meninggalkan kesan mendalam buat adik saya detik pertama seorang bapa. Syukur Aril diberi peluang mengazankan baby Iman...menggendong..membelai....memakaikan baju...menyalinkan najis...mengalunkan bacaan Al-Quran...Sesiapa sahaja pasti akan meruntun melihat pengorbanan adik saya selama 4 hari 4 malam menunggu dan menjaga baby Iman...tiada juadah istimewa untuk berbuka dan tentunya tiada tidur yang lena.

Bertemankan mesin oksigen dan jantung...beep..beep..yang semakin hari semakin kurang bacaannya. Apakah perasaan...bila mengetahui anak sulungnya itu akan pergi meninggalkannya...selamanya...hanya menunggu waktu dan tika...setiap detik adalah detik cemas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat sukar untuk diluahkan segalanya dicoretan ini. Tidak dapat saya bayang..betapa hiba dan pilu adik saya melalui ujian getir ini...baby Iman menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan ibunya, disisi adik saya lebih kurang pukul 4 ptg waktu Malaysia. Baby Iman kemudian dikafankan..disembahyangkan..dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras.

Percayalah zuriat ini adalah amanah Allah. Walau apa pun ujian yang menimpa..terimalah dengan redha. Kita tidak tahu...akan adakah lagi zuriat untuk kita? atau mungkin ini yang terakhir? Saya berdoa agar adik saya diberi kekuatan...dan moga-moga Allah berikan yang lebih baik buat dirinya.

Aril & Elly....insyaallah baby Iman tenang disana.
Bersabarlah....Redha...Allah menyayangi orang-orang yang bersifat sabar.

Untuk anak saya Ayuni dan Ayna..ingatlah...kamu berdua ada sepupu yang suci bersih ,sangat sayangkan ibubapanya...yang akan memimpin ibubapanya kepintu syurga...insyaAllah. Itulah baby Iman. Walau kita tidak pernah bersua...namun doa dari kita untuk baby Iman amat bermakna.

Bulan Ramadhan beransur pergi..Kami mohon rahmatmu Ya Allah pada 10 malam terakhir Ramadhan ini . Sudah terasa kehambaran kedatangan Syawal kali ini.Moga-moga kami diberikan kekuatan dan ketetapan iman dalam menghadapi dugaan ini.


Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah buat baby Mohd Iman b Mohd Fahril. [20/8/2011-24/8/2011]

Jua Al-fatihah buat arwah atok saya,Banaji bin Abd Majid yang menemui ilahi pada 8/8/2011 , 8 Ramadhan.

2 insan tersayang meninggalkan kami Ramadhan ini....semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mak anon,
Sheffield.

---------------------------------------------------------------------------------------

Updated, 26 August 2011..Mak Anon baru dapat tatap wajah Iman. Kak Ayuni suka tengok Iman. We love you Iman. Kasih hingga ke syurga.


*Iman dan Aril. Day 2.


* Iman akan memimpin kedua ibubapanya ke syurga InsyaAllah. Amin.

Dari Abu Musa bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila anak seorang hamba meninggal dunia maka Allah berfirman kepada para malaikat-Nya,”Apakah engkau telah menggenggam anak dari hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Ya.’ Allah berfirman,”Apa yang dikatakan hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Segala puji bagi-Mu dan dia mengucapkan istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, pen). Lalu Allah berfirman,’Bangunkan baginya sebuah rumah di surga dan namakanlah rumah itu dengan nama ‘rumah pujian’” (HR. at Tirmidzi)

TQ Elly for this precious photo.

Tuesday 23 August 2011

Seteguk air Secebis roti....

2 Hari lepas..mama call.
' Aril buka puasa kat dalam NICU...dia minum air kosong jer...' kata mama dengan nada perlahan
'Kenapa?'
'Sebab dia cuma boleh duduk kat NICU sehingga jam 10 malam..kalo dia makan..nanti dia ambik masa dan tak dapat pangku anak dia' sambung mama.

Berderai airmata saya.....membayangkan adik saya berbuka sambil memangku anak sulungnya yang sungguh istimewa. Itulah kasih seorang ayah ...tiada batasan. Setiap detik & saat adalah emas bagi adik saya. Selagi hayat dikandung badan...baby Iman itu tidak akan ditinggalkan.

Semalam,
'Aril..macam mana baby Iman?' tanya ku
'Baby makin lemah kak...bacaan jantung drop ...paling rendah 60...'
'Aril..banyak-banyak sabar' kata ku cuba memujuk.
'Siapa salinkan pampers baby?'
'Elly salinkan. Nurse tak berani sebab nurse baru-baru. Aril pun ada salinkan. Alhamdulillah kak..2 hari ni dapat Aril jaga baby'.
'Aril kat mana ni?
'Aril kat restoran depan hospital ni...baru nak makan'. Jam pukul 10.30 malam.

Habis call dengan Aril , saya chat dengan adik yang kedua pula.

'Fik nak hantar makanan..tapi Aril tak nak. Mungkin tak lalu makan' kata Fik.
'Fik tanya aril makan apa? Aril kata dia berbuka dengan roti jer'. sambung Fik...

Aduhai....tak tertahan sebak dada saya. Bukan kerana tiada makan Aril berbuka dengan air kosong dan secebis roti. Tapi....saya tahu..itulah juadah ringkas..yang senang dimakan semasa berbuka sambil memangku baby Iman di bilik khas di NICU.

Sejak Iman lahir pada hari Sabtu 20 Ogos..Aril belum pulang ke rumah. Aril tidur didalam kereta sementara menanti waktu sahur dan menunggu keesokkan paginya untuk kembali ke NICU memeluk dan membelai baby Iman....

Alhamdulillah..ibu dan ayah saya dapat melihat dan memeluk baby Iman pada hari pertama kelahirannya. Selepas itu..tiada siapa lagi dibenarkan melawat baby Iman.

Setiap detik........setiap detik.........amat berharga buat diri Aril dan baby Iman.

Saya mengharap keajaiban Ramadhan. Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ku.

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Sabar Ril..banyakkan berdoa.

Wednesday 3 August 2011

Nikmat

Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 Ramadhan. Puasa kali ini saya rasa seronok sebab tahun lepas x dapat posa sebab berpantang dan yang paling seronok sbb Ayuni puasa bersama-sama kami tanpa dipaksa.Syukur...Ayuni dapat bertahan puasa selama 18 jam pada musim summer ni...tanpa banyak kerenah.


Saya cuma bagitau Ayuni....dia dah 7 tahun..maka kena puasa. Hari pertama dia agak merengek menghitung waktu berbuka...kami kata..cuba tahan. 'Kalau kakak try puasa..nanti kakak dapat nikmat berbuka'. Nikmat? mestilah dia tak tahu apa maksud nikmat....tapi saya kata..tunggu waktu berbuka nanti.


Ayuni menanti dan terus menanti..sehinggalah waktu azan. Alhamdulillah...ayuni sangat gembira dan agak gelojoh juga makan..nak itu dan ini. Sebelum waktu berbuka..semua makanan yang nak dimakan..diletakkan diatas meja. Crisp..Ferrero Rocher..Air kotak...macam-macam. Hari pertama..saya hidangkan cendol..ayuni request. Saya buat Karipap...en abang request. Nasik putih bersama kari ayam dan sup ayam. Saya celur Mee hoon untuk Ayuni.

* First time buat cendol..tengok jer resepi kat Myresipi. Insyaallah jadik...


Habis jer makan mee hoon sup 2 kali tambah..ayuni dah kenyang. dah makan buah...air...dia dah tak larat pun nak makan crisp...he he.


Bila ayuni kata..'full' and tak larat..masa tulah saya kata itulah Nikmat orang berbuka. Walaupun puasa panjang...makan sikit tapi dah kenyang. Orang yang tak berpuasa..makan banyak kali tapi belum tentu kenyang. Itulah nikmat dan hikmah orang berpuasa.


Nampaknya Ayuni semakin matured dan faham. keesokkannya...ayuni meneruskan puasanya. alhamdulillah..


Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmatmu ini...diberi peluang untuk melatih dan membimbing anak ku , moga menjadi hambaMu yang solehah...menunaikan ibadah buat Mu...kau lindungilah anakku dari kejahatan manusia dan syaitan. kau berilah kekuatan iman buat anakku ini..bagi meneruskan puasa ramadhan ini. Aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadik yang lebih baik dari masa lampau.


Amin.


-----------------------------------------------------------------------------------

Puasa tahun ini juga saya terasa kelainan 'nikmat'. Mungkin kerana tahun lepas saya tak dapat berpuasa ..jadi x dapat nak merasakan 'nikmat' puasa. Biasanya bila dah hilang nikmat dan tak dapat kecapi sesuatu....barulah kita akan menghargainya. Syukur saya masih dipertemukan ramadhan kali ini. Semoga saya akan dapat gapai nikmat ramadhan...

Semoga ramadahan kali ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita dari yang sebelumnya.


Tata.

Thursday 28 July 2011

Selamat berpuasa

Sejak 2 menjak ni..saya sering dilanda kebohsanan...bohsan..boring...sumer kerja pun x semangat.

tapi saya harap..Ramadhan kali ini akan buat saya jadik insan yang lebih bersemangat nak buat kerja...yang bersyukur...yang redha..yang tak lupa akan suruhan NYA.

Mohon maaf atas segala salah silap. Salam Ramadhan untuk semua.

Selamat berpuasa !

Tuesday 12 July 2011

Besday Bash

Alhamdulillah...besday bash Ayna n Ayuni dah selamat selesai pada Ahad 10 July 2011 . Actually Ahad tu memang genap usia Ayna setahun. Ayuni pulak kiranya dah belated besday 7 tahun. Besday Ayuni celebrate sendiri kat Italy bulan 4 haritu. Dah 2 tahun kami x buat besday party untuk Ayuni...so tahun ni decide nak buat jugak..since insyAllah ni kira last sambut besday kat UK [ harap-harap next year dah balik Malaysia].

Ayna is 1 ! Ayna good girl..x meragam..main sendiri bawah meja masa mummy masak.



Beberapa hari sebelum majlis..adalah buat beberapa persiapan. D.I.Y lah kengkononnya...Ntah mana datang semangat nak buat mende mende ni pun tak tahulah. Semuanya apa yang terlintas dalam kepala. Do it ..selagi boleh.




Punyerlah semangat...backdrop ni saya buat ngan En Abang dan Ayuni. Ni backdrop lum siap... Material..kertas A4 dan tissue paper..gunting..lekat..gantung guna glue tag.




Paper bag untuk goodie bag..pun kami buat sendiri guna craft A4 paper Ayuni yang selalu bersepah-sepah dalam bilik. Kami buat 50 goodie bag...x cukup..minta maaf kepada yang x dapat.[ maknanya..Sheffield ni masih ramai kanak-kanak yer...;p].




Bila ada anak kecik..tak boleh nak prepare macam-macam. So menu kali ni..nasi beryani , mee hoon singapore dan yorkshire puding. Yang lain ..yang simple simple..buah..keropok..agar-agar santan..dan fries. Itupun keropok ,agar-agar santan & mini burger msia, saya minta jiran yang tolong buatkan . So..kerja saya jadik ringan skit..hanya menyediakan main menu dan lauk pauk. Suami saya pulak handle bahagian BBQ ayam.




Buat BBQ untuk tarik orang dok kat luar..so dalam rumah x lah crowded sangat. Alhamdulillah cuaca pun cerah....[gambo dari undergrad]



Kek pun kali ni tak buat...kami order sajer dari Waitrose. Tak pening kepala. Ayuni pilih nak yang mana..order online n pick up sendiri hari Ahad pagi tu sebelum majlis. Gelas kaca pun kami pinjam Waitrose nyer [ sesiapa yang ada order cake / entertainment Waitrose..mmg dapat pinjam gelas Free]. Ayuni nak cupcake..so ni kira first time saya order cupcake. Besday cake saya nak barbie doll..tapi Ayuni tak nak. Dia pilih Fairy cake sbb ada 2 fairy kat situ...kengkonon tu Ayuni n Ayna. Simple besday cake.


Terima kasih kepada semua orang Sheffield yang hadir. Sangat -sangat terharu denga kehadiran tetamu yang ramai dan memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah ukhwahfillah yang masih bertaut.




Saya budget makanan untuk 60 orang tapi nampaknyer x cukup. Mohon maaf jika ada yang menunggu lauk atau nasik beryani. Cuma agak lega ada menu lain..but still rasa x sedaplah kan if ada tetamu yang menunggu untuk ayam masak serai walaupun lauk lain still ada. Out of control.Mohon maaf atas segala kekurangan.



Kenalah masak lauk tambahan..sib baik ada undergrad tolong. Dalam 20 min..baru top up ayam masak serai yg baru...sib baik kuah ayam buat banyak. So tambah ayam jer.Sementara tunggu ayam..saya keluarkan serunding daging. Paceri nenas dan salad mmg ada lagik.At this critical time..otak mmg kena laju bertindak nak wat per..n camner. [ time ni lah terasa guna skill masa kerja dulu-dulu...;p]




The undergrad really helpful walaupun ramai diantaranya baru first time dtg umah saya. Mereka ni kawan-kawan anak -anak angkat saya...kenal diorang pun masa saya tolong Sofi dan Ila angkat barang dari hostel Opal ke rumah sewa.Adalah lebih kurang 10-15 orang undegrad datang. Saya mmg tak open jemputan untuk undegrad..closed invitation [ Please ...jangan kata saya pergunakan undergrad...diorang sendiri willing nak tolong...bersungguh-sungguh diorang nak tolong..nak asah skill cleaner katanya..sbb depa kerja cleaner time cuti summer ni..].




Gambar memang saya x sempat nak ambik. Kamera ada jer kat tepi tuh. Saya memang dah assigned Envie Studio,Apai dan Dee, jiran kami untuk ambik gambar kami semasa majlis. Sib baik jugak ada budak undergrad tolong ambik gambar...so adalah beberapa koleksi untuk simpanan kami.





Besday Girl Nur Ayna Farzana




Belated Besday Girl Nur Ayuni Farzana





One happy family...

Potong kek..ooopssssssss..mummy please diet semula . Dah naik 3 kg nih..hu hu.



Terima kasih semua! InsyaAllah gambar-gambar lain dari Envie studio akan saya upload kat FB.



Happy Birthday Ayuni n Ayna. Semoga menjadi anak yang soleheh..berjaya dunia akhirat ..penyejuk mata mummy dan daddy. Buat Ayuni..terima kasih atas keputusan SAT exam yang cemerlang [28/30..its ok dear x dapat 30/30 - 100% as teacher pun kata the questions are very hard] dan report akhir tahun yang semuanya above national level [teacher very proud and impressed with you]. Hadiah istimewa buat mummy dan daddy. Teruskan usaha.




Tata

Wednesday 25 May 2011

Cant wait...hati berbunga-bunga

Hati berbunga-bunga..berbunga riang..mak ayah nak datang lagik. Yeay! Alhamdulillah. Harap semua nyer berjalan lancar..tiada flight cancel or delay kerana ash valcano kat iceland.

*kuntuman ros yang sedang mekar di garden saya.....semekar hati saya.

Tetamu istimewa ..yang tersangat istimewa..tentulah mama dan ayah. Teringat blog seorang kawan...kita dituntut untuk meraikan tetamu..hidangkan makanan yang istimewa pada hari pertama. Mmm..tengah berfikir-fikir apakah menu yang saya akan masak untuk mama ayah tercinta. Kalo boleh tak nak menu yang sama seperti tahun-tahun sebelum masa mama ayah sampai. Idea dah ada....insyaAllah jika diizin akan saya masak...adun..kukus...buat sebaiknyer..insyaAllah.

Bila hati girang....mudah sajer urusan rumah dilakukan. Menyambut mama ayah umpama menyambut raja dan permaisuri.Perlu dilayan sebaiknya. Lazimnyer saya akan bersihkan rumah sebaiknyer setiap penjuru.Saya akan pastikan mama ayah saya selesa disegenap ruang rumah saya termasuklah garden!

Pastinyer saya akan usahakan sediakan tempat tidur yang selesa. Cadar seboleh mungkin saya beli yang baru dan basuh sebersihnya. Bila mama ayah tidur..akan terbau-bau wangian cadar. Kali ini..saya hamparkan duvet cream..berbunga lilac yang sangat lembut pemberian seorang rakan. Kemudian , saya bentangkan quilt cover baru berwarna biru muda cream supaya tampak lagi kemas. En Abang saya nampaknyer dah sediakan Quick Cup Tefal di atas meja dalam bilik tidur...agar mudah mama dan ayah nak buat air. Tidak perlu turun tangga untuk ke dapur. [ oh ya..meja belum beralas..perlu dialas...take note please..].

Esok...saya dan en abang akan keluar berbelanja. Beli apa- apa yang patut supaya tidak kelam kabut hari Jumaat. Mama ayah akan sampai pada hari Sabtu tengah hari melalui Manchester Airport..so pagi Sabtu tu kena pastikan everything is ready! Mungkin sedikit penat berkemas itu dan ini.....tapi kepenatan itu tidak terasa sama sekali bila lihat mama dan ayah saya happy. Itulah saya...kelaziman yang dilakukan bila mama, ayah adik beradik nak datang.


[Sayangnyer..kedua arwah mertua saya tidak sempat nak bertandang ke rumah kami. Syukur saya diberi kesempatan untuk jaga arwah ibu mertua saya dan bermalam dihospital seorang diri...berganti dengan ipar duai. Setialah ketiadaan ibu mertua. rumah itu seakan sunyi. Setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung untuk menjenguk arwah ayah mertua. Ayah mertua tidak boleh berjalan-stroke..jadik tidak dapat datang rumah kami. Setiap kali raya..saya akan pastikan en abang saya akan tukar tikar getah seluruh rumah kayu itu. Saya tempah langsir baru untuk rumah itu. Saya minta en abang saya belikan set sofa rotan yang baru buat mereka.Belilah makanan ,apa yang mereka inginkan. Teringat arwah ayah mertua teringin makan epal hijau...Buatlah apa sahaja... janji..mereka gembira. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa terkilan di atas pemergian mereka..kerana telah saya usahakan buat yang terbaik walaupun hanya sedetik cuma. Jika rindu kami akan kunjungi pusara mereka.Al-Fatihah.]


InsyaAllah hari Ahad ini...kami dah start berjalan membawa mama ayah melancong melihat keindahan alam dan tempat orang. Tempat yang diidam oleh mama dan negara yang teringin dikunjungi oleh ayah. Hotel , ticket , van ..alhamdulillah semua dah book. Itinerary telah saya sediakan sebaik yang mungkin. Semalam..sampai lagik satu pamphlet yang dibeli di ebay beserta dengan map untuk rujukan ayah. Saya tahu apa yang ayah saya suka....;p. Semuanya perlu disatukan pada malam ini dalam fail.

Semua orang akan buat yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Selagi ada peluang..marilah kita usahakan yang terbaik buat mereka. Mama dan ayah dah banyak berkorban untuk saya masa saya kecil-kecil. Hanya ini yang mampu saya balas untuk mama ayah ,selagi hayat dikandung badan...meraikan mereka beserta doa yang tidak putus , walaupun saya tahu..apa yang saya buat ini tidak akan sama dengan pengorbanan mereka.

Mama ayah...I cant wait. Semoga percutian family kami ini dipermudahkan. Amin.

Thursday 19 May 2011

Catatan Italy 4 - Pisa hoorey!

Setelah 6 hari berada di Rome , kami check out hotel dan memulakan ekspidisi jelajah Italy. Kami sewa kereta , Europecar. Senang jer....kereta dah siap tunggu kat hotel. Dapat kereta peugeot best..perjalanan pun selesa. Mula-mula agak terkial-kial jugak En Abang nak bawak left hand drive tapi dalam 1/2 jam nampaknyer dah ok.

Perjalanan dari Rome ke Pisa agak jauh lebih kurang 3 jam lalu highway atau 5 jam lalu jalan pantai. Kami memilih laluan highway walaupun hati teringin juga nak lalu pantai. tapi sebab x larat habis masa lama kat jalan...terpaksalah lalu highway yang membuhsankan. Highway kat Italy juga ada tol macam highway Malaysia. [ Motorway UK jugak yang best..tak der tol]. caj tol lebih kurang 12Euro.

Sebelum sampai Pisa...kami singgah Florence , atau dalam bahasa Italy , Firenze. Hari pun dah nak senja...so kami x spend masa lama kat Florence. Makan waffle ngan eskrem jalan-jalan sekitar Duomo. Cantek gak Florence.

*Duomo Florence


Sebelum maghrib , kami dah bertolak ke Pisa. Dari Florence ke Pisa perjalanan hanya 1 jam . kami terus check in Apartment Isola Verde. Sebab dah lewat lebih pukul 8 , reception apartment dah tutup. Kunci apartment kami ditinggalkan di dalam post box. Apartment murah dan selesa. Reccommended. Basic apartment tapi bersih dan mudah nak carik. berdekatan dengan highway dan hanya 10 minit ke Menara Pisa.

Malam tu kami pergi jugak Menara Pisa. saja tengok pemandangan waktu malam . Pisa bandarnya kecil sahaja..tenang dan damai. ala-ala kampung gitu...saya suka.

*Pisa tower at night. Sejukkkkk

Esoknyer...kami pergi lagi Menara Pisa. Hah...memang ramai orang waktu siang. Parking kereta tak susah..banyak jer di luar kawasan menara ni. Yang dekat ngan menara lebih kurang 1.35euro untuk 30 minit. Yang jauh skit 0.40 euro untuk 30 minit. Kami datang hari Ahad...so parking Free.

*gelagat orang kat Pisa Tower

Menara ni condong after tingkat 2 mula dibina. Lepas tu terhenti jap pembinaan....dan disambung semula selepas struktur tanah kembali ok. Kalo tengokkan..mmg ajaib lah. Kalo ikut logik ..patutnyer dah roboh menara tu.


*berlatarbelakangkan menara condong Pisa.

Ayuni nampak kereta kuda lagik! Kali ni kami tanya lagi harga kereta kuda. 30Euro untuk 1/2 jam. Yohooooooo..murah. murah. Terus kami naik kereta kuda keliling bandar Pisa. Pengalaman yang sangat best. Memang best! Sumer pun happy..enjoy. Cuaca pulak cantek sangat. Alhamdulillah.


* Ada ala-ala Kate n william tak? ha ha jauh panggang dari api...

Ayuni ambik peluang naik menara pisa ngan uncle Mail. Harga tiket 15 euro seorang. Kena beli tiket awal dan kena ikut timing. Lama jugak nak tunggu pukul 2.20 pm untuk naik menara..tapi sbb tiket dah beli..kami tunggu jer la. Ayuni x gayat pun naik menara tu. Suka jer dia...

After dah ronda-ronda..kami pun bertolak ke destinasi seterusnyer Venice!

Tuesday 10 May 2011

Catatan Italy 3 - Kau Istimewa




15 April 2011...
Happy Birthday Ayuni yang ke7
Diri mu Terlalu Istimewa..
Ku hadiahkan percutian ini untuk mu..
Hari ini..kami ikut sahaja semua kehendak mu...
Semoga memori ini tidak akan luput dari kotak ingatanmu...

Pagi-pagi..Ayuni dah bangun tidur..
Selesai mandi terus bertanya' Mummy..mana baju baru kakak?'
'Baju baru?'
'Yer la..hari ni kan birthday kakak...'
Hah..sib baik mummy bawak dress baru untuk kakak. Dah lama beli tersimpan dalam almari..nak gi Rome , mummy pun bawaklah dress tu. Nasib baik..nasib baik...If not mungkin Ayuni sedih.

[dalam hati..silap saya jugak setiap kali besday belikan pakaian baru...dah lah dia ingat besday mesti ada baju baru..saya rasa ni satu perkara yang tak bagus..mmm]

Sehari suntuk...kami bawa Ayuni jalan-jalan kota Rome. Malam sebelumnyer..saya dah google 'top 10' tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kami menaiki tube dan banyak berjalan kaki dari satu attraction ke attraction yang lain. Jalan kaki lagi best sebenarnyer sebab dapat menikmati kehidupan dan pemandangan sebenar kota Rome. Kami ke Republica,Del Papolo Piazza , Borghese Park, Stephens Step
*Piazza Del Papolo..dataran melepak..ha ha

*Dari piazza..naik tangga ke atas bukit menuju ke Borghese Park. Ni pemandangan kota Rome dari Borghese Park.

*Dari borghese park..berjalan kaki ke Spagna di mana terletaknyer Stephens Steps. Memang happening.

Hari ni besday Ayuni...makanya..;

Ayuni nak bergambar dengan pramugari..kami tunaikan [ Ayuni tak tahu pramugari tu apa kerjanya..dia tau cantek jer..then kami terangkan pramugari, nampaknyer Ayuni tidak berminat untuk jadik pramugari..;)]

Ayuni nak makan aiskrim mc donald..kami tunaikan [ Jenuh mummy berebut beratur sebab orang Italy x reti disiplin nak beratur..]


Ayuni nak naik kereta permainan ni..kami tunaikan [ budak kecil..memang sifatnyer begitu..pantang nampak permainan..]


Ayuni nak panjat pokok bunga..kami tunaikan [mummy..kakak nak jadik princess..yerla tu..]

Ayuni nak lukisan potret..kami tunaikan [Mummy I really want it. Sib baik dapat harga murah 10euro. If not 30 euro].


Ayuni nak celebrate birthday..kami tunaikan [puas meredah hujan senja semata-mata nak carik restoran halal ni...sedap tapi..............................................mahal].


Ayuni nak birthday cake...kami tunaikan..! [ Sib baik kek tu sedap...beli kat SPAR].


oh..betapa sayang nyer kami dengan Ayuni. Kau terlalu istimewa. Moga-moga apa yang mummy dan daddy bagi buat Ayuni..akan Ayuni terima dengan penuh syukur. Ayuni..moga ayuni jadik anak yang solehah dan berguna. BIla dah besar..jangan lupa mummy ngan daddy.

Mummy bagi hadiah ni khas untuk Ayuni...'My First Quran Story Book'. mummy beli online dari http://www.muslimstickers.com/. Cepat-cepat mummy order supaya sempat dibawa ke Italy. Best buku ni..mummy dah tengok tapi belum habis baca. Simple english dan siap ada reference lagi dari mana cerita tu dipetik dari Al-Quran. Daddy pula hadiahkan sebuah diary. Kenapa diary? sebab itu permintaan Ayuni...

Tapi Ayuni..bukan semua permintaan Ayuni mummy dan daddy tunaikan....[ tengok keadaan ok..]

Ayuni nak naik beskal tu tapi kami tak bagi...
Ayuni nak Nintendo DS..tapi belum tiba masanya kami nak belikan dia...
Ayuni nak Giant Trampoline..tapi kami belum jumpa yang murah..

Sabar lah Ayuni..bukan semua permintaan kita akan ditunaikan. Sebab itu kita kena banyak berdoa dan berusaha supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Amin.

Apapun , birthday Ayuni di Rome adalah hari yang sangat gembira buat kita sefamily..syukur , walau mummy kepenatan...mummy dah cuba usahakan buat yang terbaik untukmu Ayuni...

* candid dari daddy..dalam lif pun mummy boleh terlelap.

We love you so much.

Tuesday 3 May 2011

Catatan Italy 2 - ROME-

Salam semua..

Tika ini , Ayna sedang tidur nyenyak..saya pula telah siap sidai baju..masak sup ayam untuk Ayuni, vacuum rumah dan tibalah masa untuk berhibur di depan Pc ni sambil menikmati air kosong...hu hu [ berat saya naik 2 kg sejak bercuti di Italy].

Selepas suami habis kerja-kerja present , kami pun berjalan-jalan ke kota ROMe keesokkan harinyer [ rabu]. Hati memang excited nak tengok colloseum. Kami naik tube..yang hanya 4 station dari hotel kami. Memang mudah. Kami ambil day ticket berharga 4euro. Cuaca pun best....dan yang paling best.kebanyakkan attraction adalah Free Entrance sebab minggu itu adalah Rome Culture week. Rezki..rezki...alhamdulillah.

Sebelum terlupa..ni link tube di Rome. Sangat senang tubenyer. Ada 2 line jerk..tak macam London dan paris [ saya pening study metro link Paris].
http://www.rome.info/metro/

Colloseum...yeay!


Klasik! Terpegun! Saya suka....puas hati. Itu yang dapat gambarkan tentang colloseum! A must visit kalau ke Rome. Kami mengambil masa agak lama..about 3-4 hrs gak kat colloseum dan kawasan sekitar. Itupun tak habis ronda....tengok dari jauh jerlah.. sbb nak kejar masa rush ke Vatican City.

Pandangan dalam colloseum

Sisa runtuhan dalam colloseum. Musnah akibat gempa bumi beratus tahun dahulu.

Dalam Colloseum pun ada exhibition..banyak patung x senonoh..nampak toot....hu hu

Bergambar dengan Gladiotor luar colloseum..kena bayar 10euro perdewasa..


Dari Colloseum kami berjalan kaki ke tapak sejarah, Palatino. 5 minit jer jalan kaki

Kami rehat di kawasan palatino..dibawah rimbunan pepohon sambil menikmati pemandangan colloseum. Damai..

Ni antara gambar fav saya...suka background tinggalan sejarah tu...

Ayna senang dibawa jenjalan..tidur jerk dalam carrier ni..

Dari Colloseum..kami ambik tube lagik menuju ke Vatican City. Excited ....sebab nak tau sesangat macam mana rupa Vatican City yang terkenal kerana ianya merupakan negara terkecil di dunia!

Kami berjalan kaki ke Vatican City dari stesen Ottavanio. Seronok menikmati pemandangan sekitar....ada tram klasik hijau kat tengah jalan..kiri kanan dipenuhi kedai baju dan handbag. Suka..saya suka.


Jalan ..jalan..jalan...oh..dah nampak laluan ke Vatican City. Memang ramai orang berpusu ke sana!
Kena cross zebra line tu..terus ke Vatican City. Kat Rome susah nak lintas jalan dan kalo jumpa zebra crossing ni ..mmg syukur sesangat.

Sesampainyer di Vatican..memang boleh nampak tembok pemisah antara kota ROme dan Vatican City. Negara kecil ini..terletak hanya dalam lingkungan tembok itu.


bila masuk....OMG! ramainyer orang kat dataran St peter. Semua pun nak masuk gereja Basillica nak tengok keindahan gereja dan lukisan seni sentuhan Michaelangelo. Kami? oooo..tidaklah larat nak beratur masuk gereja. Duduk sajer lepak-lepak di dataran pun sudah cukup puas bagi saya.




Balik dari Vatican City..ha ha..sempat menyinggah beli 'handbag'. Sukalah..sbb handbag nyer leather..buatan Italy. [ bila ke sesuatu negara..saya seboleh nak beli barangan buatan tempatan negara tersebut..]. Ada jugak yang fake..saya belikan handbag D&Guntuk Ayuni ..10euro sahaja.

Kedai handbag jalanan. Peniaga tu India Muslim. Dia mengucapkan syukur yang teramat kerana katanya kami adalah pelanggan pertama yang membeli beg jualannya . Umpama..'miftah' pembuka rezki. Wallauhalam..[teringat kat Turkey pun ada tokey kedai syukur bila kami jadik pelanggan pertama pada hari itu...dia pun berdoa moga ramai lagi pelanggan yang akan masuk ke kedainya].

Kemudian saya masuk kedai pulak sebab nak tambah koleksi designer handbag. Bila dah nak masuk kerja ni..ada sajer handbag yang nak dibeli. Tak perlah kan...buat kenangan dan murah serta berbaloi-baloi. Kali ini saya pilih handbag Valentino kaler putih. Ori lagik ..sajer memilih Valentino ..nama ala-ala Italy gitu. Harga nyer macam handbag saya selalu beli kat Jaya Jusco.

Dunia oh dunia..semua ini hanya sementara. Buat peringatan diri sendiri yang sering tewas nafsu beli belah.

ok...sebelum balik hotel..singgah Termini, pergi restoran halal kebab. Murah dan sedap. Restoran kecil ni terletak kat sebelah B&B..

ni alamatnyer;
Viennese Due Bed & Breakfast Rome
Via Marsala 64
00185 Roma, Italy

Ayuni makan nasi yang disalut mozarella cheese , kemudian dikepal dan digoreng mcm nugget. rasanya mcm nasik tomato..not bad.

Akibat lapar sangat ..makanan lain x sempat nak ambik gambo sebab dah masuk perut. Burp..alhamdulillah.

Balik hotel senang hati...gembira dengan perjalanan hari ini. Jumaat sambung lagik ronda-ronda kota Rome.