Showing posts with label Sharing Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Caring. Show all posts

Tuesday, 26 October 2010

26 Oct & 26 Dec

Semalam..bila saya dapat tahu Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami lagi, terus saya teringat kata-kata kak Yaz..' akak rasa macam ada nak jadik sesuatu lah..tikus rumah akak muncul lain macam. Dah lama tak ada Cik ti '

Kak Yaz bukanlah tukang tilik tetapi dari pengalamannya dan pengalaman orang lain ..lazimnya binatang akan dapat petanda dulu apabila sesuatu akan berlaku.

Walaupun tikus UK jauh dari kepulauan Sumatera..tapi perbualan saya dengan kak yaz , semasa dalam perjalanan 'fruit picking' masih terngiang-ngiang .

Bulan Februari yang lalu..Chile dilanda gempa bumi. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan gempabumi di Chile. Namun, amaran Tsunami telah diberikan..lanjutan daripada gempabumi chile ini.

Apabila kawan saya memaklumkan menerusi FB [ kawan Sheffield yang bercuti di Malaysia] , tentang Tsunami...saya jadik berderau!!!! Berderau!!

Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami pada ketinggian 3 metre , pada 26 October 2010 [semalam] . Kedudukan sumatera adalah hampir dengan Semenanjung, begitu hampir dengan Singapura dan Johor. Pada 26 December 2004 , Acheh yang berada di utara Sumatera dilanda teruk tsunami. Kali ini , bahagian barat Sumatera, Selat Mentawai pula menjadi sasaran Tsunami. Tidak dapat bayangkan apabila kawasan Padang menjadi 'padang jarak ..padang terkukur'. Walaupun tsunami ini dikatakan kecil..namun ia masih tetap bencana yang dahsyat.



photo from:http://www.embassyofindonesia.org/tourism/images/sumatra_map.gif

Apalah daya saya...hanya mampu berdoa, Ya Allah ..ampunkan dosa-dosa kami.

Terus saya menefon adik saya , Udin yang belajar di Johor Bahru ..
'Din , jangan pergi selat tebrau..jangan pergi Desaru..jangan pergi tepi pantai. Pesan sekali dekat kawan-kawan'.

Ketika saya menelefon Udin , dia sedang berada di Stesen Bas Muar ..baru sahaja habis menduduki interview Kementerian Kesihatan di Melaka , mahu pulang ke Politeknik,Johor Bahru. [Melaka,Muar,Johor Bahru-pasti akan rasa gegaran jika tsunami besar melanda Sumatera]. Semasa saya memberitahu Udin, dia belum tahu berkenaan tsunami ini. Mungkin tak sempat nak tengok berita ...dan sibuk menguruskan interviewnya.

Belum pun tsunami reda..diberitakan Gunung Merapi, Yogyakarta akan meletus pada bila-bila masa. Menunggu masa.


Gunung Merapi,Yogyakarta ketika tenang namun aktif
Gunung Merapi, Yogyakarta ketika meletus...

photo from:http://java.uluwatu.org/html/volcano/gunung-merapi/14.shtml

map from:http://www.nationsonline.org/maps/indonesia_map.jpg

Gunung Merapi terletak di Yogyakarta, di kepulauan Jawa. Jika meletus gunung ini..maka berdebu-debulah kawasan lingkaran selat jawa ini.Berdebu-debulah ibukota Indonesia , Jakarta. Sedikit sebanyak, Malaysia [Johor & Sarawak] akan terkena tempias debu gunung Merapi ini.

Apabila gempa datang..kita akan sering ingat akan kelalaian kita. Lalai sebagai hambanya.Kita akan bermuhasabah.

Tetapi..apabila bumi redha...kita alpa , janji-janji kita sebagai hambaNYA. Kita alpa menunaikan perintahNYA. Kita alpa denga dunia.

saya berderau pagi ini.....

Inilah imbasan Tsunami pada 26 Dec, 2004. [ 26 dec- boxing day].
Takut melihat ombak yang memukul pantai...
Moga kita takut dengan azab allah.



Thursday, 11 February 2010

Tara....

Tara..

Boringkan cerita pasal jalan-jalan?
Tak der cerita lain ker?

'Su..best tak gi sana? best tak gi sinun...?'.
'Su .lepas ni awak nak kemana?'
(Bila orang dah tanya...terpaksalah saya jawab.)

Cuba jugak untuk mengelak mana tau ada hati yang terguris, ada hati yang terpendam dan hati yang terendam.

'Eh..Su , buat apa nak balik Malaysia. Biarlah adek kawen tu...kalo sakit ker ..bolehlah balik..'
(Erk....)

'Seronoklah su tak kerja...pastu boleh jalan-jalan, best tak dok umah?'
( soalan cepu emas yang selalu saya dapat.....)

For all the above questions;
Saya hanya boleh jawab;

'Jika diberi peluang...takkan saya nak lepaskan peluang,
Jika suami dah ajak jalan ..takkan saya nak bagi excuse,
Jika suami dah izinkan saya bercuti -cuti Malaysia..haruslah saya bersyukur.'


Saya akan share vacation saya jika ada yang tanya..saya suka reccommend kat orang tempat yang dah saya pergi dan best . Dan jika boleh, saya nak juga kawan-kawan saya , ibu bapa saya dan adik-adik saya dapat sampai ke tempat tersebut. Kalo tempat tu tak best..saya akan cakap tak best.


Saya juga akan share kalo ada sale.
Seperti kata suami saya , ' kalo ada sale tu..suka sangat nak bagitau kawan'
( dah masak sangat ngan perangai saya)
Jawab saya' yerlah..bukan senang nak jumpa sale giler-giler..lebih baik dipaskan berita yang baik ini dari terpaksa bayar mahal untuk beli barang yang sama.'

So kepada kekawan..janganlah terasa bersalah kalo kirim apa-apa kat saya. Saya ikhlas membantu as long as suami saya tahu siapa pengirimnyer....sebab yang akan bayar adalah dia & saya tahu kawan-kawan saya sumer bayar balik. :)

Saya tak kisah..kalo saya pakai handbag kualiti cap lembu , kawan saya juga pakai handbag kualiti cap lembu.Sebab saya suka..apa yang saya ada, kawan saya juga ada.

Saya tak kisah kalo saya tak kenal beg COACH , as long as ada orang ikhlas nak bagitau saya. ( Saya pernah ditertawakan sebab tak tau jenama ni...!).

Bila saya belikan Ayuni kasut..saya akan minta suami saya juga belikan kasut untuk anak sedara saya ( syafi n ajmal). Kalo saya berbaju sutera , saya juga mahu adik ipar saya berbaju sutera. Typical saya dalam family saya.

Kalo saya tak suka..saya tak suka.

Itu memang sifat saya.

Bukankah sharing is caring?

tara..sudah mengarut.

Sekadar luahan biasa....




*koleksi gambar di Gibraltar -day 4- Spain Andalusia.

Friday, 22 January 2010

Open your eyes...

Rentetan catatan saya sebelum ini berkenaan Nabi Musa yang bermohon untuk lihat Allah secara zahir tetapi tidak dimakbulkan oleh Allah...cukuplah sekadar melihat bukit yang hancur. Itu tandanya Allah ada. Cerita itu seperti ada kaitan dengan video klip Mahir Zain ini....cerita Abu Bakr yg bermohon supaya ditunjukkan 'sesuatu'....

For those who need the signs,
Open your eyes..
Look around you..
Look at the sun,water , star ,
This are the sign the people of knowledge

Itu sudah cukup menunjukkan Allah itu wujud.

Ohh..sungguh tersentuh video klip ini....
Terima kasih Dr Azwan yang share kisah ini di blognya
http://drazwan.blogspot.com/2010/01/menitis-air-mata-video-klip-maher-zain.html

Thursday, 16 July 2009

Cancer survival

Saya tak dapat nak lelapkan mata.
Merayau-rayau ke blog orang....blog siapa?
blog hasma Manchester , blog isteri kepada kawan suami saya.

Saya merayau lagik...ke salah satu blog list Hasma..
Tup..tersentak.
Alunan yassin menusuk jiwa.
Apatah lagi di malam-malam begini.

Baca dan terus baca....oohhh..kisah si Ibu yang menderita Breast Cancer dan diikuti lung cancer. Saya menjadi sayu. Baca dan baca sambil diiringi alunan surah Yassin. Sengaja ibu ini memilih surah Yassin , diikuti surah Ar-rahman ....telahan saya , bagi mendekatkan dirinya dan pembaca kepada yang Esa.

Betapa cekalnyer hati ibu ini menerima satu-persatu ujian Allah. Sedih hati saya.

Her quote :
"My Condition: A bit sad and trying to be as normal and cheerful as possible. As long as my kids happy. For both of you my little ones, ummi wants to stay strong as always."

Sabarlah rahayu dengan dugaan ini. Saya doakan kesihatan anda dari kejauhan ini... terima kasih kerana sudi berkongsi cerita;
http://rahayu-roslan.blogspot.com/

Mungkin..blog ini jua yang akan menceritakan kembali kisah hidupnya kepada anak-anaknya yang tersayang apabila mereka sudah dewasa kelak. Teruslah berdoa agar...dikurniakan kembali kehidupan yang sihat. Tiada peliknyer..jika pesakit kanser boleh sembuh seperti sedia kala. itu semua kuasa Allah. may Allah bless you.

*************************************
Kepala mula teringat semua cancer patient yang telah saya temui semasa bekerja dahulu.

Lesu, terbaring , tidak bermaya . Malah terus terang saya katakan....nutrition supplement yang saya berikan seolah tidak memberi apa-apa kesan apabila sudah tiba end stage of cancer.(of course nutrition will help in early stage of Ca). Saya cuba memberi yang terbaik daripada kiraan calorie , protein , cho ,..etc. Tetapi ini semua teori belaka. Kadang saya fikir..tiada maknanya saya calculate all this things but my patient can't achieve it!

Yang penting..mereka ini perlukan support , teruskan menyisip minuman selagi termampu .Yup..quality of life.

Saya teringat patient saya , saya hulurkan straw kepadanya , hanya untuk memujuk dirinya minum sedikit minuman .Saya cuba melawatinya setiap hari di Wad 11 tetapi saya tidak mampu menghulur straw kepadanya setiap 3 jam kerana saya juga ada patient lain yang perlukan khidmat saya ( ketika itu saya juga menjaga wad kanak-kanak).Tidak lama saya berbakti pada patient saya....selang beberapa hari patient saya itu sudah tiada.....yang ada hanya lambakan nutrition supplement yang saya order tetapi tidak mampu diminum oleh patient saya kerana terlalu lemah.

Ajal dan maut itu semuanya di tangan Allah. Bukan saya ingin menakutkan setiap pesakit kanser itu akan mati..tetapi saya ingin mengingatkan diri saya bahawa setiap yang Hidup itu akan mati termasuklah saya.


wallahualam.