Friday 26 February 2010

yer ker?

Hari ini adalah hari Maulidur Rasul - hari mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W.

Jika tiada yang mengingatkan ..saya juga tak ingat , hari ini adalah 12 rabiulawal . Mujur ada YG persatuan yang mewar-warkan hari mulia ini . Jika di Malaysia..hari mulia ini dijadikan hari cuti am. Makanya ..sesaper yang kat Malaysia tak perasan berkenaan maulidur rasul ..haruslah perlu dirotan..he he.

Sebagai tarbiyah kepada anak...saya pun cakaplah kat Ayuni berkenaan Maulidur rasul ni. Untuk senang faham....saya bagi istilah sebagai besday Nabi Muhamad.

On the way gi school , dalam kereta saya pun boraklah ngan ayuni;

"Ayuni , tau tak , hari ni besday Nabi Muhamad" , kata mummy
"Mmm what date is today? Mummy..berapa umur Nabi Muhamad?" , balas Ayuni.

erk..oooohh.. mummy terkedu.

"Tanyalah daddy ..berapa umur Nabi Muhamad", jawab mummy.( sebenarnya mummy tak pasti..)

"Nabi Muhamad dah meninggal. Kalau Nabi Muhamad masih hidup , umur nabi Muhamad ialah one thousand four hundred plus ". Jawab daddy dengan lancar nyer.

"Yer ker? "kata mummy...kurang yakin.

Ya ker ..kawan-kawan? saya kurang pasti .

Apa yang pasti , Nabi Muhamad lahir pada tahun 570 M
( itupun tahu setelah menggoogle lps hantar ayuni ke school..bnyknyer yang saya lupa..)

sekarang tahun 2010.

maka..2010M-570M = 1430 tahun.

kalau betul jawapan itu...maka jawapan daddy adalah agak tepat. Daddy kira berdasarkan tahun hijrah . Mummy tak tahu macam mana daddy calculate.

Dan hari ini , daddy asyiklah nyanyi nasyid .."terciptalah satu lembaran sejarah..di tanah suci kota mekah...".

Salam Maulidur Rasul....




Thursday 18 February 2010

SHY....

Semalam , 17 Feb 2010 , mummy ada appointment kat Jessop wing hospital .

Kali ini adalah untuk anamoly scan, nak tengok baby sihat ke tak..pastu nak ukur sumer anggota baby dan tentunyer tak lupa juga nak tengok jantina baby .

Sepatutnyer appointment last week tapi mummy mintak tangguh sebab nak bawak ayuni sekali . Kebetulan minggu ni cuti sekolah..so dapatlah ayuni tengok mummy scan for the second time.

Alhamdulillah..tak tunggu lama . Scan pun tak lama..dalam 35 minit . Alhamdulillah .....semua berada dalam keadaan yang baik . Baby pun membesar dengan sihat cuma baby ni SHY.................

Kaki dia dok kepit rapat .....Sonographer try goyang-goyang kan perut mummy , ubah posisi katil nak try tengok jantina baby ..but baby still SHY. So..tak dapatlah tahu girl or boy .

Ayuni agak hampa....tak per lah Ayuni , baby ni tak nak kita gaduh . If Boy , sudah tentu ayuni melalak . If girl..daddy pulak kalah.So better tak tunjuk . Tunggu jer lah bulan 7 nanti , insyaAllah .

Disebabkan tak tahu boy or girl..mummy pun tak jadiklah nak shopping barang blue or pink. Mula-mula excited..kononnya kalo dah tahu..jom kita gi carik barang yang berkaler. So far kami beli kaler krim..or kaler yang boy or girl boleh pakai. Tapi ,Mummy gi jugak bandar ngan Ayuni (dah janji).....layan kakak ayuni pusing pusing bandar..makan-makan kat Nero Cafe...main kereta pusing-pusing tu....main air pancut ....pastu dah penat dan salji makin lebat....( kebetulan salji turun lagik..)kita pun balik umah naik bas. Daddy tak join gi bandar..sebab terus gi office dari hospital.

Ni Few pics..kami masa first dating scan bulan lepas and scan yang semalam.....




*6 January 2010 - On the way ke Jessop Wing hospital..salji salji salji sepanjang perjalanan.


*Dah nak dekat sampai Jessop Wing Hospital. Ni kat area Weston Museum n Children Hospital

*Mummy posing kat Jessop Wing Hospital ( betul-betul bersebelahan ngan Royal Hallamshire Hospital- tempat mummy belajar dulu..)

*Kakak Ayuni main snow..ngan sticker yang masih lekat kat baju ..takmo cabut.

* Hospital yang mummy pergi dekat ngan area university ..few minutues walks from Student Union.

*On the way back home: Firth Court , Main building , University of Sheffield.
Scan kat sini , bolehlah dikatakan canggih . Sebab monitornyer banyak . So banyak angle boleh tengok in one time . Dan paling mummy suka ialah ...bilik scan ada banyakkkkkkkkkkkk! I think more than 7 rooms. Dan biliknyer adalah sangat selesa. Ayuni dan daddy memang boleh masuk teman mummy. dan tukang scan kat sini adalah Sonographer ..bukan doktor .
( Teringat bilik scan hospital Muar yang kecik dan sempit dan panas dan kena share 2 katil in one room ). Kat Msia doktor yang check kita ..doktor lah jugak yang buat scan ..mana doktor kat Msia tak sibuk. Kecian.Kan senang kalo ada sonographer... ( tak tahulah kalo kat prebet hospital sbb ayuni lahir kat hospital kerajaan).

* Ni dia kad Ultrasound . Tak tahulah naper gambo burung ....
* First Scan Kat UK: 13 weeks 6 days....kecik lagi anak mummy

* Second Scan : 17 February 2010: 20 Weeks. Grow happily in my womb.....

Semoga dipermudahkan segala urusan . I love you both kakak and baby.

Thursday 11 February 2010

Tara....

Tara..

Boringkan cerita pasal jalan-jalan?
Tak der cerita lain ker?

'Su..best tak gi sana? best tak gi sinun...?'.
'Su .lepas ni awak nak kemana?'
(Bila orang dah tanya...terpaksalah saya jawab.)

Cuba jugak untuk mengelak mana tau ada hati yang terguris, ada hati yang terpendam dan hati yang terendam.

'Eh..Su , buat apa nak balik Malaysia. Biarlah adek kawen tu...kalo sakit ker ..bolehlah balik..'
(Erk....)

'Seronoklah su tak kerja...pastu boleh jalan-jalan, best tak dok umah?'
( soalan cepu emas yang selalu saya dapat.....)

For all the above questions;
Saya hanya boleh jawab;

'Jika diberi peluang...takkan saya nak lepaskan peluang,
Jika suami dah ajak jalan ..takkan saya nak bagi excuse,
Jika suami dah izinkan saya bercuti -cuti Malaysia..haruslah saya bersyukur.'


Saya akan share vacation saya jika ada yang tanya..saya suka reccommend kat orang tempat yang dah saya pergi dan best . Dan jika boleh, saya nak juga kawan-kawan saya , ibu bapa saya dan adik-adik saya dapat sampai ke tempat tersebut. Kalo tempat tu tak best..saya akan cakap tak best.


Saya juga akan share kalo ada sale.
Seperti kata suami saya , ' kalo ada sale tu..suka sangat nak bagitau kawan'
( dah masak sangat ngan perangai saya)
Jawab saya' yerlah..bukan senang nak jumpa sale giler-giler..lebih baik dipaskan berita yang baik ini dari terpaksa bayar mahal untuk beli barang yang sama.'

So kepada kekawan..janganlah terasa bersalah kalo kirim apa-apa kat saya. Saya ikhlas membantu as long as suami saya tahu siapa pengirimnyer....sebab yang akan bayar adalah dia & saya tahu kawan-kawan saya sumer bayar balik. :)

Saya tak kisah..kalo saya pakai handbag kualiti cap lembu , kawan saya juga pakai handbag kualiti cap lembu.Sebab saya suka..apa yang saya ada, kawan saya juga ada.

Saya tak kisah kalo saya tak kenal beg COACH , as long as ada orang ikhlas nak bagitau saya. ( Saya pernah ditertawakan sebab tak tau jenama ni...!).

Bila saya belikan Ayuni kasut..saya akan minta suami saya juga belikan kasut untuk anak sedara saya ( syafi n ajmal). Kalo saya berbaju sutera , saya juga mahu adik ipar saya berbaju sutera. Typical saya dalam family saya.

Kalo saya tak suka..saya tak suka.

Itu memang sifat saya.

Bukankah sharing is caring?

tara..sudah mengarut.

Sekadar luahan biasa....




*koleksi gambar di Gibraltar -day 4- Spain Andalusia.

Tuesday 9 February 2010

Catatan Andalusia- Day 3-La Alhambra, Granada

Kali ini lambat skit mengupdate La Alhambra sbb penulisnyer mengalami muntah-muntah tak hingat. Teruk jugak. Makan kua balik..bangun dari baring..kura muntah( mungkin salah makan ) dan lemah longlai badan. So..melepek jerk.

Sebelum teruskan , sekadar ingin update perkembangan Ayuni ( wpun tak der kaitan ngan tajuk entry ..tapi date still sama - iaitu hari ni) . Tadi gi hantar ayuni gi school. Kira awal kami sampai. So dapat lah sama-sama ngan Ayuni buat aktiviti sblm kelas bermula. Masuk jer kelas, cikgu dah susun buku setiap student ngan dikepilkan buku cerita .Mummy fahamlah ..maknanya aktiviti pagi ini adalah baca buku.

Bila start bukak buku cerita tu,... ...mummy sgt terperanjat ..bila baca comment cikgu dalam reading book tu , ( tak sangka sebenarnya..)

Ayuni Saari
NO CHALLENGE READING. LEVEL 10.

Few days sblm nyer , cikgu comment;
VERY FLUENT READING. LEVEL 7/8.
So..Ayuni. I am proud with you. Keep up your good work sayang .

Tapi saya dan suami berpakat tak mo bagitau dia yang dia dah maju kedepan up to level 10 . Kami nak dia terus belajar seperti biasa...

Dan teringat pulak semalam ,
Ayuni kata" Only me and Jassy got the Excellent work , good job n well done!"
Saya tanya...Ayuni buat apa?.
Teacher suruh think about WIND and draw .
Then ayuni lukis bubbles and few sentences ( but..ayuni forgot what she wrote) .
Then I ask ; 'Apa kaitan bubbles ngan wind?
Ayuni says ..'we blow the bubbles and it go up and up and up and up... '
'Saper yang buat bubble tu go up?' Ayuni tanya mummy.
'WIND lah yang buat bubble tu go to the air' , Ayuni jugak yang jawab.

Tak sangka jugak Ayuni blh pikir macam tu. Mummy dah pikir jer ..ayuni lukis rambut gerbang-gerbang tepi pantai..

I love you ayuni . This is just little precious memories that i can jot down , so that i not forgot. Sometimes..bila nak write , tangguh ..then terus terlupa.
....................................................................................................................................................
Back to story Al-Hambra , kota pertahanan yang lengkap di atas bukit di Granada. La - alhambra ini sangat significant dengan Spain kerana ia merupakan antara Istana terakhir pemerintah Islam sebelum Spain jatuh ke tangan kristian.

Mengapa nama Hambra? Dalam bahasa asab Hamr bermaksud Merah . Kota ini dibina dari batu batu , bata dan bila dilihat seolah-olah kota ini adalah berwarna merah bata. Kota ini terletak di bukit Sabika kerana lokasi yang strategik untuk pertahanan - nampak view seluruh bandar berdekatan .

Dari sumber sejarah , Al-hambra ni telah dibina pada kurun ke 9 . Ia hanyalah kubu pertahanan sahaja sehingalah kedatangan Dynasty nasrid yang membawa kepada kegemilangan Al-Hambra . Dalam Al hambra ni ada banyak istana ( 6 istana if tak silap ) termasuk yang terkenal iaitu Nasrid Palace yang didiami oleh raja pertamanya iaitu Sultam Muhamad 1 ben Al hamar.

Dipercayai , pada kurun ke 14, kristian telah berjaya menawan Andalusia termasuklah istana al-hambra ini . Islam kehilangan Granada dan Alhambra pada 1492 setelah ditakluk oleh king Ferdinand dan Queen Isabella 1 . Lepas tu banyak lah pemerintah lain dan Istana Charles dinina dalam kota indah ini pada kurun ke 15.


* bangunan yang ada roof segitiga tu asalnyer Mezqueta= Masjid tapi dah jadik church St Mary

*Masuk ke La-Alhambra

* Public bath yang dibina oleh sultan muhamad pada abad ke -13.

* Ni actually dah dijadikkan museum . Macam Colloseum . Orang kata..kalao nak test suara ..diri kat tgh tu ..pastu nyanyi..Sure akan bergema..
Dan sehingga ke hari ini , apa yang menjadikan La alhambra ini glamour ialah seni arkitek islam yang terdapat di seluruh bangunan istana nasrid. Banyak kalimah Allha diukir dengan begitu halus yang semuanya bermaksud ;

"there's no absolute conquerer, except Allah" ataupun "Tiada penakluk yang mutlak melainkan Allah.



*La ghalib illallah...

* Ditiang juga.. cantekkan ?

* Everyone akan kagum dengan senibina islam ini...

*Kubah seperti sarang lebah..kat tepi tepi tu kalimah Allah

Lepas puas ronda istana , sebenarnya tak puas ..sbb Ayuni tetiba nak pooh ( berak) ler pulak. Haish..mummy ler yang kena carik Aseos=toilet. Jauh lak tu...kena keluar dari istana.

Jadik lps tu ronda-ronda taman Istana sahaja....

* kat luar istana



*taman larangan kot..

*banyak water features


* tak tau naper suka ngan pokok ni...

Sebelum pulang dan singgah di kebun Generalife, daddy ngan ayuni naik castle yang lagik satu. Mummy tak larat..tunggu kat bawah jerk . Tapi mmg canteklah pemandangan sbb nampak gunung tu yang terkenal untuk main ski ..Sierra Nevada.

* Kat castle apa ntah...berlatarbelakangkan gunung sierra nevada

*Ayuni ngan daddy kat castle..

Jangan lupa singgah generalife , kata en khairul. So , dalam perjalanan ke parking kereta, kami lalu Generalife - kebun dalam kawasan istana. kat sini , diorang tanam pokok yang blh keluarkan hasil makanan.

*kat persimpangan generalife dan alcazaba

*ke Generalife-kebun


*serai . geram tengok..rasa nak cabut!
Last but not least..attraction kat Alhambra ialah pokok limau!!!!!



huh..penat tapi puas hati.
Jumpa lagi di entry Gibraltar dan Cardoba.......


















Thursday 4 February 2010

Catatan Andalusia- Day 2

27 January 2010- Rabu


Hari kedua di Malaga, kami dihidangkan dengan sarapan pagi ala-ala orang putih. Roti , half boil egg dan nasi goreng. Nasi himpit yang saya bawa juga dijamah sekali ketika bersarapan pagi. Kak Ija membawa sambal tumis yang sangat sedap dan Ani ( yg sememngnyer rajin masak) , membawa kaya. Emm..terlepas sudah mengidam saya nak makan kaya. Alhamdulillah. Harap-harap baby nanti tidak lah mengences ( bahasa Jawa- keluar airliur..). Ketika ini usia kandungan saya 4 bulan setengah , 18 weeks.



Destinasi pertama kami pada pagi kedua adalah ke perkampungan traditional orang Spanish,Mirador Del Puerto Deronda, Casara. Perkampungan traditional ini berbentuk rumah -rumah seperti bangunan dengan ciri utamnya adalah kaler putih. Kalo nampak perkampungan rumah putih..maknanya itu adalah perkampungan traditional.

*perkampungan traditional - great white house.

Casara merupakan salah satu tempat yang tidak ditawan oleh tentera Napoleon di Spain. Ada lagi satu tempat yang tak dapat ditawan iaitu Ca'diz. Mungkin kerana kedudukan geografinyer yang terletak di atas bukit dan sangat senang untuk memantau serangan musuh , penempatan ini terselamat dari tawanan musuh.

Di Casara ini jugalah , pengasas Andalusia dilahirkan ,Blast Infante.

*berlatarbelakangkan perkampungan traditional


*mak buyong berexercise panjat bukit casara

*Ayuni dan daddy kat puncak bukit casara.

Sebelum kami sampai di Casara , kami telah singgah di kincir angin moden yang boleh generate tenaga elektrik. Bila tengok kincir angin..seolah-olah seperti di Holland. Kincir angin ini sangat banyak dapat dilihat di kawasan ini.


* Ni pemandangan seperti di Holland. Rombongan cik kiah dan pak ali..he he

Setelah selesai menikmati pemandangan perkampungan traditional , kami meneruskan perjalanan ke Marbella , salah satu bandar yang terdapat di Malaga untuk menikmati makan tengah hari dan jalan-jalan pesisir pantai.

*Pokok tamar banyak terdapat di pekan marbella , terasa seperti di tanah Arab- agaknyer lah.. ( sy tak pernah lagik sampai tanah arab..).

*Bercanda di pesisir pantai Marbella ...berlatar belakangkan lautan Mediterranean.

Kami di bawa ke kawasan shopping orang-orang kaya , ala-ala macam HIgh Street kat UK. Banyak outlet branded dan berjenama di kawasan ini . Kami hanya mampu membeli aiskrim sahaja .. he he. Yang lain-lain tu..pandang jer la yer .
Harga sepasang kasut Jimmy Choo adalah 550 Euro. Intai pula LV ..huh mahal giler!. Tak der yang bawah 100 Euro (~RM500). Kemudian saya heret en abang ke Salvator Ferragamo-idaman kalbu. Alamak ..terbekenan pulak kat beg tangan . Adush 350 Euro (setelah offer 50%) - tak sampai hati nak suruh en abang beli, lagipun diluar budget saya. Jam tangan yang kami berkenan pun mahal sungguh harga nya . 4000 (4 ribu euro). Sib baik tak pengsan tgk harga tu.So..mata sayalah yang kenyang dicuci dengan barang barang berjenama..kupandang , kulihat tapi tak mampu kubeli.


*Tak taulah apa yang best sangat kasut Jimmy choo ni hingga harganya ratusan Euro malah ribuan.

* Saya tak minat sangat LV ...tapi kalo ada orang belikan atau hadiahkan , amatlah saya hargai

*Ini memang saya minat. Jika ada rezeki..saya akan cuba dapatkan satu koleksinyer. tapi bila agaknyer ada offer yang gila-gila..? huh..duniawi..sabar sabar.

Setelah penat mencuci mata */%*&?? ,kami menikmati makanan tengah hari di restoran Arab . Agak mahal juga harga makanannya tetapi mmg diakui sedap. Sepinggan Nasi beriyani ayam ialah 10 euro. kalo di UK biasanya dalam 4-5 pound sepinggan.


* Lepas makan , daddy try sedut Shisha perisa Epal. Sebab free bolehlah try.

Hari hampir gelap...dan kami meneruskan perjalanan ke pekan Malaga. Kami singgah di Stadium tempat perlawanan lembu ngan manusia ( Malaga bullfighting ring ).


* Kepala lembu yang dah terbunuh- betul tau!


* Suasana stadium tempat lawan lembu. Tak der kerja lain agaknyer orang Spain ni. Lembu ganas yang nak dilawannyer...

Jam telah menunjukkan 6 petang . Destinasi terakhir kami adalah Alcazaba. Malangnyer kami tak dapat masuk ke kota ini kerana telah tutup. Al cazaba adalah kota yang dibina pada kurun ke 8 dan terus pesat membangun ketika kurun ke 11. Ia merupakan kota pertahanan yang penting di Spain yang terletak ditengah-tengah bandar Malaga.



* Inilah kota ALcazaba yang terletak di atas bukit ditengah bandar Malaga. Dibawah itu ialah terowong Alcazaba. Terasa rugi pulak tak sempat nak masuk kota ini


Lepas tu sumer anak-anak dah merengek. Kami pun pulang ke Villa. Jeng jeng jeng..malam itu kami makan ayam panggang yang dipanggang kat heater. Boleh bayangkan???? sebab en khairul terlupa nak defrost ayam dan microwave tersgt lah lambat nak defrost ayam . So..apalagik..atas idea En abang saya, kita panggang ayam kat heater!!!!!! Not bad...1/2 jam dah masak dan rasanya seperti Kenny Rogers.....

Sib baik villa tak meletup..saya dah seriau dengan idea gila-gila suami saya...


*Proses panggang ayam dalam heater


*Alhamdulillah..masak jua ayam ini...

Huh..becok sungguh makcik anon bercerita. Sementara ada masa ni..bolehlah saya bercerita. Lagipun ..percutian kali ini merupakan antara percutian yang best bagi saya. Dan saya juga harap cerita ini akan menjadi kenangan yang manis bagi kami terutamanya Ayuni.

Ok.InsyaAllah sambung esok....Istana Al-Hambra.