Hari kedua di Malaga, kami dihidangkan dengan sarapan pagi ala-ala orang putih. Roti , half boil egg dan nasi goreng. Nasi himpit yang saya bawa juga dijamah sekali ketika bersarapan pagi. Kak Ija membawa sambal tumis yang sangat sedap dan Ani ( yg sememngnyer rajin masak) , membawa kaya. Emm..terlepas sudah mengidam saya nak makan kaya. Alhamdulillah. Harap-harap baby nanti tidak lah mengences ( bahasa Jawa- keluar airliur..). Ketika ini usia kandungan saya 4 bulan setengah , 18 weeks.
Destinasi pertama kami pada pagi kedua adalah ke perkampungan traditional orang Spanish,Mirador Del Puerto Deronda, Casara. Perkampungan traditional ini berbentuk rumah -rumah seperti bangunan dengan ciri utamnya adalah kaler putih. Kalo nampak perkampungan rumah putih..maknanya itu adalah perkampungan traditional.
*perkampungan traditional - great white house.
*Ayuni dan daddy kat puncak bukit casara.
* Ni pemandangan seperti di Holland. Rombongan cik kiah dan pak ali..he he
*Tak taulah apa yang best sangat kasut Jimmy choo ni hingga harganya ratusan Euro malah ribuan.
* Saya tak minat sangat LV ...tapi kalo ada orang belikan atau hadiahkan , amatlah saya hargai
*Ini memang saya minat. Jika ada rezeki..saya akan cuba dapatkan satu koleksinyer. tapi bila agaknyer ada offer yang gila-gila..? huh..duniawi..sabar sabar.
Setelah penat mencuci mata */%*&?? ,kami menikmati makanan tengah hari di restoran Arab . Agak mahal juga harga makanannya tetapi mmg diakui sedap. Sepinggan Nasi beriyani ayam ialah 10 euro. kalo di UK biasanya dalam 4-5 pound sepinggan.
* Lepas makan , daddy try sedut Shisha perisa Epal. Sebab free bolehlah try.
Hari hampir gelap...dan kami meneruskan perjalanan ke pekan Malaga. Kami singgah di Stadium tempat perlawanan lembu ngan manusia ( Malaga bullfighting ring ).
Jam telah menunjukkan 6 petang . Destinasi terakhir kami adalah Alcazaba. Malangnyer kami tak dapat masuk ke kota ini kerana telah tutup. Al cazaba adalah kota yang dibina pada kurun ke 8 dan terus pesat membangun ketika kurun ke 11. Ia merupakan kota pertahanan yang penting di Spain yang terletak ditengah-tengah bandar Malaga.
Lepas tu sumer anak-anak dah merengek. Kami pun pulang ke Villa. Jeng jeng jeng..malam itu kami makan ayam panggang yang dipanggang kat heater. Boleh bayangkan???? sebab en khairul terlupa nak defrost ayam dan microwave tersgt lah lambat nak defrost ayam . So..apalagik..atas idea En abang saya, kita panggang ayam kat heater!!!!!! Not bad...1/2 jam dah masak dan rasanya seperti Kenny Rogers.....
Sib baik villa tak meletup..saya dah seriau dengan idea gila-gila suami saya...
*Proses panggang ayam dalam heater
*Alhamdulillah..masak jua ayam ini...
Huh..becok sungguh makcik anon bercerita. Sementara ada masa ni..bolehlah saya bercerita. Lagipun ..percutian kali ini merupakan antara percutian yang best bagi saya. Dan saya juga harap cerita ini akan menjadi kenangan yang manis bagi kami terutamanya Ayuni.
Ok.InsyaAllah sambung esok....Istana Al-Hambra.
4 comments:
nicely written!!! salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput singgah ke my blog.. :)
cant wait for d next entry...mcm berada di sana juga bersama2 anon...
jhazkitaro: salam perkenalan. wah...dok kat dublin. teringin gak nak ireland jika ada rezeki. insyaAllah nanti kita visit n link blog awak.
siti: mmg bnyk nak cerita.sajer cerita kat blog dulu..rather than terus upload gambo kat FB.kalao ada peluang..hope one day siti dpt jejak bumi spain ni. lbh best dari UK!
su..
tak dapat pergi..baca citer su pun best..:)
Post a Comment