Monday 31 January 2011

Kebimbangan

Pagi Sabtu yang lepas..saya bangun agak awal. Lebih kurang pukul 5.30 pg [ Waktu hujung minggu bangun kul 5.30 ..kira awal lah pada saya]. Tapi saya bangun dalam keadaan runsing . Tiba-tiba hati jadi bimbang...

Apalah yang saya bimbangkan sangat?

Sebenarnya...tetiba saya fikir pasal passport saya. Janganlah hilang hendaknya. Passport saya sedang digunakan untuk buat lesen hong kong..;). Ha ha..saya baru nak buat lesen memandu UK via lesen hong kong. Dari dulu en abang suruh masuk kelas L..saya asyik tangguh. Last-last...pregnant..langsung tak ambik L UK. Ni kebetulan ada kawan kat Sheffield turut sama nak buat lesen hong kong dan harga pun agak murah..jadik saya pun tumpanglah sekaki buat sekali. InsyaAllah minggu depan atau lagi 2 minggu..siaplah lesen hong kong saya. Yang penting saya nak passport saya semula...sebab nak itot en abang gi Italy..ada conference.

Bimbang juga memikirkan permohonan AP di MITI. harap-harap AP kawan saya tu diluluskan tanpa sebarang masalah. Lepas dah lulus AP...baru saya nak ship kereta parents saya. Kesian Ayah...skarang ni pakai kereta WIRA saya nak kesana kemari. Kereta ayah yang dulu dah tak der...kereta ayah accident..adik langgar anjing. Alhamdulillah adik saya selamat..tapi kereta ayah tak dapat diselamatkan.

*Sejak datang UK, adik saya Aril jaga kereta saya. Sebaik sajer Aril beli kereta putih tu...kereta ayah accident. So kereta wira WJV 2167 tu adik pass kat ayah untuk ayah pakai. Rindu pulak ngan kereta saya...mmg tak jual sbb sayang , sentimental value.

Selain itu...hati jadi cuak memikirkan pHd suami saya. Eh..en abang yang belajar saya yang gelabah? Yer lah..sehingga saat ini..masih ada experiment..simulation yang suami saya kena buat. Hari tu bila suami saya kata..' ha..siap ni..siaplah chapter 1' , saya jadik agak lega. writing dah start. Tapi bila ada lagi experiment..mmm..saya jadik cuaklah. Bila agaknyer the real writing phase akan bermula? Saya doakan yang terbaik untuk en abang saya. 2-3 hari ni nampaknyer dia semakin sibuk..stay up sendirian menyelesaikan kerja-kerjanya. Hujung minggu pun tidak ke mana sebab nak bagi ruang kat En abang siapkan kerja.

Rasa kesian pun ada..apa tak nyer..habis 'menyapu' di tempat kerja part time..suami akan duduk buat writing. tulis apa-apa yang terfikir....balik rumah..baru type dalam laptop. Setiap detik adalah emas buatnyer.

Si isteri pulak..tak insaf. Asyik nak berjalan.....hu hu. Tapi en abang kata ok..so ok lah kan. Cuma dia lah kena buat double kerja untuk cover masa yang ditinggalkan semasa bercuti. time holiday..manalah sempat nak buat writing..wpun saya tahu biasanya bila bercuti..laptop kerja memang en abang akan bawa bersama.

Saya doa sesangat..urusan -urusan kami dipermudahkan......Amin.

Ibu saya kata..eloklah ada perasaan bimbang dari tak bimbang langsung. Ada benar kata ibu saya...

Thursday 27 January 2011

Progress Ayuni



Alhamdulillah..Selasa yang lalu saya dapat hadir ke parents evening berjumpa dengan cikgu kelas Ayuni, Mrs Taylor untuk mebincangkan progress Ayuni dalam class.

Seperti biasa....saya tidak akan lupa bertanya berkenaan dengan self confidence Ayuni. Masih di tahap lama kah? malu-malu....sangat pendiam di dalam kelas. Kali ini..cikgu sangat gembira sebab Ayuni dah mula volunteer jawab soalan , Ayuni dah speak lauder..Ayuni dah mula menunjukkan sharing and caring ajar kawan-kawan. Sesuatu yang sungguh positif.

Dulu Ayuni tak suka P.E [jasmani] sebab budak lelaki lasak...now Ayuni dah mula enjoy dengan PE. Mungkin keyakinan diri Ayuni dah mula tinggi..so she can mixed around with the boys. The teacher said that Ayuni really happy during PE and she got talent to be a Gimnast!

hmm ..lega.

Saya masih ingat....the first word yang cikgu Ayuni lontarkan semasa mula berbincang adalah ' She's so brilliant in maths and Ayuni is Exceptional, dun worry about Ayuni , shes in the 'top table'. Sesuatu yang sangat menyenangkan hati saya.

Alhamdulillah...Ayuni menunjukkan progress yang sangat baik dalam math. Cikgu sangat puas hati dengan pencapaian mathematic Ayuni which the teacher said ayuni's math is advance.

Teringat bila Ayuni selalu komplen pada saya sebab dia tidak dibenarkan lagi untuk angkat tangan oleh cikgunyer kerana cikgu ingin memberi peluang kepada pelajar lain untuk jawab soalan matematik. Saya akui...kecenderungan Ayuni dalam matematik banyak dipengaruhi oleh En.Abang saya yang rajin mengajar Ayuni 'math skill'....kerap berlatih kiraan 'congak'.

Saya tidak pandai nak ajar Ayuni menggunakan kaedah arithmetic..so the best yang kami boleh buat adalah mengadakan kuiz dan Ayuni jawab menggunakan kaedah cikgunya. Saya tidak tunjuk kaedah'purba' zaman sekolah rendah saya menyelesaikan masalah matematik kerana tidak mahu Ayuni confuse.

En . Abang saya rajin mengajar Ayuni bermain rubic cube. Ayuni boleh menyelesaikan rubic cube dengan pantas. Saya pun terkial-kial. Seorang guru matematik ada beritahu saya..cara untuk mengaktifkan brain adalah dengan cara bermain rubic cube. Saya sengaja bertanya kepada cikgu Ayuni kaitan rubic cube dan math...dan cikgu Ayuni kata...'not really'. So..itu mungkin teori sajerlah.

*rubic cube Ayuni ada 3..tapi yang paling dia suka ialah yang tengah-tengah tu sebab nenek belikan kat Malaysia.

Selain matematik..biasanya..kanak-kanak di UK akan dinilai melalui pembacaan . Setiap kanak-kanak akan di rate melalui Reading level and band. Alhamdulillah..Ayuni sekarang berada di level 21 ,band10 which is above the national level for her age. So..cikgu tak risau sangat.' Her reading is so fantastic and she can sound every words correctly'. The only minor problem that I found is....Ayuni face difficulties with inferens.


Inferens means to make conclusion about the story . Biasanya Ayuni akan diam sahaja bila ditanya soalan inferens. Direct question Ayuni boleh jawab dengan mudah tapi bila cikgu belitkan skit soalan tu..Ayuni dah terdiam. Cikgu kata..dia berfikir tapi tak mau cakap apa yang difikirkan.

Cikgu agak tekankan inferens ..kerana hujung term ini Ayuni akan menduduki ujian SAT dimana ..dalam soalan SAT terdapat soaalan-soalan inferens yang perlu dijawab.

'how I can help Ayuni?' tanya saya.
Mrs taylor berjanji akan bagi modul kepada saya untuk ajar Ayuni berkenaan inferens.

Semasa Ayuni di Year 1 , tanpa pengetahuan kami, Ayuni telah dipilh untuk menduduki satu ujian [Advance level] untuk menilai kebolehan Ayuni. Saya hanya tahu berkenaan test ini ketika mengambil laporan akhir tahun .Cikgu kata Ayuni did very well. Saya pun tak nak push Ayuni dengan exam..ujian...Ayuni terpilih untuk ujian itu pun saya rasa dah cukup bagus [only few pupils was selected]. Teringat Mrs Wharton kata..'I wish I could have all people like Ayuni so that I am the happier teacher in the world'.

Mmmmm..balik rumah saya mula fikir , alhamdulillah Ayuni menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Tapi bagaimana pula dengan ukhrawi. Bulan 4 ni Ayuni nak masuk 7 tahun..tapi Ayuni belum lagi mengaji Al-Quran. Masih Iqra 3 nak masuk Iqra' 4. Saya kena berusaha lebih gigih merajinkan diri untuk ajar Ayuni Iqra. Selalu take advantage..tak ajar. Ayuni cepat tangkap Iqra' dan sepatutnya saya ambil peluang itu untuk cepat-cepat habiskan Iqra'. nampak sangatlah mummy Ayuni ni tak persistent.

Dulu saya pernah berjanji dengan diri sendiri nak ajar Ayuni iqra' hari-hari..nampaknyer mummy Ayuni tak kotakan janji. Maafkan mummy Ayuni.
InsyaAllah mummy akan usaha lagi ajar Ayuni Iqra'.

Oklah..itu sahaja sekadar catatan untuk progress Ayuni...dibumi Sheffield. Saya mendoakan Ayuni terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dunia dan akhirat untuk masa hadapannya.

* Ayuni dengan salah seorang best friendnyer..Raisa , british muslim.

Well done Ayuni. Keep up your good work.

Monday 24 January 2011

tak jaga mulut.

Hari ni mama telefon dengan nada yang agak sedih. Ingatkan kenapa..rupa-rupanya mama kena marah ngan doctor sebab kononya tak jaga makan. Mama gi follow up check up kat hospital Muar sebab ada masalah jantung [injap bocor sedikit]. Dalam masa yang sama.....doctor tengok jugak result darah. Kolesterol >5 , gula 7.4 . Mama tak der kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ..alhamdulillah. tapi result darah semuanya border line. Kalau sebelum ni..kolesterol mama adalah 10.

Disebabkan mama makan quaker oats..ada lah banyak penurunan tapi doctor still tak puas hari. Dia marah-marah ibu saya ..
' awak ni tak jaga mulut..semua nak makan.Gula semua jangan makan..sebab itu nasik , roti semua sudah ada gula'.
Mama bertanya 'sikit pun tak boleh ker doctor?' .
'awak tak faham...jangan makan. Itu roti canai..minyak-minyak semua jangan makan. Nanti dah kena buah pinggan baru tau'. balas doctor dengan nada marah-marah dan kasar.

Saya rasa doctor tu stress. Ibu saya kesal dengan sikap doctor yang tak hormat orang tua..marah-marah seolah ibu saya tak buat apa-apa usaha.

'tak per la ma...mama makan ajer apa yang mama nak makan tapi kurangkan jumlahnya. Air manis..kalau boleh elak..mama elak..tapi kalau mama rasa nak minum..cukuplah sekali waktu pagi. Mama tak der kencing manis..cuma nak kena jaga-jaga'..kata saya cuba memujuk ibu saya.

'Quaker oats mama teruskan makan...hujung minggu mungkin mama kena brisk walk semula keliling taman lepas subuh macam dulu-dulu', sambung saya.

Sebagai manusia...mestilah kita ada perasaan bila dimarah orang..lagi-lagi bab makanan. Pastu suruh buang semua..jangan makan..At least, doctor nasihatlah..'kurangkan'. Or tengoklah result darah mak saya yang dulu-dulu. Seriously...saya rasa doctor tu stress..mungkin kena marah ngan specialist?

Saya pun..bila nak nasihat pesakit saya..saya akan lihat dulu umurnya. Bukan senang nak suruh orang tua yang dah biasa minum teh tarik dan roti canai seumur hidupnya , tiba-tiba disuruh untuk buang tabiat itu. Saya akan lihat juga umur pesakit saya..jika pesakit saya berumur 50 keatas terutamanya 65 ke atas..saya tak akan stresskan pesakit saya jangan makan itu dan ini.

Pada saya..ketika umur diambang usia emas...quality of life itu yang lebih penting. Biarlah ketika usia emas ini..mereka enjoy makan. Saya tidak akan kata 'jangan' tetapi kurangkan atau kadangkala saya guna istilah ' jamahlah sikit makcik goreng pisang tu...tapi jangan makan lebih dari satu keping'. Apalah daya saya nak hadkan semua makanan..terutama bagi yang menghidap sakit buah pinggang. Saya boleh bagi list semua makanan yang dilarang tapi keberkesanannya???. Hanya sesetengah kes sahaja saya betul-betul strict..bergantung condition patient saya.

Lihat sendiri diri kita yang sihat ..masih muda..mampukah kita menahan godaan nafsu makan??

Mungkin saya dietitian yang terlalu fleksible ? I am not simply throw my diet advice.. Saya kena jaga perasaan pesakit saya dan keluarganya. How? Bila dah bekerja..then you know how to tackle your patient. Always feel sad when I need to advice patient not to take this..and this.

Food is all about. Food means friendship. Food tight your family bonding. Food is love. Food is everything.

Thats why..I love food. I like to cook and serve food to my guest as best as possible. Its my pleasure.

dan sebab itu..saya tak lah kurus lidi...sebab saya suka makan.

Apa pun..progress minggu ni, 1st week diet...I lost 1 kg. Now berat saya 59 kg.
Need xtra workout to burn my hidden fat.

kalau orang macam saya..boleh lah doctor cakap ' jangan tak jaga mulut eh..asyik makan sajer' , sebab saya baru berumur awal 30an.

Saya akan teruskan jaga mulut saya untuk berdiet..insyaAllah jika terdaya.hu hu..

Rindu zaman slim kat KTDI. Thanks Fairus upload gambo ni..

Monday 17 January 2011

faktor kegagalan

Setiap tahun biasanya azam baru seorang wanita adalah nak turunkan berat badan. Bagi lelaki pula lazimnyer nak lagik steady duit pocket..lagik stabil ekonomi.

Saya pun setiap tahun memanglah berazam nak turunkan berat badan. Hari tu lepas pantang , dijaga oleh ibu saya..berat badan saya turun sangat konsisten. I am really proud..boleh turun berat dari 72kg to 59kg. Kadang macam tak percaya pun yer...but it is fact.Yerlah makan pun rebus-rebus. Sarapan hari-hari cuma makan nestum dan oats.

Tapi start hari raya aidilfitri ritu..saya banyak break the rules to loose weight. Saya pun macam tak kisah sangat..until satu hari kawan saya upload gambar beramai-ramai, where saya nampak tersangatlah gomok! Barulah saya terhegeh-hegeh..nak diet semula.

* Memang berdezuppp..bila tengok pic ni. Eh gomoknyer saya..hu hu*

Azam baru sayakah nak turun berat ni? Oh..tidaklah azam sangat [Faktor kegagalan 1] - tidak bersungguh-sungguh!, tapi saya mesti kena turunkan berat badan sebab tuntutan kerjaya. Takkan saya nak bagi kaunseling kat pakcik gemuk tapi saya pun turut gemuk? Mestilah pesakit saya ketawakan saya berdekah-dekah.

Well..lets check apa sebenarnya yang buat saya gagal nak maintain berat badan?
Perkara pertama yang biasanya seorang dietitian akan tanya kepada pesakit , ialah pasal makanan.

'Boleh tak Pn.S [ saya lah tu..] beritahu saya apa yang Pn.S makan semalam.?'

Cuba tengok apa yang saya makan semalam....

Sarapan pagi:
Tea susu [ faktor kegagalan ke2] - 2 cawan [faktor kegagalan ke3].
Lamb ribs lebihan hari sebelumnya [faktor kegagalan ke4] - 3 keping
Mee goreng [faktor kegagalan ke5]
Buah anggur
Air kosong

Minum pagi / kudapan;
saya tak ambik apa-apa sebab saya ngantuk..bermalasan di depan komputer [faktor kegagalan ke6]

Makan tengah hari;
Skip lunch sebab tak der selera. [faktor kegagalan 7]
Tapi seingat saya , saya ada makan coklat dalam 2-3 ketul. Thorton. [faktor kegagalan 8]

Minum petang;
Saya berkunjung ke rumah taulan.
Saya minum tea o , biskut dan tea susu [ yang ni saya tak masuk dalam faktor kegagalan kerana ia adalah bukan rutin + saya tak boleh nak elak]

Makan malam;
Nasi putih
sambal tempoyak
Ulam carrot mentah
Mackerel masak lemak cili api bersama ngan kuahnyer saya siram kat nasi [faktor kegagalan 9]
Tea o panas [faktor kegagalan 10 ].

See... dari segi makanan sahaja..saya dah banyak break the rules! Berapa banyak makanan yang saya makan tak healthy sebenarnya untuk proses penurunan berat badan. Itu belum dietitian tanya Pn.S ..diet history untuk 3 hari. PENgSAN!

Baiklah..soalan seterusnya dari dietitian ,
'dalam minggu lepas..berapa kali Pn.S exercise ?'
Jawapan Pn.S dengan muka selamba - NONE . TIADA EXERCISE! [faktor kegagalan 11]

Maka..dietitian tak perlulah nak tanya soalan yang lebih lanjut. Lazimnyer dietitian akan betulkan dulu faktor kegagalan di atas tu..hu hu. Try as maximum as possible to change patient behaviour. Dietitian tersebut sangat yakin, sekiranya Pn.S dapat mengubah jenis makanan yang dimakan tu..insyaAllah..berat badan boleh turun. Nak lagik cepat sikit turun , Pn. S kena buat exercise. At least 500g akan hilang on the first week.

Pn. S..apa yang Pn S dah ubah pada hari ni?

sarapan pagi;
1. Quaker oats - 1 bowl [ faktor kejayaan 1]
2. Tea tarik - [silalah cuba avoid this]
3.Anggur hijau [faktor kejayaan 2]
4.Ikan mackerel without the gravy makan ngan oats. [ thats good..sebab ikan itu konsep rebus n fish fat is less than poultry and meat- faktor kejayaan 3]

Minum pagi;
none

Lunch:
Mee goreng - 1 senduk [ again mee goreng? jangan ada rasa sayang lebihan semalam..biarlah suami yang makan mee goreng itu...tapi saya dah termakan sebab tak tahan tengok lada jeruk..wa ka ka..]
Air kosong -[ faktor kejayaan 4]

Setakat blog ini ditulis itu ajer lah yang saya makan. Ingat petang ni beraerobic...tengok video herbalife dance . try to make it 30 mins. Ohh..tapi jangan tersalah angggap..saya tak ambik Herbalife untuk turunkan berat badan. Cuma nak beraerobic ikut video herbalife.

Oh yer..sebelum suami ke school..dia tolong jadik assistant dietitian..watch out my weight.
so berat saya hari ni ialah ; 60 kg .. [ tak valid sangat sebab timbang kul 12pm].

Pn. S....semoga pn S terus berusaha dan berjaya. Malulah Pn.S kalau naik kerja nanti badan gomok. Nak gi klinik pun malas tau..sebab malu nak jumpa patient. Kalau gi ICU tak per skit..sebab tak kaunseling patient dan patient pun kebanyakkannyer sedated. Tapi takkan Pn S asyik nak jaga ICU jerk? Fikirkanlah Pn S...

Berapa kilo lagik pn S nak turun?
target 1 : 56 kg [ to achieve normal BMI]
target 2 : 50 kg [ to achive ideal weight]

Saya tak nak lah letak target tinggi nak 45kg masa zaman final year student dietetic. Saya cuma nak berat saya normal , dapat maintain 51-53kg semasa zaman kerja sebelum datang UK pun oklah.Lepas lahirkan Ayuni..nak dapat target ke2 , 50kg pun tak tercapai-capai.

Boleh ker nak turun 10 kg pn S dalam masa 10 bulan?

kalau konsisten...sebenarnya boleh. Dalam seminggu , jika amalkan diet dan senaman yang betul..kita boleh turun 500g-1 kg.

Cuma biasanya....kebanyakkan patient saya gagal ....dan saya juga gagal..kerana faktor kegagalan utama adalah NAFSU MAKAN yang susah dicontrol. Oh hipotalamus ku....moga perubahan diet ku juga akan dapat suppressed hormon lapar dan increase the metabolisme.Hobi saya pulak suka mencuba makanan baru....mmmmm

Pn S........berusahalah sebelum anda ditertawakan patient anda!


Thursday 6 January 2011

Makanan

Sekarang ini musim demam..termasuklah saya , Ayuni dan Ayna demam..jap ok jap tak ok. Selesema..batuk..sakit tekak. Hari tu dah baik , 2 hari lepas datang balik. Esok nak gi GP. Check.

Bukanlah meminta demam [ mana ada orang suka sakit kan?] , tapi bila demam macam ni sekurang-kurangnya membawa fikiran melayang lebih mengingati Yang Esa. Setelah hu ha hu ha ..bergembira...kenalah ada waktu surutnya.

Alhamdulillah demam bertambah baik. Tadi dapatkan khidmat urut dari Kak Nim , yang memang pakar urut. Bagus jugak Sheffield ada orang pandai mengurut..dapatlah luruskan urat-urat yang dah kejang. Kalau kat Malaysia..mudah saja dapat tukang urut.

Bila demam..mood pun swing.......piung....

Ayuni tak der selera makan. Saya cuba masak apa yang terdaya..namun dia tak makan. Malah tak mau jamah pun! Hanya minum air. Laksam itu terbiar begitu ..sayalah yang makan. Sedih tau...kalau saya masak...anak saya tak mo makan [ha..mulalah tu mummy ayuni nak beremosi time time demam ni..]

Pagi tadi..nak habiskan seketul fish finger pun susah. Saya pun pot pet pot pet lah dengan Ayuni pasal bab makanan.Pasal orang susah yang tak der makanan, pasal makanan yang tak dihabiskan akan mengundang dosa, syurga neraka semua saya cakap ngan Ayuni. Geram punyer pasal. Akhir sekali baru saya tanya,' Ayuni nak makan apa?'. 'Mee hoon sup' , jawab nya ringkas.

Terkocoh kacah nak ke school sebab mummy asyik pot pet pot pet, hari ni saya terlupa cium Ayuni. Perkara wajib yang saya dan Ayuni buat setiap pagi..cium dahi & bersalaman. Hari ni jugak..saya terlupa bagi Ayuni makan minyak ikan. Biasanya saya akan suap sesudu cod liver oil untuk Ayuni.

Aduhai..bila Ayuni dah gi school..barulah terasa miss. Fikiran pun jadik celaru..nak panggil Ayna terpanggil Ayuni. En. Abang saya pun pelik..naper panggil Ayuni?[sedangkan Ayuni tak der..]. Hmm....saya senyum sendirian.Pernah sekali saya rindu sangat dengan Ayuni , saya minta En abang saya hantar saya ke school Ayuni pada waktu tengah hari dan ambil dia untuk home dinner walaupun sebenarnya dia dah memang bawak bekal..

Berbalik semula cerita makanan....,

Balik sekolah..terus saya masakkan Sup Ayam untuk di makan bersama mee hoon. Tak lama pun nak masak sup. Tak sempat nak sediakan sebelum Ayuni balik school sebab ada tetamu di rumah. Masak sajer sup..Ayuni makan begitu berselera. Tak tau lah naper..saya jadik gumbira yang teramat sangat. Suka tengok Ayuni makan. Lepas makan..dia minum susu dan terus tidur.Alhamdulillah.

Terfikir..apalah saya ni..pasal makanan pun nak beremosi ngan anak. Sabar lah sikit .

Esok Ayuni nak bawa bekal sosej. Tapi stok sosej dalam peti ais dah habis. Saya pujuk Ayuni..esok tengah hari saya akan hantar sosej tu. [hish..kedai kat sini , kul 10 pg baru bukak jadik tak dapatlah nak sediakan awal pagi....].

Ibu..anak..makanan..pengikat kasih sayang. Syukur masih ada rezeki makanan buat kami.

Ya Allah , peliharalah dan lindungilah anak kami. Kembalikanlah kesihatan anak kami seperti sediakala. Semoga kami semua dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini. Moga kesakitan ini dapat menghapus dosa-dosa kami. Amin.




I luv you..Ayuni n Ayna.

Ta ta..

Sunday 2 January 2011

Catatan terakhir Istanbul & happy new year!

Salam semua...malam ni baru ada 'terajin' skit nak update blog. Maklumlah masih lagik mood cuti new year..mood boxing day...esok pun cuti lagi. Bank Holiday.

Bila bershopping masa boxing day memang teringat-ingatlah shopping kat Turkey apatah lagi berkenaan Quilt dan handbag. Saya masih mencarik quilt..namun agak payah jugak nak jumpa yang murah kat UK. Dapatlah 3 helai quilt masa boxing day ni. En abang saya siap cakap, 'rasa nak kirim jer orang tolong belikan quilt kat Turkey..sebab kat sana murah dan kualiti lagi baik' . Kebetulan kami dah pakai quilt yang dibeli..so bolehlah membezakan quality nyer .

Istanbul memang syurga beli belah. Hari ke-4 kami tidak menggunakan tour guide. Kami redah sendiri dengan menggunakan peta. Selepas berjalan-jalan..petang itu kami mula survey barang-barang di Grand Bazaar.

Sehari sebelum pulang ,hari Jumaat ..kami pun mulalah agenda shopping menyopping sebelum pulang ke Uk pada hari Sabtu. Cuaca hujan lebat..agak sukar jua untuk berjalan. Jadik kami berjalan perlahan-lahan. En abang saya paling belakang.

Setibanya di satu kedai di Serkechi, kami beli magnet dan bookmark murah-murah. Dah siap beli , saya pun bagi hint kat en abang untuk bayar. Ha ha ..masa nak bayar tu ..muka confident sangat dia hulur 100 lira kat penjual. Tiba-tiba..penjual tu kata duit tu tak laku!

Tak laku? kenapa?

Sebab...duit tu dah lama tak digunakan. Duit tu digunakan 20 tahun yang lalu.

Astaghfirullah....

'mana abang dapat duit ni?' , tanya saya.

'tadi..tukar kat orang tepi jalan tu' ..balasnyer sambil muka berkerut risau.

'Ya Allah...apsal tukar kat orang tepi jalan?'..saya macam nak marah lah jugak...patutlah dia tertinggal kat belakang. Menyinggah tukar duit rupanya.hu hu.

Nasib baik cuma gbp40...hish..secermat en abang saya..terkena dan terpedaya jua dengan money changer tak berlesen gara-gara ditawarkan harga jualan yang lebih.

Saya siap lah perli...
'orang tamak..selalu rugi'

Namun untuk sejukkan kembali hati nya..saya kata,
'tak perlah simpan jer duit tu..buat kenang-kenangan'.


Kali terakhir saya lihat duit itu adalah di kedai jual magnet dan sehingga sekarang, saya tak jenguk-jenguk pun duit tu lagik. Masih ada dalam simpanan en abang saya.

Lepas beli magnet..ke spice bazaar semula dan juga grand bazaar untuk misi beli lampu turkey.


Kami yang asalnyer tak mau beli..akhirnya..ooopssss..terbeli 4 set. Lampu hiasan turkey ini memang mengasyikkan. Dari satu kedai ke kedai yang lain..mensurvey harga. Yang tak bestnyer..semua kedai 'main harga'. Mereka akan letak harga tinggi..kemudian berlakulah adegan tawar-menawar. Janganlah sesekali cakap kita ni dari UK..mmm makanya susahlah nak dapat murah. Cakap jer kita dari Malaysia ( memang pun kan?) , InsyaAllah dapat harga lagi murah. Bayangkan lampu yang sama...dijual kepada orang Malaysia dengan harga 200 lira , tetapi akan mencecah sehinga 800-1000 lira untuk orang English , US , UK dan sekutunya. Katanya...sebab orang English banyak duit. Info ni kami dapat masa bersembang dengan beberapa peniaga..

Cuma..bila balik rumah, saya belek semula lampu yang saya beli. Ada 2 jenis rupanya. Kami beli yang murah dan sedikit mahal. Yang sedikit mahal tu..memang manik nyer lebih elok..lebih shining..dan kalau perhatikan..gam nyer kaler putih. [Gam untuk lekatkan manik]. Tak taulah andaian saya ni betul atau tidak.

Tapi..bila dah gantung..gam putih ker..gam clear ker.. 2-2 tak nampak perbezaan , molek jer bila dah pasang ngan bulb .Oh yer lagik satu...jenis kaca pun berjenis-jenis. Yang mahal skit kami dapat kaca nipis. Yang murah kami dapat kaca tebal. Tak tau lah kaca mana yang elok...2-2 kaca pun..kalo jatuh akan berderai.

*kiri dan kanan, lampu yang gunakan gam kaler 'clear' . Yang tengah tu..nampak tak putih? tu gam kaler putih. Yang tengah harga mahal cikit..*

Dalam banyak banyak yang dishopping..satu yang saya tak sangka terjumpa di Istanbul adalah quilt cover/ throw yang cantik cantik. Harga memang murah berbanding UK dan Malaysia. Quilt ini boleh didapati di Mahmud Pasha, bersebelahan Grand bazaar. Banyak kedai yang jual quilt ini. Cantek..berkualiti. Tak tahu nak cakap apa...memang sangat suka..kepuasan maksimum sebab dah lama carik quilt super king size kaler cream..tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya , saya ketemu di sini. Sengaja saya pilih handmade quilt made in Turkey buat kenang-kenangan. Ada juga yang made in China. Alhamdulillah ,dah pakai pun quilt tu..memang best.

*Poyo kan? Ni pun mau tunjuk share ker? Quilt cream yang berjaya di beli di Istanbul. Super duper king size. Sampah bawah katil pun tak nampak..sebab dah tertutup ngan quilt*

Sebelum terlupa...pastikan anda beli senaskhah al-quran tulisan tangan di Istanbul. Harga murah..tulisan terang..mudah untuk dibaca.Moga-moga...azam tahun baru ni dapatlah pertingkatkan bacaan Al-quran . Sering lalai dan alpa. Harap ada yang mengingatkan..agar Al-Quran tidak disimpan sahaja.



6 hari di Istanbul dirasakan sekejap. Eh..dah nak balik? rasa memang nak datang lagik tapi ntah bila. Banyak lagik negara yang saya 'wish' belum jejak. Jadik rasanya..mungkin later-later lah jika ingin melawat semula Istanbul. Hari terakhir kami di Istanbul..snow turun agak lebat. Ekstrem sungguhlah cuaca kat turkey. Alhamdulillah...4 hari pertama..cuaca sangat cantek. Kami pun enjoy nak jenjalan......

Oklah..itu sajer nak share. If ada sesiapa nak ke Istanbul..rasa nak kirim Turkish Delight. Itu pun jika ada yang sudi tolong belikan. Dengar-dengar..ramai juga orang Sheffield plan nak ke Istanbul.

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun baru 2011 membawa keberkatan kepada kita semua.


Hadiah tahun baru untuk Ayuni dan Ayna..Quilt. Quilt lagik! Jemu I mendengarnya.
Apapun saya happy..dapat harga yang murah di babies'R'us. Beli betul-betul pada 1.1.11.


*Ni Quilt terbaru Ayna punya. Ayuni nyer dah pasang kat katil...dia pun tengah tidur..tak kosa saya nak ambik gambo*

ta ta..