Sunday 2 January 2011

Catatan terakhir Istanbul & happy new year!

Salam semua...malam ni baru ada 'terajin' skit nak update blog. Maklumlah masih lagik mood cuti new year..mood boxing day...esok pun cuti lagi. Bank Holiday.

Bila bershopping masa boxing day memang teringat-ingatlah shopping kat Turkey apatah lagi berkenaan Quilt dan handbag. Saya masih mencarik quilt..namun agak payah jugak nak jumpa yang murah kat UK. Dapatlah 3 helai quilt masa boxing day ni. En abang saya siap cakap, 'rasa nak kirim jer orang tolong belikan quilt kat Turkey..sebab kat sana murah dan kualiti lagi baik' . Kebetulan kami dah pakai quilt yang dibeli..so bolehlah membezakan quality nyer .

Istanbul memang syurga beli belah. Hari ke-4 kami tidak menggunakan tour guide. Kami redah sendiri dengan menggunakan peta. Selepas berjalan-jalan..petang itu kami mula survey barang-barang di Grand Bazaar.

Sehari sebelum pulang ,hari Jumaat ..kami pun mulalah agenda shopping menyopping sebelum pulang ke Uk pada hari Sabtu. Cuaca hujan lebat..agak sukar jua untuk berjalan. Jadik kami berjalan perlahan-lahan. En abang saya paling belakang.

Setibanya di satu kedai di Serkechi, kami beli magnet dan bookmark murah-murah. Dah siap beli , saya pun bagi hint kat en abang untuk bayar. Ha ha ..masa nak bayar tu ..muka confident sangat dia hulur 100 lira kat penjual. Tiba-tiba..penjual tu kata duit tu tak laku!

Tak laku? kenapa?

Sebab...duit tu dah lama tak digunakan. Duit tu digunakan 20 tahun yang lalu.

Astaghfirullah....

'mana abang dapat duit ni?' , tanya saya.

'tadi..tukar kat orang tepi jalan tu' ..balasnyer sambil muka berkerut risau.

'Ya Allah...apsal tukar kat orang tepi jalan?'..saya macam nak marah lah jugak...patutlah dia tertinggal kat belakang. Menyinggah tukar duit rupanya.hu hu.

Nasib baik cuma gbp40...hish..secermat en abang saya..terkena dan terpedaya jua dengan money changer tak berlesen gara-gara ditawarkan harga jualan yang lebih.

Saya siap lah perli...
'orang tamak..selalu rugi'

Namun untuk sejukkan kembali hati nya..saya kata,
'tak perlah simpan jer duit tu..buat kenang-kenangan'.


Kali terakhir saya lihat duit itu adalah di kedai jual magnet dan sehingga sekarang, saya tak jenguk-jenguk pun duit tu lagik. Masih ada dalam simpanan en abang saya.

Lepas beli magnet..ke spice bazaar semula dan juga grand bazaar untuk misi beli lampu turkey.


Kami yang asalnyer tak mau beli..akhirnya..ooopssss..terbeli 4 set. Lampu hiasan turkey ini memang mengasyikkan. Dari satu kedai ke kedai yang lain..mensurvey harga. Yang tak bestnyer..semua kedai 'main harga'. Mereka akan letak harga tinggi..kemudian berlakulah adegan tawar-menawar. Janganlah sesekali cakap kita ni dari UK..mmm makanya susahlah nak dapat murah. Cakap jer kita dari Malaysia ( memang pun kan?) , InsyaAllah dapat harga lagi murah. Bayangkan lampu yang sama...dijual kepada orang Malaysia dengan harga 200 lira , tetapi akan mencecah sehinga 800-1000 lira untuk orang English , US , UK dan sekutunya. Katanya...sebab orang English banyak duit. Info ni kami dapat masa bersembang dengan beberapa peniaga..

Cuma..bila balik rumah, saya belek semula lampu yang saya beli. Ada 2 jenis rupanya. Kami beli yang murah dan sedikit mahal. Yang sedikit mahal tu..memang manik nyer lebih elok..lebih shining..dan kalau perhatikan..gam nyer kaler putih. [Gam untuk lekatkan manik]. Tak taulah andaian saya ni betul atau tidak.

Tapi..bila dah gantung..gam putih ker..gam clear ker.. 2-2 tak nampak perbezaan , molek jer bila dah pasang ngan bulb .Oh yer lagik satu...jenis kaca pun berjenis-jenis. Yang mahal skit kami dapat kaca nipis. Yang murah kami dapat kaca tebal. Tak tau lah kaca mana yang elok...2-2 kaca pun..kalo jatuh akan berderai.

*kiri dan kanan, lampu yang gunakan gam kaler 'clear' . Yang tengah tu..nampak tak putih? tu gam kaler putih. Yang tengah harga mahal cikit..*

Dalam banyak banyak yang dishopping..satu yang saya tak sangka terjumpa di Istanbul adalah quilt cover/ throw yang cantik cantik. Harga memang murah berbanding UK dan Malaysia. Quilt ini boleh didapati di Mahmud Pasha, bersebelahan Grand bazaar. Banyak kedai yang jual quilt ini. Cantek..berkualiti. Tak tahu nak cakap apa...memang sangat suka..kepuasan maksimum sebab dah lama carik quilt super king size kaler cream..tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya , saya ketemu di sini. Sengaja saya pilih handmade quilt made in Turkey buat kenang-kenangan. Ada juga yang made in China. Alhamdulillah ,dah pakai pun quilt tu..memang best.

*Poyo kan? Ni pun mau tunjuk share ker? Quilt cream yang berjaya di beli di Istanbul. Super duper king size. Sampah bawah katil pun tak nampak..sebab dah tertutup ngan quilt*

Sebelum terlupa...pastikan anda beli senaskhah al-quran tulisan tangan di Istanbul. Harga murah..tulisan terang..mudah untuk dibaca.Moga-moga...azam tahun baru ni dapatlah pertingkatkan bacaan Al-quran . Sering lalai dan alpa. Harap ada yang mengingatkan..agar Al-Quran tidak disimpan sahaja.



6 hari di Istanbul dirasakan sekejap. Eh..dah nak balik? rasa memang nak datang lagik tapi ntah bila. Banyak lagik negara yang saya 'wish' belum jejak. Jadik rasanya..mungkin later-later lah jika ingin melawat semula Istanbul. Hari terakhir kami di Istanbul..snow turun agak lebat. Ekstrem sungguhlah cuaca kat turkey. Alhamdulillah...4 hari pertama..cuaca sangat cantek. Kami pun enjoy nak jenjalan......

Oklah..itu sajer nak share. If ada sesiapa nak ke Istanbul..rasa nak kirim Turkish Delight. Itu pun jika ada yang sudi tolong belikan. Dengar-dengar..ramai juga orang Sheffield plan nak ke Istanbul.

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun baru 2011 membawa keberkatan kepada kita semua.


Hadiah tahun baru untuk Ayuni dan Ayna..Quilt. Quilt lagik! Jemu I mendengarnya.
Apapun saya happy..dapat harga yang murah di babies'R'us. Beli betul-betul pada 1.1.11.


*Ni Quilt terbaru Ayna punya. Ayuni nyer dah pasang kat katil...dia pun tengah tidur..tak kosa saya nak ambik gambo*

ta ta..

3 comments:

WaNNi said...

seronok la baca entry pasal turkey. insya'allah ada rezeki nak pergi juga tahun ni. tgk dok hasut yan holland join sekali :)

RuHiL said...

best nyer.. mcm2 quilt..! citer la bnyk2.. suka citer quilt2 ni.. best nya klu tersampai hajat pergi turki.. ble la su kirim quilt nnt.. doa2kan la.. ntah bila la ni.. huhu

anon suria said...

wani: anda tidak akan keciwa jka ke Turkey! percayalah! yan mmg teringin nak gi...pergilah roger roger dia. dalam bulan 4 best sbb tulip tengah berkembang.

ruhil:tak sangka ramai gak peminat quilt ni. su doakan group tinsley jadik ke tukey..dapatlah hamba kirim turkish delight 1/2 kilo..he he.yohooo...ada org offer kirim quilt. bag besar boleh lipat dah ada..boleh ler kirim. kami bayar duit xtra baggage. Saari ler berkenan sesangat..sbb bilik nampak lbh kemas bila hampar quilt.