Monday 17 January 2011

faktor kegagalan

Setiap tahun biasanya azam baru seorang wanita adalah nak turunkan berat badan. Bagi lelaki pula lazimnyer nak lagik steady duit pocket..lagik stabil ekonomi.

Saya pun setiap tahun memanglah berazam nak turunkan berat badan. Hari tu lepas pantang , dijaga oleh ibu saya..berat badan saya turun sangat konsisten. I am really proud..boleh turun berat dari 72kg to 59kg. Kadang macam tak percaya pun yer...but it is fact.Yerlah makan pun rebus-rebus. Sarapan hari-hari cuma makan nestum dan oats.

Tapi start hari raya aidilfitri ritu..saya banyak break the rules to loose weight. Saya pun macam tak kisah sangat..until satu hari kawan saya upload gambar beramai-ramai, where saya nampak tersangatlah gomok! Barulah saya terhegeh-hegeh..nak diet semula.

* Memang berdezuppp..bila tengok pic ni. Eh gomoknyer saya..hu hu*

Azam baru sayakah nak turun berat ni? Oh..tidaklah azam sangat [Faktor kegagalan 1] - tidak bersungguh-sungguh!, tapi saya mesti kena turunkan berat badan sebab tuntutan kerjaya. Takkan saya nak bagi kaunseling kat pakcik gemuk tapi saya pun turut gemuk? Mestilah pesakit saya ketawakan saya berdekah-dekah.

Well..lets check apa sebenarnya yang buat saya gagal nak maintain berat badan?
Perkara pertama yang biasanya seorang dietitian akan tanya kepada pesakit , ialah pasal makanan.

'Boleh tak Pn.S [ saya lah tu..] beritahu saya apa yang Pn.S makan semalam.?'

Cuba tengok apa yang saya makan semalam....

Sarapan pagi:
Tea susu [ faktor kegagalan ke2] - 2 cawan [faktor kegagalan ke3].
Lamb ribs lebihan hari sebelumnya [faktor kegagalan ke4] - 3 keping
Mee goreng [faktor kegagalan ke5]
Buah anggur
Air kosong

Minum pagi / kudapan;
saya tak ambik apa-apa sebab saya ngantuk..bermalasan di depan komputer [faktor kegagalan ke6]

Makan tengah hari;
Skip lunch sebab tak der selera. [faktor kegagalan 7]
Tapi seingat saya , saya ada makan coklat dalam 2-3 ketul. Thorton. [faktor kegagalan 8]

Minum petang;
Saya berkunjung ke rumah taulan.
Saya minum tea o , biskut dan tea susu [ yang ni saya tak masuk dalam faktor kegagalan kerana ia adalah bukan rutin + saya tak boleh nak elak]

Makan malam;
Nasi putih
sambal tempoyak
Ulam carrot mentah
Mackerel masak lemak cili api bersama ngan kuahnyer saya siram kat nasi [faktor kegagalan 9]
Tea o panas [faktor kegagalan 10 ].

See... dari segi makanan sahaja..saya dah banyak break the rules! Berapa banyak makanan yang saya makan tak healthy sebenarnya untuk proses penurunan berat badan. Itu belum dietitian tanya Pn.S ..diet history untuk 3 hari. PENgSAN!

Baiklah..soalan seterusnya dari dietitian ,
'dalam minggu lepas..berapa kali Pn.S exercise ?'
Jawapan Pn.S dengan muka selamba - NONE . TIADA EXERCISE! [faktor kegagalan 11]

Maka..dietitian tak perlulah nak tanya soalan yang lebih lanjut. Lazimnyer dietitian akan betulkan dulu faktor kegagalan di atas tu..hu hu. Try as maximum as possible to change patient behaviour. Dietitian tersebut sangat yakin, sekiranya Pn.S dapat mengubah jenis makanan yang dimakan tu..insyaAllah..berat badan boleh turun. Nak lagik cepat sikit turun , Pn. S kena buat exercise. At least 500g akan hilang on the first week.

Pn. S..apa yang Pn S dah ubah pada hari ni?

sarapan pagi;
1. Quaker oats - 1 bowl [ faktor kejayaan 1]
2. Tea tarik - [silalah cuba avoid this]
3.Anggur hijau [faktor kejayaan 2]
4.Ikan mackerel without the gravy makan ngan oats. [ thats good..sebab ikan itu konsep rebus n fish fat is less than poultry and meat- faktor kejayaan 3]

Minum pagi;
none

Lunch:
Mee goreng - 1 senduk [ again mee goreng? jangan ada rasa sayang lebihan semalam..biarlah suami yang makan mee goreng itu...tapi saya dah termakan sebab tak tahan tengok lada jeruk..wa ka ka..]
Air kosong -[ faktor kejayaan 4]

Setakat blog ini ditulis itu ajer lah yang saya makan. Ingat petang ni beraerobic...tengok video herbalife dance . try to make it 30 mins. Ohh..tapi jangan tersalah angggap..saya tak ambik Herbalife untuk turunkan berat badan. Cuma nak beraerobic ikut video herbalife.

Oh yer..sebelum suami ke school..dia tolong jadik assistant dietitian..watch out my weight.
so berat saya hari ni ialah ; 60 kg .. [ tak valid sangat sebab timbang kul 12pm].

Pn. S....semoga pn S terus berusaha dan berjaya. Malulah Pn.S kalau naik kerja nanti badan gomok. Nak gi klinik pun malas tau..sebab malu nak jumpa patient. Kalau gi ICU tak per skit..sebab tak kaunseling patient dan patient pun kebanyakkannyer sedated. Tapi takkan Pn S asyik nak jaga ICU jerk? Fikirkanlah Pn S...

Berapa kilo lagik pn S nak turun?
target 1 : 56 kg [ to achieve normal BMI]
target 2 : 50 kg [ to achive ideal weight]

Saya tak nak lah letak target tinggi nak 45kg masa zaman final year student dietetic. Saya cuma nak berat saya normal , dapat maintain 51-53kg semasa zaman kerja sebelum datang UK pun oklah.Lepas lahirkan Ayuni..nak dapat target ke2 , 50kg pun tak tercapai-capai.

Boleh ker nak turun 10 kg pn S dalam masa 10 bulan?

kalau konsisten...sebenarnya boleh. Dalam seminggu , jika amalkan diet dan senaman yang betul..kita boleh turun 500g-1 kg.

Cuma biasanya....kebanyakkan patient saya gagal ....dan saya juga gagal..kerana faktor kegagalan utama adalah NAFSU MAKAN yang susah dicontrol. Oh hipotalamus ku....moga perubahan diet ku juga akan dapat suppressed hormon lapar dan increase the metabolisme.Hobi saya pulak suka mencuba makanan baru....mmmmm

Pn S........berusahalah sebelum anda ditertawakan patient anda!


9 comments:

WaNNi said...

sama la kite su, struggle sungguh nak diet. wlaupun rasanya dah kurangkan makan, puasa masih tak turun byk. factor usia maybe? matabolisme dah turun? wani pun nak kurangkan 10kg jugak tp dlm tempoh 1 tahun :)

umieaisyah said...

salam..
sronoknya baca pasak faktor gagal ni..mmg kita serupa..
tambah plak kepala otak ni asik pikir nk msk kek itu kek ini..camne nk mengatasi faktor2 yg bersusun tu..joging pon ala2 manja gitu..x kuor peluh pon..
anyway..kita sama2 usaha ye..

Anonymous said...

hahaha... lawak entry ni...

den pun samolah ni ha... bb dah sethun lebih ni dia dah kurang menyusu, nak2 winter ni asik makan yo...
maka, solutionnya try struggle mem bf kan sarah kerap.. konon nak kasi burned kalori... hahahah bole ka tukang diet guna taktik tu???

yan

RuHiL said...

dush... dush... dush...! mmg banyak faktor kegagalan itu.. tp mmg diet tu kata kuncinya makan..! haish..! tu yg susah nak kontrol.. tekak tu asek nak je..!

Abu Aiman said...

faktor kegagalan kita hampir serupa, hehehe

anon suria said...

wani: masalahnyer..su yang tak sungguh-sungguh.
aisyah: boleh tak buat kek tapi tak makan..kui kui
yan:breastfeed mmg burn calori..masalahnyer kita makan lbh dari kalori yg diburn tu..hu hu.
ruhil: hobi su ialah makan
azdi: kalolah kita boleh maintain macam prof Ismail...

Mamaboyz said...

su, Puan H pun nak join berdiet kuangkuangkuang

9 kilo dlm masa 3 bulan! yeehaa

anon suria said...

mamaboyz: kalo pn H dapat turun 3 kg in 1 month..jgn lupa share tau! Pn. S dah stress dah ni ngan berat badan...

fareesha79 said...

anon, mkn mlm tu lah yg sbbkan kita cpt berat bdn naik kan? aku pun kalau ambil anak kat rumah mak, mesti mkn.