Monday 24 January 2011

tak jaga mulut.

Hari ni mama telefon dengan nada yang agak sedih. Ingatkan kenapa..rupa-rupanya mama kena marah ngan doctor sebab kononya tak jaga makan. Mama gi follow up check up kat hospital Muar sebab ada masalah jantung [injap bocor sedikit]. Dalam masa yang sama.....doctor tengok jugak result darah. Kolesterol >5 , gula 7.4 . Mama tak der kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ..alhamdulillah. tapi result darah semuanya border line. Kalau sebelum ni..kolesterol mama adalah 10.

Disebabkan mama makan quaker oats..ada lah banyak penurunan tapi doctor still tak puas hari. Dia marah-marah ibu saya ..
' awak ni tak jaga mulut..semua nak makan.Gula semua jangan makan..sebab itu nasik , roti semua sudah ada gula'.
Mama bertanya 'sikit pun tak boleh ker doctor?' .
'awak tak faham...jangan makan. Itu roti canai..minyak-minyak semua jangan makan. Nanti dah kena buah pinggan baru tau'. balas doctor dengan nada marah-marah dan kasar.

Saya rasa doctor tu stress. Ibu saya kesal dengan sikap doctor yang tak hormat orang tua..marah-marah seolah ibu saya tak buat apa-apa usaha.

'tak per la ma...mama makan ajer apa yang mama nak makan tapi kurangkan jumlahnya. Air manis..kalau boleh elak..mama elak..tapi kalau mama rasa nak minum..cukuplah sekali waktu pagi. Mama tak der kencing manis..cuma nak kena jaga-jaga'..kata saya cuba memujuk ibu saya.

'Quaker oats mama teruskan makan...hujung minggu mungkin mama kena brisk walk semula keliling taman lepas subuh macam dulu-dulu', sambung saya.

Sebagai manusia...mestilah kita ada perasaan bila dimarah orang..lagi-lagi bab makanan. Pastu suruh buang semua..jangan makan..At least, doctor nasihatlah..'kurangkan'. Or tengoklah result darah mak saya yang dulu-dulu. Seriously...saya rasa doctor tu stress..mungkin kena marah ngan specialist?

Saya pun..bila nak nasihat pesakit saya..saya akan lihat dulu umurnya. Bukan senang nak suruh orang tua yang dah biasa minum teh tarik dan roti canai seumur hidupnya , tiba-tiba disuruh untuk buang tabiat itu. Saya akan lihat juga umur pesakit saya..jika pesakit saya berumur 50 keatas terutamanya 65 ke atas..saya tak akan stresskan pesakit saya jangan makan itu dan ini.

Pada saya..ketika umur diambang usia emas...quality of life itu yang lebih penting. Biarlah ketika usia emas ini..mereka enjoy makan. Saya tidak akan kata 'jangan' tetapi kurangkan atau kadangkala saya guna istilah ' jamahlah sikit makcik goreng pisang tu...tapi jangan makan lebih dari satu keping'. Apalah daya saya nak hadkan semua makanan..terutama bagi yang menghidap sakit buah pinggang. Saya boleh bagi list semua makanan yang dilarang tapi keberkesanannya???. Hanya sesetengah kes sahaja saya betul-betul strict..bergantung condition patient saya.

Lihat sendiri diri kita yang sihat ..masih muda..mampukah kita menahan godaan nafsu makan??

Mungkin saya dietitian yang terlalu fleksible ? I am not simply throw my diet advice.. Saya kena jaga perasaan pesakit saya dan keluarganya. How? Bila dah bekerja..then you know how to tackle your patient. Always feel sad when I need to advice patient not to take this..and this.

Food is all about. Food means friendship. Food tight your family bonding. Food is love. Food is everything.

Thats why..I love food. I like to cook and serve food to my guest as best as possible. Its my pleasure.

dan sebab itu..saya tak lah kurus lidi...sebab saya suka makan.

Apa pun..progress minggu ni, 1st week diet...I lost 1 kg. Now berat saya 59 kg.
Need xtra workout to burn my hidden fat.

kalau orang macam saya..boleh lah doctor cakap ' jangan tak jaga mulut eh..asyik makan sajer' , sebab saya baru berumur awal 30an.

Saya akan teruskan jaga mulut saya untuk berdiet..insyaAllah jika terdaya.hu hu..

Rindu zaman slim kat KTDI. Thanks Fairus upload gambo ni..

12 comments:

fareesha79 said...

anon, betul tu. aku pun as food scientist, aku selalu ajar student supaya makan jelah semua, tetapi jangan berlebih2an. sesungguhnya Allah tidak suka org yg melampaui batas. nasi pun penting cuma, mkn sedikit,jenis2 karbohidrat tu yg penting. tp ada sorg student aku nak jd dietition pula. aku kata boleh je kalau nak buat master nnti. cuma kena struggle sikitlah. aku risau, kita yg tahu fasal food, kita sendiri yg susah nk kawal sebenarnya...keehhhkehhh

Anonymous said...

mak akak ada pyakit kolesterol ke?? sama cam mak saya juga laa.. sy selalu psan pada mak sy spaya kurengkn ciket mkn benda yg bminyak & bkolestrol, tp biasa la org tua kn.. kang klo byk2 ckp d marah ye kita balik.. sukarla kak.. klo d gerai mkn order roti canai spai 2 keping, risau sy.. jd tpaksa diam kn je la.. kdg2 klo dh risau sgt.. sy tibai je la apa yg dia order wpon diri ini malas nk mkn sbenar yee.. huhu!~from: comel

anon suria said...

huda: kalau student huda nk jadik dietitian..dia kena sambung pgdip[dietetic]. setahu anon..master dietetic ni very spesific.kalau student huda degree in nutrition...tak blh straight fwd sambung master dietetic. tak per boleh consult ngan UKM.kwn anon kt sini omputih yg nak jadik dietitian pun kena start all over again...ambik degree dietetic. so, kwn anon double degree.

comel: haritu ada naik >9. tp after control dah turun 5 but doc tak puas hati lg. Mak akak jarang mkn kt luar.The best mknn yg turunkan kolesterol cepat ialah oats. trylah comel bg mak mkn but not 3 in 1 nyer oats.

umieaisyah said...

siannya mak anaon kena marah lak....
kalo bwk g klinik mmg kena sama2 dengo 'nasihat' misi2...mak pon dh x heran dah...hehhe
**miss ktdi too...rosli tersenyum lebor kt tgh tu

Mamaboyz said...

dr ni ckp itu jangan ini jangan, tapi apa yg perlu dimkn tu tak bg tau, patut ckplah pasal portion control and healthy substitute, boleh buat patient depress camni

tapi su kalau gula fasting 7.4 tu dah diabetes tu, bukan borderline lg

Rhynez Murni said...

cumer nak sentuh psl adab sopan doc dgn pt ms consultation. i had very2 bad experience abt 7 yrs ago. satu doc ni buat akk menangis dlm bilik consultation tu dpn2 a group of trainee doc d nurse. w'pun akk menangis, he still continued marah. Apa punyer doc mcm tu ? Patient is patient. i was so shocked n upset sampaikan nak amik presciption ubat pun x sanggup dah nak tungu, trus blah. on the other i came back just to amik ubat at the pharmacy then that was the last appmt with him w'pun ada follow up lg after that one.
Pls to all docs, treat ur pt with humanity n speak gently esp to makcik2 mcm ur mum. Its all abt mentality. This kinda of docs ingat kami patient ni such a burden to them.**sigh**
** ur mum is lucky sbb anak sendiri mmg expert ttg diet ni :) hope she will manage to reach the normal condition.

anon suria said...

aisyah: I missKTDI too..

hasma:tapi kenapa doc tak diagnose diabetes ek? su pun pelik la. 7.4 tu bukan fasting sugar. Mak kena buat gtt test tu la, ambik bsp after 2 hrs minum air gula..is it high for her age? kalo fasting biasanya mak antara 4.5-5. Su risau jugak sbb nenek mmg ada diabetis.

kak murni: doc muda..barangkali doc pelatih. mungkin stress bnyk burden. or mungkin tak cukup tidur sbb oncall. kdgkala kesian jugak ngan doc ..tak cukup rehat tapi kena kerja. so..mana nak ada quality of work..ngan patient yg banyakkkkkkkkkk.cuma mungkin doc tu kena ada caralah kot nak tackle org tua..

Mamaboyz said...

ooo kalau bukan fasting oklah tu, hmm..jarang dr follow up xnak tgk fasting sugar...pasal dr mulut laser tu biasalah sbb dr kan manusia, ada baik, ada sedar diri, ada sombong, mcm polis, nurse, cikgu, ustaz, menteri dan manusia2 lain ye tak...

anon suria said...

hasma: thanks. kebetulan su tanya mak..result gula yang mana satu. mak kata yg minum 'air gula tak sedap'..he he. Betul tu..doctor pun manusia jugak mcm kita semua...doctor pun ada perasaan yg pesakit pun kena jaga perasaan doctor.

Rhynez Murni said...

Yess agree with both of u. but i still cannot accept the way he treated me. i was almost sent a letter to complaint abt this, but then jiwa ni ada sikit reda amarahnya,so i just let it go.
Mind you, this doc wasnt a young doc as he was supervising a group of young docs. Pt sbnrnya pon x berkire sgt, even kene tungu berejam kat luar. Sblm dpt masuk bilik doc , kami dah 'kene' dgn nurse. Dan km paham condition diorg , so, kami diam jer.
Kami pun x kisah sgt if biler dah masuk tu doc sekadar bertanya kabar d check high blood d berat dan terus bg prescription.
For normal people, yes, org tua mmg sensitip perasaannya. But for special people like us, not only org tua, but semua pt mmg sensitip perasaannya. Kami tak mintak doc utk berckp lemah lembut if thats not their core duty, tp cukuplah jika tak melukakan hati patient sehingga buat pt menangis.

Su, im sorry for being quite outspoken here. not meant to complaint tak tentu psl and i know most of ur friends are docs too. They might hv read my comments here. This is just to share my experience. Hopefully the incident was the one and only isolated case.

Abu Aiman said...

eleh doktor tu poyo jer nak marah2 orang. sian mama anon...
Doktor kat spital garang2, itu takleh ini takleh. Itu pasal pakcik makcik kita di msia mudah tertarik dgn 'perubatan alternatif' yang jauh lebih mahal kena bayar, sebab depa ni cakap lemah gemalai, tak payah pantang itu ini. Datang klinik, guna karen sikit, pakai magnet sikit, nanti sakit baik katanya...

my mom pun dah malas nak gi spital sbb tu lah; cakap kasar, dok perli2 mcm orang tak usaha langsung. Dia pegi klinik biasa regularly, yg doktor tu dah kenal sejak zaman muda lagi.

anon suria said...

kak murni: no worries lah kak murni. semua org ada bnyk pengalaman 'pahit'ngan service hospital esp hosp gomen. Its nice to share so that kita boleh sama-sama fikirkan.

azd:Mama azd tu betul-betul serik tu...! anon harap mak anon masih boleh dipujuk hatinyer untuk ke hosp gomen.Mungkin word'tak jaga mulut' tu yg menghiris hati mak anon.