Wednesday 24 August 2011

kau pergi jua..Al-Fatihah.


24 August 2011

Pagi tadi selepas sahur saya tidur semula. Dalam tidur saya bermimpi berjumpa baby Iman. Mungkin kerana asyik memikirkan baby Iman....ia terbawa-bawa ke alam tidur.Jelas wajah baby Iman walaupun saya sendiri belum melihat walau sekeping pun gambar baby Iman.

Ring...ring..telefon berdering. Jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Panggilan dari mak saya....message yang pendek tetapi sangat jelas.
'anon dah tau ker..?baby Aril dah tak der. Baru jer ni...mama on the way ke hospital'.

REDHA. Tidak sangka..mainan mimpi tidur saya ingin menyampaikan berita sedih buat saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Isnin...kawan baik saya dihospital Ampang sempat membelikan hadiah sepasang baju untuk baby Iman. Saya cepat-cepat menghubunginya untuk sampaikan hadiah saya itu kepada baby Iman. Saya cuba sedaya upaya saya...sekurang-kurangnya saya tidak rasa galat..walau saya jauh beribu batu..namun ingin sekali saya hadiahkan kenangan buat baby Iman.

Hari Selasa...adik kedua saya, Fik datang menziarahi baby Iman sambil membawa makanan berbuka untuk Aril. Isteri aril..sempat memberikan baju pemberian saya kepada Fik untuk dibasuh sebelum dipakaikan untuk baby Iman.

Malam itu saya call fik....Fik belum tidur kerana menuggu basuhan baju baby Iman untuk diserahkan kepada Aril keesokan paginya.

Saya sendiri tidak pasti Iman sempat atau tidak memakai baju biru pemberian saya. Tidak mengapa Iman....Allah lebih menyayangimu. InsyaAllah pakaian yang lebih indah menantimu di syurga. Walau Mak Anon tak dapat bersama-sama Iman semasa saat akhir hayatmu...percayalah Mak anon sangat-sangat sayangkan kamu dan sentiasa ikuti perkembanganmu sejak dari dalam kandungan. Sangat ..sayang! Moga sayang Mak Anon ini dapat dirasai baby Iman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukanlah kakak yang zalim. Saya cuba fikirkan bersama yang terbaik untuk Aril dan isteri. Fizikalnya...baby Iman sangat sempurna.Dari scan pertama...ada sedikit masalah di bahagian kepala. '0 % survival'..kata pakar Gynae. Gugur atau teruskan kandungan adalah suatu yang amat sukar untuk dibuat keputusan.

Saya adalah antara orang yang paling kuat mempengaruh untuk teruskan kandungan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menikmati saat indah bergelar bapa.Tiada niat lain melainkan mahu..adik ipar saya menyelami perasaan keibuan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menatap zuriat mereka. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya tidak diselubung rasa kesal bila sudah tua kelak.

Alhamdulillah...baby Iman sangat mudah dilahirkan. Tidak menyusahkan ibunya. Iman lahir secara normal. Pastinya ia sesuatu pengalaman yang cukup indah untuk seorang yang bergelar ibu. Saya sendiri belum ada rezeki untuk menikmati melahirkan bayi secara normal.

4 hari..sudah cukup meninggalkan kesan mendalam buat adik saya detik pertama seorang bapa. Syukur Aril diberi peluang mengazankan baby Iman...menggendong..membelai....memakaikan baju...menyalinkan najis...mengalunkan bacaan Al-Quran...Sesiapa sahaja pasti akan meruntun melihat pengorbanan adik saya selama 4 hari 4 malam menunggu dan menjaga baby Iman...tiada juadah istimewa untuk berbuka dan tentunya tiada tidur yang lena.

Bertemankan mesin oksigen dan jantung...beep..beep..yang semakin hari semakin kurang bacaannya. Apakah perasaan...bila mengetahui anak sulungnya itu akan pergi meninggalkannya...selamanya...hanya menunggu waktu dan tika...setiap detik adalah detik cemas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat sukar untuk diluahkan segalanya dicoretan ini. Tidak dapat saya bayang..betapa hiba dan pilu adik saya melalui ujian getir ini...baby Iman menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan ibunya, disisi adik saya lebih kurang pukul 4 ptg waktu Malaysia. Baby Iman kemudian dikafankan..disembahyangkan..dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras.

Percayalah zuriat ini adalah amanah Allah. Walau apa pun ujian yang menimpa..terimalah dengan redha. Kita tidak tahu...akan adakah lagi zuriat untuk kita? atau mungkin ini yang terakhir? Saya berdoa agar adik saya diberi kekuatan...dan moga-moga Allah berikan yang lebih baik buat dirinya.

Aril & Elly....insyaallah baby Iman tenang disana.
Bersabarlah....Redha...Allah menyayangi orang-orang yang bersifat sabar.

Untuk anak saya Ayuni dan Ayna..ingatlah...kamu berdua ada sepupu yang suci bersih ,sangat sayangkan ibubapanya...yang akan memimpin ibubapanya kepintu syurga...insyaAllah. Itulah baby Iman. Walau kita tidak pernah bersua...namun doa dari kita untuk baby Iman amat bermakna.

Bulan Ramadhan beransur pergi..Kami mohon rahmatmu Ya Allah pada 10 malam terakhir Ramadhan ini . Sudah terasa kehambaran kedatangan Syawal kali ini.Moga-moga kami diberikan kekuatan dan ketetapan iman dalam menghadapi dugaan ini.


Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah buat baby Mohd Iman b Mohd Fahril. [20/8/2011-24/8/2011]

Jua Al-fatihah buat arwah atok saya,Banaji bin Abd Majid yang menemui ilahi pada 8/8/2011 , 8 Ramadhan.

2 insan tersayang meninggalkan kami Ramadhan ini....semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mak anon,
Sheffield.

---------------------------------------------------------------------------------------

Updated, 26 August 2011..Mak Anon baru dapat tatap wajah Iman. Kak Ayuni suka tengok Iman. We love you Iman. Kasih hingga ke syurga.


*Iman dan Aril. Day 2.


* Iman akan memimpin kedua ibubapanya ke syurga InsyaAllah. Amin.

Dari Abu Musa bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila anak seorang hamba meninggal dunia maka Allah berfirman kepada para malaikat-Nya,”Apakah engkau telah menggenggam anak dari hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Ya.’ Allah berfirman,”Apa yang dikatakan hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Segala puji bagi-Mu dan dia mengucapkan istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, pen). Lalu Allah berfirman,’Bangunkan baginya sebuah rumah di surga dan namakanlah rumah itu dengan nama ‘rumah pujian’” (HR. at Tirmidzi)

TQ Elly for this precious photo.

Tuesday 23 August 2011

Seteguk air Secebis roti....

2 Hari lepas..mama call.
' Aril buka puasa kat dalam NICU...dia minum air kosong jer...' kata mama dengan nada perlahan
'Kenapa?'
'Sebab dia cuma boleh duduk kat NICU sehingga jam 10 malam..kalo dia makan..nanti dia ambik masa dan tak dapat pangku anak dia' sambung mama.

Berderai airmata saya.....membayangkan adik saya berbuka sambil memangku anak sulungnya yang sungguh istimewa. Itulah kasih seorang ayah ...tiada batasan. Setiap detik & saat adalah emas bagi adik saya. Selagi hayat dikandung badan...baby Iman itu tidak akan ditinggalkan.

Semalam,
'Aril..macam mana baby Iman?' tanya ku
'Baby makin lemah kak...bacaan jantung drop ...paling rendah 60...'
'Aril..banyak-banyak sabar' kata ku cuba memujuk.
'Siapa salinkan pampers baby?'
'Elly salinkan. Nurse tak berani sebab nurse baru-baru. Aril pun ada salinkan. Alhamdulillah kak..2 hari ni dapat Aril jaga baby'.
'Aril kat mana ni?
'Aril kat restoran depan hospital ni...baru nak makan'. Jam pukul 10.30 malam.

Habis call dengan Aril , saya chat dengan adik yang kedua pula.

'Fik nak hantar makanan..tapi Aril tak nak. Mungkin tak lalu makan' kata Fik.
'Fik tanya aril makan apa? Aril kata dia berbuka dengan roti jer'. sambung Fik...

Aduhai....tak tertahan sebak dada saya. Bukan kerana tiada makan Aril berbuka dengan air kosong dan secebis roti. Tapi....saya tahu..itulah juadah ringkas..yang senang dimakan semasa berbuka sambil memangku baby Iman di bilik khas di NICU.

Sejak Iman lahir pada hari Sabtu 20 Ogos..Aril belum pulang ke rumah. Aril tidur didalam kereta sementara menanti waktu sahur dan menunggu keesokkan paginya untuk kembali ke NICU memeluk dan membelai baby Iman....

Alhamdulillah..ibu dan ayah saya dapat melihat dan memeluk baby Iman pada hari pertama kelahirannya. Selepas itu..tiada siapa lagi dibenarkan melawat baby Iman.

Setiap detik........setiap detik.........amat berharga buat diri Aril dan baby Iman.

Saya mengharap keajaiban Ramadhan. Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ku.

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Sabar Ril..banyakkan berdoa.

Wednesday 3 August 2011

Nikmat

Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 Ramadhan. Puasa kali ini saya rasa seronok sebab tahun lepas x dapat posa sebab berpantang dan yang paling seronok sbb Ayuni puasa bersama-sama kami tanpa dipaksa.Syukur...Ayuni dapat bertahan puasa selama 18 jam pada musim summer ni...tanpa banyak kerenah.


Saya cuma bagitau Ayuni....dia dah 7 tahun..maka kena puasa. Hari pertama dia agak merengek menghitung waktu berbuka...kami kata..cuba tahan. 'Kalau kakak try puasa..nanti kakak dapat nikmat berbuka'. Nikmat? mestilah dia tak tahu apa maksud nikmat....tapi saya kata..tunggu waktu berbuka nanti.


Ayuni menanti dan terus menanti..sehinggalah waktu azan. Alhamdulillah...ayuni sangat gembira dan agak gelojoh juga makan..nak itu dan ini. Sebelum waktu berbuka..semua makanan yang nak dimakan..diletakkan diatas meja. Crisp..Ferrero Rocher..Air kotak...macam-macam. Hari pertama..saya hidangkan cendol..ayuni request. Saya buat Karipap...en abang request. Nasik putih bersama kari ayam dan sup ayam. Saya celur Mee hoon untuk Ayuni.

* First time buat cendol..tengok jer resepi kat Myresipi. Insyaallah jadik...


Habis jer makan mee hoon sup 2 kali tambah..ayuni dah kenyang. dah makan buah...air...dia dah tak larat pun nak makan crisp...he he.


Bila ayuni kata..'full' and tak larat..masa tulah saya kata itulah Nikmat orang berbuka. Walaupun puasa panjang...makan sikit tapi dah kenyang. Orang yang tak berpuasa..makan banyak kali tapi belum tentu kenyang. Itulah nikmat dan hikmah orang berpuasa.


Nampaknya Ayuni semakin matured dan faham. keesokkannya...ayuni meneruskan puasanya. alhamdulillah..


Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmatmu ini...diberi peluang untuk melatih dan membimbing anak ku , moga menjadi hambaMu yang solehah...menunaikan ibadah buat Mu...kau lindungilah anakku dari kejahatan manusia dan syaitan. kau berilah kekuatan iman buat anakku ini..bagi meneruskan puasa ramadhan ini. Aku bukan yang terbaik tetapi aku cuba menjadik yang lebih baik dari masa lampau.


Amin.


-----------------------------------------------------------------------------------

Puasa tahun ini juga saya terasa kelainan 'nikmat'. Mungkin kerana tahun lepas saya tak dapat berpuasa ..jadi x dapat nak merasakan 'nikmat' puasa. Biasanya bila dah hilang nikmat dan tak dapat kecapi sesuatu....barulah kita akan menghargainya. Syukur saya masih dipertemukan ramadhan kali ini. Semoga saya akan dapat gapai nikmat ramadhan...

Semoga ramadahan kali ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita dari yang sebelumnya.


Tata.