Tuesday 23 August 2011

Seteguk air Secebis roti....

2 Hari lepas..mama call.
' Aril buka puasa kat dalam NICU...dia minum air kosong jer...' kata mama dengan nada perlahan
'Kenapa?'
'Sebab dia cuma boleh duduk kat NICU sehingga jam 10 malam..kalo dia makan..nanti dia ambik masa dan tak dapat pangku anak dia' sambung mama.

Berderai airmata saya.....membayangkan adik saya berbuka sambil memangku anak sulungnya yang sungguh istimewa. Itulah kasih seorang ayah ...tiada batasan. Setiap detik & saat adalah emas bagi adik saya. Selagi hayat dikandung badan...baby Iman itu tidak akan ditinggalkan.

Semalam,
'Aril..macam mana baby Iman?' tanya ku
'Baby makin lemah kak...bacaan jantung drop ...paling rendah 60...'
'Aril..banyak-banyak sabar' kata ku cuba memujuk.
'Siapa salinkan pampers baby?'
'Elly salinkan. Nurse tak berani sebab nurse baru-baru. Aril pun ada salinkan. Alhamdulillah kak..2 hari ni dapat Aril jaga baby'.
'Aril kat mana ni?
'Aril kat restoran depan hospital ni...baru nak makan'. Jam pukul 10.30 malam.

Habis call dengan Aril , saya chat dengan adik yang kedua pula.

'Fik nak hantar makanan..tapi Aril tak nak. Mungkin tak lalu makan' kata Fik.
'Fik tanya aril makan apa? Aril kata dia berbuka dengan roti jer'. sambung Fik...

Aduhai....tak tertahan sebak dada saya. Bukan kerana tiada makan Aril berbuka dengan air kosong dan secebis roti. Tapi....saya tahu..itulah juadah ringkas..yang senang dimakan semasa berbuka sambil memangku baby Iman di bilik khas di NICU.

Sejak Iman lahir pada hari Sabtu 20 Ogos..Aril belum pulang ke rumah. Aril tidur didalam kereta sementara menanti waktu sahur dan menunggu keesokkan paginya untuk kembali ke NICU memeluk dan membelai baby Iman....

Alhamdulillah..ibu dan ayah saya dapat melihat dan memeluk baby Iman pada hari pertama kelahirannya. Selepas itu..tiada siapa lagi dibenarkan melawat baby Iman.

Setiap detik........setiap detik.........amat berharga buat diri Aril dan baby Iman.

Saya mengharap keajaiban Ramadhan. Ya Allah permudahkanlah urusan keluarga ku.

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Sabar Ril..banyakkan berdoa.

2 comments:

Abu Aiman said...

Sabar dan tabah menghadapi ujian Nya... semoga dipermudahkan urusan mereka...

mama IeMaNs said...

betul su..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...moga adik su tabah n redha...ALLAH menduga mengikut kemampuan...InsyaALLAH ada sinar yg lebih indah ....amin