Friday 28 May 2010

Pejam celik

Alhamdulillah skrang dah 34 weeks . Jap lagik masuk 35 weeks. Dulu time Ayuni 36Weeks..jalan dah bukak 3 cm ..n terpaksa wat emergency caeserean sebab Ayuni breech.

Teringat dulu..masa mengandungkan Ayuni 7 bulan , mummy muntah teruk.
Now..dah nak masuk 9 bulan...simptom seperti datang kembali. Nausea..nausea..vommit..vommit. Cuma tak banyak macam Ayuni dulu.

Persiapan baby..alhamdulillah dah 9o%. Sedikit demi dikit....mencuri masa mencari dengan En abang . Baby carseat lum dapat lagik. Kami bersepakat nak bid kat Ebay yang new @ used undamage carseat.Tapi..kalo last minit tak dapat..memang jawabnyer beli kat Toy r Us atau Mothercare. Dah dok negara orang..kami okay jer beli barang used item tapi kena betul-betul pilih la.....sometimes agak payah nak memenuhi citarasa.(kadang terasa ada hikmah dok kat sini..tak lah sumer nak beli NEW macam kat Malaysia....tp kalo kat Msia beli USED..erkk..boleh caya ker?)

Ingat hari ni nak ke ASDA atau Boots , nak carik toiletries ngan pampers baby. Ayuni sejak kecil pakai Johnson sehinggalah sekarang serasi. Yang ni ..rasanya nak continue Johnson tapi ada yang kata not good for baby.....ada yang kata tak elok berbedak .....will see.

Ayuni dulu...lps mandi , kami wajib pakaikan minyak yuyi..then losyen johnson ....then bedak johnson....n last cologn johnson (sampai bibik yang jaga Ayuni pening kepala..banyak sangat yang nak disapu kat badan..). Mmm...tak sure sesuai ke tak nak buat macam ni kat baby yang ni....kena try test wat eksperimen. Takut tak sesuai ngan cuaca kat sini.

Semalam....ada appointment midwife. Alhamdulillah semua ok. Baby pun kepala dah kat bawah ( doa-doa..janganlah dia pusing balik macam Ayuni..terus breech..). Next 2 week , midwife datang rumah. Nak tengok persiapan katanya.....apa-apa lah.....

Saya sangat berdoa supaya kali ini dapat deliver secara normal. Amin.

Rasa berdebar pulak.....pejam celik ....dah nak bulan 6 . E.D.D 8 July . Semoga segala urusan dipermudahkan..amin.

Tata

Tuesday 25 May 2010

When summer has come.....

Mmm.... minggu lepas cuaca tersangatlah cantek. Diikuti hujung minggu tersangatlah panas..28c. Tetiba rini ..blh lah jatuh jatuh ke 7-12c. Memanglah unpredictable.

Tergendalalah projek D.I.Y . Sib baik semalam dah berjaya mengecat n touch up satu barang . Sehari sebelumnyer dah menggerudi modify nursery furniture ( gerudi skit pun nak cerita.....kuang kuang).Disebabkan hari ini mendung....maka kami ke Wilkinson ..beli pulak cat untuk cat garden chair (pemberian seorang sahabat.....tq. -You know who you are..I like!). So..kena tunggu cuaca cerah panas jelita anggun baru boleh start cat balik.


*Tidakkah anda teruja untuk berD.I.Y sekiranya harga sekotak cat ini (1 litre cat +500ml coating ) adalah GBP2? (reduce from GBp15!!!) . Dan setong wooden cat adalah Gbp5. Berus cat 50 pence.


D.I.Y ? Tak pernah saya buat...tetapi summer kali ni terasa rajin pulak nak mencuba. Yang jadik terasa lagik nak berD.I.Y sebab banyak barang yang saya carik tak memenuhi citarasa / spec saya. Bila ada yang berkenan..mak oiiii..mahal lah sangat pulak reganya ridiculous!.Maka mulalah membeli majalah berkaitan kat carboot untuk cari idea. Terfikir jugak nak buat patch quilt cover (sukernyer...) , tapi mesin jahit tak dak.

D.I.Y yang pertama dalam kotak fikiran - nak buat pine wooden storage box ayuni . Aktiviti ni telah ditangguhkan dulu ..kerana dapat 'rezeki' hasil pancingan carboot J29 Laura Ashley Ivory storage box. Walaubagaimanapun..insyaAllah storage box for Ayuni tetap akan dilaksanakan sebab dah terjanji ngan Ayuni. ;)

Apalagik selain D.I.Y ? oh yer....when summer has come..its time to colour your garden . I like petunia and hopes it will grow ( not like last year....all my petunia kena gigit oleh snail..;). My tulips tak berapa nak menjadik sebab tak der saper yang nak tolong trim n jaga masa saya bercuti balik Malaysia hari tu. Sekarang pulak tengah hold tanam shrubs...sebab nanti nak gi holiday cuti sekolah ni tak der saper nak tolong siram. Mula-mula tanam pokok memang kena hari-hari siram..kalo tak...layu.

* Jangan buang kertas yang selalu ada dalam kotak kalo beli barang online / yang selalu buat balut pinggan mangkuk.....my first try..its really works! tanah sentiasa lembap..


*Alaskan kertas tu dulu..pastu barulah letak liner ( saya recycle liner yang last year punyer....thats why ada cebisan tanah) . Kalo tak letak liner..nanti tanah berterabur.



*Korek tanah dan fill the soil into the basket .( The best hanging basket kalo boleh biar yang berongga . berwayar. bukan solid plastic container..)

*Pastu..tanamlah anak pokok. ( Kotak isi telur telah saya recyle untuk semaian benih..tapi tak berapa nak menjadik..en abang lupa nak siram masa saya tak der...but i think its best container for seed sebab sentiasa lembap..)

* dah habis tanam..jangan lupa siram. ( modal untuk 2 hanging basket ni GBP 3.20 sebab banyak saya guna bahan recycle. Kalo beli new hanging basket with flowers ...gbp10-14 sebasket ( GBP20-28 for 2 basket) kat B&Q atau biasanya GBP5 sebasket kat carboot.) Yang penting..satisfaction untuk terapi minda saya..)


Alhamdulillah...Rumput semua dah di trim...(note: guna gunting potong baju...ha ha ). Sebab lawn mower kami rosak. Dah ada beli yang baru..(ooopsss ..not New but second hand from carboot) , tapi wayar pulak pendek. So....gunting jer lagik cepat sementara tunggu en abang sambung wayar.


* Trylah guna gunting baju untuk trim rumput. Gerenti laju. Amalan ini telah saya gunakan sejak di zaman bangku sekolah rendah lagi. I hate grass cutter....selalu tumpul.

Bila cakap Carboot ( CBS ) , summer ni memang banyak carboot di merata tempat seluruh UK. Kami juga peminat carboot. Dan musim carboot ni...tentulah orang yang paling suka adalah ayuni sebab dapat banyak beli permainan (which most of the toys from carboot....yang lama-lama + dah hancur + missing part , dah discard....kalo tak rumah menyemak..-tak galat sangat nak buang sebab beli yang murah-murah). Latest permainan ayuni yang dia suka ialah........



* Kids mini Oven....still work! 50 pence ( RM2.00 ) . Kanak-kanak boleh buat muffin dalam ni TANPA pengawasan parents. tak bahaya. Beli kat Carboot Marshlane.

* Lets ayuni n her friend , Dina baking by their own . Mummy tak yah tolong.
Bancuhan muffin beli jer kat ASDA. Senang ..tak yah nak sukat-sukat tepung.

* Muffin tengah masak . mmm..lupa pulak mummy nak ambik gambar muffin yang dah siap - Ayuni dah ngap. Bolehlah..tak berapa lembut tapi sedap jer ayuni makan . Fun for the kids! n its really safe.

* Bende ni dah lama ayuni request. (Globe map - GBp2.50 kat carboot Barnsley). Mungkin sebab kat sekolah dah belajar geografi ( 5 tahun dah start belajar peta dunia...advance school kat sini..) , so dia excited nak tau negara-negara yang dia dah belajar.- paling dia suka Africa! tak tau naper...

And..when its summer..the activities goes on...gathering , barbeque , gathering , barbeque.....but still saya belum muak pun makan BBQ......saper nak berBBQ , jangan lupa jemput saya ( aw..tak malu..!)






Ok..till then . Nak sambung ber D.I. Y ..eh silappp..cuaca mendung. So aktiviti ari ni ..kemas bilik Ayuni cum nursery room.
ta ta.

Wednesday 19 May 2010

Nak puji boley?

Salah satu sebab kenapa ramai wanita masuk ke neraka adalah kerana

'kamu kufur kebaikan suami'.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".Tak guna sesen pun'

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
(Dipetik dari blog seorang kawan saya,
Munira..)

mmm....Semua orang tidak perfect....jangan ingat kita ini seorang perempuan..semua kerja boleh buat. Tidakkkkkk...ada limitasinyer. Dan jangan ingat...suami kita itu tak boleh buat kerja perempuan. Tapi janganlah semua kerja rumah suami yang buat.....kena lah sama-sama.Erkk apa kaitan ngan cerita rasulullah?

Berterima kasihlah ke atas kebaikan suami ...janganlah selalu menyumpah....mengeji..mengejek..malah memburukkan suami. Kalo suami bagi apa yang kita kehendaki...SYUKURRRRRR...jika suami tak belikan apa yang kita nak...kita kena REDHAAAAAAAA . Mudah-mudahan ini untuk peringatan sendiri.


Saya pun nak ambik kesempatan nak ucap terima kasih kat en abang saya..atas usaha-usaha ini...(kadangkala..suami itu perlu diberi pujian....yer ker?).Nak puji skit boley?

Selama saya bercuti sebulan di Malaysia , agak berubah wajah lah jugak umah saya.
Kerana teruja...saya sempat mengambil beberapa keping gambar sejurus saya tiba dirumah 6 May 2010 yang lepas.

Kredit untuk en abang saya yang dah meringankan minda saya......

Tiada longgokan baju kotor...tiada longgokan baju tidak berlipat ....toilet yang dicuci bersih seperti MR.Clean....dan bilik yang superb untuk saya dan ayuni lelapkan mata melepaskan jetlag. ( gambo?takkan gambo toilet ngan bilik tidur saya nak masukkan kat sini..)

Ni antara yang en abang buat kat dapur saya...(buat renungan saya.....insaflah...) .Saya rasa..ni dah cukup bagus hasil tangan seorang yang bernama LELAKI....

1.Menyusun,mencuci peti ais sehingga fridge magnet diluar peti ais pun habis dicuci....



2.Menyusun periuk belanga saya yang saya tak pernah susun begini! + mencuci cabinet...


3. Menyusun segala khazanah dalam kabinet dapur....( saya pun susun tak sekemas ini...hu hu)


4. Bread maker saya yang dah diseal. Kononyer tak nak berabuk ( ker sebenarnya nak perli saya..dah lama tak buat donut..ha ha )


5.Mengelap , membersihkan dapur dan seterusnya menyediakan makanan untuk kami yang baru pulang !!!! Oven juga habis disental....tq tq tq


Nampak tak 2 periuk tu..satu periuk sup daging untuk Ayuni dan satu periuk lagik- kari ayam untuk saya....burpp..alhamdulillah. kenyang.

Makanya..kalo suami dah buat yang didalam rumah...janganlah pula membebel bila tengok yang diluar tidak berkemas.

I love you En abang....walau rumput-rumput itu sudah seperti lalang..;). Mungkin yang ini kami perlu bekerjasama untuk membersihkannya....en abang buang rumput..saya tanam pokok munga...lets start now!
Sekian...hargailah suami anda.
Tata.

Wednesday 12 May 2010

jalan-jalan carik blog

Sesekali ..saya menerawang ke blog orang sama ada kenal atau tak kenal.

Saja suka suka tenangkan hati ....tambahkan ilmu ( kunun...ker busy body?)..

Whatever the reason ..blog membuatkan saya lebih senang update cerita kengkawan atau family ( wpun sedara mara sepupu sepapat saya...agak kurang berblogging..).

Tapi....tetiba saya rasa sunyi bila..blog Mbak Dian ni...mahu dihentikan seketika dek kerana kesibukannya sebagai doktor yang tengah sambung master pathology kat HUKM .

Kak yan..walau ku tahu mungkin kamu tak intai blog ku ini...(atau kak Yan pernah intai tanpa meninggalkan jejak...) , jangan ler stop menulis. Saya sukak baca entry entry mu. Tambah pula adikmu itu Dr Alia Nasriana adalah kawan kelasku yang sgt pendiam dan pemalu sehinggakan status FB tidak pernah ku lihat. Dengan adanya blog Kak yan..dapat lah jugak tahu cerita ceriti kak Yan dan Alia.

Good luck to both of you! Dr Dian Nasriana dan Dr Alia Nasriana......... .Nanti sudah jadik pakar....jangan lupa sama saya.

Jom gelak ketawa hilang tensi baca blog Mbak Dian ni....berketurunan Indonesia-Melayu , manis, lawak , jelita , pandey... ( kak yan..jangan saman saya..).

Friday 7 May 2010

Redha

Syukur.......lega...alhamdulillah. Sampai jua saya ke pangkuan suami terchenta.Percutian Malaysia yang pendek 2 minggu telah berlanjutan sehingga sebulan lebih.Semuanya saya akur dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Besar dan Maha berkuasa.


http://www.metoffice.gov.uk/corporate/pressoffice/2010/volcano.html

Walaupun penerbangan ditangguhkan ..jantung masih berdegup laju. Asap gunung berapi dan letusan Eyjafjallajökull di Iceland masih belum reda malah bertambah buruk sehari sebelum kepulangan saya ke UK, 6 May 2010.Asap dan debu gunung berapi ini sangat bahaya kepada aliran trafik udara dan enjin kapal terbang. Debu gunung berapi mampu merosakkan enjin kapal terbang , seterusnya memusnahkan ventilasi kapal terbang , hydraulic , sistem elektronik dan juga data kawalan. risiko hilang signal udara juga boleh berlaku. Pada tahun 1982 , British Airways telah mengalami kerosakan enjin (total loss) kerana debu gunung berapi di Jawa-(kalau tak silap saya). Walaupun berjaya membuat pendaratan cemas...tetapi insiden penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth , Australia ini adalah seperti "mati hidup semula".Tiada kompromi keselamatan kapal terbang dan penumpang sekiranya gunung berapai meletus dan untuk itu satu polisi digubal. Tiada penerbangan boleh dijalankan sekiranya terdapat letusan gunung berapi yang berbahaya.

Seperti mati hidup semula? Hidup dan Mati ini hanya untukmu Ya Allah. Tetapi..berilah kami peluang untuk bertemu dan berjumpa kembali. Sering saya titipkan doa ini.....

Pada 19 April....saya cemas. Sepatutnya saya terbang kembali ke UK . Tetapi keadaan asap gunung berapi yang teruk menyebabkan kami agak panic. Berbelas kali saya dan suami berhubungan dalam sehari untuk update gunung berapi dan status penerbangan. Barang-barang semua telah siap saya packing. Ibu bapa saya juga turut cemas. Saya mula menunjukkan reaksi cemas saya dalam facebook. Berkat doa, nasihat kawan-kawan , ibu bapa ,adik beradik dan suami , akhirnya saya tangguhkan jua penerbangan walaupun pada ketika itu , Emirates tidak lagi membatalkan penerbangan saya.


Untuk berhubung denga Emirates bukanlah perkara yang mudah . Apatah lagi..ketika itu adalah hujung minggu. Pejabat Emirates di Pavillion Bukit bintang di tutup. Tutup? dalam kedaan disaster begini? Cuba pula menelefon Emirates di KLIA..tiada jawapan.Usah mengeluh....suami saya berusaha menghubungi Emirates di Manchester dan London. 'Line busy..'. Akhirnya , saya mengambil keputusan berkejar dari Muar ke KLIA pada tengah hari tersebut untuk mengetahui update dan proses pembatalan tiket. Agak hassle. Alhamdulillah berjaya jua mendapat tiket penerbangan yang baru. Lega.


Saya tidak dapat membayangkan sekiranya saya terkandas di Dubai. Syukur..saya masih diberi peluang yang baik untuk terkandas di Malaysia. Bermacam-macam yang berlegar di kepala saya sekiranya saya tersadai di Dubai.......


Bagaimana harus saya tidur lena dengan mangsa terkandas hampir 20,000 orang pada ketika itu? Bagaimana pula keselamatan saya dan Ayuni dalam keadaan orang sesak. Terberanak? ketika itu kandungan saya berusia 29 weeks. Belum masuk makan , pakai , mandi ..solat. Itu belum soal duit. Saya tidak punya kredit kad sebagai talian hayat. Yang ada ..hanyalah cash money dan debit card/card bank . Berapa banyak pula cash money yang harus saya bawa? Cukupkah untuk 2 hari? jika terkandas lebih dari itu....bagaimana? Betul..ada talian hayat card bank suami saya..tapi boleh ker withdraw kat Dubai?Saya tak pernah cuba. Beg lagik....risiko kehilangan bagasi amatlah tinggi. Jangkitan H1N1? Tidak mustahil.Waduh...sungguh ianya adalah dugaan yang perlu saya fikirkan.

*Ketika pulang ke Malaysia. sepanjang transit di Dubai..Ayuni tidur. Mujur ada stroller Emirates. Terfikir...jika terkandas..dimana Ayuni akan tidur? Sudah tentu stroller laris pada ketika ini..maka mampukah saya mendokong ayuni?

"Abang..Anon rasa nak baliklah time Aril kawen". Teringat ketika saya mohon izin dari suami.
"Berapa weeks masa tu? Pergi carik tiket yang murah, nanti bagitau abang tapi Anon balik dengan Ayuni jer la..". Balas suami saya tanpa sebarang bantahan dan penuh restu.


Kepulangan saya ke Malaysia adalah dengan redha suami.Tiada unsur paksaan (Mungkin kepulangan beraya hari haji sebelum ini ada sedikit unsur pujuk rayu dari saya kepada suami.....& akhirnya dijadikan surprise birthday gift buat saya). Juga redha ibu dan bapa. Maka sudah tentu saya mengharap jua keredhaan Allah. Keredhaan , doa dan tawakal..itulah senjata saya ketika itu.


Perpisahan selama sebulan , bukanlah perkara yang mudah bagi saya , Ayuni dan suami saya. Sepanjang saya berada di Malaysia...setiap hari suami akan menefon saya ( kecuali ada sehari suami tidak menghubungi saya..kerana di luar kawasan). Perpisahan ini banyak mengajar kami erti berjauhan , sayang , rindu dan kasih yang tidak berbelah bagi.

Semalam 6 May 2010, 4.00 pm..Syukur....syukur...syukur.....saya kembali jua di bumi Sheffield ini.

Terima kasih Allah.Terima kasih mama dan ayah. Terima kasih suami saya. Terima kasih adik adik saya .Terima kasih keluarga saya.Terima kasih sahabat.

Terima kasih atas doa kalian...........