Wednesday 19 May 2010

Nak puji boley?

Salah satu sebab kenapa ramai wanita masuk ke neraka adalah kerana

'kamu kufur kebaikan suami'.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".Tak guna sesen pun'

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
(Dipetik dari blog seorang kawan saya,
Munira..)

mmm....Semua orang tidak perfect....jangan ingat kita ini seorang perempuan..semua kerja boleh buat. Tidakkkkkk...ada limitasinyer. Dan jangan ingat...suami kita itu tak boleh buat kerja perempuan. Tapi janganlah semua kerja rumah suami yang buat.....kena lah sama-sama.Erkk apa kaitan ngan cerita rasulullah?

Berterima kasihlah ke atas kebaikan suami ...janganlah selalu menyumpah....mengeji..mengejek..malah memburukkan suami. Kalo suami bagi apa yang kita kehendaki...SYUKURRRRRR...jika suami tak belikan apa yang kita nak...kita kena REDHAAAAAAAA . Mudah-mudahan ini untuk peringatan sendiri.


Saya pun nak ambik kesempatan nak ucap terima kasih kat en abang saya..atas usaha-usaha ini...(kadangkala..suami itu perlu diberi pujian....yer ker?).Nak puji skit boley?

Selama saya bercuti sebulan di Malaysia , agak berubah wajah lah jugak umah saya.
Kerana teruja...saya sempat mengambil beberapa keping gambar sejurus saya tiba dirumah 6 May 2010 yang lepas.

Kredit untuk en abang saya yang dah meringankan minda saya......

Tiada longgokan baju kotor...tiada longgokan baju tidak berlipat ....toilet yang dicuci bersih seperti MR.Clean....dan bilik yang superb untuk saya dan ayuni lelapkan mata melepaskan jetlag. ( gambo?takkan gambo toilet ngan bilik tidur saya nak masukkan kat sini..)

Ni antara yang en abang buat kat dapur saya...(buat renungan saya.....insaflah...) .Saya rasa..ni dah cukup bagus hasil tangan seorang yang bernama LELAKI....

1.Menyusun,mencuci peti ais sehingga fridge magnet diluar peti ais pun habis dicuci....



2.Menyusun periuk belanga saya yang saya tak pernah susun begini! + mencuci cabinet...


3. Menyusun segala khazanah dalam kabinet dapur....( saya pun susun tak sekemas ini...hu hu)


4. Bread maker saya yang dah diseal. Kononyer tak nak berabuk ( ker sebenarnya nak perli saya..dah lama tak buat donut..ha ha )


5.Mengelap , membersihkan dapur dan seterusnya menyediakan makanan untuk kami yang baru pulang !!!! Oven juga habis disental....tq tq tq


Nampak tak 2 periuk tu..satu periuk sup daging untuk Ayuni dan satu periuk lagik- kari ayam untuk saya....burpp..alhamdulillah. kenyang.

Makanya..kalo suami dah buat yang didalam rumah...janganlah pula membebel bila tengok yang diluar tidak berkemas.

I love you En abang....walau rumput-rumput itu sudah seperti lalang..;). Mungkin yang ini kami perlu bekerjasama untuk membersihkannya....en abang buang rumput..saya tanam pokok munga...lets start now!
Sekian...hargailah suami anda.
Tata.

7 comments:

Abu Aiman said...
This comment has been removed by the author.
Abu Aiman said...

Org pompuan mmg cepat marah & merajuk, pastu terkeluarlah mcm2 perkataan. Cuma satu, biasakan meminta maaf dari suami. 'Sorry' must NOT be the hardest word. Org laki ni cepat cair, mesti maafkan punya...

Anon, cantik apa bunga2 kuning tu, takyah tanam naik sendiri... hehe..

anon suria said...

first comment: deleted by the author?aku ker...visitor? tak pernah go through cam ni.

azd:yer la..pompuan suka merajuk. fitrah! To say 'sorry' ok skit..tp kalo nak cakap..'Maaf' ..mcm syahdu sgt. biasanya..minta maaf through email/ sms.

kalo bunga tu bersusun cantik..ok gak..he he. jimatkan tak yah beli anak benih.

zarina said...

Su: kena selalu 'tinggal-tinggalkan' abang cam ni.. Baru cik abg jadi rajin tak di sangka. mesti dia jadi boring gilos dok rumah sorang-sorang...

sutera maya design said...

slm....
pls visit my blog for batik sutera.
www.suteramayadesign@blogspot.com
tq...

kak cahaya said...

anon..kalo cik abg gilap rumah cenggini mmg ler isteri patut berterima kasih..tp kalo tinggal rumah..kadi kapal karam..camno?...tu yg tak leh control nk bebel aje..hehe..

re:.anon..gambo kat fp akak tu kat notts uni..notts uni kalo spring mmg cantik..tmpt kita org amik gambo utk segala musim

anon suria said...

kak zarina: tul gak ek..sesekali kena tinggal-tingal kan...
kak yati:once in the blue moon baru en abang rajin cam ni. Anyway thanks..for the info tmpt shooting sakura tu.