Wednesday 22 December 2010

Catatan Istanbul day 3

Sejuk sejuk begini..malas sungguh nak update blog. Tengok blog orang pun sunyi sepi jer...

Hacumm! hacummm! dalam hacumm hacumm ni, saya akan usahakan mencatat pengembaraan saya ke Istanbul.

Jika Tanjung Piai, Pontian dikenali sebagai penghujung Asia Tenggara,
Gibraltar , Spain dikenali sebagai End of Europe ,
Istanbul pula dikenali sebagai sempadan Benua Eropah dan Benua Asia.

Hari ke-3 , kami meneruskan perjalanan bersama tour guide ke belah Asia. Untuk ke Istanbul belah benua Asia..kami menaiki minibus merentasi selat Bosphorus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel kami.




Merentas jambatan nak ke benua Asia..macam jambatan penang..

Keadaan jalanraya Turkey tak ubah macam Kuala Lumpur...jem , simpang siur..sesuka hati nak memotong , masuk line selamba jer. Jauh benar bezanya dengan UK.Namun pagi itu..jalan kelihatan tenang.


Kami ke Makam Nabi yusha' yang merupakan makam nabi terpanjang , bukit Camlica..bukit tertinggi di Istanbul dan juga Masjid Eyup.

Di bukit camlica...sebelah sini Asia..sebelah sana seberang selat bosphorus..belah Eropah.

Makam nabi Yusha' yang panjang sepanjang pagar hijau tu...

Di Masjid eyup...terdapat makam sahabat nabi , pemegang panji-panji iaitu Eyub El-Ensari. Sungguh! Sungguh sayu apabila berada di masjid ini.

Pasti ada yang teringat cerita ini...
Eyup adalah sahabat nabi yang bertanya kepada nabi dalam perjalanan dari mekah ke madinah, 'dimanakah kita akan berhenti?
Nabi muhamad jawab.
'di mana unta ku berhenti..disitulah kita berhenti'.

Makam ini dijumpai di sini..melalui mimpi seoarang alim ulama'. dimana mimpinya...tempat sejadah yg dibentangkan olehnyer untuk solat..disitulah kubur eyup el-ensari. Kemudian, kawasan itu digali..dan terdapat bukti makam ini adalah makam eyup.


Saya rasa ..Masjid eyup wajib dilawati bagi yang bercuti ke Istanbul. Ramai sangat orang bersolat di masjid ini. Saya juga berkesempatan melihat tapak kaki nabi Muhamad. InsyaAllah..itu adalah benar tapak kaki junjungan kita kerana tapak kaki..mudah didapati..banyak footprint. Tapi kalau tangan..mmm..macam susah jugak nak percaya kesahihannya.[video di bawah...]

kami di hadapan Masjid Eyup.

Memandangkan kami menggunakan khidmat Minibus...kami memerlukan Driver Turkey. Selain menanggung duit makan tour guide..kami juga perlu menanggung makan Driver. Tak susah pun mereka makan..simple. Di makam nabi Yusha...telah kami berikan lempeng turkey . Tetapi mungkin portionnya tak cukup bagi orang Turkey...maka apabila tiba di Masjid eyup..driver dah mula bagi hint 'lapar' , bila nak 'lunch'?

Setelah semua ahli rombongan solat Asar , cecepatlah driver ni nak makan. Dia pun tunjukkanlah kami satu restoran ni..berdepan dengan Masjid eyup. Kami yang no idea pun..ikut jer la....

Alhamdulillah..makanan sedap. Cuma harganya agak mahal..berbanding makanan biasa yang kami beli sebelum ini. Contohnya..sup ikan yang kami makan sebelum ni berharga 3.50 lira..tetapi di restoran ini 6 lira. Dalam hati saya [ bukan nak menuduh] ....sesajer jer pakcik driver bawak kami ke restoran ni. Mungkin dia ingat kami pelancong banyak duit...;) .Duit cash kami masa tu pun...alahai cukup-cukup makan..tak sempat nak draw.


eh..pakcik janganlah tenung macam tu....

Kali ini kami bayar ikut family untuk makanan yang diorder ...bagi memudahkan. Sebelum ini , kami bayar pergroup..lepas tu kira kemudian antara kami . Ntah macam mana , setelah setiap family bayar...shot 10 lira. Maksudnya tak teli kiraan perfamily berbanding pergroup. Tapi saya yakin..memang semua dah bayar. Tup tup..ada seorang hamba Allah turkey ni..tolong bayarkan yang shot 10 lira tu. Mungkin dia kesian tengok kami kalut kalut....

Alkisah...setelah Faiz berborak ucap terima kasih dengan budiman Turkey tersebut , dia memberitahu , di Turkey ..jarang bayaran dilakukan berasingan . Itu yang mungkin cashier serabut. Oooooooo..barulah kami tau. Kalo nak bayar asing-asing..sila dok asing-asing. Tapi kami dalam kumpulan..biasanya mmg dok dekat-dekat rapat-rapatkan meja....ingat macam Malaysia..ha ha..'lain tempat lainlah adat dan budaya nyer.'


Begitulah pengalaman kami pada hari ke-3.

Tips hari ke-3

1. Gunakan peluang yang ada untuk melawat Istanbul sebelah ASIA, tetapi perlu sewa kenderaan ..teksi, minibus..atau sewa kereta. Tiada public transport, bas / tram untuk ke Makam nabi yusha dan Bukit Camlica.

3. Walaupun orang Turkey agak kasar , namun dari segi masa mereka ni Tepat. Jadi kita kena siap sedia ikut masa. Pukul 9 bertolak..pasti minibus akan sampai. Pukul 5.30 kena pulang minibus.....pukul 5 dah kena siap sedia balik dari sessi lawatan. Pukul 12-1 waktu lunch..janganlah kita skip..he he.


Ok..ada masa saya sambung lagi...


*Saya selitkan video semasa ziarah makam eyup el-ensari ini....sila abaikan info saya..ntah mcmana saya kata ni makam sultan fateh. Salah tu...dalam video ni, makam tersebut adalah makan Eyub ..dan dalam tu jugak terdapat ramai orang menghadap dinding..itu adalah melihat tapak kaki nabi muhamad.

1 comment:

Suhaila said...

Thanks for the update kak Su..wah ade sambungan lagi ye part 4 :D