Thursday 16 December 2010

catatan Istanbul day 2

Alhamdulillah..cuaca hari kedua [Isnin] sangat baik. Cerah dan tidak sejuk. Untuk hari kedua..kami mula menggunakan khidmat tour guide, Faiz , yang diperkenalkan oleh abang Fuad. Faiz sangat arif tentang Istanbul...jadi ziarah kami ke Blue Mosque , Hagia Sophia, Topkapi Palace dan menaiki ferry di Selat Bosphorus amat bermakna! Tidaklah hanya melihat bangunan dan pemandangan sahaja tetapi info yang sangat baik dari Faiz membuatkan ziarah Istanbul cukup bermakna.

Saya tidak akan menerangkan setiap keistimewaan attraction di sini..kerana anda semua boleh google untuk mengetahui sejarah setiap tempat itu.




Kami hanya berjalan kaki dari hotel untuk ke tempat-tempat yang disebutkan di atas. Semuanya walking distance dan dekat-dekat. Sepanjang perjalanan banyak orang-orang berjual dan mereka akan mendekati kita , seboleh upaya memaksa kita membeli. Jadi pandai-pandailah mengelak diri jika tidak mahu beli atau dalam erti kata lain..jangan layan. Once bila dah menyahut sapaan si penjual...akan jadik meleret panjang mereka menawarkan barang jualan.Tetapi jika anda benar-benar nak membeli...silalah beli. Nasib baik..harga lebih murah dari Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
Poskad merupakan antara koleksi kami bila berjalan . Poskad ni boleh beli..kami beli 12 keping card 1 lira=50 pence. Murahkan?

Makcik ni jual makanan burung..dia akan hulur sajer kepada budak kecik. Nanti mak pak yang kena bayar..adoyai..1 bekas-1 lira.

Sebelum maghrib , kami berpeluang menaiki ferry untuk menikmati pemandangan Selat Bosphorus. Pada pendapat saya ...jika anda telah menaiki ferry dari airport ke Eminonu , tak yah naik ferry ni pun tak per. Sebab pemandangan lebih kurang sama . Cuma ..bosphorus cruise..masa nya lebih panjang ..dan disebabkan tour guide kami ada...jadik banyak bangunan menarik disepanjang selat Bosphorus dapat diterangkan kepada kami.

Harga ferry dari Kardikoy ke Eminonu ialah 1.75 lira..manakala cruise untuk pusing pusing selat Bosphorus ialah 10 lira seorang. Banyakkan beza?

Setelah puas menikmati pemandangan selat bosphorus...kami dibawa pula ke Spice Bazaar. Spice Bazaar wajib pergi bagi setiap pelancong kerana didalamnya banyak terdapat jualan rempah dan turkish delight. Bila dah pergi spice bazaar..bolehlah terus beli at least 1/2 kilo turkish delight sebab khuatir hari seterusnya tidak sempat nak ke spice bazaar. Banyak kedai di spice bazaar..hanya pilih sahaja. Ada kedai yang boleh beli sikit-sikit..tapi ada juga kedai yang kena beli 1/2 kilo- 1 kg terus.


Bagi yang suka memasak..rempah BBQ daging di spice bazaar wajib dibeli. Memang sedap. Rempah Ayam tak berapa sedap. Bagusnya di spice bazaar..kita boleh merasa setiap yang dijual sebelum membeli.


Setelah puas bershopping Turkish delight dan rempah , beli pula pasu turkey untuk buat kenangan. Pada malam itu..kami dinner di restoran yang menghidangkan sup ikan yang lazat. Tak ingat pula nama restoran itu..tour guide kami yang bawa. lazimnya..roti di restoran adalah complimentary...habis boleh mintak tambah..jadik makan sup dengan roti pun dah kenyang..;)


Dan lebih kurang pukul 10.00 malam..kami bergerak menuju pulang ke hotel dan check in di hotel kedua iaitu Emirhann Inn. Kami hanya duduk di Hotel Anatolia sehari sahaja. Harga perday lebih kurang sama sahaja iaitu 40euro. Cuma nya berpindah ke emirhann inn kerana harga untuk seminggu lebih murah.

Ha...di hotel inilah kami terkena lagi. Memandangkan group kami agak besar jumlahnya ..semasa check in , pihak pengurusan hotel tidak benarkan kami check in di hotel melainkan membayar tambahan harga setiap anak , dengan alasan..satu apartment hanya dibenarkan 2 kanak-kanak sahaja.

Untuk family saya, tiada masalah..kerana book 'double room' dan dibenarkan masuk bersama 2 anak tetapi rakan kami yang lain tidak lepas.Kak siti tidak boleh check in di double room kerana ada 3 anak dan 2 orang anak mereka berumur 5 tahun ke atas. Saya geram...kerana tiada kompromi dan pihak hotel seolah-olah mahu mengambil kesempatan dan keuntungan lebih ke atas kami , dengan membuat bayaran tambahan untuk kanak-kanak. hari pula sudah larut malam.

Setelah puas nego...akhirnya pihak pengurusan menawarkan apartment 3 bilik untuk kami share. Kerana kepenatan dan tiada pilihan lain...alhamdulillah..saya dan kak siti dapat jua check in hotel , share apartment 3 bilik. Wirda dan kak seri rahayu juga settle...[pihak pengurusan pun dah terlupa berkenaan jumlah& umur kanak-kanak , aiman berumur 12 tahun , dan pada saya adalah tidak bebaloi untuk wirda membuat bayaran tambahan untuk qistina,5 tahun ]. Kami tidak boleh cancel..kerana telah book menggunakan booking.com selama seminggu. Jika kami book sehari sahaja..sudah pasti saya akan cancel dan kembali semula ke Anatolia Hotel , accept kanak-kanak sehingga 12 tahun , breakfast disediakan lagi.

Dapatlah kami tidur malam itu dalam keadaan keletihan [ letih nak settlekan masalah dengan pengurusan Emirhann Inn].

Tips hari kedua;

1.Pastikan pakai kasut yang sesuai dengan keadaan jalan Istanbul yang berbatu. [kasut saya tak sesuai..sakit jugak tapak kaki ni].Fikirkan juga stroller anak, jika perlu bawa. Jika tidak...bolehlah digendong baby sahaja.tapi jika anak sudah besar dan berat..kenalah fikir pulak..takkan nak dokong. Pengsan mak ayah. Only you know which is better for your kids.

2.Lagi info berkenaan hotel;
Saya syorkan guna booking.com kerana jika tak boleh fly, boleh cancel [free cancellation] 2 hari sebelum check in. Cuma masalah booking.com ni, jika dah book seminggu, duit akan burn seminggu..bukan sehari sahaja, jika ada masalah contohnyer nak cancel pada hari check in.

Plan..sama ada anda nak masak / tidak. Jika betul-betul perlu memasak dan membasuh baju...bolehlah pilih apartment. If not...cari hotel murah..duit perbezaan antara hotel murah dan apartment boleh buat duit makan.Bagi yang nak masak..jangan bimbang..bahan mentah mudah didapati. Yang tak masak macam saya..pun senang gak..take away banyak dan roti murah-murah.

Pastikan check polisi hotel betul-betul especially yang ada anak 6/7 tahun ke atas. Mana tau jadik macam kami..mintak dijauhkan dari anda semua.

3. Jaga anak..kerana orang Turkey sangat suka dengan budak kecil. Tahu-tahu sahaja anak kita dah didokong oleh orang turkey..tahu tahu sahaja..anak kita dah dibagi jajan oleh orang turkey. Insyaallah semuanya selamat..tetapi sekadar berhati-hati.


4.Elok juga guna tour guide yang pandai berbahasa Turkey ,lebih -lebih lagi jika ada anak kecil. Mempercepatkan perjalanan dan info lebih clear. Tapi rasanya cukup 2-3 hari sahaja tour guide. hari lain cariklah pengalaman sendiri redah Istanbul. Seronok redah sendiri...macam treasure hunt!

InsyaAllah , kepada yang sudi nantikan sambungan cerita hari ke-3. Kami terkena lagik oleh orang Turkey..hu hu.

to be continue..

5 comments:

Anonymous said...

salam su,
bila baca catatan su teringat masa kami pi Tunisia 2 tahun lps... gamaknya samalah orang2 turkey n tunisia n orang2 mediteredian ni.. ... kalau tngk kita macam tak penah tngk orang kan.... nak beli barang pun takutt....

yan

anon suria said...

aah yan. takut dipaksa beli barang....hu hu.

yan..gi tunisia kena visa tak?

Anonymous said...

betul2.. takut kena paksa beli barang.. hahahaha

haah ..kami ambik visa...
tu pun satu hal.. sampai sana kata tak payah lak ambik.. kejap suh ambik kejap tak... tapi utk selamat buat jer

Kak Nor-moscow said...

salam perkenalan...

nak tanya sikit..nak contact tourist guide tu camana? kami nak pi Istanbul 1 januari ni..

terima kasih....

anon suria said...

salam kak nor...nanti email kat saya suria_mokhy@yahoo.com . nanti saya bg contact number faiz. salam perkenalan..suria...