Thursday 16 July 2009

Cancer survival

Saya tak dapat nak lelapkan mata.
Merayau-rayau ke blog orang....blog siapa?
blog hasma Manchester , blog isteri kepada kawan suami saya.

Saya merayau lagik...ke salah satu blog list Hasma..
Tup..tersentak.
Alunan yassin menusuk jiwa.
Apatah lagi di malam-malam begini.

Baca dan terus baca....oohhh..kisah si Ibu yang menderita Breast Cancer dan diikuti lung cancer. Saya menjadi sayu. Baca dan baca sambil diiringi alunan surah Yassin. Sengaja ibu ini memilih surah Yassin , diikuti surah Ar-rahman ....telahan saya , bagi mendekatkan dirinya dan pembaca kepada yang Esa.

Betapa cekalnyer hati ibu ini menerima satu-persatu ujian Allah. Sedih hati saya.

Her quote :
"My Condition: A bit sad and trying to be as normal and cheerful as possible. As long as my kids happy. For both of you my little ones, ummi wants to stay strong as always."

Sabarlah rahayu dengan dugaan ini. Saya doakan kesihatan anda dari kejauhan ini... terima kasih kerana sudi berkongsi cerita;
http://rahayu-roslan.blogspot.com/

Mungkin..blog ini jua yang akan menceritakan kembali kisah hidupnya kepada anak-anaknya yang tersayang apabila mereka sudah dewasa kelak. Teruslah berdoa agar...dikurniakan kembali kehidupan yang sihat. Tiada peliknyer..jika pesakit kanser boleh sembuh seperti sedia kala. itu semua kuasa Allah. may Allah bless you.

*************************************
Kepala mula teringat semua cancer patient yang telah saya temui semasa bekerja dahulu.

Lesu, terbaring , tidak bermaya . Malah terus terang saya katakan....nutrition supplement yang saya berikan seolah tidak memberi apa-apa kesan apabila sudah tiba end stage of cancer.(of course nutrition will help in early stage of Ca). Saya cuba memberi yang terbaik daripada kiraan calorie , protein , cho ,..etc. Tetapi ini semua teori belaka. Kadang saya fikir..tiada maknanya saya calculate all this things but my patient can't achieve it!

Yang penting..mereka ini perlukan support , teruskan menyisip minuman selagi termampu .Yup..quality of life.

Saya teringat patient saya , saya hulurkan straw kepadanya , hanya untuk memujuk dirinya minum sedikit minuman .Saya cuba melawatinya setiap hari di Wad 11 tetapi saya tidak mampu menghulur straw kepadanya setiap 3 jam kerana saya juga ada patient lain yang perlukan khidmat saya ( ketika itu saya juga menjaga wad kanak-kanak).Tidak lama saya berbakti pada patient saya....selang beberapa hari patient saya itu sudah tiada.....yang ada hanya lambakan nutrition supplement yang saya order tetapi tidak mampu diminum oleh patient saya kerana terlalu lemah.

Ajal dan maut itu semuanya di tangan Allah. Bukan saya ingin menakutkan setiap pesakit kanser itu akan mati..tetapi saya ingin mengingatkan diri saya bahawa setiap yang Hidup itu akan mati termasuklah saya.


wallahualam.

2 comments:

zaman shah said...

ye..betul tu,kita hanya berusaha,hanya Allah yang menentukan segala-galanya..bersabarlah pada setiap ujian yang Allah timpakan kerana di sebalik ujian dan dugaannya sebenarnya ada kemanisan yang menunggu kita,dan ingatlah sakit itu sebenarnya penghapusan dosa kita.pada Kak Rahayu bersabarlah atas ujian ini..Insyallah saya akan ke blog kak rahayu...

umieaisyah said...

lately ni..i pon rajin jengah blog cancer patient,OKu...sgt menginsafkan..