Tuesday 7 July 2009

Mantan Penghulu

*kredit photo to nasree kak aryati*


Alhamdulillah.....family day PMPMS08/09 telah dapat dijalankan dengan meriah dan keadaan cuaca yang amat baik . thanks to Allah.

Alhamdulillah...lega rasa nya apabila sekarang , En abang dah lepas jawatan penghulu persatuan . Bukan apa..rasa bnyk sgt komitmen yang perlu ditanggung dan ada yang tak tertanggung. Apatah lagi, banyak perkara baru yang diutarakan semasa pemerintahannya maka timbul isu-isu hangat , ada yang suka dan ada yang tak suka . Semua ini perlu diterima dengan hati penuh terbuka . Bukan sajer-sajer AJK nak buat sesuatu perubahan , semuanya ini adalah untuk kepentingan bersama.

Roll back ..apa lah yang terjadik semasa En abang jadik penghulu yer..;)

1.Isu iftar - Kalo dulu-dulu , lps bukak puasa , minum skit lps tu solat maghrib , baru bukak puasa . Masa En abang jadik penghulu , sedikit perubahan dilakukan . Bukak puasa....terus makan kemudian baru solat . Solat dan zikir sementara tunggu isya'. Ini dilakukan bagi nak attract ahli PMPMS ..stay sehingga terawih. Alhamdulillah...taktik ini menjadi. bilangan yang hadir terawih bertambah berbanding tahun sebelumnya. Isu ini mendapat banyak kritikan!!

2.Isu aktiviti kanak-kanak - kalo dulu-dulu , anak-anak dibiarkan di dalam dwan PMC semasa ibu bapa solat terawih. akibatnya ...dewan jadik bising. AJK 08/09 ....buat satu polisi , semasa ibu bapa sembahyang , anak-anak tidak boleh naik ke dewan solat dan dikehendaki duduk di bawah sambil beraktiviti. Biro agama sediakan aktiviti macam tayangan video , bercerita dan tak lupa jua umpan kanak-kanak ini dengan aiskrim dan jajan . Aku sgt lega apabila seorang membisikkan kepada saya'Alhamdulillah..tahun ini solat terawih tenang skit rasanya'. Ingat lagi wajah org yang berkata kepada ku itu..;) . Mungkin ada ibu bapa tak suka dengan cara ini ...tetapi kami tetap teruskan. Yang penting , matlamat untuk menarik org ramai bersolat terawih berhasil.

3.Isu yuran - Yuran dinaikan dari GBP15 ke GBP 24 sefamily setahun ( gbp2/month). ramai yang bising . ramai yang melenting . Hanya segelintir yang sokong. Aku , personally juga menyokong kerana banyak uwang yang diperlukan untuk buat aktiviti. Sewa PMC , beli alat-alat , beli makanan...dll. Teringat masa mula-mula sampai UK , belanja kat ASDA , GBP 20 dah cukup untuk penuh satu trolley. Sekarang? ......setiap kali belanja terpaksa keluar GBP80-100. Kadang lebih(ikut ..apa yang dibeli). aku mmg terasa kenaikan harga barang . Tambang bas juga naik . So..logiklah yuran naik... ( ada juga yang kata ..mana ada bayar yuran sbmlm ni. Helloooo...siapa kata tak der yuran ? mungkin anda terlepas pandang bayar yuran GBP15 dan duit hari keluarga GBp5 untuk tahun lepas. Pedas kan bunyi nyer..!).

4.Isu Musibah - hish..kenapa banyak sangat ujian yang menimpa masa En abang jadik penghulu ni? Aku hanya yakin, itu semua ujian Allah . Allah tidak akan bagi ujian melainkan kepada orang yang bersabar. Bukankah ujian itu tandanya Allah sayang? Pekak kan telinga ..apa orang kata tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya . Setiap yang mati dan sakit itu semua ujian Allah kepada hambanya. Ini semua diluar kuasa kita, yang hanya manusia biasa.


Salam takziah untuk ibubapa arwah adik Abdullah Fahmi . Redhalah dengan ujian yang Allah bagi. Anda bertuah kerana bayi itu bayi suci yang sedang menunggumu di pintu syurga.Amin.


Dan paling meruntun hati saya apabila adik Farhan masuk ICU kerana pendarahan di kepala. Kemudian seorang demi seorang keluar masuk hospital menerima ujian dariNYA.Hikmahnya..di sini , kita dapat kenal siapa kawan siapa lawan . Siapa yang ringan tulang membantu rakan-rakan yang ditimpa kesusahan . ada juga yang tidak ambil peduli . Hikmahnya lagi; ikatan silaturrahim ...semakin erat .

5.Isu PMPMSnet - dulu -dulu kami ada SMnet yang kemudiannya dicemari dgn kata-kata / wadah yang tidak bagus. Wadah yang boleh menimbulkan keretakan silaturahim . Kata sepakat AJK diambil untuk membentuk PMPMSnet . Bukan tak boleh nak handle SMNet ..tapi kalo org lama banyak masuk campur( yang kebanyakkannya dah ada kat msia) + password pon tak bagi , macam mana AJK penerangan nak control YG ni . Oleh ..itu , PMPMSnet diwujudkan , walaupun saya sendiri sudah sayang dengan SMnet . apa nak buat....

6.Isu Gigs- Sedang AJK menganjurkan ceramah Agama , ada pulak badan bebas yang menganjurkan Gigs . Acara ini banyak mendapat bantahan dari ahli PMPMS khasnya , masyarakat sheff amnya. Pening En abang ngan biro agama nak settlekan isu ni .Alhamdulilah , hasil pakatan bersama penganjur Gigs , Dr Kudo , satu petisyen telah diwujudkan . Alhamdulillah juga Dr . Kudo willing datang umah kami berbincang dgn En abang, Sdr Uzir dan Safuan .Katanya...sblm-sblm ini tak pernah ada perbincangan 2 hala . yang mereka dapat adalah hentaman sahaja tetapi tiada jalan penyelesaian . Kami hanya buat yang termampu ..sekurang-kurangnya ada perbincangan . Adakah itu juga ....AJK masih bersalah???????

7. Laporan Kewangan - alhamdulillah ..laporan kewangan dapat dikemaskini dan dipersembah kepada ahli masa pertegahan tahun . So..taulah kan duit tu ke mana? Mula-mula agak sukar juga sebab tak banyak data yang diperolehi dari tahun sebelumnya . Kewangan juga telah digenerate oleh en abang dengan kerjasama MPworld rice - jual beras untuk persatuan . Kalo harap yuran ..mmg lah tak cukup duit . Semuanya nampaka mudah..saya sendiri tak mampu nak lakukan paper work ini hanya semata-mata nak selesaikan masalah kewangan . Terima kasih en abang saya..( walaupun cita-cita dia nak buat mesyuarat agung tak dapat dilaksanakan..).

8. Pelajar baru - kebetulan ramai juga warga baru yang datang ke Sheff tahun lepas . kelam kibut jugak . Ada dalam 15 family . terima kasih kepada en abang yang bertungkus lumus kemas kini data sehingga ..orang senang nak tgk status kedatangan pelajar baru yang sering di shoot ke PMPMSnet. Saya akui ..banyak perkara saya kena belajar dari En abang segi kerja merekod data dan buat segala jadual bagi menyenangkan kerja. Nampak macam senang tetapi ini semua kena ada komitmen . Tugas lab lagik nak kena buat. kadang-kadang saya respect dengan suami saya wpun ada jugak bender yang nak kena ketuk , baru berjalan.


Suami saya ni jenis cool. Tidak cepat melatah. Oleh kerana sifatnya yang sgt cool, dia terlalu berhati-hati dalam menyelesaikan setiap perkara. Jadik..mungkin ada org yang tak sabar dengannya dalam erti kata lain, bilalah penghulu nak buat keputusan ni? namun, lazimnya setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan yang matang dan logik serta ada kesan jangkamasa panjang . AJK yang memahaminya..sudah tentu faham dengan perangai suami saya ini.Itulah serba sedikit perangai Mantan Penghulu ni.....cool tapi dalam kepala banyak pikir. he he.

Saya kadang naik berang dengannya sebab lambat buat keputusan . Saya jenis yang tak sabar dan malas nak pikir panjang . Bayangkan...untuk carik rumah yang kami duduki sekarang , suami saya telah survey sebanyak 33 bijik umah . Saya dan ayuni yang jadik mangsa kerana terpaksa ikut survey rumah. Begitulah juga nak beli ayam atau hadiah/piala untuk sukan PMPMS.....sama juga caranya men'survey'. Padahal nak beli ayam , kambing jer kan..?


Blog ini blog saya. Suka hati saya nak tulis atau luahkan apa-apa. Biar jadik orang yang berani ..jangan jadik orang yang pengecut. Bunyinyer seperti kasar ..tetapi itulah saya , yang nampak lembut tetapi amat tegas.

Sepanjang menjadik teman setia kepada suami as Penghulu , banyak juga kenangan manis yang terpahat di sanubari.....

Kami sangat gembira rakan-rakan sering berkunjung ke rumah kami . Saya harap biarlah benar pepatah ini 'tetamu yang datang akan membawa rezeki ke dalam rumah '. Many thanks atas kunjungan semua . Semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan .(bak kata Kak Yaz..banyak nyer cawan su gantung-gantung ni...mesti org selalu datang). Saya mengiakan sajer kata-kata kak yaz.

Gembira ..raya tahun lepas , first time kanak-kanak dapat ole-ole raya semasa majlis hari raya . En abang juga bagi ucapan sambil berselang dengan alunan takbir raya yang menusuk hati. Saya bangga dengan En abang saya .

Suka...sebab tahun ni , family day di adakan di Netherthorpe. Kawasan yang cantek dan access yang senang . tiada alasan transportation bagi mereka yang tak der kereta . alhamdulillah ..ramai yang hadir sehingga luar jangkaan AJK dan paling best ..En abang cadangkan sediakan Grand Prize , disamping semua orang juga dapat cabutan hadiah bertuah .


Suka..suka ..suka ..idea aku diterima oleh en abang ..untuk bagi anak-anak goodie box.


*kredit photo nassree kak aryati*

Rasanya ini lah tulisan yang panjang dalam blog ni. Ini bukan masuk bakul angkat sendirik. ini luahan saya dan persepsi saya terhadap suami saya yang begitu sabar melayan karenah warga Sheff yang cerdik pandai.

Saya ingin mengambil kesempatan nak ucapkan terima kasih atas sokongan rakan-rakan dan juga mohon ampun dan maaf selama suami saya jadik penghulu. For sure , pasti ada hati yang terhiris , terguris , tak puas hati atau ada kerja yang kami tak mampu buat . Kami ini manusia yang lemah , yang penuh dengan kesilapan . Kita hanya merancang ..Allah jua yang menentukan .

ni video dari Azman/ Kak Dayang. Saya selitkan disini sebagai kenang-kenangan.Thank abag azman dan kak dayang.
http://www.dailymotion.com/video/x9s4ti_pmpms-family-day_people

Wallahualam.

8 comments:

ummu_naqeebah said...

su, good job!!

zarina said...

Tahniah, isteri mantan penghulu.

Kami cadang nak ke Sheffield. Apa ada tempat menarik di sana?

zahrah said...

salam...

su mantop sekali n3 kali nih...bagus...bagus...bagus...post-mortem yang kemas dan teratur berbentuk tulisan reminder pada yang lupa...tq alot!

jumper khamis ni yer....basuh piyuk2

anon suria said...

kak laily: thanks. lega dah tak jadik ajk. tapi tugas kita sebagai hamba Allah tetap perlu dipertingkatkan.

Kak zarina: jom jom datang sheff.dialu-alukan sgt. boleh tidur umah kami. boleh kita borak-borak.

zahrah:tq. sama-sama kasih. basuh periuk hari sabtu ler..org laki basuh. periuk kecik su dah basuh.dtglah umah bila-bila masa..

hasma said...

penat yer jadi first lady.. tapi su mmg efficient!

sabda Rasulullah saw:
siapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hormatilah tetamunya...

anon suria said...

hasma: he he..buat buat penat.Efficient? oopss dah lama tak dengar perkataan ni.No comment.

Hasma...alhamdulillah..tetamu tidak putus berkunjung.Kami suka..sebab tak lah boring dok kat umah . kalo tak kami bertiga jer ..

Suhaila said...

Salam,

Good job kak Su..n3 yg mantop..puas hati baca..

Suka pi rumah kak Su ni sebab cantik dan selesa..tu yang sampai tertido...hehehe

anon suria said...

suhaila; mailah datang umah akak bila-bila masa . tidur lah lagik umah akak....insyaAllah takder masalah.tak kaco ayuni pon sbb dia tido ngan kami...