Saturday 22 August 2009

Cerita yang terhimpun

Banyak cerita yang nak diceritakan..bertangguh-tangguh dek kerana pc yang dah 'hampir kong'. Ada sajer hal nyer..

oklah..sebab cerita dah terhimpun, maka tak bolehlah nak meleret ...so kita start alif, ba, ta...

Cerita Alif
Ha..ha ..balik dari Wales memanglah tersangat penat. Sampai umah dalam kul 11.30 malam.
Tak perasan pun apa jadik kat keliling umah. Esoknya , hari Isnin en abang tak kerja , so kami pun lepak-lepak dalam umah. Tak kuar umah pun sebab penat. Hari Selasa en abang dah start keje. So..masa dia tengah di kerja..dok jenguk pemandangan kat luar rumah....

La.......apa dah jadik ni?

Kereta Rover putih kami kena clamp!!!!! En abang tak perasan Road tax dah habis. Ntah bila kena clamp pun kami tak perasan. Keta ni mmg dah rosak...kami dah tak pakai. Ini kereta kami yang kedua sejak dok kat bumi UK ni.



Balik keja..en abang terus telefon DVLA. Ntah macam mana deal...kami tak kena saman. ( bab deal deal ni....mmg boleh bagi kat en abang..;) . Siap..en abang mintak DVLA tolong settlekan kereta kami supaya boleh terus scrap! Alhamdulillah..pun ntah bila kami tak perasan..kereta kami dah tak der kat depan umah . DVLA dah angkut untuk scrap. Tamatlah cerita Rover.

Tinggallah kini keta kami no satu yang kaler hijau, ada tersadai kat tepi umah. Dan mintak sangat-sangat kereta ketiga yang kami beli ni ...tak mendatangkan masalah sampailah kami balik Malaysia....( tak terlintas akan beli kereta no 3 secepat ini..hu hu ).



Cerita Ba
Suka sangat sebab ..kawan kami ( kawan realiti en abang & kawan maya aku) datang umah. Mereka dari Wales nak balik New Castle, singgah umah kami stay overnight one day. Aku kenal Wani secara maya dari blog Fajar (kalo tak silap..). Eb abang mmg kenal mereka berdua dari UTEM lagik. Biasa dengar nama Majid ,tapi tak sangkalah pulak...si wani ni isteri Majid. Main agak-agak jer..bila aku browse blog diorang.



*ayuni kunun nak suruh Nurin posing, dia lak yang terpejam mata..


*dinner..thanks for coming Wanie& Majid

Sebab kami pon baru balik dari Wales..so prepare pun seadanya . Sebelum mereka pulang keesokan paginyer...kami jemput kawan mereka Khairil& Ita yang join trip diorang datang umah breakfast sama.Hope you enjoyzzzzz the nasi lemak and nasi himpit with sup ekor.

Kami pun tak sempat nak bawak mereka jenjalan kat sheffield. Mereka pun..terus ke Dadibhais,Bradford untuk mencarik Corelle.Orait wanie, nanti datang lagi yer....



Cerita Ta.
Hari sabtu malam, minggu yang sama lepas kami balik wales, En abang kata ada kawan dia nak datang esok. Hah? Cuak. Sebab esoknya (Ahad)...kami ada kursus Solat anjuran persatuan kat Firth Park. Kursus dari pagi sampai petang. Kepala putar..bila nak masak ni...nanti cian orang datang umah....food tak tersedia.

He he..betul pun , petang tu dalam kul 6.30 balik dari kursus solat...terus bersilat kat dapur. Lum siap masak....ting tong...loceng dah bunyi. Wahhh..mereka dah sampai. Dengan bau- bau gorengan ayam masak merah, aku pun sambutlah kedatangan mereka...Nasha ngan Kak Zarina dari Durham. Sib baik gak..laksa dah siap masak before gi kursus.

*While waiting Auntie Su yang terhegeh-hegeh masak...lepaks kat yard.

Cadangnyer..mereka nak balik malam tu ke Durham . Puas ler aku memujuk dan usha...."meh lah tido sini, esok kita gi fruit picking''. Tima kacih kak zarina ..sudi tido satu malam kat umah kami. So..dapatlah kami borak panjang malam tu.....dan esoknya dapatlah aku sediakan Sizzling Mee untuk breakfast.


Yang penting....kami dapat gi fruit picking..yahooo! (sebelum ni puas pujuk en abang gi picking tapi tak berjaya..)

*en.abang, ayuni, aku, Kak zarina, Nasha,Izza, Iffah,Irfan..yaey...........sblm gi fruit picking

Kami ke McCallumns Farm, Bankend, Doncaster. Dalam 40 min daru umah.

Gi petik strawberry..ngan gi curik-curik ambik gambo kat pokok epal. Epal tak leh petik lagik..tapi ayuni sesuka hati petik.

*yang tengah tu gambo redcurrant.


*ladang strawberry yang macam ladang anggur..berjuntai, senang nak petik.


Cerita Sa

Ayuni dapat surat dari Sheffield Children Hospital untuk first appointment kat Audiology Centre. Heh? apsal lak ni. En abang konpem jer...tu as regular check-up. Tapi..aku tak sedap hati. Ni mesti ada sebab ni kena gi jumpa audiologist.

Betul sangkaan aku. Sesuatu yang tak terjangka! Ayuni kena buat hearing test. Kat sekolah , dia fail ujian ni. And after this test done by 2 Audiologist , which one of them is specialist , it still fail!!! Ayuni diagnosed with Mild Conductive Hearing Loss. Subhanallah..! It might be from the bundle of wax kat telinga ayuni. Memang aku perasan..apsal kat sini(UK) , telinga ayuni banyak wax. Dah bersihkan..esoknya ada lagik banyak......

Test need to be done again and again to reconfirm this condition. The next follow up will be on 20 October 2009.

Oh Ayuni. Come to Ayuni history of birth , she was a small baby with prolonged joundice.Is prolonged joundice can trigger this problem? I need to find it or may be someone can help me to answer this. Ya Allah....minta dijauhkan Ayuni dari segala penyakit. I will share this very good experience and info of conductive hearing loss..later , di satu hari yang free.

For time being , We just use olive oil to minimize the wax as suggested by the specialist. Sooooooooo......back to nature. Semulajadi. Tak yah ubat titis macam kat Malaysia. (ohh..baru teringat ..dulu pernah jumpa Pakar ENT kat Hospital Muar, sebab ear wax gak..and dapat ubat titis)



Cerita Ja ( Jim)

Apalagi....SALAM RAMADHAN!

Ramadhan kali ini , menyaksikan pertemuan dua insan yang dah 13 tahun tak jumpa.After SPM 96, masing-masing dengan haluan sendiri. Yeay..reunion kecil. Aku ngan Urwah bertemu di sini. Kat Malaysia..kami berdua tak pernah gi reunion dek kerana kesibukan masa. Alhamdulillah.dapat kami jumpa kat sini. Hasilnya? After 13 years tak jumpa

-Urwah bertambah slim melim and aku bertambah debab. Hu hu

-Urwah ..ladylike giler! Cam tak caya betul ker ni Urwah . Lembut sesangat cakap ngan anak-anak. Rugilah kawan-kawan aku masa zaman sekolah yang nak tackle Urwah tapi tak dapat ...

-Wah have 2 heroes ( Yaser and Bilal ) and aku sorang puteri (Ayuni) . Urwah..jadik besan leh?

Urwah datang sehari sebelum puasa. So..aktiviti makan-makan pun terhad. Sebelum terawih malam tu , kami gi Meadowhall naik tram . Urwah tersenyum lebar dengan hasil pancingan kasut Clarks yang sangat murah..!

* after 13 years...the slim and the bob dalam tram.

*anak dara saya yang usha Yaser..hehe.

*gambo lagik satu tu..main robot dinasour yang baru dibeli. Clap tangan or buat noisy sound, nanti dinasour tu bergerak.....huargggggghhhhhhhh ...huraghhhhhhh..aku lak yang syiok.

Sebelum Urwah balik ke London, Wah sempat pusing-pusing Sheffield City. Sempatlah jugak diorang naik wheel of Sheffield. Aku tak ikut. Plan asal diorang nak ke Castleton..tapi sebab kesuntukan masa..tak dapat gi. Tak per,next time..datang UK lagik ek..mudah-mudahan, Abe Kareem urwah dapat kerja kat Uk ni.


*gambo ayuni naik wheel of Sheffield, two weeks before Urwah datang.


Urwah dah nak balik Malaysia for good , Selasa ni. So kekawan..bolehlah serbu umah Wah yer hari raya kat Bangi. Urwah nanti , kerja kat Hospital Serdang ngan Ainy . Hope..one day kita boleh jumpa kat Alamanda. Sebelah jer tu ngan opis sementara aku kat Parcel E. And I miss my other labu frens too.



Thank Urwah for coming. InsyaAllah kita jumpa kat Malaysia.


*******************************************************

Orait. Rasanya..cukuplah tu cerita Alif,Ba,Ta,Sa,Ja....

once again, maaf diminta atas segala keterlanjuran.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

tata.


7 comments:

hasma said...

su, urwah ni dulu houseman hosp melaka ke? rasa dulu masa houseman ada geng sekali nama urwah (grad UIA kot) tapi muka macam lain sikit

kalau severe jaundice menyebabkan sensorineural hearing loss, bukan conductive

kesian ayuni...

ayuni dgn nurin macam adik beradik

anon suria said...

aah..Urwah ngan Kareem houseman kat melaka. muka urwah dah lain sbb dia dah kurus jaga 2 hero.

thanks for info, su nak korek lagik carik ilmu pasal telinga pulak. cian ayuni..

he he...mmg diorang ngam. ayuni suka ngan nurin sbb nurin suka ikut perintah ayuni...

WaNNi said...

Sukanya ada muka sendiri kat blog org lain. Sue masak sedap sangat!!! Malam lepas dinner majid kata perut dia penuh sgt sbb makan non stop. Ayuni nampak pendiam tapi boleh pulak melayan Nurin. Nanti raya dtg ye.Sukanya ada muka sendiri kat blog org lain. Sue masak sedap sangat!!! Malam lepas dinner majid kata perut dia penuh sgt sbb makan non stop. Ayuni nampak pendiam tapi boleh pulak melayan Nurin. Nanti raya dtg ncl ye.

Zuraimah Ismail said...

wallah...kurusnya urwah....

erk...anon, ct pun x pernah dengar jaundice leh ada side effect mcm tu..do update ya...but hopr not too serious...

Hacked by w3d0z said...

wah2 byknye citer..=)

salam ramadhan kak...

umieaisyah said...

selamat berpuasa..
panjangnya n3 anon kali ni..
fes...jgn gelakkan nama kita dlm facebook tu..sbb main2 je masa reg..rupa2nya kuar nama tu ek..camne nak tuko ? padan muka aku..
nak tanya anon..lect..kita en. Rosli tu kawen ngan saper? budak biomed tu k? yg sabahan tu..
semoga ayuni cepat sembuh...anak2 i pon jaundis gak dulu..hu..hu..risau kan..

anon suria said...

wanie:insyaAllah raya tahun ni kami serbu umah korang

CT; camner lah korang blh bertambah kurus lps kawen.

elly:slamat berpuasa too..bestnyer puasa kat msia.

aisyah: nama omputih gitu. bnyk buat kuih raya?