Monday 19 April 2010

10 perkara?

Alhamdulillah..dapat gak sambung tulis blog ni. Buat ketika ini...saya 'menyambung' cuti-cuti Malaysia saya disebabkan tak dapat terbang balik UK. Tak sangka sungguh...debu gunung berapi tu sungguh dahsyat. Dugaan kecil dari Allah ini....perlu kita renungkan.

So..sekarang ni bnyk masa terluang kat umah ... Maklumlah kenduri pun dah selesai. Segala yang dirancang....alhamdulillah dapat dilaksanakan.Penat kenduri hilang bila tengok ramai sanak saudara datang.
Vacation ke Cherating pun sudah.....itu pun Ayuni tak puas lagik nak mandi swimming pool. Yer lah..kat UK mana ada outdoor swimming pool yg best. Pantai pun setakat boleh ambik gambo..kalo nak berendam jangan haraplah.

Setelah 3 tahun tak dok kat malaysia..ini adalah pemerhatian saya.. 10 perkara yang terlintas...
1. Jalan raya malaysia sungguh hiruk pikuk!
2.Pemandu Malaysia takkan bagi jalan kat kereta yang nak kuar simpang atau orang nak lintas jalan.
3. Saya sangat tak suka..hampir setiap hari suratkhabar ada jer kisah dera anak , rogol , mati , bunuh diri .....budak-budak at high risk!
4.H1N1..menular dengan mendadaknyer....!
5.Cerita kat tv sangat boring kecuali cerita P.Ramlee....he he
6.Politik yang membosankan saya

7.Orang Malaysia kuat makan!Mungkin sebab saya dah lama tak berbuffet kat hotel..sekali pergi..mak datoookkkkk...asyik asyik makan..makan..makan...
8.Masih ada golongan yang susah..ramai pengemis kat pasar tani dan pasar malam...
9.Otomatik..saya jadik malas...letih...mungkin sbb cuaca panassss
10. Perkhidmatan kesihatan yang bertambah baik..(bukan nak promo eh..its true!).
-Klinik kerajaan dah bukak till 9.00 pm.
-Fast service. Walk in jer...tak yah appointment.
-Doktor yang ramai kat klinik kesihatan..about 7 rooms with 7 doctors! tak termasuk doktor kat klinik ibu mengandung.
-Dentist yang superb!

Nak jugak tambah yang ni...

Malaysia is the best for shopping lover. Kepuasan dan kenikmatan tak terhingga! Tak kiralah kat pasar malam..pasar tani ...Jusco...Alamanda...KLCC dan yang terbaru Empire....
Melepas rindu saya nak bershopping....tapi baju baby tetap kat UK yang cantek n comey.. he he.

5 comments:

hasma said...

su, klinik mana yg fast service tu? first time ni dgr org kata kk fast service :)

memang sebab weather penat kan, tu pasal kat mesia org tak baca buku dlm bas/lrt- penat dan ngantuk sbb panas

baik2 mkn buffet, cek logo halal hotel dulu!

anon suria said...

hasma: kk bandar maharani. mungkin sbb doktor n bilik doktor bnyk kot...5 min register, 30 min tunggu doc ok pd su..sbb bayar rm1jer kan.
dentist pun su pergi pergigian bandar maharani.lg cepat!
kk yg terdekat ngan su kk sg mati..tp su tak suka ngan staffnyer...tak frenly

buffet ritu masa bekfast kat holiday villa. su cuma makan roti canai, bubur n fruit. tak larat eh..nak makan mcm dulu dulu. ayuni makan tembikai n jus nenas jer...thanks for reminder.tak ingat pun nak check logo halal...hu hu.

anon suria said...

oh ya..tadi gi lagik kk bandar maharani. dlm kul 4 ptg. tak sampai 20 min dah dapat service. ( kat uk..even ada appointment kul 2..lum tentu..kul 2 tu dapat masuk.. hu hu)

Abu Aiman said...

sama la macam kitorg rasa masa memula balik dulu.
Di sydney pun sama, kalau gi klinik, nak pulak public hospital, mak datok punya lama kena tunggu... Aritu bw mak pegi kk taiping, less than 1 hr tunggu. Ok sgt la tu...

anon suria said...

azd:sesekali kena kuar dari kempompong Malaysia ..baru kita akan hargai negara sndri.Ingat kat Uk jer camtu..rupanya Aussie pun sama...he he.

Kalo kes kritikal...warded..operation..anon tak nafikan UK bagus. Tapi kalo setakat demam..nak cabut gigi..pesakit luar..Malaysia lagik senang.