Thursday, 28 July 2011
Selamat berpuasa
tapi saya harap..Ramadhan kali ini akan buat saya jadik insan yang lebih bersemangat nak buat kerja...yang bersyukur...yang redha..yang tak lupa akan suruhan NYA.
Mohon maaf atas segala salah silap. Salam Ramadhan untuk semua.
Selamat berpuasa !
Tuesday, 12 July 2011
Besday Bash
Alhamdulillah...besday bash Ayna n Ayuni dah selamat selesai pada Ahad 10 July 2011 . Actually Ahad tu memang genap usia Ayna setahun. Ayuni pulak kiranya dah belated besday 7 tahun. Besday Ayuni celebrate sendiri kat Italy bulan 4 haritu. Dah 2 tahun kami x buat besday party untuk Ayuni...so tahun ni decide nak buat jugak..since insyAllah ni kira last sambut besday kat UK [ harap-harap next year dah balik Malaysia].
Beberapa hari sebelum majlis..adalah buat beberapa persiapan. D.I.Y lah kengkononnya...Ntah mana datang semangat nak buat mende mende ni pun tak tahulah. Semuanya apa yang terlintas dalam kepala. Do it ..selagi boleh.
Bila ada anak kecik..tak boleh nak prepare macam-macam. So menu kali ni..nasi beryani , mee hoon singapore dan yorkshire puding. Yang lain ..yang simple simple..buah..keropok..agar-agar santan..dan fries. Itupun keropok ,agar-agar santan & mini burger msia, saya minta jiran yang tolong buatkan . So..kerja saya jadik ringan skit..hanya menyediakan main menu dan lauk pauk. Suami saya pulak handle bahagian BBQ ayam.
Buat BBQ untuk tarik orang dok kat luar..so dalam rumah x lah crowded sangat. Alhamdulillah cuaca pun cerah....[gambo dari undergrad]Kek pun kali ni tak buat...kami order sajer dari Waitrose. Tak pening kepala. Ayuni pilih nak yang mana..order online n pick up sendiri hari Ahad pagi tu sebelum majlis. Gelas kaca pun kami pinjam Waitrose nyer [ sesiapa yang ada order cake / entertainment Waitrose..mmg dapat pinjam gelas Free].
Ayuni nak cupcake..so ni kira first time saya order cupcake. Besday cake saya nak barbie doll..tapi Ayuni tak nak. Dia pilih Fairy cake sbb ada 2 fairy kat situ...kengkonon tu Ayuni n Ayna. Simple besday cake.
Terima kasih kepada semua orang Sheffield yang hadir. Sangat -sangat terharu denga kehadiran tetamu yang ramai dan memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah ukhwahfillah yang masih bertaut.
Saya budget makanan untuk 60 orang tapi nampaknyer x cukup. Mohon maaf jika ada yang menunggu lauk atau nasik beryani. Cuma agak lega ada menu lain..but still rasa x sedaplah kan if ada tetamu yang menunggu untuk ayam masak serai walaupun lauk lain still ada. Out of control.Mohon maaf atas segala kekurangan.
Kenalah masak lauk tambahan..sib baik ada undergrad tolong. Dalam 20 min..baru top up ayam masak serai yg baru...sib baik kuah ayam buat banyak. So tambah ayam jer.Sementara tunggu ayam..saya keluarkan serunding daging. Paceri nenas dan salad mmg ada lagik.At this critical time..otak mmg kena laju bertindak nak wat per..n camner. [ time ni lah terasa guna skill masa kerja dulu-dulu...;p]
The undergrad really helpful walaupun ramai diantaranya baru first time dtg umah saya. Mereka ni kawan-kawan anak -anak angkat saya...kenal diorang pun masa saya tolong Sofi dan Ila angkat barang dari hostel Opal ke rumah sewa.Adalah lebih kurang 10-15 orang undegrad datang. Saya mmg tak open jemputan untuk undegrad..closed invitation [ Please ...jangan kata saya pergunakan undergrad...diorang sendiri willing nak tolong...bersungguh-sungguh diorang nak tolong..nak asah skill cleaner katanya..sbb depa kerja cleaner time cuti summer ni..].
Gambar memang saya x sempat nak ambik. Kamera ada jer kat tepi tuh. Saya memang dah assigned Envie Studio,Apai dan Dee, jiran kami untuk ambik gambar kami semasa majlis. Sib baik jugak ada budak undergrad tolong ambik gambar...so adalah beberapa koleksi untuk simpanan kami.
Besday Girl Nur Ayna Farzana
Belated Besday Girl Nur Ayuni Farzana Wednesday, 25 May 2011
Cant wait...hati berbunga-bunga
Tetamu istimewa ..yang tersangat istimewa..tentulah mama dan ayah. Teringat blog seorang kawan...kita dituntut untuk meraikan tetamu..hidangkan makanan yang istimewa pada hari pertama. Mmm..tengah berfikir-fikir apakah menu yang saya akan masak untuk mama ayah tercinta. Kalo boleh tak nak menu yang sama seperti tahun-tahun sebelum masa mama ayah sampai. Idea dah ada....insyaAllah jika diizin akan saya masak...adun..kukus...buat sebaiknyer..insyaAllah.
Bila hati girang....mudah sajer urusan rumah dilakukan. Menyambut mama ayah umpama menyambut raja dan permaisuri.Perlu dilayan sebaiknya. Lazimnyer saya akan bersihkan rumah sebaiknyer setiap penjuru.Saya akan pastikan mama ayah saya selesa disegenap ruang rumah saya termasuklah garden!
Pastinyer saya akan usahakan sediakan tempat tidur yang selesa. Cadar seboleh mungkin saya beli yang baru dan basuh sebersihnya. Bila mama ayah tidur..akan terbau-bau wangian cadar. Kali ini..saya hamparkan duvet cream..berbunga lilac yang sangat lembut pemberian seorang rakan. Kemudian , saya bentangkan quilt cover baru berwarna biru muda cream supaya tampak lagi kemas. En Abang saya nampaknyer dah sediakan Quick Cup Tefal di atas meja dalam bilik tidur...agar mudah mama dan ayah nak buat air. Tidak perlu turun tangga untuk ke dapur. [ oh ya..meja belum beralas..perlu dialas...take note please..].
Esok...saya dan en abang akan keluar berbelanja. Beli apa- apa yang patut supaya tidak kelam kabut hari Jumaat. Mama ayah akan sampai pada hari Sabtu tengah hari melalui Manchester Airport..so pagi Sabtu tu kena pastikan everything is ready! Mungkin sedikit penat berkemas itu dan ini.....tapi kepenatan itu tidak terasa sama sekali bila lihat mama dan ayah saya happy. Itulah saya...kelaziman yang dilakukan bila mama, ayah adik beradik nak datang.
[Sayangnyer..kedua arwah mertua saya tidak sempat nak bertandang ke rumah kami. Syukur saya diberi kesempatan untuk jaga arwah ibu mertua saya dan bermalam dihospital seorang diri...berganti dengan ipar duai. Setialah ketiadaan ibu mertua. rumah itu seakan sunyi. Setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung untuk menjenguk arwah ayah mertua. Ayah mertua tidak boleh berjalan-stroke..jadik tidak dapat datang rumah kami. Setiap kali raya..saya akan pastikan en abang saya akan tukar tikar getah seluruh rumah kayu itu. Saya tempah langsir baru untuk rumah itu. Saya minta en abang saya belikan set sofa rotan yang baru buat mereka.Belilah makanan ,apa yang mereka inginkan. Teringat arwah ayah mertua teringin makan epal hijau...Buatlah apa sahaja... janji..mereka gembira. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa terkilan di atas pemergian mereka..kerana telah saya usahakan buat yang terbaik walaupun hanya sedetik cuma. Jika rindu kami akan kunjungi pusara mereka.Al-Fatihah.]
InsyaAllah hari Ahad ini...kami dah start berjalan membawa mama ayah melancong melihat keindahan alam dan tempat orang. Tempat yang diidam oleh mama dan negara yang teringin dikunjungi oleh ayah. Hotel , ticket , van ..alhamdulillah semua dah book. Itinerary telah saya sediakan sebaik yang mungkin. Semalam..sampai lagik satu pamphlet yang dibeli di ebay beserta dengan map untuk rujukan ayah. Saya tahu apa yang ayah saya suka....;p. Semuanya perlu disatukan pada malam ini dalam fail.
Semua orang akan buat yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Selagi ada peluang..marilah kita usahakan yang terbaik buat mereka. Mama dan ayah dah banyak berkorban untuk saya masa saya kecil-kecil. Hanya ini yang mampu saya balas untuk mama ayah ,selagi hayat dikandung badan...meraikan mereka beserta doa yang tidak putus , walaupun saya tahu..apa yang saya buat ini tidak akan sama dengan pengorbanan mereka.
Mama ayah...I cant wait. Semoga percutian family kami ini dipermudahkan. Amin.
Thursday, 19 May 2011
Catatan Italy 4 - Pisa hoorey!
Perjalanan dari Rome ke Pisa agak jauh lebih kurang 3 jam lalu highway atau 5 jam lalu jalan pantai. Kami memilih laluan highway walaupun hati teringin juga nak lalu pantai. tapi sebab x larat habis masa lama kat jalan...terpaksalah lalu highway yang membuhsankan. Highway kat Italy juga ada tol macam highway Malaysia. [ Motorway UK jugak yang best..tak der tol]. caj tol lebih kurang 12Euro.
Sebelum sampai Pisa...kami singgah Florence , atau dalam bahasa Italy , Firenze. Hari pun dah nak senja...so kami x spend masa lama kat Florence. Makan waffle ngan eskrem jalan-jalan sekitar Duomo. Cantek gak Florence.
Sebelum maghrib , kami dah bertolak ke Pisa. Dari Florence ke Pisa perjalanan hanya 1 jam . kami terus check in Apartment Isola Verde. Sebab dah lewat lebih pukul 8 , reception apartment dah tutup. Kunci apartment kami ditinggalkan di dalam post box. Apartment murah dan selesa. Reccommended. Basic apartment tapi bersih dan mudah nak carik. berdekatan dengan highway dan hanya 10 minit ke Menara Pisa.
Malam tu kami pergi jugak Menara Pisa. saja tengok pemandangan waktu malam . Pisa bandarnya kecil sahaja..tenang dan damai. ala-ala kampung gitu...saya suka.
Esoknyer...kami pergi lagi Menara Pisa. Hah...memang ramai orang waktu siang. Parking kereta tak susah..banyak jer di luar kawasan menara ni. Yang dekat ngan menara lebih kurang 1.35euro untuk 30 minit. Yang jauh skit 0.40 euro untuk 30 minit. Kami datang hari Ahad...so parking Free.
Menara ni condong after tingkat 2 mula dibina. Lepas tu terhenti jap pembinaan....dan disambung semula selepas struktur tanah kembali ok. Kalo tengokkan..mmg ajaib lah. Kalo ikut logik ..patutnyer dah roboh menara tu.
Ayuni nampak kereta kuda lagik! Kali ni kami tanya lagi harga kereta kuda. 30Euro untuk 1/2 jam. Yohooooooo..murah. murah. Terus kami naik kereta kuda keliling bandar Pisa. Pengalaman yang sangat best. Memang best! Sumer pun happy..enjoy. Cuaca pulak cantek sangat. Alhamdulillah.
Ayuni ambik peluang naik menara pisa ngan uncle Mail. Harga tiket 15 euro seorang. Kena beli tiket awal dan kena ikut timing. Lama jugak nak tunggu pukul 2.20 pm untuk naik menara..tapi sbb tiket dah beli..kami tunggu jer la. Ayuni x gayat pun naik menara tu. Suka jer dia...
After dah ronda-ronda..kami pun bertolak ke destinasi seterusnyer Venice!
Tuesday, 10 May 2011
Catatan Italy 3 - Kau Istimewa
15 April 2011...
Happy Birthday Ayuni yang ke7
Diri mu Terlalu Istimewa..
Ku hadiahkan percutian ini untuk mu..
Hari ini..kami ikut sahaja semua kehendak mu...
Semoga memori ini tidak akan luput dari kotak ingatanmu...
Pagi-pagi..Ayuni dah bangun tidur..
Selesai mandi terus bertanya' Mummy..mana baju baru kakak?'
'Baju baru?'
'Yer la..hari ni kan birthday kakak...'
Hah..sib baik mummy bawak dress baru untuk kakak. Dah lama beli tersimpan dalam almari..nak gi Rome , mummy pun bawaklah dress tu. Nasib baik..nasib baik...If not mungkin Ayuni sedih.
[dalam hati..silap saya jugak setiap kali besday belikan pakaian baru...dah lah dia ingat besday mesti ada baju baru..saya rasa ni satu perkara yang tak bagus..mmm]
Sehari suntuk...kami bawa Ayuni jalan-jalan kota Rome. Malam sebelumnyer..saya dah google 'top 10' tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kami menaiki tube dan banyak berjalan kaki dari satu attraction ke attraction yang lain. Jalan kaki lagi best sebenarnyer sebab dapat menikmati kehidupan dan pemandangan sebenar kota Rome. Kami ke Republica,Del Papolo Piazza , Borghese Park, Stephens Step
Hari ni besday Ayuni...makanya..;
Ayuni nak bergambar dengan pramugari..kami tunaikan [ Ayuni tak tahu pramugari tu apa kerjanya..dia tau cantek jer..then kami terangkan pramugari, nampaknyer Ayuni tidak berminat untuk jadik pramugari..;)]
Ayuni nak naik kereta permainan ni..kami tunaikan [ budak kecil..memang sifatnyer begitu..pantang nampak permainan..]
Ayuni nak panjat pokok bunga..kami tunaikan [mummy..kakak nak jadik princess..yerla tu..]
Ayuni nak celebrate birthday..kami tunaikan [puas meredah hujan senja semata-mata nak carik restoran halal ni...sedap tapi..............................................mahal].
Ayuni nak birthday cake...kami tunaikan..! [ Sib baik kek tu sedap...beli kat SPAR].
oh..betapa sayang nyer kami dengan Ayuni. Kau terlalu istimewa. Moga-moga apa yang mummy dan daddy bagi buat Ayuni..akan Ayuni terima dengan penuh syukur. Ayuni..moga ayuni jadik anak yang solehah dan berguna. BIla dah besar..jangan lupa mummy ngan daddy.
Mummy bagi hadiah ni khas untuk Ayuni...'My First Quran Story Book'. mummy beli online dari http://www.muslimstickers.com/. Cepat-cepat mummy order supaya sempat dibawa ke Italy. Best buku ni..mummy dah tengok tapi belum habis baca. Simple english dan siap ada reference lagi dari mana cerita tu dipetik dari Al-Quran. Daddy pula hadiahkan sebuah diary. Kenapa diary? sebab itu permintaan Ayuni...
Tapi Ayuni..bukan semua permintaan Ayuni mummy dan daddy tunaikan....[ tengok keadaan ok..]
Ayuni nak Nintendo DS..tapi belum tiba masanya kami nak belikan dia...
Ayuni nak Giant Trampoline..tapi kami belum jumpa yang murah..
Sabar lah Ayuni..bukan semua permintaan kita akan ditunaikan. Sebab itu kita kena banyak berdoa dan berusaha supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Amin.
Apapun , birthday Ayuni di Rome adalah hari yang sangat gembira buat kita sefamily..syukur , walau mummy kepenatan...mummy dah cuba usahakan buat yang terbaik untukmu Ayuni...
We love you so much.
Tuesday, 3 May 2011
Catatan Italy 2 - ROME-
Tika ini , Ayna sedang tidur nyenyak..saya pula telah siap sidai baju..masak sup ayam untuk Ayuni, vacuum rumah dan tibalah masa untuk berhibur di depan Pc ni sambil menikmati air kosong...hu hu [ berat saya naik 2 kg sejak bercuti di Italy].
Selepas suami habis kerja-kerja present , kami pun berjalan-jalan ke kota ROMe keesokkan harinyer [ rabu]. Hati memang excited nak tengok colloseum. Kami naik tube..yang hanya 4 station dari hotel kami. Memang mudah. Kami ambil day ticket berharga 4euro. Cuaca pun best....dan yang paling best.kebanyakkan attraction adalah Free Entrance sebab minggu itu adalah Rome Culture week. Rezki..rezki...alhamdulillah.
Sebelum terlupa..ni link tube di Rome. Sangat senang tubenyer. Ada 2 line jerk..tak macam London dan paris [ saya pening study metro link Paris].
http://www.rome.info/metro/
Colloseum...yeay!

Klasik! Terpegun! Saya suka....puas hati. Itu yang dapat gambarkan tentang colloseum! A must visit kalau ke Rome. Kami mengambil masa agak lama..about 3-4 hrs gak kat colloseum dan kawasan sekitar. Itupun tak habis ronda....tengok dari jauh jerlah.. sbb nak kejar masa rush ke Vatican City.
Pandangan dalam colloseum
Sisa runtuhan dalam colloseum. Musnah akibat gempa bumi beratus tahun dahulu.
Bergambar dengan Gladiotor luar colloseum..kena bayar 10euro perdewasa..
Ni antara gambar fav saya...suka background tinggalan sejarah tu...Dari Colloseum..kami ambik tube lagik menuju ke Vatican City. Excited ....sebab nak tau sesangat macam mana rupa Vatican City yang terkenal kerana ianya merupakan negara terkecil di dunia!
Kami berjalan kaki ke Vatican City dari stesen Ottavanio. Seronok menikmati pemandangan sekitar....ada tram klasik hijau kat tengah jalan..kiri kanan dipenuhi kedai baju dan handbag. Suka..saya suka.

Jalan ..jalan..jalan...oh..dah nampak laluan ke Vatican City. Memang ramai orang berpusu ke sana!
Kena cross zebra line tu..terus ke Vatican City. Kat Rome susah nak lintas jalan dan kalo jumpa zebra crossing ni ..mmg syukur sesangat.Sesampainyer di Vatican..memang boleh nampak tembok pemisah antara kota ROme dan Vatican City. Negara kecil ini..terletak hanya dalam lingkungan tembok itu.

bila masuk....OMG! ramainyer orang kat dataran St peter. Semua pun nak masuk gereja Basillica nak tengok keindahan gereja dan lukisan seni sentuhan Michaelangelo. Kami? oooo..tidaklah larat nak beratur masuk gereja. Duduk sajer lepak-lepak di dataran pun sudah cukup puas bagi saya.


Balik dari Vatican City..ha ha..sempat menyinggah beli 'handbag'. Sukalah..sbb handbag nyer leather..buatan Italy. [ bila ke sesuatu negara..saya seboleh nak beli barangan buatan tempatan negara tersebut..]. Ada jugak yang fake..saya belikan handbag D&Guntuk Ayuni ..10euro sahaja.
Kedai handbag jalanan. Peniaga tu India Muslim. Dia mengucapkan syukur yang teramat kerana katanya kami adalah pelanggan pertama yang membeli beg jualannya . Umpama..'miftah' pembuka rezki. Wallauhalam..[teringat kat Turkey pun ada tokey kedai syukur bila kami jadik pelanggan pertama pada hari itu...dia pun berdoa moga ramai lagi pelanggan yang akan masuk ke kedainya].Kemudian saya masuk kedai pulak sebab nak tambah koleksi designer handbag. Bila dah nak masuk kerja ni..ada sajer handbag yang nak dibeli. Tak perlah kan...buat kenangan dan murah serta berbaloi-baloi. Kali ini saya pilih handbag Valentino kaler putih. Ori lagik ..sajer memilih Valentino ..nama ala-ala Italy gitu. Harga nyer macam handbag saya selalu beli kat Jaya Jusco.
Dunia oh dunia..semua ini hanya sementara. Buat peringatan diri sendiri yang sering tewas nafsu beli belah.ok...sebelum balik hotel..singgah Termini, pergi restoran halal kebab. Murah dan sedap. Restoran kecil ni terletak kat sebelah B&B..
ni alamatnyer;
Viennese Due Bed & Breakfast Rome
Via Marsala 64
00185 Roma, Italy
Ayuni makan nasi yang disalut mozarella cheese , kemudian dikepal dan digoreng mcm nugget. rasanya mcm nasik tomato..not bad.Akibat lapar sangat ..makanan lain x sempat nak ambik gambo sebab dah masuk perut. Burp..alhamdulillah.
Balik hotel senang hati...gembira dengan perjalanan hari ini. Jumaat sambung lagik ronda-ronda kota Rome.

