Thursday, 9 September 2010

la la la SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini , kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kaum keluarga dan kenalan dimana jua anda berada. Mohon ampun maaf , zahir dan batin atas segala kesilapan sama ada disedari atau tidak .

Semoga Syawal yang bakal menjelma ini akan disambut dengan penuh kesyukuran , dan semoga kita akan bertemu semula Ramadhan kareem yang akan datang .

Jemput datang ke teratak sewa kami , di 462, Stanifort Road , S9 3Fw , Sheffield , UK. Jemput datang bila-bila masa yer....para tetamu sentiasa kami alu-alaukan .

Insya Allah kami akan membuat open house pada 2 / 3 October 2010 .


SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI....

Maaf Zahir batin.

bila di perantauan , lagu raya jadik pengubat rindu kampung halaman.
Mood raya dah datang ..yeay..alhamdulillah.





MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, 22 August 2010

Godek-godek

Ntah macam mana..hari ni godek-godek friendster. Ha ha ..dah setahun tak log in

Sajer nak share gambo dari friendster...



Dalam kapal terbang masa nak datang UK...August 2007 . Dah 3 tahun kami kat sini...




Mrs Laveridge....cikgu yang jaga Ayuni kat Phillimore nursery




Umirah, anak Zubir ( staff UTEM jugak) . Ni kawan baik Ayuni...



Kat rumah sewa lama kami , 68 Balfour Road......ada banyak bunga ros . Masa mula datang UK..jakun tengok bunga ni..wangi jer halaman rumah.



Ayuni tolong mummy tampal poster carik subject untuk research mummy.


Epal picking belakang rumah sewa lama....banyak sgt buahnyer and very juicy. Pokoknyer kecik jer....

Sebenarnya..gambo lama-lama kami dah tak der . Kami tak upload dalam flickr atau picasa atau apa-apa. Sumer gambo lama dalam lap top dan lap top tu dah hancuss...

Adalah jugak burn dalam CD tapi tak sumer gambo .Sib baik ada upload skit kat friendster ngan FB . Tu ler..tangkap gambo bukan main banyak..nak menyimpan nyer tu adushh malas !

Adalah sedikit kenang-kenangan dari blog,frenster,Fb,Cd....Yang lain hanya simpan dalam memori kenangan...

Wednesday, 18 August 2010

tralalala.....the best of magic..

Trala la la la la...

Oh Mummy....


I like this......my cute little rocking basket


I feel calm inside there.....'hugs my bear' swinging crib.....better huh?


I always fall asleep here



I am happy on the bed too........


And this works for me when we outdoor.......zzzzzzzz



But

Mummy...

I think this one is the best for me!!!!!

*
*
*
*
trala la la la....
*
*
*
*
tra la la la .....
*
*
*
*
tra la la la......
*

*
*
*
*

MY MAGIC CRADLE !


Are you sure my dear?

Yess...very sure mummy.......
My 'magic cradle' let me have good dream and snoring on and on


Look at me mummy! Nyenyak kan?



Bouncer yang telah di'abuse' semalam (Ayna day 40) , D.I.Y by daddy...jadiklah 'magic cradle' . The bouncer is safe...and hope the 'magic cradle' also safe. Piawaian SIRIM telah diluluskan oleh mummy.

Anggaplah ini adalah 'Amby Nest' yang omputih selalu guna , mummy dok berkenan tapi tak 'terpujuk hati' untuk membelinya.(Expensive ler....baik beli buai kat Malaysia..!)

Itulah kuasa buai.....hayunannya mampu melenakan....
Kalau dah nama orang Melayu.....walau dok negara orang putih...buai jugak yang dicari.( ker sebenar daddy yang tak larat tengok mummy berkelek Ayna..?) . Mummy ok jer Ayna tak berbuai tapi daddy....mmmmmm.

Best ek Ayna buai. Tidur baik- baik yer sayang....;)

Nanti dah besar sikit..kita berbouncing macam ni yer...
...Inilah yang sepatutnyer bouncer itu diperlakukan. Lets bounce!

*bouncer photo from google image

Sunday, 15 August 2010

Air tangan...?

Salam ramadhan kepada semua...
Hari ini dah 5 Ramadhan ..alhamdulillah. Syukur masih menikmati bulan rahmat ini.


Semalam..4 Ramadhan,suami pulang dari kerja ...membawa bungkusan yang berisi pisang dan keledek. Mata saya tidak tertumpu pada pisang tu..tapi lebih tertumpu kepada KELEDEK.

KELEDEK? nak buat apa ni? ( dalam hati sudah terasa..En abang mungkin teringin makan KERIA).

'Abang..keledek tu nak buat apa?" tanya saya susah hati. hu hu..
"Pandai buat kuih keria?" balas En abang.( Betul sangkaan saya...alamak...! )
"ala..tak pandai lah. pernah buat tapi tak jadik" jawab saya selamba.
"senang jer...lenyek pastu campur tepung..gaul gula jadik lah..."
"abang trylah buat..Anon memang tak pandai. Dah 2 kali buat tak jadik sira gula tu..." kata saya sambil merungut sendiri..


Tiba-tiba...diri ini jadik sungguh malas...Malas sebab pernah buat tapi tak jadik. Malas juga sebab dah berehat panjang.

Tak sampai hati....Petang itu...saya pun rebus lah keledek , lenyek dan sejukkan .
Lebih kurang selepas 2 jam...keledek dah sejuk..saya pun mula menggaul dengan tepung. Banyak jugak tepung dah letak..tapi still tak boleh gentel...


"Ayuni..pergi cakap ngan daddy..mummy panggil. Tak pandai lah mummy nak buat . Tak jadik ni..."

Tak lama kemudian...En abang pun turun. Tanpa bicara panjang..tanpa bebelan ..terus menyambung menguli kuih keria sehingga boleh jadik doh.

"mmm..boleh pun cuma keledek ni terlebih air..."kata suami.

Doh dibentuk dan digoreng. Setelah siap menggoreng keria....dibiarkan keria sejuk sebentar. Kemudian, ambil pula 3 sudu gula bersama sedikit air...untuk disira gula. Gula tu kena sentiasa dikacau..sampai keluar buih putih. Saya memang duduk kat tepi en abang ..menengok hasilnyer.

Jeng ..jeng..jeng.. inilah hasilnya.....air tangan En . abang saya.

ok tak?

Yang hangus sikit tu sebab api besar dan minyak terlalu panas.

Food tester.....sedap. Cuma rasa keledek kurang sebab tepung dah terlebih.

Sambil buat kuih keria, En abang pun terus masak sup daging. Mmm....bertambah malas ler mummy Ayuni kalo cenggini selalu. ( walau dalam hati berbunga riang..tak yah masak..huk huk). Teruk betul saya ni...astaghfirullah..

Alhamdulillah..petang itu kami berbuka ( kami? he he..) kuih keria ,kurma, nasi putih berlaukan sup daging , masak lemak udang dan bayam celur. Bertambah lazat bersama air sirap bandung dan nescafe 'o' panas.

Semasa makan kuih keria , en abang berkata
"Arwah mak selalu buat kuih keria ....tumpang jual kat kedai".
Sambungnya lagi..."abang selalu tengok mak buat kuih keria....".
Saya sayu. Mungkin En abang saya rindu arwah.


Al-fatihah untuk arwah ibu mertua saya, Che Mah yang telah meninggalkan alam fana ini 6 tahun yang lalu kerana menghidap pnuemonia. Mana mungkin saya dapat masak sesedap air tangan arwah ibu mertua saya untuk suami saya makan makanan yang dirindui. Walau suami kata sedap..tapi tentu tak sama.

salam ramadhan dan selamat berbuka....

Friday, 6 August 2010

The Challenge

Mama dah balik malaysia hari selasa yang lalu...terima kasih mama dan ojisan yang banyak membantu kami.


Maka bermulalah era lintang pukang kami anak beranak....berpantang sendiri , en abang membuat kerja -kerja rumah....basuh baju..masak....berpijak di bumi yang nyata.


Saya juga harus meneruskan cabaran dan perjuangan saya...
Jangan gelak jika misi perjuangan ini tidak berjaya...


Wahh..makcik sungguh terkezuttt..72kg! 39 weeks.

pucat dan lesi... day 5 lepas bersalin. Lupa lak nak timbang.

In the proses...berpantang + turun berat badan

Day 21 - me about 63kg. Terima kasih mama kerana menjaga saya sebaik-baiknya. Muka saya pun dah tak pucat lesi...;)


Walaupun saya dulu tidaklah sekurus mana , namun perjuangan harus diteruskan , mari tempuhi cabaran..menurunkan berat badan.
First step: To achieve 55 kg.


Chaiyokk...chaiyok...go suria..go anon!

Wednesday, 21 July 2010

My Medicine

Kalo nak cepat sembuh..kenalah ikut arahan tuan doktor, misi , ibu dan makan ubat...


Ni antara ubatan yang saya ambik sepanjang tempoh berpantang..


Clexane - Self injection..saya tak berani cucuk sendiri, maka en abang yang tolong cucuk kan kat perut saya. Ni untuk pastikan darah saya tak beku. Suntikan perlu dibuat selama seminggu selepas operation. Kat Malaysia dulu tak der ambik suntikan ini.


Tak sakit..tapi berbisa..(adush..alhamdulillah dah lepas azab suntikan ini ). Saya tak dapat bayangkan bagaimana pesakit diabetis terpaksa suntik insulin sepanjang hayat mereka. Insaf!



Paracetamol & Diclofenac -Lepas op..terus kena makan pain killer ni. Oklah ..bagi tahan sakit yang berdenyut dalam perut tu. Balik rumah bekalan sebeban ubat dibaginya.

Ferrous Sulphate - Iron supplement .Seperti biasa untuk tambah darah.Alhamdulillah saya tak der anaemia..tapi ambik supplement ni untuk prevention. Hospital dah bagi..saya telan jer. Sedap manis macam gula.



Peppermint- Bila operation..perut memang banyak angin sebab banyak rongga udara. Secara sendiri perut akan berbunyi seperti orang lapar. So..midwife kat hospital bagi saya minum air peppermint. Nampak jernih macam air kosong tapi bila minum memang terasa pudina. Lepas minum...terus saja saya menuju ke toilet. Berkesan lah pulak....Day 2 dah bowel open..so Doctor happy. Saya lagik happy......


Walaupun saya lahir era 70-an , tapi saya agak macam orang lama. Mungkin terpengaruh dengan amalan pantang larang ibu saya. Tapi kalo bagi kebaikan untuk kesihatan..why not? Saya dah amalkan ini sejak masa lahirkan Ayuni dulu...


Air gamat Asli - Saya rasa keberkesanannya lebih baik dari jelly gamat. Saya minum satu sudu besar setiap hari. Abaikan bau seperti longkang yang sangat busuk. Masa telan tu ..ingat jer lah ..aku nak cepat luka baik. Alhamdulillah berjaya minum berbotol time ayuni dulu. hope kali ni pun berjaya istiqamah minum. So far tak tinggal ayaq gamat ni.


Jelly gamat - Saya ambik jugak. Satu sudu besar setiap hari. Biasanya saya ambik belah pagi . Jelly ni adik beli kat langkawi. Sedap rasanya sebab dah dicampur madu. Ayuni pun tumpang sekaki minum jelly gamat.


Pati Ikan Haruan - Kerana en abang saya turutkan. Dulu kat Malaysia ayah mintak kawan carik ikan haruan kat sawah buat lauk saya. Jadik pati ikan haruan tak makan sanagt dulu. Kali ini..terpaksalah saya telan pati ikan haruan ini setiap hari sebotol. Gulp. Jenama MOSLATI ni lebih sedap rasanya dari Polleney.


Phytonatal - Ni jamu dari Nona Roguy. Saya baru makan sebijik sehari. tapi nampaknya Ayna tak sesuai..merengek waktu malam. mungkin kepanasan . Maka saya stop dulu jamu ni. Nanti sambung balik makan jamu.


Manjakani- Yang bulat bulat tu bijik manjakani. Saya belum start makan. Bijinya ditumbuk dan rebus. Kemudian airnya diminum.Khasiat? boleh lah google...


Alkisah dalam set bersalin Nona Roguy tak der pilis. Jadik setiap hari saya akan lumur minyak herbanika ni kat suluruh badan termasuk kepala dan muka sebagai pengganti pilis. Memang best. Sedap jer rasa. Nyaman.Muka pon tak comot.
(ni tengah tunggu pilis dari Dr.Rozi...dia ada lebihan pilis..bolehlah saya pakai..tq!)



Ni set bersalin kali ini. Dulu masa Ayuni saya order dari mak bidan. Kali ini beli yang ready made . Mahal jugak harganya RM360. Dalam tu ada macam-macam termasuk herba pencuci.

Ayuni tak suka bau herba ni. So saya letak kat bilik air......

Last but not least..saya kira ini pun ubat saya. Stokin khas T.E.D anti-embolism. Saya perlu pakai stokin ni selama 6 minggu. Selesa stokin ni....boleh dibasuh. Hospital bagi saya 2 pasang stokin ni.


Eh ada lagik..ubat istimewa dari ibu, sambal halia...


Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih. Cuma luka dalam ada terasa lagi. Kalo makan limau..alamak..kenyit mata lah jawabnya saya menahan hirisan ngilu. So kali ini ..saya kurangkan pengambilan limau. Mungkin saya dah berumur..jadik healing proses tu lambat sedikit berbanding time ayuni dulu.Mmm 6 years back..hari-hari saya makan sunkist untuk dapatkan vitamin C yang maksimum. Kali ini..saya terpaksa doublekan portion sayur sawi saya untuk bekalan vitamin C.


Hari ini ,22 July 2010, hari kedua belas berpantang.

Hari ini..22 July..besday ibu saya. Seronok rasanya bila ibu berada di sisi....dan ibu adalah 'my medicine', terapi terbaik untuk saya.Terima kasih mama....happy birthday yang ke-55 tahun and luv u so much!

Tq mama dan adik saya,Ojisan yang terbang kesini jaga kami anak-beranak. Jasamu tidak ternilai. *gambar dalam flight 17 July*


Moga jumpa lagik....

Thursday, 15 July 2010

AYNA FARZANA

Alhamdulillah..saya telah selamat melahirkan baby girl pada 10/7/10 (27 Rejab 1431- sempena peristiwa Isra' Mikraj) ,jam 10.15 pagi secara c-sec di Jessop Wings Hospital, Sheffield, UK.



Sekarang ni saya masih dalam mood berpantang..maka aktiviti berFB dan berBlog harus diminimumkan seminimum yang mungkin.

Bila dah sihat skit..nanti saya update first experience saya menikmati sakit bersalin & saat manis melahirkan baby.






Selamat Datang NUR AYNA FARZANA.(Cahaya mataku yang bijaksana). Some says Ayna means beautiful eyes. Semoga menjadi anak yang bijak dan solehah.......amin.