Sunday 15 August 2010

Air tangan...?

Salam ramadhan kepada semua...
Hari ini dah 5 Ramadhan ..alhamdulillah. Syukur masih menikmati bulan rahmat ini.


Semalam..4 Ramadhan,suami pulang dari kerja ...membawa bungkusan yang berisi pisang dan keledek. Mata saya tidak tertumpu pada pisang tu..tapi lebih tertumpu kepada KELEDEK.

KELEDEK? nak buat apa ni? ( dalam hati sudah terasa..En abang mungkin teringin makan KERIA).

'Abang..keledek tu nak buat apa?" tanya saya susah hati. hu hu..
"Pandai buat kuih keria?" balas En abang.( Betul sangkaan saya...alamak...! )
"ala..tak pandai lah. pernah buat tapi tak jadik" jawab saya selamba.
"senang jer...lenyek pastu campur tepung..gaul gula jadik lah..."
"abang trylah buat..Anon memang tak pandai. Dah 2 kali buat tak jadik sira gula tu..." kata saya sambil merungut sendiri..


Tiba-tiba...diri ini jadik sungguh malas...Malas sebab pernah buat tapi tak jadik. Malas juga sebab dah berehat panjang.

Tak sampai hati....Petang itu...saya pun rebus lah keledek , lenyek dan sejukkan .
Lebih kurang selepas 2 jam...keledek dah sejuk..saya pun mula menggaul dengan tepung. Banyak jugak tepung dah letak..tapi still tak boleh gentel...


"Ayuni..pergi cakap ngan daddy..mummy panggil. Tak pandai lah mummy nak buat . Tak jadik ni..."

Tak lama kemudian...En abang pun turun. Tanpa bicara panjang..tanpa bebelan ..terus menyambung menguli kuih keria sehingga boleh jadik doh.

"mmm..boleh pun cuma keledek ni terlebih air..."kata suami.

Doh dibentuk dan digoreng. Setelah siap menggoreng keria....dibiarkan keria sejuk sebentar. Kemudian, ambil pula 3 sudu gula bersama sedikit air...untuk disira gula. Gula tu kena sentiasa dikacau..sampai keluar buih putih. Saya memang duduk kat tepi en abang ..menengok hasilnyer.

Jeng ..jeng..jeng.. inilah hasilnya.....air tangan En . abang saya.

ok tak?

Yang hangus sikit tu sebab api besar dan minyak terlalu panas.

Food tester.....sedap. Cuma rasa keledek kurang sebab tepung dah terlebih.

Sambil buat kuih keria, En abang pun terus masak sup daging. Mmm....bertambah malas ler mummy Ayuni kalo cenggini selalu. ( walau dalam hati berbunga riang..tak yah masak..huk huk). Teruk betul saya ni...astaghfirullah..

Alhamdulillah..petang itu kami berbuka ( kami? he he..) kuih keria ,kurma, nasi putih berlaukan sup daging , masak lemak udang dan bayam celur. Bertambah lazat bersama air sirap bandung dan nescafe 'o' panas.

Semasa makan kuih keria , en abang berkata
"Arwah mak selalu buat kuih keria ....tumpang jual kat kedai".
Sambungnya lagi..."abang selalu tengok mak buat kuih keria....".
Saya sayu. Mungkin En abang saya rindu arwah.


Al-fatihah untuk arwah ibu mertua saya, Che Mah yang telah meninggalkan alam fana ini 6 tahun yang lalu kerana menghidap pnuemonia. Mana mungkin saya dapat masak sesedap air tangan arwah ibu mertua saya untuk suami saya makan makanan yang dirindui. Walau suami kata sedap..tapi tentu tak sama.

salam ramadhan dan selamat berbuka....

10 comments:

aleakmal said...

Alahai makcik sayu plak baca yang pakcik citer pasal arwah wan. Tba2 rasa sedih, mesti pakcik tringat kan :(. Alfatihah tu arwah wan

mamajannah said...

su keria sy nyer faveret tu..sedapnyer..dulupun sy cuba buat tak jadi..awak guna keledek yg kaler merah ker..?ni nak cuba ni..

zarina said...

Pernah buat gak tak jadi sbb org kata keledek merah UK ni mmg lembik sikit. Kena pakai yg putih/kuning. Rasanya dulu kt Msia buat yg merah jadi. Mungkin species lain kut.

Emy Ahmad said...

waa..sedapnya tergugat ima dah la kuih feveret -_____-

emy pun penah buat jugak sekali tapi tak jadi..letak tepung dah dekat seguni tapi lembik jugak..

zahrah said...

salam su...

alahai sweetnyer en. abg awak tu...masak kuih keria...sayer suker kuih tu tang part tergigit keledek dier yg x abis lenyek tuuu...hihihi

hasma said...

haa daddy boleh buat keria dgn masak sup? oh lupa pulak, dodol pun pro jugak. ada orang tu kan dia tau masak maggi je, baru2 ni dia bolehla toast waffle sendiri :P

anon suria said...

hanim:Mestilah pakcik rindu Wan...kasih ibu hingga akhirnya!

yati: aah..keledek merah beli kat Waitrose ngan ASDA.

Kak zarina: keledek uk mmg lembik..senang nak mash. kami tak rebus..terus potong potong masuk microwave. guna setting potato..ala-ala nak wat jacket potato. so kurang airnyer...

Emy:En abang buat...letak tepung sekadar boleh dibentuk. mmg melekit. tapi the tip is letak tepung kat tangan dan gentel kat dalam pinggan yang bertepung. mmg memudahkan..sbb keledek sini agak lembik.

zahrah: eh..awak sama ngan saari. suka keledek yg tak hancur betul..

hasma: sedap apa maggie !mungkin saari selalu tengok arwah mak dia masak..thats what i think.

anon suria said...

kak zarina: first time buat su rebus keledek. second time buat smlm..guna microwave. lagik elok. cubalah...

Ummu Qais said...

cara buat ni mcm kuih cek mek molek klate..cuma cek mek tu letak gula kt tgh then gentel..cuma kalo xpandai gentel gula akan kuar masa goreng so mkn pun kurang sedap bila air gula dh xde kt dlm..lg satu mmg kena letak tepung kt tgn masa nk bentuk kuih sebab doh mmg lembut..

anon suria said...

wirda: yerlah...kuih cek mek molek tu pun su suka. rasa macam keria tapi gula di dalam. slalu beli jer kat PARAM..