Tuesday 15 September 2009

Rindu&Kepulangan

Berlinang-linang airmata hari ini. Sehingga ayuni berkata' mummy, stop crying..kenapa mummy asyik nangis?'

Aidilfitri semakin hampir. Tetapi aidilfitri kali ini amat berlainan sekali rasanya.
Ini kali ke-3 kami beraya di perantauan. Tahun sudah..dirasakan aidilfitri cukup meriah . Acapkali bila telefon mama , suara dan nada gembira terpancar...cuba mengalihkan rasa sayu dan sedih.

Tapi tahun ini..rasa tidak mampu untuk menelefon mama dan ayah di pagi raya. Tidak termampu nak membendung rasa sayu , sedih dan hiba. Rindu. Biarpun mereka saban tahun datang menziarahi kami di sini , tetapi lain dirasakan jika diri ini dapat pulang berhari raya di kampung halaman.

Anakanda ini sentiasa berusaha , merancang untuk pulang . Tetapi , belum ada masa yang diizinkan Allah. Ini sahajalah yang dapat mengubat duka lara-DOA. Pasrah kepada ketentuan ilahi .Tentu ada hikmah , mengapa segala percutian yang dirancang untuk pulang ke kampung halaman asyik tergendala. Apabila tidak dapat pulang..pada ketika ini dirasakan semuanya tidak bermakna.......

Tahun sudah....mama sentiasa mengirimkan baju raya dan kuih raya. Tahun ini ....saja kuhalang mama daripada mengirimkan apa-apa. Tidak mahu menyusahkan..

Hati ini juga tidak mahu sayu melihat baju raya yang dikirim . Jangan risau-risau..kami di sini, alhamdulillah..sudah lengkap persiapan baju raya.

Tahun ini ....seperti biasa anakanda mengirim persiapan hari raya untuk mama dan ayah tercinta.Mujur zaman sekarang ada online shop yang membolehkan segala urusan dilakukan dengan mudah .

Untuk mama ..kukirim helaian tudung yang tentunya sangat istimewa! Tahu dengan kesukaan dan warna mama..kuusahakan mencari tudung yang cantik . Betul! Tudung yang dikirim amat memenuhi citarasa mama tambahan pula tudung tersebut masih belum diketemui di pasaran. Mama sangat gembira.

Juga..tidak lupa capal untuk ayahanda. Moga-moga pemberian anakanda ini dapat dipakai oleh ayah semasa hari lebaran . Terima kasih buat adik ketiga yang sanggup bersusah payah mencari kan capal dan memenuhi permintaan kakakmu ini.

Semuanya melalui pos dan bantuan adik. Jika dahulu...semuanya kuhulur dengan tangan ini.

InsyaAllah seperti biasa tahun ini , kiriman duit raya tidak dilupakan.Setiap tahun,adik kedua yang berperanan menyampaikan kiriman ku.Sudah menjadi kebiasaan..setiap kali hari raya, duit dihulur kepada ibubapa. Juga..kepada adik-adik walaupun telah bekerja , akak tetap hulurkan sedikit wang untuk sama-sama kita rasa nikmatnya. Tiada bezanya adik-adik akak semua .Semuanya akan dapat jumlah yang sama.

Tidak pernah sekali melupakan adik ipar dan anak sedara. Harap semuanya telah terima pemberian dari Mak anon. Special delivery for them.

Anakanda tahu...walau seribu pemberian hadiah dihulur..tentu tidak sama dengan kepulangan yang dinanti . Kepulangan anak perempuan tunggal dan cucu perempuan yang seorang!


Maaf..maaf..maaf.

Tidak perlu memberikan pelbagai alasan...yang pasti Allah belum mengizinkan kami untuk pulang bercuti. Masih ada perkara yang perlu diselesaikan.

Dan hari ini..mendapat surat appointment Ayuni dari Sheffield Children Hospital. Tarikh ditukar dari 21 oct kepada 3 November. Aku pasrah..percutian yang dirancang tergendala lagi....Rindu.

Mendoakan yang terbaik untuk suami dan Ayuni yang tersayang. InsyaAllah..satu hari nanti kita akan pulang bercuti. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kami.


*Tahun ini juga cuba buat tart. Resepi paling sedap di Dunia! Resepi dari mama. thanks.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR BATIN.

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

anon...sedeynye baca..berapa lama lagi kat sana...mmg x pernah balik kan??

Suhaila said...

Salam,

Sedihnye baca entry akak ni..same la kita..anak perempuan tunggal dalam famili..tahun ni dah 3 kali beraya di UK..entah bila kan dapat pulang bersama keluarga..huhu