Friday 18 September 2009

Parcel

Pagi ini..kami berdua berpelukan. Teresak-esak. Menangis.



Ayuni bangun agak awal sebelum ke sekolah, terus menelefon nenek.

Tujuan utama telefon adalah untuk menyatakan..parcel yang dikirim telah dapat di trace.



Telah ku pesan pada Mama..tak perlu bersusah payah menghantar parcel.

Tetapi tanpa pengetahuan kami...ayah mengirim bungkusan.

Malangnya...mereka tersalah menulis alamat ke no 463 ( Rumah seorang Poland )



Rupanya ayah dan mama menanti panggilan ku ...dengan harapan telah menerima kiriman tersebut. Aku terkejut, sedih, hiba dan terharu apabila mereka megirimkan juga parcel untuk kami. Namun , tidak kuterima bungkusan yang telah dikirim hampir 2 minggu yang lepas.


Aku berusaha trace dan carik dimanakah parcel tersebut.

Mengetuk pintu 463 dan 465 dua hari lepas,mungkin mereka tahu berkenaan parcel tersebut.

Gusar..orang Poland tidak faham bahasaku , kutulis nota dan dimasukkan ke pos surat rumahnya semalam. Namun tiada balasan.

Mencuba tracking pos malaysia , tetapi tiada penyudah. Sekadar Fail Delivery.

Dan akhirnya , mencuba tracking royal mail pagi ini......parcel force.

Lega..dapat juga trace pagi ini selepas sahur .Alhamdulillah masih berada di Attercliff.



Untuk memastikan mama dan ayah tidak susah hati , aku menelefon mereka..bahawa insyaAllah bungkusan yang dikirim selamat.



Ayuni ceria dan gembira dapat menelefon nenek...tetapi apabila gagang telefon dipas kepada ku...ku lihat matanya berkaca. Mengalir airmata.



Ayuni cuba mengelak pandangannya dari ku....cuba ketawa..tetapi kutahu hati dan dirinya juga RINDU kepada nenek.



Kami berpelukan berdua...menangis sepuas hati.



Inilah airmata Aildilfitri. Sungguh.....sungguh..terasa lain sangat aidilfitri kali ini.



Kucuba tahan airmata ini..namun ia tetap mengalir tanpa dipaksa.



Inilah...pengorbanan dan kemelut yang terpaksa diharungi apabila diri berada jauh diperantauan.



Mama Ayah..kami sangat rindu..!

3 comments:

Masshah said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami:)jangan bersedih dihari raya:)..

anon suria said...

slamat ari raya.maaf zahir batin. jemput dg umah nenek ( cik farid). seronoknya beraya kat klang...!

masshah said...

Nantikan gambar2 hari raya kami dalam posting yang sedang du update :)