Ni antara ubatan yang saya ambik sepanjang tempoh berpantang..
Tak sakit..tapi berbisa..(adush..alhamdulillah dah lepas azab suntikan ini ). Saya tak dapat bayangkan bagaimana pesakit diabetis terpaksa suntik insulin sepanjang hayat mereka. Insaf!
Peppermint- Bila operation..perut memang banyak angin sebab banyak rongga udara. Secara sendiri perut akan berbunyi seperti orang lapar. So..midwife kat hospital bagi saya minum air peppermint. Nampak jernih macam air kosong tapi bila minum memang terasa pudina. Lepas minum...terus saja saya menuju ke toilet. Berkesan lah pulak....Day 2 dah bowel open..so Doctor happy. Saya lagik happy......
Air gamat Asli - Saya rasa keberkesanannya lebih baik dari jelly gamat. Saya minum satu sudu besar setiap hari. Abaikan bau seperti longkang yang sangat busuk. Masa telan tu ..ingat jer lah ..aku nak cepat luka baik. Alhamdulillah berjaya minum berbotol time ayuni dulu. hope kali ni pun berjaya istiqamah minum. So far tak tinggal ayaq gamat ni.
Jelly gamat - Saya ambik jugak. Satu sudu besar setiap hari. Biasanya saya ambik belah pagi . Jelly ni adik beli kat langkawi. Sedap rasanya sebab dah dicampur madu. Ayuni pun tumpang sekaki minum jelly gamat.
Pati Ikan Haruan - Kerana en abang saya turutkan. Dulu kat Malaysia ayah mintak kawan carik ikan haruan kat sawah buat lauk saya. Jadik pati ikan haruan tak makan sanagt dulu. Kali ini..terpaksalah saya telan pati ikan haruan ini setiap hari sebotol. Gulp. Jenama MOSLATI ni lebih sedap rasanya dari Polleney.
Phytonatal - Ni jamu dari Nona Roguy. Saya baru makan sebijik sehari. tapi nampaknya Ayna tak sesuai..merengek waktu malam. mungkin kepanasan . Maka saya stop dulu jamu ni. Nanti sambung balik makan jamu.
Manjakani- Yang bulat bulat tu bijik manjakani. Saya belum start makan. Bijinya ditumbuk dan rebus. Kemudian airnya diminum.Khasiat? boleh lah google...
(ni tengah tunggu pilis dari Dr.Rozi...dia ada lebihan pilis..bolehlah saya pakai..tq!)
Ni set bersalin kali ini. Dulu masa Ayuni saya order dari mak bidan. Kali ini beli yang ready made . Mahal jugak harganya RM360. Dalam tu ada macam-macam termasuk herba pencuci.
Ayuni tak suka bau herba ni. So saya letak kat bilik air......
Eh ada lagik..ubat istimewa dari ibu, sambal halia...
Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih. Cuma luka dalam ada terasa lagi. Kalo makan limau..alamak..kenyit mata lah jawabnya saya menahan hirisan ngilu. So kali ini ..saya kurangkan pengambilan limau. Mungkin saya dah berumur..jadik healing proses tu lambat sedikit berbanding time ayuni dulu.Mmm 6 years back..hari-hari saya makan sunkist untuk dapatkan vitamin C yang maksimum. Kali ini..saya terpaksa doublekan portion sayur sawi saya untuk bekalan vitamin C.
Hari ini ,22 July 2010, hari kedua belas berpantang.
Hari ini..22 July..besday ibu saya. Seronok rasanya bila ibu berada di sisi....dan ibu adalah 'my medicine', terapi terbaik untuk saya.Terima kasih mama....happy birthday yang ke-55 tahun and luv u so much!Tq mama dan adik saya,Ojisan yang terbang kesini jaga kami anak-beranak. Jasamu tidak ternilai. *gambar dalam flight 17 July*
Moga jumpa lagik....