Friday 13 November 2009

Hanya Allah yang tahu...

Lagi 2 hari..insyaAllah kami akan pulang bercuti ke Malaysia.
Aku dah siap packing. tadi gi pinjam penimbang Yati...hopefully tak excess barang-barang yang nak dibawa.

Esok..en abang ajak gi outlet...beli tambah apa yang patut.

Diri ni agak tak sihat sejak dua menjak ni. Segala-galanya dirasakan amat malas.
En abang agak faham dengan keadaan ini, dalam minggu ini acapkali makan diluar yang amat jarang kami lakukan disini. Semuanya kerana mummy tak larat nak masak. Penat.
Penat dari Cambridge dan Essex tak hilang lagik. Boleh ker gitu? Yeah..... my new journey begins.

Mudah-mudahan urusan perjalanan pulang ke Malaysia dipermudahkan.
Ayuni..alhamdulillah sihat. Ceria. Dah membayangkan suasana Malaysia. 'Mummy.. i dont like hot'. Tetapi agak sedih kerana Ayuni tak ingat rumah nenek...bentuk , warna dan sebagainya.

Dan kembalinya ke Malaysia ..asalnya adalah hadiah harijadi dari En abang , terus sebagai menyambut Aidiladha. Tetapi kepulangan ini sudah jadik cerita lain.Mmm..nampaknya , adik yang seorang itu.....mengambil kesempatan ini untuk bertunang. Alhamdulillah...semoga allah memberkati usaha murni adik ke-3 untuk mendirikan masjid. So...plan asal nak bersantai akan bertukar menjadi busy menyediakan keperluan majlis pertunangan.

Jemputan kahwin , kenduri , korban akikah juga telah diterima. Berderet jemputan . Akan ku usahakan untuk hadir jika masa mengizinkan. Doaku panjat agar sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Ya Allah..permudahkan urusan kami. Berkatilah segala rezeki berganda yang kau beri kepada kami.

'Mummy..don't tell nenek okay'.
'yerlah...' kataku. Tersenyum. Memandang daddy. Mengimbas segalanya yang dirasa di Cambridge tetapi hanya Allah yang tahu titik permulaannya.

4 comments:

Hacked by w3d0z said...

selamat pulang ke Malaysia!moga semuanya selamat=)

OrangManchesterYgDah2TahunTakBalik said...

su, take care ok, kirim salam dgn org kat malaysia..

p/s su dgn saari ada rahsia berita baik ke? hehehe

zahrah said...

salam...


selamat pulang ke Malaysia!!!
n3 cambridge dan hanya Allah yang tahu ni...lain mcm jerrr bunyinyerrrr,,,, ader aper2 ker?????klu ader alhamdulillah....doa termakbul...

mamajannah said...

salam,
su ...awak buat saya berteka teki..;)
take care dan semoga Allah beri yang terbaik.