Monday 12 October 2009

What a surprise!!!!

Surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni dah masuk umur 30 tahun. dah tua..

Aku tak expect pun dapat apa-apa dari en abang sbb dah tua kan....he he.

Tapi..pagi ini sungguh indah...kami berdua ke Rotherham menguruskan beberapa perkara berkenaan kereta.

Kemudian pulang ke rumah ....kemas rumah , basuh baju, bercerita , berangan masa depan, melayan perasaan ,makan bersama sebelum mengambil ayuni dari sekolah. En abang menghabiskan masa bersamaku hari ini , tidak ke school. Hanya buat kerja-kerja lab dari rumah.

Pukul 8 malam, en abang membawa kami makan -makan kat luar...di restoran Chaman. Sungguh lazat menikmati lamb chop..

Pastu pulang ke rumah......hati ingin mahu tidur tetapi Ayuni bising-bising panggil aku ,

'mummy..mummy! look under the Pillow'

'apa dia?' kata aku.

'Cariklah mummy...!' gesa Ayuni

em....ohhh.'.apa ni?'

Sebuah kotak berbalut bungkusan hadiah...berat.

'Apa ni? ni mesti coklat'...kata ku.

Aku pun buka kotak...lor....daddy belikan mummy ni ker?

New Gadget..ICY BOX External USB 250GB.

Ok..thanks daddy. Mummy suka sebab tak yah nak sesakkan komputer ngan fail.

'pergilah cuba bukak kat komputer ' kata daddy.

'oh...boleh jer guna bender ni...' , kataku selepas mencuba gadget baru ni kat dekstop.

bukak-bukak fail....ada kad heppy besday...tq tq

bukak-bukak fail.......ada satu surat surperise...tapi tak nampak pun surprise nyer..

'apa surprise daddy? ICY BoX tu jer kan?' tanyaku minta kepastian kat Daddy.

'dah tengok betul-betul?' balas daddy

'Jap..tengoklah lagi'...kataku..mencari-cari..apakah surprise yang dimaksudkan.
Helai demi helai , fail words dibuka.

SubhanAllah! ..this is really big surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Air mata menitis tanpa dipaksa.Hugs n kisses. Tiket percutian yang sangat bermakna.
Yang ditunggu dengan penuh sabar dan harapan yang tidak pasti.

My dream comes true.........terima kasih Allah. Terima kasih suami tercinta.

Ya Allah..permudahkan lah segala urusan kami. Ameen.





12 comments:

zaman shah said...

Semoga di panjangkan Umur dan di murahkan rezeki buat anon dan kelurga semua..

anon suria said...

ameen..

hasma said...

su..tumpang gembira :) ni mmg surprise plg best, cayalah Saari!

anon suria said...

tu lah..ingat balik msia nanti ,terus for good. tak sangka sangat-sangat. Malas dah nak berharap sbb asyik tertangguh ..lagipun dulu sblm dtg UK tak terpikir pun nak cuti-cuti balik Msia. Ni kalo ada pertandingan airasia 'Everyone can fly'..boleh menang tak?
kalo nak kirim apa-apa bagitau lah yer...

WaNNi said...

selamat dtg ke alam 30an. happy for you..dpt balik msia akhirnya. awat kejap sangat. niwey enjoy you holiday.

anon suria said...

wani...diri ini tersgtlah happy. Ayuni terover excited.oklah tu 3 weeks. kang tak sompek lak nak berboxing day ( ada ati lagik tu..!).miss u. ingat nak naik NC time cuti sekolah ni..20 hb keatas..will confirm later.

Hacked by w3d0z said...

waaa sweetnye! sgtla comel akak n abg..=)

happy birthday kak!

moga pnjg umur dalam iman dan dimurahkan rezeki selalu..

mamajannah said...

salam,
su ...bestnyer..nak ikut balik ma'sia juga..:)

mama IeMaNs said...

alhamdulillah akhirnya termakbul juga doa su...selamat bercuti yea

anon suria said...

elly: kami mmg comel..ha ha perasan!

yati:apa lagik yati..jom jom cuti-cuti malaysia.

kak ieja:maaf..su nak email akak asyik tertangguh. many thanks kak ieja for the kiriman doa di tanah suci.Alhamdulillah...mudah-mudahan dipemudahkan urusan kami sepanjang perjalanan.(doakan yerk..hajat yg lagik satu tu termakbul..amin).

Zuraimah Ismail said...

happy belated birthday anon....and selama balik Msia ye...dah sampai nanti, kut la dtg KL....jumla kite jumpe2...:)

Unknown said...

Goyang Casino Hotel - Las Vegas
Goyang Casino Hotel is ventureberg.com/ the official name of the property 도레미시디 출장샵 for its gaming facilities https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ in the resort Las Vegas. The goyangfc resort's gaming floor, casino, and spa are