Sunday, 31 October 2010

Get Well Soon

30/10/2010

*dihadapan Royal hallamshire hospital -Autumn

Semalam....kami melawat Yati yang baru saja menjalani operation [yang saya kira , major operation].Dari perbualan dengan Yati, dari fahaman saya, vertical abdominal incision telah dilakukan [mohon maaf sekiranya term salah...saya bukan doktor]. Ia bukan laparoscopy seperti yang di'plan'untuk saya dahulu.

Yati dah lama mengalami masalah sakit perut yang amat sangat..seperti berangin dan juga kadangkala seperti senggugut. Semasa hari raya aidilfitri..kerap juga dengar rintihan Yati , mengatakan sakit perut dan sakit pinggang. Kami ingat..ia sekadar sakit perut biasa.

*Dihadapan Wad Gynaecology

Allah sangat sayang kan Yati . Yati seorang yang tabah..seorang yang sangat sabar. Seorang yang persistent mengadakan usrah dan tidak lokek ilmu. Sudah lama kami tiada usrah ..kerana Yati, naqibah kami sakit.

Dahulu..saya juga mengalami masalah PCOS [polycystic Ovarian Syndrome] dan juga polyp di pangkal rahim.Alhamdulilah PCOS saya berjaya dirawat dengan mengambil pil hormon dan polyp pula telah dibuang 7 tahun yang lalu. Sedikit sebanyak..pengalaman Yati ini..mengingatkan memori lama saya di Hospital Muar.

Diagnosis Yati walau ada sedikit persamaan dengan saya tapi ada sedikit berbeza..Namun saya tahu yati seorang yang cekal..yang redha...Insyaallah , hari Isnin ni Yati akan lebih maklum dengan diagnosis penyakitnya. Buat ketika ini ..semua spesimen hasil operation masih berada di makmal untuk biopsy. Diharapkan semua baik-baik belaka dan tiada yang membimbangkan .

Semasa melawatnya di Wad G2 , Room 2 , RSH....Yati sedang tidur..Mungkin derapan kaki kami menyedarkan Yati dari lenanya. Yati memandang kami lalu tersenyum. Walau masih lemah ,yati melayan kami seperti biasa..dan masih mampu membuat 'lawak' dan kami turut ketawa ceria. Itulah Yati...melupakan sakit buat seketika.


*yati, saya dan ayuni. Semoga Yati tabah menghadapi dugaan perantauan.

Saya berdoa...agar yati cepat sembuh seperti sediakala. Jangan buat kerja berat-berat ya!Banyakkan berehat yati......

*Yati bersembang dengan kak Zu sambil menikmati roti cicah sup sayur'classic vege soup'.

Kami sayang yati......Semoga Allah permudahkan urusan Yati, diberi kesihatan yang baik dan suaminya,Lokman yang sedang pulun dengan 'writing'.InsyaAllah ....dapat balik Melaka cepat, bertugas semula di Utem.



“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]
*dipetik dari saifulislam.com


Mudah-mudahan...dihujung sana ada sinar yang lebih baik untuk Yati..hikmah disebalik kesakitan ini. Allah itu maha penyayang.

*Yati dan permata hatinya,Jannah[ syurga] , 3 minggu sebelum operation.

Get well soon yati......amin.


4 comments:

Anonymous said...

salam su,

saya yan delft, isteri zaidi delft yang sefak. dengan husband su.
before this silent reader je, tapi ni nak tulis gak sebab ada entry yati...)

terkejut baca entry ni..mohon sampaikan salam saya pada yati, semoga dia cepat sembuh.

anon suria said...

salam...kak norihan yer ni?
Alhamdulillah yati dah beransur pulih...insyaallah hari ni yati keluar dari ward. su baru jer telefon yati.

nanti su sampaikan salam akak pada yati.

Anonymous said...

alamak.. su kenal yer.eh, kita sebaya ke saya tua... saya sebaya yati.. sweet 31... hahahahah

lepas ni boleh comment blog su selalu...

alhamdullillah yati semakin sihat, lega hati saya dengar

anon suria said...

ohh..kalo gitu sebaya ler. sbb su pun sebaya ngan yati. tahun 79. tak pernah bersua muka..tapi kenal nama dari wani majid. nanti su add yan kt fb yer.