Monday, 18 October 2010

Sinonim

Sekarang ini musim autumn. Tahun ini saya rasakan autumn datang lebih cepat dari tahun lepas. Officially tarikh autumn di UK ialah 23 September.

Bila dah lebih 3 tahun dok kat sini , saya dapati Autumn begitu sinonim dengan;

1.Kaler kuning oren,



2.Dedaun kering,







3.Musim petik epal,



Pada tahun ini , kami berpeluang memetik epal di Goacher Farm , Nottingham bersama rakan-rakan Sheffield yang lain. Memang best..petik epal dan terus makan. rangup dan manis.

4.Pumpkin halloween,

Di goacher farm juga ada tanam labu besar (pumpkin halloween). Tapi kami tak boleh petik..tengok jer kegeraman kebesaran saiz labu tu.

Oren=Labu=Halloween=Autumn

Sebagai umat Islam..saya kena terangkan pada Ayuni kita tak boleh sambut Halloween, kerana ia adalah perayaan agama Kristian bagi memperingati paderi dan saint yang akan hidup bahagia di syurga.

Menikmati keindahan labu halloween dan kemeriahan halloween pada saya tidak salah...cuma untuk 'terjebak' bersama-sama..adalah tidak wajar (pada saya tidak boleh sama sekali). Halloween akan dirayakan pada 31 october, bermula petang , sebelum 1 November ( All Saint day). Perayaan ini adalah bagi memperingati mereka yang telah mati dan Roman Catholic Church akan mengadakan sembahyang semasa hari 'All Saint Day '.

Pada abad ke-19 , orang kristian mempercayai bahawa pada 31 October ,ghost, witch dan fairy akan berkeliaran pada malam itu. Sebab itu halloween dikaitkan dengan pakaian hantu....(budak-budak paling suka jadik hantu...)

*Photo from keyt.com

Budak-budak berpakaian hantu ini ..kemudiannya akan mengetuk pintu rumah orang meminta gula-gula.(salah satu acara orang disini meraikannya). Jika tuan rumah tidak membuka pintu...segelintir darinya akan membaling telur ke pintu rumah. Mujur kami tidak pernah kena. tapi tahun ini tak tahu lah pula.

Nampak seperti keseronokan tetapi sebaliknya ia adalah perayaan agama.


5. Bone fire,
Lanjutan daripada halloween , akan diadakan pula bone fire. Kesemua tradisi ini ayuni tahu dan memang diperkenalkan di sekolah.


*photo from google image

Sejarah bonefire bermula apabila Queen Elizabeth 1 yang memerintah England membuat undang-undang yang bercanggah dengan Roman Katholik. Ahli Katholik , Guy Fawkes merasakan ratu Elizabeth ini bersikap tidak adil terhadap roman katholik. Mereka menuntut agar King James 1 mengubah dasar / undang-undang itu namun tidak dipedulikan .(saya tidak pasti dasar apa..)

Oleh itu, Guy Fawkes ini telah merancang untuk membakar Parliment London dengan tujuan untuk membunuh King James 1. Guy Fawkes telah meletak ledakan di bawah bangunan parlimen tetapi tindakan nya dapat dikesan dan berjaya dipatahkan. Guy Fawkes kemudian dibawa ke tower of London untuk disoal siasat dan akhirnya dia mengaku rancangannya untuk membakar parliment dan membunuh King James 1.

*Ayah,mama,fik,ema dan syafi...London 13 April 2008..berlatarbelakangkan House of Parliament dan River Thames.

*Fahmi dan Thoriq berlatarbelakangkan Tower of London.2010.

Sebagai meraikan King James 1 yang terselamat , pada setiap 5 November akan diadakan bonefire night. Rhyme ini ditujukan kepada Guy fawkes dan juga sejarah bagi rakyat England.

"Remember, remember,
the fifth of November,
Gunpowder, treason and plot.
We see no reason why
Gunpowder treason
Should ever be forgot!"



6.Bermula musim sejuk,

Bila masuk autumn..cuaca pun mula sejuk. Baju tebal dan duvet mula jadik peneman setia.

7. Flu,


Ayuni dah demam..Ayna pula dah kena selesema dan batuk. Bunyi macam orang semput pun yer. Alhamdulillah..Ayna dah kembali sihat.

8.Singa laut menjelma,

photo copy from:raywilsonphotography@googlemail.com

Mari tengok grey seal kat pantai...terdampar..female seal bunting...beranak...berkumpul...di pantai Donna Nook

photo copy from:raywilsonphotography@googlemail.com

InsyaAllah Autumn tahun ini akan cuba menyaksikan aksi singa laut di pantai. Tahun lepas dah book sewa boat nak tengok Seal kat Essex dengan family wirda dan kak ella tapi tak der rezeki apabila boat yang dibook rosak.

Kebetulan minggu depan cuti sekolah, harapnya dapatlah tengok seal.(moga seal dah naik ke pantai..). Dan di pantai Donna Nook , tak perlu sewa boat.

Kami tidak jadi bercuti ke Lake district. Dalam bayangan saya...tentu cantik lake district ketika autumn tetapi memandangkan cuaca yang sejuk , khuatir banjir dan ada baby kecil...en abang mencadangkan agar percutian itu dibatalkan. Tambahan pula harga hotel di Lake district sudah melambung-lambung tingginya dan full house.(faktor utama tak jadik ke Lake District..)


Apalagi yer yang menarik musim Autumn ini yang saya boleh kongsikan bersama Ayuni ketika cuti sekolah minggu hadapan?

4 comments:

Abu Aiman said...

meriahnya apple tu berbuah!

ana muslim said...

Hehe, comelnya Ayna isap jari...gatal gusi gamaknye tu :)

Anonymous said...

best ye kak.. terasa rindu mau ke sana.. pernah singgah d london thn lps 2009 ktika melawat abang n family ye d France.. 2 hari sebelum pulang ke M'sia abg bw ke London, tp dlm 1 hari shj.. tak puas rasa ye berjalan ke london..

anon suria said...

azd:yg memetik lagik meriah
ana muslim: ha ha..gatal gusi nak makan tapi belum boleh lagik.
comel:dtg lah lagik...satu hari gi london mmg tak cukup.