Tuesday, 26 October 2010

26 Oct & 26 Dec

Semalam..bila saya dapat tahu Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami lagi, terus saya teringat kata-kata kak Yaz..' akak rasa macam ada nak jadik sesuatu lah..tikus rumah akak muncul lain macam. Dah lama tak ada Cik ti '

Kak Yaz bukanlah tukang tilik tetapi dari pengalamannya dan pengalaman orang lain ..lazimnya binatang akan dapat petanda dulu apabila sesuatu akan berlaku.

Walaupun tikus UK jauh dari kepulauan Sumatera..tapi perbualan saya dengan kak yaz , semasa dalam perjalanan 'fruit picking' masih terngiang-ngiang .

Bulan Februari yang lalu..Chile dilanda gempa bumi. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan gempabumi di Chile. Namun, amaran Tsunami telah diberikan..lanjutan daripada gempabumi chile ini.

Apabila kawan saya memaklumkan menerusi FB [ kawan Sheffield yang bercuti di Malaysia] , tentang Tsunami...saya jadik berderau!!!! Berderau!!

Kepulauan Sumatera dilanda Tsunami pada ketinggian 3 metre , pada 26 October 2010 [semalam] . Kedudukan sumatera adalah hampir dengan Semenanjung, begitu hampir dengan Singapura dan Johor. Pada 26 December 2004 , Acheh yang berada di utara Sumatera dilanda teruk tsunami. Kali ini , bahagian barat Sumatera, Selat Mentawai pula menjadi sasaran Tsunami. Tidak dapat bayangkan apabila kawasan Padang menjadi 'padang jarak ..padang terkukur'. Walaupun tsunami ini dikatakan kecil..namun ia masih tetap bencana yang dahsyat.



photo from:http://www.embassyofindonesia.org/tourism/images/sumatra_map.gif

Apalah daya saya...hanya mampu berdoa, Ya Allah ..ampunkan dosa-dosa kami.

Terus saya menefon adik saya , Udin yang belajar di Johor Bahru ..
'Din , jangan pergi selat tebrau..jangan pergi Desaru..jangan pergi tepi pantai. Pesan sekali dekat kawan-kawan'.

Ketika saya menelefon Udin , dia sedang berada di Stesen Bas Muar ..baru sahaja habis menduduki interview Kementerian Kesihatan di Melaka , mahu pulang ke Politeknik,Johor Bahru. [Melaka,Muar,Johor Bahru-pasti akan rasa gegaran jika tsunami besar melanda Sumatera]. Semasa saya memberitahu Udin, dia belum tahu berkenaan tsunami ini. Mungkin tak sempat nak tengok berita ...dan sibuk menguruskan interviewnya.

Belum pun tsunami reda..diberitakan Gunung Merapi, Yogyakarta akan meletus pada bila-bila masa. Menunggu masa.


Gunung Merapi,Yogyakarta ketika tenang namun aktif
Gunung Merapi, Yogyakarta ketika meletus...

photo from:http://java.uluwatu.org/html/volcano/gunung-merapi/14.shtml

map from:http://www.nationsonline.org/maps/indonesia_map.jpg

Gunung Merapi terletak di Yogyakarta, di kepulauan Jawa. Jika meletus gunung ini..maka berdebu-debulah kawasan lingkaran selat jawa ini.Berdebu-debulah ibukota Indonesia , Jakarta. Sedikit sebanyak, Malaysia [Johor & Sarawak] akan terkena tempias debu gunung Merapi ini.

Apabila gempa datang..kita akan sering ingat akan kelalaian kita. Lalai sebagai hambanya.Kita akan bermuhasabah.

Tetapi..apabila bumi redha...kita alpa , janji-janji kita sebagai hambaNYA. Kita alpa menunaikan perintahNYA. Kita alpa denga dunia.

saya berderau pagi ini.....

Inilah imbasan Tsunami pada 26 Dec, 2004. [ 26 dec- boxing day].
Takut melihat ombak yang memukul pantai...
Moga kita takut dengan azab allah.



2 comments:

fareesha79 said...

anon, kena alert dgn binatang lah kan...kita ni...

anon suria said...

yer..tapi kita bukan pakai haiwan..so kdg tak tahu tabiat luar biasa haiwan...