Ni antara ubatan yang saya ambik sepanjang tempoh berpantang..
Clexane - Self injection..saya tak berani cucuk sendiri, maka en abang yang tolong cucuk kan kat perut saya. Ni untuk pastikan darah saya tak beku. Suntikan perlu dibuat selama seminggu selepas operation. Kat Malaysia dulu tak der ambik suntikan ini.
Tak sakit..tapi berbisa..(adush..alhamdulillah dah lepas azab suntikan ini ). Saya tak dapat bayangkan bagaimana pesakit diabetis terpaksa suntik insulin sepanjang hayat mereka. Insaf!
Peppermint- Bila operation..perut memang banyak angin sebab banyak rongga udara. Secara sendiri perut akan berbunyi seperti orang lapar. So..midwife kat hospital bagi saya minum air peppermint. Nampak jernih macam air kosong tapi bila minum memang terasa pudina. Lepas minum...terus saja saya menuju ke toilet. Berkesan lah pulak....Day 2 dah bowel open..so Doctor happy. Saya lagik happy......
Walaupun saya lahir era 70-an , tapi saya agak macam orang lama. Mungkin terpengaruh dengan amalan pantang larang ibu saya. Tapi kalo bagi kebaikan untuk kesihatan..why not? Saya dah amalkan ini sejak masa lahirkan Ayuni dulu...
Air gamat Asli - Saya rasa keberkesanannya lebih baik dari jelly gamat. Saya minum satu sudu besar setiap hari. Abaikan bau seperti longkang yang sangat busuk. Masa telan tu ..ingat jer lah ..aku nak cepat luka baik. Alhamdulillah berjaya minum berbotol time ayuni dulu. hope kali ni pun berjaya istiqamah minum. So far tak tinggal ayaq gamat ni.
Jelly gamat - Saya ambik jugak. Satu sudu besar setiap hari. Biasanya saya ambik belah pagi . Jelly ni adik beli kat langkawi. Sedap rasanya sebab dah dicampur madu. Ayuni pun tumpang sekaki minum jelly gamat.
Pati Ikan Haruan - Kerana en abang saya turutkan. Dulu kat Malaysia ayah mintak kawan carik ikan haruan kat sawah buat lauk saya. Jadik pati ikan haruan tak makan sanagt dulu. Kali ini..terpaksalah saya telan pati ikan haruan ini setiap hari sebotol. Gulp. Jenama MOSLATI ni lebih sedap rasanya dari Polleney.
Phytonatal - Ni jamu dari Nona Roguy. Saya baru makan sebijik sehari. tapi nampaknya Ayna tak sesuai..merengek waktu malam. mungkin kepanasan . Maka saya stop dulu jamu ni. Nanti sambung balik makan jamu.
Manjakani- Yang bulat bulat tu bijik manjakani. Saya belum start makan. Bijinya ditumbuk dan rebus. Kemudian airnya diminum.Khasiat? boleh lah google...
Alkisah dalam set bersalin Nona Roguy tak der pilis. Jadik setiap hari saya akan lumur minyak herbanika ni kat suluruh badan termasuk kepala dan muka sebagai pengganti pilis. Memang best. Sedap jer rasa. Nyaman.Muka pon tak comot.
(ni tengah tunggu pilis dari Dr.Rozi...dia ada lebihan pilis..bolehlah saya pakai..tq!)
Ni set bersalin kali ini. Dulu masa Ayuni saya order dari mak bidan. Kali ini beli yang ready made . Mahal jugak harganya RM360. Dalam tu ada macam-macam termasuk herba pencuci.
Ayuni tak suka bau herba ni. So saya letak kat bilik air......
Last but not least..saya kira ini pun ubat saya. Stokin khas T.E.D anti-embolism. Saya perlu pakai stokin ni selama 6 minggu. Selesa stokin ni....boleh dibasuh. Hospital bagi saya 2 pasang stokin ni.
Eh ada lagik..ubat istimewa dari ibu, sambal halia...
Alhamdulillah kesihatan saya beransur pulih. Cuma luka dalam ada terasa lagi. Kalo makan limau..alamak..kenyit mata lah jawabnya saya menahan hirisan ngilu. So kali ini ..saya kurangkan pengambilan limau. Mungkin saya dah berumur..jadik healing proses tu lambat sedikit berbanding time ayuni dulu.Mmm 6 years back..hari-hari saya makan sunkist untuk dapatkan vitamin C yang maksimum. Kali ini..saya terpaksa doublekan portion sayur sawi saya untuk bekalan vitamin C.
Hari ini ,22 July 2010, hari kedua belas berpantang.
Hari ini..22 July..besday ibu saya. Seronok rasanya bila ibu berada di sisi....dan ibu adalah 'my medicine', terapi terbaik untuk saya.Terima kasih mama....happy birthday yang ke-55 tahun and luv u so much!
Tq mama dan adik saya,Ojisan yang terbang kesini jaga kami anak-beranak. Jasamu tidak ternilai. *gambar dalam flight 17 July*
Moga jumpa lagik....
6 comments:
Akak dulu pakai gak bengkung yg jenis zap-on. Senang nak berjalan, perut tak sakit. Makan pati ikan haruan 1 botol selang sehari je sbb panas tak tahan. Yg 'gamat-gamat' tak makan sbb tak larat nk makan byk sgt + ada org kata jgn makan byk2. Biar luka tu sembuh sendiri, lg lambat lg kuat. Entah la tak tau mana betul. Masa Iffah 6 bulan, akak dah pregnant Izzah. Alhamdullillah, tmpt luka & jahit ok je. Semoga cepat sembuh.
banyaknye ubat..
ape pun akak take care!
bestnye dah ade baby dua2 gegirl pulak tu..memang idaman dari dulu..
Su, harap2 midwife tak baca blog su..tengok jeli gamat, ubat2 tradisional...mahu kena marah hehe.Takpa semoga cepat sembuh sis..and happy birthday kat mak su..kena bagi hadiah extra spesel tu. Just keep yourself warm sebab weather tak menentu..pagi ni je sejuk menusuk kalbu!
mcm2 jenis ubat ade x kire moden & tradisional.
wish ur mom happy birthday!
mudah2an murah rezeki & diberkati.
pergh... banyaknya ubat!
Selamat berpantang...
kak zarina:su pun tak sure...tapi untuk su ok alhamdulillah. pantang makan kena jaga jugak sbb nak bagi luka kering baik..tak der kiloid..bintil etc. yang kali ni tak taulah camner keberkesanannya..dah berumur..he he.
emy:akak doakan awak dapat gegirl jugak...amin.
kak yaz: ha ha..tak mungkin midwife baca sbb tulis dalam melayu. so far..dia tak tanya apa bila tengok sumer ok....
thoriq : telan jer lah ubat tu. thanks for the help.
azdi: apa nak buat....bila sakit kenalah makan ubat.hari ni dah start pakai pilis laks. layankan ajer lah...tq!
Post a Comment